Wednesday, December 28, 2011

kekasih:Devotees


Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerana takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahagia bersamamu



  ***************

aku suka sangat dengar lagu ni,,,banyak makna yang tersirat dan tersurat dalam setiap bait lirik lagu ni..rasa dihargai sangat....andai menjadi seorang isteri yang disayangi apatah lagi, suami sedar akan kehadiran kita disisinya bukan sekadar untuk menjadi teman buat sementara waktu...tapi untuk selamanya dan insyallah,sampai ke syurga...aminnnnn......


p/s: tetiba hari ni rasa nak menjiwai watak sebagai seorang wanita.....:p

Sunday, December 25, 2011

kita semua ada impian...

salam satu planet...
hari ni aku nak bercerita kat korang pasal sebuah impian yang sedang aku usahakan untuk mendapatkannya....sekarang ni,aku rasa aku ni macam dah bersedia untuk pikul tugas sebagai seorang ibu...bukan apa...sejak 2,3 hari ni aku perasan yang aku lebih komited dengan tugas aku...
kalau dekat kampus, balik je dari kelas,terus ambik baju kotor, basuh..(basuh tangan)..pastu,lepas sidai baju apa serba, ambik penyapu,sapu bilik pulak...roomate aku:? biasalah,,,dia suka bermanja dengan aku...keh keh keh...balik rumah pulak,tak sempat letak beg,terus capai penyapu and sapu rumah pulak..aku memang jenis yang tak boleh tengok rumah bersepah....tak boleh kalau nampak ada habuk..apatah lagi kalau nampak sampah berselerak...mahu tak tidur aku kerjakan rumah....
 aku ada impian yang tersendiri...pernah encik sayang tanya aku sama ada aku memilih untuk memiliki kereta ataupun rumah..?aku pilih untuk miliki rumah...sebabnya? sebab kalau korang ada rumah,korang still boleh naik bus untuk berulang alik daripada tempat kerja ke rumah...tapi,kalau korang ada kereta,korang still tak tahu nak tinggal kat mana kan?tapi,tak semua orang dapat apa yang di inginkan dalam sekelip mata...tu semua memerlukan azam dan usaha yang gigih untuk mencapainya....:)
****************************************************


aku berkenan sangat dengan rumah yang macam kat atas tu...tapi rumah sebesar tu,isinya memerlukan seorang isteri dan seorang ibu yang boleh mendidik dan mengingatkan isi rumah tentang tanggungjawab mereka...bukan sekadar untuk menjadi perhiasan semata-mata...rumah sebesar ni memerlukan penjaga yang boleh membersihkan rumah dari atas sampai bawah supaya bersih setiap hari....aku rasa, aku akan memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa,kalau aku dapat rumah macam ni....mana taknya? kalau rumah besar,tapi tuan rumah sibuk kat luar,memang tak jadi ceritalah,dalam rumah....kalau boleh,aku nak,suami aku balik kerja tengok aku,senang hati...tengok rumah senang hati....kepala yang semak pun jadi tak semak...

okey..jom kita ke bahagian kawasan rumah pulak...


ruang luar rumah....hihi..kalau boleh,aku nak ada satu buaian untuk aku dengan suami bersantai bila kami balik kerja....tu pun kalau aku ni kerja...sebab macam yang aku cakap tadi,aku lebih memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa,bila kewangan dah stabil...kalau tak stabil,takkan nak biarkan laki aku kerja sesekor dia...tak ke mati dia nak kena kejar itu ini,dengan setiap hari nak pakai duit..kalau duduk berdua,tak apalah..kalau ada anak? tak ke naya?:p


untuk ruang keluarga pulak, aku rasa aku lebih memilih untuk buat ruang ni menghadap ke luar rumah..means, sambil-sambil berehat,boleh lah tengok flora dan fauna yang ada kat luar rumah... contohnya, hari jumaat,...lepas je makan,terus ke ruang keluarga..heaven kot....dongak ke langit,sambil tengok burung-burung yang berterbangan di angkasa....tak pun,tengok pokok-pokok yang ada dekat depan tu...maybe,boleh letak ruang keluarga tu berhadapan dengan taman....

kita ke ruang makan pulak....
tengok daripada gambar kat ats ni...aku jugak nakkan ruang makan aku berhadapan dengan floran dan fauna...tapi bukanlah maknanya kena ada 4 kerusi macam yang kat ats tu jugak...maksud aku,kedudukan meja makan tu,yang membolehkan aku dan keluarga aku nanti dapat tengok suasana yang damai, masa kami tengah makan....tapi bimbang jugak kan...tengah-tengah duduk makan, nampak mende pelik-pelik...tak jadi nak makan kot,aku,....


seterusnya kita ke bahagian dapur....
untuk bahagian dapur,aku memilih untuk ada dapur yang lebih luas...kenapa? kerana aku memang suka kepada dapur yang luas..senang aku nak bergerak ke sana, ke mari...tapi sebenarnya aku bukan jenis yang suka meja makan ada dekat dapur..aku lebih suka kalau meja makan ada kat ruang makan je...tapi nak kena jugak ada satu meja untuk aku buat kerja masa nak memasak....keh keh keh...aku ni bukannya kecik...tambah pulak,kalau aku dapat laki yang besar jugak..takkan nak buat dapur kecik je...silap haribulan, asyik *accident je aku dengan laki aku nanti....
 seterusnya kita ke bahagian bilik tidur pulak....kalau dapat bilik tidur yang ada katil macam yang dekat atas tu, heaven dowh....lepas penat seharian bekerja, malam pulak,letak je kepala,terus krohhhh....krohhhhh...krohh...malu kot kat laki aku....harap-harap dia boleh terima....keh keh keh...tapi kalau tak dapat macam yang kat atas tu, macam yang kat bawah ni pun dah ok kan...heaven jugak...yang penting,bila mata mengantuk, ada tempat untuk aku tidur.....
cantik gak kalau ada bilik tidur macam ni kan...?



untuk bilik tidur anak-anak pulak...kalau anak perempuan,aku lebih suka hias bilik diorang dengan warna pink...cute sangat aku rasa....biar sifat keperempuanan diorang ada..yang wajib ada bagi setiap bilik anak-anak ialah meja study....diorang kena ingat yang diorang kena belajar..ingat senang ke,aku nak beranakkan diorang,sekolahkan diorang...dengan bapak diorang sibuk cari duit untuk sara hidup diorang dan sekolahkan diorang.....
kalau anak lelaki pulak,aku prefer untuk bilik tidur diorang warna biru...bukan apa..untuk tenangkan diorang kalau diorang tu stress..takkan nak letak warna pink jugak kan...jadik perempuan kan,anak laki aku...keh keh keh..contoh dalam gambar tu kalau anak laki aku sorang dan tak berkongsi bilik...tapi kalau dah ada ramai anak laki,suasana dan susunannya akan bertukar wajah....

