Wednesday, October 26, 2011

nak blog sendiri!

salam satu malaysia....
ari ni aku nak citer kat korang betapa susahnya nak edit blog aku....wakakaka....tengok orang pakai blog sendiri,mestilah aku nak pakai yang sendiri jugak kan? so,aku google sikit-sikit,cari serba sikit,dah dapat!
dan hasilnya macam yang korang tengok sekarang ni....
aku jumpa kat blog sorang blogger....bukan nak cantik pun...tapi sebenarnya aku nak blog aku nampak seperti yang aku sendiri....
aku nak design sendiri...aku punya memanglah tak cantik....bukan pandai macam korang yang memang ambik upah design blog...aku baru je nak cuba....tengoklah,kalau aku rasa macam nak buat design lain,aku buat lagi...tapi mende ni, nak buatnya,makan masa yang panjang jugak...(panjang ke)mana tahan aku nak duduk tercongok depan laptop ni dari pagi sampai petang....lama-lama buat perangai macam tu,satgi tunggulah puan emak marah aku....sekali dua okey lagi...kalau dah berhari-hari macam tu,tak ke naya....?

aku ni dahlah ada msalah mata...aku sepatutnya pakai spek yang untuk cahaya tu...tapi aku tak pakai...benda dah ada,tapi aku tak pakai...pakai sepek tu,macam menyusahkan je kan? aku ni pulak jenis yang sangat lasak....lagi satu sebab aku tak suka pakai sepek,sebab sepek ni macam menghodohkan bentuk tudung yang aku pakai...tudung macam jadi kembang bila pakai sepek...so,aku malas ah nak pakai...keh keh keh...bila dah sakit kepala sangat, rasa macam pening lalat, rasa sakit mata, barulah aku pergi cari encik sepek....


ok!aku dah melalut ke selat tebrau...pusing balik kapal kita....


aku tak pandai nak buat blog aku jadi cantik-cantik macam blog korang...tapi sekurang-kurangnya aku belajar kan...nanti ada masa,aku try buat yang lagi okey daripada ni....ni baru untuk percubaan...tak siap lagi sebenarnya...aku pun macam tak puas hati lagi dengan hasil yang jadi ni...nanti jadi lagi cantik,aku boleh ar ambik tempahan nak buat blog...wakaka....kalau aku rajin sebab biasanya aku ni hangat-hangat taik ayam!


okeylah...aku nak buat kerja kejap!

No comments:

Post a Comment