Wednesday, February 29, 2012

my life is not complete without YOU

  Ini ari, mood aku agak baik...dahlah...pasal entry lepas-lepas tu, aku tak nak cakap dah...cukuplah sekadar menjadi kesedihan yang akan ada pengakhiran satu hari nanti...mungkin bukan sekarang...tapi mungkin akan datang...aku berserah pada Tuhan semuanya..aku dah tak terdaya nak melawan semua ni...rasa letih sangat...letih nak basahkan pipi dengan air mata...letih nak lap hingus yang asyik nak meleleh je...letih nak tahan sakit and bengkak mata sebab banyak sangat menangis....
  Aku letih nak hadapi dugaan demi dugaan yang Allah ciptakan untuk aku...aku bukan letih sebab tak tahan dengan ciptaan dan rencana Allah. tapi aku rasa macam aku tak mampu dah nak melangkah setapak demi setapak untuk terus majukan diri menempuh dugaan macam ni... rasa macam dah rebah...
  Aku ni, macam hamba yang tak bersyukur je kan? allah dah ciptakan semua ni untuk aku sebab dia sayangkan aku sangat-sangat...sebab tu Dia duga aku dengan cubaan macam ni kan? aku tahu tu!
  la takhof, wala tahzan, innallaha ma'ana...


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
















p/s:Tetap TERTAWA walau aku sebenarnya ingin MENANGIS.. Tetap TERSENYUM walau aku sebenarnya KECEWA.. Tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH TAK SANGGUP lagi. Tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah.. Dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA


SEMUA DUGAAN DATANG DARI ALLAH...dan aku tahu ALLAH itu sayangkan aku...

Monday, February 27, 2012

terima kasih,kawan


semalam,masa aku duk taip entry tu, sambil-sambil aku duk beromen (komen) dengan kawan aku..dia ni kawan aku masa aku kat PLKN dulu...satu dorm dengan aku...malam-malam, selalu je pergi tandas, berarak ramai-ramai sebelum masuk tidur...biasalah, perempuan...kalau kencing tak berteman tak kan sah punye ar..baik ngaku...aku pun pompuanlah...bukan aku tak tahu....jangan nak kencing ar...ahahahahaha...

semalam,memang aku dah nangis teresak-esak bila dia tengah pujuk aku...memang dia berjaya pujuk aku...walaupun sekejap...redalah jugak kan...aku tak tahu macam manalah aku boleh terluah perasaan kat dia...mungkin sebab aku perlukan seorang teman untuk mendengar dan menghayati apa yang aku rasa...lagi satu, mungkin sebab ani ni, dah lama kenal aku...kami hidup macam adik beradik masa kat kem dulu...jadi, dia kenal sangat dengan perangai aku...aku ni, jenis yang susah nak sukekan orang...tapi kalau dah suka, banyak sangat halangan yang menghalang aku...sedih kot...

ani, terima kasih banyak-banyak sebab berjaya wat aku gelak jugak sikit walaupun aku tengah nangis semalam...terima kasih sebab bagi semangat kat aku...aku tak tahu nak cakap macam mana...tapi kau memang kawan yang terbaik dari ladang...tengok kau kata nak pijak perut dia, aku dah lap hingus yang meleleh sambil gelak terkekek-kekek...ahahahaha...terima kasih ani..sebab sudi dengar aku punya masalah and then sudi bagi aku semangat...
nanti kalau kau ada masalah, kau boleh cari aku...aku tahu, aku tak akan dapat bantu sepenuhnya...tapi sekurang-kurangnya aku boleh cuba buat kau gelak macam semalam...moga Tuhan balas jasa kau...sebab yang aku doa, lepas kau bagi semangat kat aku, malaikat dah record guna pen biru...moga membantu kau untuk masuk syurga...