ha! dia akan jadi macam ni.....diorang kena berkongsi bilik lah maknanya...keh keh keh.....yang pasti,diorang tak boleh berkongsi katil,sebab aku tahu, anak-anak aku nanti takkan jadi  macam upin dan ipin....diorang mungkin akan bergaduh...so,lagi baik kalau aku asingkan tempat tidur diorang......

salah satu elemen terpenting yang perlu ada kat dalam rumah pulak aku rasa, mende yang dekat atas tu...perpustakaan...means, bukanlah perpustakaan yang ada kaunter pertanyaan dan kaunter peminjaman tu...tapi,cukup sekadar sebagai ruang bacaan untuk kami sekeluarga....ilmu tu tak kira,kat sekolah atau dekat rumah..yang penting,kita yang kena pupuk anak-anak untuk jadi seorang yang minat membaca dan menambah ilmu pengetahuan....kan?
ni pulak, taman untuk minum petang ataupun untuk bersantai anak beranak...boleh jugak jadi tempat rehat untuk aku dengan laki aku nanti...keh keh keh


ni pulak,special untuk korang yang akan datang ke rumah aku...ruang tamu...aku bagi tempat yang romantik lagi...ingat nak letak kerusi kayu je....mana tau,bila korang datang, duduk kejap je...tak leh lama sebab sakit bontot,duduk atas kerusi kayu...:p...tapi aku tak sekejam tu....lagipun kerusi kayu lebih mahal...so,aku bagi korang duduk atas kerusi macam ni lah....

tu semua susun atur rumah aku kalau aku dapat rumah macam yang mula-mula tu...tapi kalau dapat rumah yang macam ni,
aku terima je...sebab aku rasa,kita boleh je adjust struktur rumah kalau kita nak..yang penting, jadikan rumah tu sebagai rumahku syurgaku bagi suami,anak-anak dan kita sendiri..yang mana,bila kita masuk ke rumah tu nanti,kita akan rasa senang hati....kita kena paham konsep BAITI JANNATI tu.....
**********************************



okeylah,korang...aku nak cau dulu...aku nak pergi makan nasi kejap...lapor....



p/s:semua gambar di atas adalah dari mr,carian


Monday, December 12, 2011

...tak semestinya dia perlukan kita....

salam satu planet...
korang pernah rasa kehilangan tak?
sama ada hilang kawan baik korang?
hilang keluarga terdekat?
pendek kata hilang orang-orang yang kau sayang...panjang katanya? panjang tak nak kata apa-apa..dia cool je...keh keh keh...
ok,,,siyes...maybe masa aku tengah taip entry ni, aku tengah sedih....mungkin jugak kecik hati...tak tahu kenapa....aku rasa macam aku dah hilang orang-orang yang dekat dengan aku...aku rasa hubungan kami dah tak macam dulu...ni bukan pasal encik sayang...aku rasa aku tak perlu nak sebut nama orang tu kat sini...ntahlah...rasa macam tak wujud dah atas muka bumi ni...sebab tak ada orang yang nak layan aku...rasa macam tak wujud dah dalam kamus hidup budak-budak BAHTERA....aku macam hidup sorang-sorang sekarang ni...erm...tak kisahlah...nak buat macam mana...aku tak boleh paksa orang untuk sayang aku...masing-masing ada kehidupan sendiri....aku tak boleh nak paksa orang supaya terus kawan dengan aku...even kawan baik pun akan tinggalkan kita satu hari nanti..sebab masing-masing akan ada kehidupan mereka sendiri nanti...

bila pikir-pikir balik kan, bila masuk tahun akhir,aku dekat UNISZA ni, rasa macam makin banyak dugaan yang datang melanda..kadang-kadang rasa macam aku akan hilang orang yang paling aku rapat selama aku kat sini....:) tak apalah...aku bukan sape-sape untuk pakse orang untuk terus dengan aku..aku tak kisah pun...bila mana dia perlukan aku,kalau dia datang dekat aku,aku terima dengan tangan terbuka...bila mana dia dah tak perlukan aku, dia boleh ke mana saja dia nak pergi...kalau dia nak terbang pun,aku tak ada hak untuk halang...dia adalah dirinya sendiri..dia dah mampu berdiri sendiri...malah dia lebih pandai daripada aku..dia lebih cerdik daripada aku...

tak apalah..kenangan mungkin tetap tersemat dalam hati aku...dia kawan aku...dari dulu, sekarang dan selamanya...tapi, kalau dia mintak aku pergi daripada hidup dia, aku kena pergi..kerana hanya itu tugas seorang teman seperti aku...bila aku diperlukan,aku akan datang...bila tak diperlukan lagi,aku kena pergi..kerana, bersamanya,disisinya, bukan tempat aku....itu aku harus ingat...!:)



p/s: andai awak dah bosan, awak carilah kawan yang lebih baik daripada saya ya...sebab saya tak sempurna,wak....

Wednesday, December 07, 2011

kisah anak PALESTIN di bumi sendiri

Ayah!
Kata merka kau penjahat
padahal sebenarnya engkau bukan penjahat
Ayah!
Kenapa mereka jauhkan engkau dariku?
Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan
Untuk menciumku walaupun sekali
Atau mengusap air mata ibu

Ibu!
aku melihat air mata dikelopak matamu di setiap pagi

Apakah PALESTIN tidak berhak diberi penghormatan??????
Aku bertanya kepada matahari pada setiap hari

Ibu!
Apakah ayah akan kembali pada suatu hari?
Atau dia akan pergi selamanya sampai Qiyamah?
Atau adakah dia akan mengusap airmatamu yang menitis pada setiap pagi?

Wahai ayah!
Dimanakah engkau?

ooooooooooooohhhhhhhhh...
Bayi-bayi yang dijajah
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu berlalu
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu
dan para SYUHADA BERGUGURAN setelah gugurnya syahid yang lalu
sedangkan ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi
dalam sel mengerikan yang tidak layak di huni oleh manusia

mana hari kemenangan dan kehancuran penjara?
penjara besi itu!!!!!!!!!!!!!


MALULAH KALIAN!
MALULAH KALIAN!
MALULAH KALIAN!

AKU INGIN AYAH PULANG...................!



ni adalah satu puisi daripada seorang anak kecil daripada Palestin....kalau korang nak tengok,korang boleh bukak you tube and search "rintihan anak palestin"...
aku bukan nak citer pasal puisi tu...tapi aku nak korang perhatikan, apa yang nak budak tu sampaikan...takkan korang tak paham kan? korang sekolah tinggi pada aku kot....aku takat tadika pun tak lepas...keh keh keh...

ok..
ni ada satu kisah....
aku tak ingat sama ada aku terbaca ataupun aku tengok kat tibi...
kisah dia macam ni...

seorang ayah dan anak ni, dia dah kehilangan orang yang diorang sayang depan mata kepala diorang...means, mak budak tu lah...isteri kepada laki tu...
lepas tu,diorang berjalan balik ke rumah...korang pon sedia maklum kan...di palestin,lahanat israel sebenarnya kat mana-mana tempat pun....
masa dalam perjalanan balik ke rumah,mereka diserang...si anak telah ditemabak...kalau tak silap aku,umur anak tu baru 6 tahun....kanak-kanak tu meninggal dunia kat situ jugak....
si ayah terus naik naik darah bila tengok anak dia meninggal dunia kat pangkuan dia masa tu jugak..dahlah baru hilang isteri..ni plak hilang anak pulak...
"demi ALLAH!
 ayah akan bunuh mereka yang telah membinasakan keluarga kita...ayah ingin melihat kau bahagia...jadi ayah akan bunuh mereka yang berani menyentuhmu!apalagi membunuhmu" si ayah memekik...

jadi,dia serang hendap(tanpa senjata) pada seorang tentera israel..kemudian,dia rampas senjata yang ada pada israel tu....dia lepaskan tembakan pada tentera israel yang kejam tu....
masa dia tembak menembak tu, si ayah langsung tak tinggalkan jenazah anaknya....
dia berjaya bunuh si lahanat lebih kurang sepuluh orang...and then last sekali,dia pun ditembak oleh tentera lahanat tu...dia meninggal disisi jenazah anaknya....

p/s:semoga mereka diletakkan dalam golongan para syuhada'...amin,,,

Tuesday, December 06, 2011

bila kelas batal...

salam satu planet....
hmmm....(mengeluh) rasa macam tension je sikit....pagi tadi aku memang bangun awal giler sebab nak ke kelaslah kononnya...sampai je kat kelas,aku tengok baru ada 2 orang budak kelasd aku yang datang waktu tu...tengok jam kat henset...erm,,tak apalah..baru pukul 7.58...aku terus masuk ke kelas dalam keadaan lemah...sebab hari ni memang aku malas sangat...sebab apa aku malas? sebab semalam aku dah bercuti sehari...semalam kalau nak ikut jadual kelas,memang kosong...so,memang aku duduk kat bilik je memanjang....tapi ada jugaklah keluarnya....aku keluar sekejap semalam sebab nak pergi jumpa musyrif kat bangunan lama...nak bincang pasal tesis....(musyrif means penyelia)

ok,berbalik pada citer asal,tengah-tengah aku duduk mengelamun sekor-sekor tadi, budak laki kelas aku dapat call...aku dah agak apa yang pemaggil tu bagitau....pastu,lepas budak tu bercakap,dia still boleh senyum-senyum pulak...aku dah start cuak dengan dia...apa...? dia ingat dia handsome sangat ke? last-last dia bagitau yang kelas tak ada....aku mengeluh sekor-sekor...nak je aku hempuk kepala budak tu...tapi aku masih waras lagi....aku batalkan niat aku nak bunuh budak tu dengan cara hempuk kepala dia berkali-kali dan laju-laju...keh keh keh...

lepas tu,aku balik.....
sampai-sampai kat bilik terus salin baju....lepas salin semua dah,aku terus pergi bilik kawan aku kat sebelah...dia siap ajak aku tidur lagi sebab kelas dia pun batal jugak....memang aku tidur dengan bersungguh-sungguh lah masa tu...kul 10.30 bangun balik..aku nak pergi kelas balaghah pulak...tapi masa tu memang berat sangat nak bangun,nak pergi basuh muka, nak bersiap nak gi kelas...memang teramat yang sangat malas aku masa tu....tapi aku gagahkan diri(ayat sastera) and then turun jugak nak pergi kelas dengan hati berkobar-kobar....last-last, korang tau apa yang jadi? aku dapat mesej daripada anah,cakap yang kelas batal...ustazah dah bersalin...

hampeh betul....terus balik,bukak laptop and then bukak blog....and then terhasillah entry ni...nak tidur memang malas dah nak pejam mata....keh keh keh....

p/s: apasallah tak terus cuti seminggu? hahahaha

Monday, December 05, 2011

reality

all you got to do is see
my hijab makes me free
you just don't see
this is reality

no man oppresses me
i'm free to be
i respect myself
this is reality.

no strange man can see my beauty
propaganda makes muslim women seem like dummies
we want to be seen for what is in our minds
this is reality.

hijab is nothing new
we cover ourselves like nuns do
but are labelled as outcosts.
why is this reality????????

we refuse to be victims of the male
pleasing fashion industry
i don't judge others then why do they judge me?
why is this reality???????

for those people who stare just become aware
i don't mind i will give you a smile in return
i am free
this is reality....




p/s:poem credit to NABEELAH NAEEM

Saturday, November 19, 2011

sesekali menolong^_^

salam satu planet....
hari ni aku mabuk...tadi makan pari banyak sangat....makan dengan air asam....tiba-tiba dalam pukul 1 lebih,aku muntah....korang phamlah kan kalau muntah, sakitnya macam mana...tak tahan sangat tadi.....sakit dada aku...aku yang sepatutnya balik kampus petang tadi pun,tak jadi nak balik...mak aku tak bagi aku balik kampus agi hari ni...sebab, mak aku takut aku muntah dalam bus...hikhikhik....
kalau aku tiba-tiba termuntah dalam bus, sape agaknya nak jawab?
takkanlah kalau aku muntah,pastu si conductor tanya, aku nak tanya dia balik: muntah sape tu...? euwwwwwww.....!keh keh keh....ye dak? kalau korang, nak ke jawab,"tu muntah saya,jadi awak sebagai konduktor bas yang sangat berwibawa,sila lapkan muntah saya tu.."
heaven jugak kan, kalau kita muntah,pastu ada orang tolong lapkan? keh keh keh.....
berak orang basuhkan....heaven siot! kah kah kah...