Sunday, February 26, 2012

cerpen cinta 1

cerita tentang hati


"Awak. Saya ada masalah. Dia macam nak teruskan hubungan dengan bekas pakwe dia je. saya rasa tak sedap hati." arif meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
Zara tersenyum apabila mendengar Arif meluahkan perasaannya.
"Kenapa awak senyum?" Arif pelik.
"Tak ada apa-apa. Saja."
"Kali ni, masalah apa pulak?"
"Ex-bf dia dah masuk minang dia." Arif terus menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
"So?" Zara terus mengusik.
Dia sengaja mengusik begitu. Dia suka melihat kerutan di wajah Arif.
"Awak ni. Tolonglah saya. Janganlah nak bergurau pulak dengan saya dalam waktu-waktu macam ni!" Tiba-tiba Arif meninggikan suara.
Zara tersentak.
Suasana bertukar sunyi. Zara terasa sedikit kecil hati dengan cara Arif itu.
"Maaf." Zara terus mengucapkan kata maaf. Zara terus berlalu dari situ.
Jujur, dia terluka dengan tengkingan Arif itu.
Dia tahu, mereka baru sahaja kenal. Itupun melalui facebook.
Arif itu kekasih kepada Farina, temannya.
Tapi tanpa siapa pun sedar tentang hatinya, rupanya telah lama Zara menyimpan perasaan cinta terhadap Arif. Cuma Zara tidak ada hak untuk meluahkan perasaannya kepada sesiapa. Apatah lagi kepada Ariff sendiri.
Zara tahu. Ariff tidak pernah punya perasaan padanya. Mereka juga baru sahaja kenal.  Baru dua tiga hari mereka saling berhubung. Itupun kerana Ariff punya masalah dengan Farina yang mungkin menduakan dia.
Tapi, dalam masa yang sama juga, Ariff seharunsnya sedar, padahal dia adalah yang terkemudian daripada Aidil.
Dia baru sahaja mula bercinta dengan Farina. Sedangkan Farina telah empat tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Aidil.
Ariff terkejut apabila Zara terus meninggalkan dia di situ.
************************
'Awak tak nak tolong saya ke?'
Mesej di skrin telefon di baca berkali-kali.
Zara tidak tahu sama ada dia perlu membalas mesej tersebut atau hanya terus meninggalkan ia begitu sahaja. Cuma, dalam waktu yang sama, hatinya kuat memujuknya untuk membalas mesej tersebut.
Dia diam di situ.
"Kau ni, kenapa? Menung dari tadi lagi." Mira, roomate Zara menegurnya dari belakang. Kebetulan dia lalu di belakang Zara yang sedang asyik bermain dengan pen di tangan, diconteng-conteng sehingga habis dua helai kertas A4 penuh dengan tulisan, tandatangan, kartun bulat-bulat, rama-rama dan banyak lagi. '
Entah apa yang dia menungkan.' Getus hati Mira.
Zara hanya terus mendiamkan diri.
Zara tersentak apabila lagu nyanyian chipmunk pada handphonenya berbunyi.
Dia memandang skrin telefon dan tertera nama Ariff pada skrin itu.
Tanpa banyak perkiraan, dia terus menjawab panggilan tersebut.
Jika dia berkira-kira, maka akan terjadilah soal jawab yang sangat banyak daripada roomate nya itu.