***************************************

okeh! dah, melalut....
aku cuma nak citer kat korang, tadi,bosan sangat...kepala tak pening, tapi dada aku sakit sikit sebab muntah kan...so,aku pun cuba-cubalah edit blog kawan aku....

so,menjadi lah jugak daripada yang tak jadi tu kan...baru nak belajar...ok..at least aku cuba untuk edit and tolong kawan aku tu nak cantikkan belog dia....
so hasilnya???
























>korang klik snediri...aku dah bagi link dia tu....keh keh keh...

p/s: jangan marah aaaa(versi  p.ramlee and aziz satar)

Friday, November 11, 2011

darakah aku?(lelaki paling digalakkan baca)

salam satu planet...
semalam,aku duk syok blogwalking...memang syoklah tengok blog orang cantik-cantik...aku?
sorry...blog aku tak macam blog korang,hebat-hebat semuanya....
tengah aku duk blog walking semalam,aku ada terjumpa benda ni....
DARA DAN FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANGNYA.....

bila aku baca and then ingat-ingat balik, baru aku teringat...rupanya aku dah banyak pergi ceramah pasal mende alah ni...aku perempuan....aku rasa aku nak sangat tahu dan aku jugak nak orang lain tahu pasal mende ni...so,aku kongsikan kat korang.....
kalau korang nak tahu fakta tentang mende ni....korang bukak link nye ok...:)
kat entry ni,aku cuma nak citer dekat korang pasal apa yang aku dapat daripda ceramah-ceramah yang aku pergi yang bercakap dan membincangkan soal mende ni....
pernah satu soalan yang di ajukan pada ustaz tu lebih kurang macam ni...
"ustaz, misal kata saya menikah,dan pada malam pertama perkahwinan, ketika berjimak,tidak keluar darah perawan daripada isteri saya,apakah isteri saya sudah tidak suci lagi? adakah dia sudah tidak ada keperawanan?"

ustaz tu jawab lebih kurang macam ni...

"awak tak boleh fikir macam tu....tu menandakan awak menunjukkan kebodohan awak pada seorang isteri...tak semestinya kalau tak keluar darah semasa bersetubuh kali pertama,bermakna isteri awak tak ada perawan lagi....salah tu....cetek sangat berfikir...mungkin selaput daranya dah terkoyak sebelum berkahwin dengan awak lagi...selaput dara dan perawan ni adalah dua benda yang berbeza....selaput dara ni adalah selaput yang nyata....tapi keperawanan adalah kesucian wanita daripada seks luar nikah....itulah keperawanan...."

dulu,aku takut gak pikir pasal mende ni...mana lah kita tahu kan yang kita ni ada dara ke tak lagi? takkan nak test sendiri kot? giler ko?
dulu,aku pernah dengar yang ramai orang tua yang suka alas tidur anak pengantin pada malam pertama dengan kain putih...kalau ada darah pada kain tu esoknya,tu maknanya pompuan tu anak dara lagi...kalau tak ada darah,maknanya bukan anak dara lagi....apa kejadahnya buat macam tu? sian budak tu....
habis tu kalau yang tak ada darah,walaupun masih perawan,dan-dan nak suruh anak laki dia ceraikan si budak pompuan tu? sedap ah laki tu,dah rasa tubuh anak dara orang,pastu terus lepas macam tu jer....giler hape!

marah ni!marah ni!

punyalah otak aku dan geng-geng aku gile,aku pakat nak buat macam ni...
malam pertama nanti,masuk bilik, kalau nampak kain putih atas katil tu, cepat-cepat kuar gi ambik sirap....lepas korang *buat tu,bila laki korang kuar gi bilik air,korang letaklah sirap sikit....keh keh keh....tengoklah kalau korang macam mana....hahahahaha...kalau korang berani....
tapi bagi aku, mende ni kita tak perlu nak takut, kalau kita tak buat. lainlah kalau kau pernah buat (bersetubuh). tu, bolehlah jadi asbab kenapa korang takut nak kahwin.

p/s: kadang-kadang kita gurau. ada masa kita kena serius!

my first time:final hope|santai blogger

salam satu planet....
semalam,blogwalking kejap...tengok-tengok blog orang kan....mana yang dan follow,aku follow...yang tak dan,aku book mark je...hihihi...nanti blogwalking lagi....
tengah-tengah duduk berbahagia blogwalking aku terjumpa satu blog yang ada buat segment....rasa macam nak join jugak...so,aku try join...
kalau nak join jugak,korang klik sini

aku pilih url blog aku macam ni, sebab aku memang anak jati TERENGGANU...macam yang aku bagitahu korang dekat description "ni aku nok kabo ke mung seme,aku bangge jadi anok TRANUNG.."
memang aku bangge jadi anak terengganu...dan aku setia dengan negeri aku ni...kalau korang perasan,kat header blog tu pun penuh dengan gambar penyu....pavicon aku pun gambar penyu tau...huhuhu....

kat sini aku nak tag 2 orang kawan aku...


erm...tu je kot syarat-syarat yang tuan punya blog nak....hihihi....

Wednesday, October 26, 2011

nak blog sendiri!

salam satu malaysia....
ari ni aku nak citer kat korang betapa susahnya nak edit blog aku....wakakaka....tengok orang pakai blog sendiri,mestilah aku nak pakai yang sendiri jugak kan? so,aku google sikit-sikit,cari serba sikit,dah dapat!
dan hasilnya macam yang korang tengok sekarang ni....
aku jumpa kat blog sorang blogger....bukan nak cantik pun...tapi sebenarnya aku nak blog aku nampak seperti yang aku sendiri....
aku nak design sendiri...aku punya memanglah tak cantik....bukan pandai macam korang yang memang ambik upah design blog...aku baru je nak cuba....tengoklah,kalau aku rasa macam nak buat design lain,aku buat lagi...tapi mende ni, nak buatnya,makan masa yang panjang jugak...(panjang ke)mana tahan aku nak duduk tercongok depan laptop ni dari pagi sampai petang....lama-lama buat perangai macam tu,satgi tunggulah puan emak marah aku....sekali dua okey lagi...kalau dah berhari-hari macam tu,tak ke naya....?

aku ni dahlah ada msalah mata...aku sepatutnya pakai spek yang untuk cahaya tu...tapi aku tak pakai...benda dah ada,tapi aku tak pakai...pakai sepek tu,macam menyusahkan je kan? aku ni pulak jenis yang sangat lasak....lagi satu sebab aku tak suka pakai sepek,sebab sepek ni macam menghodohkan bentuk tudung yang aku pakai...tudung macam jadi kembang bila pakai sepek...so,aku malas ah nak pakai...keh keh keh...bila dah sakit kepala sangat, rasa macam pening lalat, rasa sakit mata, barulah aku pergi cari encik sepek....


ok!aku dah melalut ke selat tebrau...pusing balik kapal kita....


aku tak pandai nak buat blog aku jadi cantik-cantik macam blog korang...tapi sekurang-kurangnya aku belajar kan...nanti ada masa,aku try buat yang lagi okey daripada ni....ni baru untuk percubaan...tak siap lagi sebenarnya...aku pun macam tak puas hati lagi dengan hasil yang jadi ni...nanti jadi lagi cantik,aku boleh ar ambik tempahan nak buat blog...wakaka....kalau aku rajin sebab biasanya aku ni hangat-hangat taik ayam!


okeylah...aku nak buat kerja kejap!

Friday, October 21, 2011

macam ketinggalan zaman je...

salam satu planet....
wakakaka....aku online lagi lah weyh....
sebenarnya aku tak tutup pun laptop ni...aku duk cari video penuh perlawanan terengganu dengan selangor and kelantan...tapi tak jumpa...aku nak tengok video penuh perlawanan diorang....
tapi jujur aku cakap,aku rasa,malam yang terengganu n kelantan lawan tu,aku rasa banyak emosi daripada profesional....
pemain kelantan macam nak jadi samseng je.....korang,korang sepatutnya main cara profesional lah....tak payahlah nak lebih-lebih...aku rasa,awok-awok negeri aku xdop lah main sepak-sepak dan terjoh-terjoh orang...mung seme je hop main macam nok gomo dalam baruh(kebun)

aku harap korang paham apa yang aku cakap ni....

adatlah bermain,kalah menang tu memang dah adat kan....aku rasa korang tak perlu nak runjuk samseng atas padang....padang tu tempat untuk menentukan sapa juara,sapa kalah...bukan nak tengok korang tu samseng ke tidak....

ape pon...aku tetap penyokong setia terengganu....
peteh ganu peteh...peteh sapa reboh!


semangat tu!
aku peminat setia bola sepak ok!

walaupun aku perempuan....
erm...apa-apa pun,kelantan dah kalah...sekarang ni aku tak sabar nak tengok perlawanan kedua antara terengganu dan selangor.....


insyallah,.,,,mintak-mintaklah terengganu menang.....amin....biar boleh ke peringkat akhir piala ni....



jom kawan-kawan...kita pakat gi buat lautan hitam putih kat stadium......

kisah seram....(seram ke?)

salam satu planet....
petang jumaat ni,aku teringat pulak satu citer yang terjadi kat diri aku sendiri...hari selasa malam baru-baru ni....esoknya aku exam balaghah...
malam tu,aku tidur dalam pukul 1 lebih kurang....roomate ku ni pulak jenis yang tak boleh bising kalau dia tengah tidur...masa nak masuk ke bilik,aku masuk senyap-senyap lah...tu pun,aku terlanggar kerusi...nasib baik lah dia tak tersedar....
lepas aku kemas buku-buku aku kat atas meja,aku terus naik ke katil and then tidur....masa nilah semua benda yang terjadi malam tu bermula....
masa aku naik ke katil tu pun aku dah rasa lain macam...rasa macam ada orang lain yang naik ke katil aku...aku pandang sekeliling....erm....tak ada apa-apalah masa tu...aku pun teruskan baring.....aku ni biasanya lupa nak baca ayat kursi sebelum tidur....aku terus baca doa tidur je masa tu.....
lama sikit lepas tu,aku terlena...biasanya,kalau aku terlena tangan aku mseti terjuntai ke sisi katil....aku betul-betul lena malam tu...mungkin sebab penat...ari isnin tu aku tidur 2 jam je....
tengah aku sedap terlena,aku rasa ada tangan yang tengah pegang lengan aku....aku celik mata.....aku nampak tangan yang pegang tangan aku tu berbulu....aku langsung ingatkan roomate aku yang nak kacau aku masa tu.....
lama lepas tu,aku terpikir,apa kejadahnya roomate aku bangun and then bergurau pegang-pegang tangan aku pulak ni?
erm...lagi satu, hebat benar roomate aku,bangun setakat nak nyakat aku....itulah yang aku pikir.....

bila sedar daripada memikirkan tentang mende tu,aku terus sentap tangan aku.....sah,bukan roomate aku...lagipun roomate aku tak perrnah bergurau pasal mende ni....aku dah berdebar.....tengah duk pikir pasal tu lagi,tiba-tiba katil aku bergegar...macam ada orang naik....pastu aku rasa pulak,gegaran makin kuat...aku kuatkan semangat nak tengok ke sisi aku....aku nampak tilam aku duk bergegar-gegar...maknanya tu bukan sekadar perasaan aku....

pastu aku baru teringat yang aku tidur tadi,aku just baca doa tidur,surah alfatihah dengan ayat kursi aku tak baca...masa tu nak turun daripada katil pun aku takut sangat.....

aku terus kan je baca ayat kursi.....makin kuat katil aku bergegar....alahai....nak bergurau senda dengan aku pun,tunggulah aku habis exam dulu....

lepas tiga kali aku baca ayat kursi,katil yang bergegar terus jadi macam biasa.....pastu aku dengar sayup-sayup suara orang menangis....aku diam je....

baru je nak pejam mata,aku rasa ada benda cuit kaki aku pulak....alahai....aku bukak mata,dan-dan aku tengok benda tu duk tersengih atas almari aku......hohoho....aku terus tengok dia....sambil tu,aku baca ayat kursi and empat kul....lepas tu,daripada tersengih,dia menangis...aku teruskan baca ayat-ayat tu...lama lepas tu,hantu tu hilang.....

aku dah tak boleh tidur...tapi aku paksa mata aku tidur...lepas tu aku lena...aku bangun bila roomate aku kejutkan aku....pukul 6.45(biasalah...cuti kan)

sebut pasal cuti,aku terpikir...mungkin benda tu berani masuk sebab aku dengan roomate aku sama-sama tak boleh semayang...tak ada orang yang nak mengaji kat bilik kami....biasanya,kalau aku tak boleh semayang,roomate aku yang mengaji...and then macam tu lah sebaliknya.....