"Awak duk buat apa? Kenapa tak reply mesej saya?" Bertalu-talu soalan datang daripada Ariff terhadap Zara.
"Saya ke bilik air tadi. Ni, baru nak reply mesej awak. Ada apa call saya?" Zara memberi isyarat kepada Mira apabila melihat Mira yang seperti ingin bersuara apabila mendengar dia menipu.
Mira menggelengkan kepala.
"Awak. Saya buntu. Dia macam nak terima je lamaran budak tu." Ariff bersuara.
"Awak betul-betul sayangkan dia?"
"Entahlah. Hati saya macam dah tawar je."
"Hmmm.... Saya rasa, sekarang ni awak tak pasti lagi dengan perasaan awak pada dia. Awak cuma tengah marah." Zara sedikit mengeluh dengan aduan daripada Ariff.
"Entahlah, Zara. Saya tak tahu nak cakap apa."
"Ariff. perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. kita susah nak dapat yang terbaik. tapi berusahalah untuk jadi yang lebih baik. Awak yang kena berusaha."
"Saya dah berusaha untuk dia. tapi dia macam tak nampak pun apa yang saya buat untuk dia." Ariff mengeluh lagi.
"ALLAH tak duga seseorang dengan dugaan yang tak mampu dia lalui. dan awak kena ingat, ALLAH itu Maha Berkuasa. Maha Mengetahui. Awak kena sedar pasal semua tu." Pujuk Zara.
"Hmmm...." Keluh Ariff.
"Okeylah, Ariff. Saya tak solat lagi ni. nanti ada masa, awak mesej jelah. INSYALLAH...ada jawapan, saya reply mesej awak."
"Okeylah kalau macam tu.." Zara mendengar keluhan daripada Ariff, tapi dia pura-pura tidak mengendahkannya.
*************************
YA TUHAN!
tolonglah hamba. hamba benar-benar tak kuat dalam menghadapi situasi macam ni..hamba tahu, hamba tak sepatutnya mengharap pada dia, sebab dia dah punya orang lain. tapi hamba tak mampu mengelak daripada semua ini,TUHAN.!
Zara teresak-esak dalam kegelapan. dia tidak boleh tidur. entah kenapa, terbayang-bayang wajah Ariff di matanya.
dia tidak pernah rasa sebegini sebelum ini. cuma sekarang, dia terasa, ada satu rasa yang dia tidak pernah rasa terhadap lelaki, cuma pada Ariff. dan ini adalah yang pertama dia alami.

dalam linangan air mata, akhirnya dia tidur juga.

******************************
seminggu kemudian.....


"Zara, Rina dah tolak pinangan Aidil."
mesej daripada Ariff dibiarkan dan dipandang kosong.
tidak tahu apa yang harus di taip untuk dihantar semula kepada Ariff. yang dia tahu, hatinya terluka.
tanpa dia sedar, air matanya laju mencurah-curah.
"Tabahlah, hati. jangan bersedih macam ni. ada orang yang lebih baik daripada dia untuk bertahta di kedudukan teratas dalam dirimu."
Zara masih cuba memujuk hatinya sendiri. semua orang yang ada di dalam bas memandangnya pelik. sesiapa yang biasa melihatnya, pasti pelik. kerana dia dikenali dengan seorang yang ceria. tapi sejak seminggu lalu, dia langsung tidak bersemangat untuk senyum  dan ceria seperti dulu.
Zara lemah. rupanya orang lain yang memandang memang akan melihat Zara sebagai gadis yang kuat dan ceria. tapi siapa tahu, di sudut hati kecilnya, dia terluka. dia lemah dalam mengawal rasa hatinya.
*************
"Ariff, berbahagialah dengan Farina. saya takkan ganggu awak berdua lagi. saya tahu awak bahagia dengan dia. tambah bahagia bila saya tak ganggu awak lagi. saya tahu dan saya sedar, saya tak mampu jadi kekasih awak. saya cuma boleh bantu awak setakat tu saje. saya pergi dulu. dengan Farina pun, saya takkan ganggu dia dah...saya doakan awak berdua bahagia...awak bahagia dengan dia tau! selamat tinggal..."

mesej Zara di facebook di baca berkali-kali oleh Ariff.
telah lebih dua bulan mesej itu berada di inbox facebook nya. mesej daripada Zara. setiap hari, setiap kali dia login facebooknya, pasti dia tidak lupa untuk membaca mesej tersebut..terkadang mengharap kepada keajaiban untuk melihat, ada mesej baru..tapi harapannya sia-sia.
"mungkin inilah yang Zara rasa masa aku buat dia macam tu dulu..." getus hatinya.
kini, dia hidup sendiri. hubungan cinta dia dan Farina sudah putus. bukan kerana apa...farina rupanya tidak pernah putuskan hubungan dengan aidil. Ariff terasa dikhianati.