esoknya,aku ceritakn benda yang terjadi kat roomate aku....dia cakap,dia mengantuk sangat malam tu,.,,,sampai langsung tak sedar.....

erm...aku pun lepas tu memang macam takut sikit nak masuk bilik....tapi tu tempat tinggal aku....nak buat macam mana....redah jelah.....hohoho


okeylah...aku rasa kat sini dulu....nanti malam,ada citer, and kerajinan,aku buat lagi entry....

jangan panggil keranda....boleh?


salam satu planet....
ini malam aku rasa rajin sikit nak taip entry...


korang nampak bus yang dekat atas tu? ok...aku google je kejap tadi...mana boleh nk buat entry ni,aku naik bus gi k.terengganu and then ambik gambor bas bandor ni,snap 2,3 kali,pastu balik dungun semula....giler ape?google sudah....
aku just nak meluahkan rasa tidak puas hati aku kat students yang ada kat unisza...umt aku tak tahu...sekarang ni,bus ni dah boleh masuk ke dalam kawasan unisza....so,lagi menyenangkan kerja para students utk ke bandor ok....erm...actually,bukan ke bandar je...tapi kalau setakat korang nak ke chendering ke,ke muzium ke,bus ni ada sediakan perkhidmatan hantar korang ke sana...cuma bukan bus yang sama...korang kena tukar bus lah...nak tahu selanjutnya,datang and naik sendiri....

kenapa entry aku bunyi macam nak marah je kan?
memang aku ada rasa nak marah and kecik hati dengan students dekat unisza tu....sebabnya diorang panggil bas ni,bas keranda....kenapa?
nampak macam keranda ke?
ke korang memang rasa macam duduk dalam keranda?
korang pernah naik ke bas tu?
aku dengar sendiri benda ni daripada sorang budak kelantan....

"tak nak aku naik bus bandar tu....bentuk macam keranda...dahlah tingkap tak boleh bukak!"
masa tu aku terus tanya dia,"mung pernah naik ke bas tu?"
dia geleng(macam tenggiling...kalahkan tenggiling kot)
aku terus cakap kat dia masa tu,"kalau tak pernah naik,jangan cakap apa-apa...benda tu satu kemudahan...tapi kalau sebab korang nak berpolitik and then cakap yang bukan-bukan pasal kerajaan yang mewujudkan perkhidmatan bas bandar ni,korang kena sedar,korang tu just menumpang kat negeri ni untuk belajar...nak tuntut ilmu...bukan datang untuk berpolitik dan kempen sana sini....pasal tingkap tak boleh bukak tu pulak...memanglah tak boleh bukak,dah ada aircond! belajar tinggi2,mende macam tu pun tak boleh nak pikir...hadui...."

maaflah readers semua...aku emo sikit...aku memang akan emo bila melibatkan mak bapak,adik beradik dan negeri aku....kalau korang kutuk-kutuk mereka-mereka ni,maknanya korang mencari pasal dengan aku....aku memang tak boleh terima kalau ada orang kutuk negeri aku....dan-dan je aku akan kutuk korang balik....wakakaka....aku dah dikira baik kalau aku kutuk korang,korang still boleh senyum....sebab biasanya,aku akan kutuk korang sampai orang menangis....korang kena terima hakikat lah yang lepas tu,aku akan jauh kan diri sikit daripada korang....aku anti sikit kalau orang kuat berpolitik....lagi satu kalau yang anti kerajaan...aku akan jadi anti diorang...keh keh keh....aku pulak memang parti gerakan....tak bergerak,tak dapat makan.....hak hak hak....

okeylah....lepas ni,sapa-sapa yang ada kutuk negeri aku,sila berhenti daripada kutuk negeri aku...sebab aku memang tak pernah kutuk negeri orang lain....yang pasti kita semua tetap satu negara.....

p/s:belajarlah untuk tak cari benda yang tak sepatutnya korang cari.....


Thursday, October 20, 2011

bila aku lepaskan rindu

salam satu planet semua....:)
hahahahaha(tolong gelak cara orang kaya)
okey,i'm back in blogging world!
aku baru balik dari kampus semalam...ada jugak online....tapi macam tak kuat sangat...sampai tak boleh nak online blog...punya aku semangat nak buat entry...aku tunggu sampai pukul 2 semalam....tapi mungkin sebb nak ujan,so line tak berapa nak okey.....so,petang ni aku nak citer kat korang pasal banyak benda sebenarnya...tu pun kalau aku larat nak menulis...sebabnya,aku macam tergagap-gagap nak naip laju-laju...biasalah...aku dah 2 minngu kot tak pegang keyboard laptop.....tengok orang main je....tengok citer kat laptop kawan aku pun kejap-kejap ke....aku tak bawak laptop ke kampus masa exam baru-baru ni....terpksa tinggalkan je kat rumah...aku takut tak study...tak ada laptop pun,aku rasa terlebih 'rajin' nak study.....nasib baik aku tak bawak....
citer pasal exam baru ni,...last paper aku,pukul 2 petang semalam....rasa macam penat je...
serius aku cakap kat korang....paper-paper yang last,aku rasa malas sangat nak study...aku cuma pikir nak balik je....kadang-kadang,tengah-tengah stusy pun,dan-dan je aku naik atas katil and then tidur....penat sangat kot...
(macam lah aku kena pikul buku sebeban)
sambung balik bab exam....rasa nya macam result nak turun je sem ni...soalan sangat-sangat 'senang' untuk dijawab...sem ni,aku langsung tak keluar awal daripada dewan periksa...kalau masa tiga jam,tiga jamlah aku duk berkurung dalam dewan periksa tu....
sem 5 ni,aku ambik 7 subjek....
  1. maqal
  2. adab nusus
  3. naqdu al adabi
  4. nahu dan sorof
  5. balaghah
  6. fikh jenayah
  7. fiqh lughah
semua subjek ni aku kena hafal...biasalah...aku ambik course bahasa dan kesusasteraan arab...so,semua subjek kena hafal...nak tak nak,aku kena hafal....
masa subjek exam yang pertama dan kedua aku macam okey lagi...tapi masuk subjek ke tiga nak exam,aku macam stress...masa tu pulak, dan-dan je 'kawan baik' datang.....lagi rasa macam nak meroyan.....

tapi aku still okey.....sebab aku punya exam selang satu hari....maknanya ada jugaklah jarak antara subjek susah tu...kecuali subjek balaghah dan naqdu adabi....

kalau roomate aku,minggu mula-mula periksa,empat subjek tanpa jarak....tapi dia cool je...sebab dia memang jenis yang cool dan cerdik...kalau aku macam tu,memang aku rasa bersyukur sangat....

nasib baiklah masa exam ni,encik sayang aku macam paham je aku kurang mesej je dengan dia...dia paham,aku punya subjek susah-susah....

ermmmm...tesis....sem depan pulak aku akan berjumpa dengan tesis.....


ermmm...okeylah...aku nak kuar dah...penyibuk-penyibuk dah datang....datang nak korek rahsia,pastu balik umah mengumpat pasal mak aku....(untuk pengetahuan korang,aku sekarang ni tengah berlatih senyum pura-pura untuk diorang)


okey...sori korang semua...nanti aku wat entry lagi tau.....

Wednesday, October 05, 2011

kelucahan melampau

salam satu planet...
ok...
aku tak ada kisah WORDLESS WEDNESDAY ok...aku rasa dalam hidup aku tak pernah terjadi pun agknya wordless wednesday tu...:p
entry ni,aku nak citer kat korang pasal beberapa perkara yang wat aku rasa mende tu bodoh giler kalau nak ingat balik........

first,,,aku balik ke kampus pagi tadi sebab petang,dalam pukul 2 aku ada oral test maqal...sampai-sampa mbkt,aku terus ingat yang aku tertinggal kad matric kat umah...aku call mak aku...mak aku suruh aku balik....maafkan orang,mak...orang takde niat pun nak susahkan mak...tak ada terdetik pun dalam hati untuk balik semula ke kampung lepas ambik test tadi....
untuk mak aku,"orang tahu mak paham orang...orang tak ada niat pn nak susahkan mak"
tiba-tiba rasa sayu....
******************************************
okey,,,berbalik pada topik asal....

second thing, aku naik bus dalam pukul 8 pagi tadi...korang tahu,masa duk dalam bus tadi,aku geram giler kat driver tu....boleh dia bercakap telefon dengan makwe dia...dia tak sedar ke yang dia tengah bawak nyawa orang...tadi dah nyaris nak accident tadi...nauzubillah....rasa nak je,pergi ambik tempat dia...langsung tak ingat yang dia tu tengah bawak nyawa orang ramai....

third,masa sampai tadi,tunggu punya tunggu,akhirnya ak dapat bas bandar,nak balik ke kampus...
aku naik,memang otai giler,duk sorang-sorang....pastu,masuklah dua pompuan,duk depan aku..yang sorang tu pakai tudung,tapi pakai legging....adoyai....nampaklah awak punya...aku malu,memang tak pandang muka dia lepas tu...aku pun pakai suar jugak...tapi,dengan baju labuhlah,,,nak kata tak berfesyen,baju aku pun macam baju orang lain jgak,bahkan,baju aku sama je dengan baju budak tu,,,tapi tak payahlah pakai legging...malu mak cik tengok....wakaka....dahlah ramai giler laki dalam bus tadi....


fourth,,,,masa nak balik kampung tadi,aku naik bus dalam pukul 3....masa naik bus tu,orang memang tak ramai...aku pun pelik jugak,macam mana orang boleh tak ramai nak ke dungun ari ni...mungkin sebab kelindan bus tu tak hensem kot :p....msa aku naik bus tadi,aku duk sorang2...pastu adalah mak cik yang baru naik,duduk sebelah aku...dia pun tengoklah,ada sorang mamat ni,duduk kat bahagian depan,tapi menghadap ke tempat aku duduk...cuma dia duduk kat seat sebelah....kat depan dia(sebelah aku),ada seorang mak cik yang memang seksi giler...kire,meghadap ke budak lelaki tu....aku ni,kalau naik bus,memang jenis yang tak ambik port sangat pasal orang...tiba-tiba mak cik kat sebelah aku bisikkan kat aku,"tengok suar dia,dah basah...."
aku dengan niat yang suci,memang kepala suci giler masa tu,cuma pikir yang laki tu terkencing...last-last,mak cik tu cakap, "dia tengok pompuan seksi,tangan duk buat kerja...."
ok...rupanya,daripada penerangan mak cik tu yang seterusnya,barulah aku tahu,yang laki tu dah pancut....BENGONG!
malu weyh....aku malu sangat...aku yang pakai jubah and then bertudung labuh ni,jadi malu nak tengok muka laki tu...bukan nya apa...aku takut gak...mana tahu,laki tu boleh buat kat sape-sape je...takut giler...pastu,ada bau yang kurang menyenangkan...aku terus ambik sweater and then,tekup hidung aku...nak muntah weyh...mak cik tu terus cakap,bau 'benda' dia lah tu....aku suci lagi...mana aku tahu benda dia punya...it's mean, air mani ok!




BENGONGGGGGGGGGGGG!

masa tu aku dah start nyumpah seranah mamat tu dalam hati....bengong giler....


okeylah,,,aku nak study dah....bye....

Tuesday, October 04, 2011

manja betul...

salam satu planet....
ini entry aku nak citer pasal adik aku yang bongsu...punyalah manja.....korang tahu,disebabkan ada satu benda ni yang dia buat kejap tadi,menimbulkan idea busuk ati untuk menaip entry blog...wakaka....

macam ni..tadi, dia nak main puzzle...puzzle tu, abang kimi dia punya...pastu,aku biar aje dia main dengan mende tu,janji jangan hilangkan bahagian2 puzzle tu...aku pun terus bukak laptop...bila dah bukak,aku ralit lah duk blogwalking...lepas ber blogwalking,aku teringat nak kena hidangkan air dengan bubur kacang untuk orang buat rumah...aku pun kuar and then buat air untuk diorang....
sambil-sambil tu,kemas dapur sikit....

lepas aku dah siap kemas,aku pnu masuk ke dalam umah balik...korang tahu tak yang adik aku si solehah tu tengah menangis....?
 
aku tanyalah dia kenapa....?
dia nangis lagi...aku ingatkan ada luka kat mana-mana..kena apa-apa ke....bila tanya lagi,dia cakap,dia tak jumpa cari untuk satu bahagian puzzle tu...tak tahu yang mana....aku blur...aku rasa muka aku masa tu sangatlah wadafak....geram pun ada....mengucap panjang aku.....sakit hati pun ada....

mulalah,aku membebel sekor-sekor....ni lah padahnya kalau terlalu manjakan adik...(semua salah kakak aku )
akak aku ni,memang jenis yang manja...dia pun suka sangatlah manjakan adik aku tu pulak...

perlu ke menangis untuk satu bahagian puzzle yang hilang tu?

haish!sakit hati aku...wakakaka

p/s:tolognlah jangan manjakan anak atau adik lebih-lebih....takut besar nanti dia jadi menggedik....aku tak cakap kat orang...peringatan untuk aku jugak....

Monday, October 03, 2011

kalau lah aku ni doraemon...

salam satu planet....
nada sedih je malam ni...sebab rasa macam stress sikit bila banyak yang aku nak kena study...memang semua dah study, tapi nak kena ulang balik dari awal....rasa macam tertekanlah sikit...bukan apa..mungkin sebab sem ni,aku banyak ambik subjek killer untuk course aku....naqdu adabi,adab nusus, and then balaghah...
                                            *********************************
bila dah senak kepala hotak, time-time ni lah aku start pikir bukan-bukan....
sekarang ni,aku cuma terpikir tentang: kalau lah aku jadi doraemon...wakaka...rasa macam nak jadi doraemon je...kalau dah jadi doraemon,segala mende aku boleh buat dengan cepat...study, ngafal, and buat banyak mende dalam masa yang singkat....rasa cam best je kan?

aku selalu je berangan, kalau aku dapat jadi doraemon,bila sampai musim peperiksaan macam ni, aku nak keluarkan segala macam ubat....UBAT KUAT,UBAT KUAT INGATAN,UBAT SUPERCERDIK dan macam-macam agilah yang aku pikir...wakaka....

alah...kalau tak dapat jadik doraemon pun, dapat doraemon sekor pun jadilah....kan,kan, kan?????
alah...toksah tipulah...korang pun mesti pernah rasa apa yang aku rasa...pengalaman dow!pengalaman!tambah agi,aku ni pulak kaki study last minutes...mulalah...bila study last minutes macam ni,nak jadi doraemonlah,apelah....
pernah jugak terpikir nak jadi superman...bila nak exam...sebabnya nak lari jauh...tak nak ambik exam...wakakaka...bengong....


giler betul kepala hotak aku,kan? dahlah tension...sempat lagi bukak fb and then post entry kat blog....
 tengok doraemon ni...boleh jadi pahlawan ape?boleh wat kuar ubat kuat
untuk aku
kan encik doraemon?





p/s: bila kepala dah bingung,kepala jadi bengong...

Sunday, October 02, 2011

bukan tak suka

salam satu planet....
ok....entry ni just nak bagitau korang pasal  benda yang aku kurang gemar bila aku bukak blog, masa aku blogwalking....bukan apa pun...korang bacalah yer....

yang pertama:
lagu dalam blog korang....memanglah sedap dengar...tapi aku ni  jenis yang kureng sikit kalau nak dengar lagu kat blog....agipun,sorang-sorang dah ada mp3,realplayer and segala macam benda lagi kat laptop or desktop tu...tak payahlah nak pasang-pasang lagu kat blog....lagi satu,aku rasa benda ni berlaku kat ramai orang....bila bukak blog yang ada lagu, mulalah browser firefox ataupun google chrome aku hang....hang,kalau sekejap,aku boleh terima...ni,mau tak tumbuh janggut aku tunggu si dua ekor mende ni ok balik...?  kadang-kadang tu, mende alah ni boleh menyebabkan aku tension...tengah duk syok blogwalking,tetiba je hang...mau tak tension?aku pulak jenis yang cepat hangin...(bilalah perangai aku nak berubah?)
lagi satu kalau bab lagu ni,...aku ni jenis yang suka pakai earphone kat telinga bila aku bukak laptop....bila aku bukak blog orang yang ada lagu kat blog tu,tak ke haru...?lagu aku dengan lagu blogger tu bercampur gaul....pernah itu ari,aku pasang lagu kuat-kuat kat telinga....bila aku bukak blog budak tu sorang, lagu kat blog dia tu,lagi rock..hah!ambik kau...sakit telinga aku...dahlah lagu bercampur gaur....tambah plak dengan lag rock...macam nak giler aku punya otak masa tu....lepas tu aku dah insaf sikit....aku terus silent laptop aku....lagi kelakar,bila akak aku yang duk kat sebelah bilik...masa tu aku tak pakai earphone...tertinggal kat asrama...aku tak pasang lagu....aku bukak blog budak tu sorang...sebelum tu,adik aku tengok citer kat laptop ni...bila kuar lagu daripada blog budak tu, kuat giler....terus akak aku sound:"woi!slow ar sikit!pekak ke?ke nak pekak telinga tu?orang nak study ar!"wakaka...terus aku silent....lagi insaf....

yang kedua:
aku tak tahu apa nama dia...tapi mende tu lebih kurang macam ni lah...bila korang bukak satu-satu blog,korang akan di sapa dengan ramah oleh satu program yang entah apa namanya tu,...contohnya: "selamat datang ke blog saya" dan ntah apa-apa lagi tu...mende tu jadi melambatkan tau....maklumlah...nak baca entry kan...bukan nak ngadap benda tu je.....susahkan hidup jugak kalau asyik duk menekan "ok" je 2,3 kali....yang ni pun aku cepat hangin dengan blogger....tapi tak sampai tahap nak carut agi....(saya budak baik....konon!)

yang ketiga: lain kali ar citer....

ok....maybe ada di kalangan korang yang cakap,"cait!kerek giler minah ni,...padahal baru je blogging."
ni jawapan daripada aku yang lahir tulus suci:"kawan-kawan,sebenarnya aku dah lama berblogging...cuma aku terpaksa buat blog baru sebb aku punya blog yang aritu dah jadi arwah....guna link lain,nama lain....alah...kalau korang ingat salam satu planet,korang ingatlah....aku start berblogging masa 2010..so,sekarang dah 2011...yang lepas tu,biarlah lepas...."

ok..tu je aku nak cakap...nak dengar atau tak,terpulang pada korang....

p/s:pandai tu tidaklah,tapi pengalaman tetap ada...

pengenalan....

salam satu planet....
eceh ayat aku...tak boleh belah!macam nak buat isi penting karangan tingkatan 3.....
ok...entry ni cuma nak perkenalkan blog ni pada korang...aku dah buat blog baru...blog lama,aku dah delete terus....ada masalah sikit dengan blog lama...macam-macam hal.....
erm....tu je yang aku nak cakap untuk mula-mula ni....sebab aku nak kena pergi buat kerja dulu....