"Zara. tolonglah online. saya tahu awak rindukan saya. saya pun rindukan awak...walaupun baru kenal, saya tahu, awak adalah cinta saya. saya tak sedar selama ni, saya buta, saya tak tengok rasa cinta awak dari mata suci itu." Ariff merintih sendiri di dalam hatinya.
dalam dia bermenung, dia ternampak Mira, roomate Zara yang sedang online.
terus dia mula menaip mesej.
Ariff muzakir: salam.
miera syada: wsalam. ada apa?
Ariff muzakir: maaf ganggu. saya nak tanya, mana kawan awak Zara tu? dah lama dia tak online..
miera syada: la...awak tak tahu ke? dia memang dah deactivate account fb dia sebab dia tak nak ganggu awak dengan Rina lagi. lepas dia mesej awak hari tu, dia terus tutup account dia.
ariff muzakir: sekarang dia kat mana?
miera syada: sekarang ni study week. dia balik kampung.. dia cakap dia nak tenangkan fikiran.
 diam...
miera syada: ariff,kenapa awak buat Zara macam tu?
ariff muzakkir: buat apa?
miera syada: kenapa, bila awak terluka, baru awak cri Zara? selama ni, awak tak nampak ke yang dia simpan perasaan pada awak? knp bila awak susah baru awak nak cri dia?
ariff muzakir: saya tahu...saya salah...saya cari dia pun, sebab nak mintak maaf dengan dia... saya tak sangka dia ada perasaan pada saya..
miera syada: kalau awk dapat dia, awak jagalah dia.jangan hancurkan hati dia.


************************
lima bulan kemudian.....



"Kenapa sayang tak pernah cakap pada abang yang sayang ada hati pada abang dulu?" tiba-tiba ariff bertanya.
"sebab sayang tahu,  hati abang bukan pada sayang, tapi pada dia...." ringkas Zara menjawab.
"dan abang janji, abang takkan buat sayang macam tu lagi..." lantas ariff merangkul tubuh isterinya...dikucup dahi si isteri penuh syahdu...



p/s: kadang-kadang kita tak sedar, orang yang kita cari bila kita ada masalah, itulah cinta kita...kadang, kita tak pernah hargai orang yang sentiasa ada masa kita susah..tapi bila dia dah tak ada dan pergi dari hidup kita, baru kita sedar, betapa dia berharga dalam hidup kita...




Saturday, February 18, 2012

syukur ada lecturer macam dia....

salam alaik...
tetiba ari ni rasa baik nak bagi salam sebelum memulaan syarahan panjang...kah kah kah..baik ke aku? macam tak je....alah,,,ari ni aku bagi salam sebab nak cakap pasal salah seorang lecturer aku yang mengajar aku dalam subjek adab islami...
so,aku tak nak berombak rindu sangat dengan entry kali ni,tak nak puji lebih-lebih...aku nak letak gambar beliau pun tak ada...beliau sangatlah malu untuk di snapkan gambar...
nak dijadikan cerita, hari ni, walaupun hari sabtu, tapi kelas aku tetap ada kelas...siap ada presentation lagi...memang di khaskan kelas untuk presentation pun...ahahahaha..dalam kelas tadi, aku memang tak selesa sangat-sangat..berdebar tunggu giliran nak present lagi, mana dengan perut aku yang tetiba je buat hal lagi...rasa macam nak muntah lah, senak lah..aku tak tahu apa masalah dengan perut aku hari ni....mungkin dia cuba untuk bermanja dengan aku..atau sekadar untuk memenuhi keperluannya...maknanya dia lapar la tu...aku dah start menggelabah bila perut dah buat hal macam tu...rasa macam nak mengamuk je tadi..nape tetiba je aku nak mengamok dengan perut sendiri??????


nak dijadikan cerita, tengah-tengah perut lapar tadi, dengan berdebar nak tunggu giliran presentation, tetiba ustaz cakap,
"siapa yang nak bentangkan pasal tajuk dia? orang last yang bentangkan...lepas ni, kamu boleh pergi makan..."
okey..masa tu aku dah start happy sikit...maknanya, takkan sampai masa untuk aku kena bentangkan...ahahahaha...kalau nak suruh aku sukarela dan paksarela nak pergi depan, aku takkan sekali pergi...dengan sakit perut nya masa tu,..dalam hati aku ni, ang toksah kire ar betapa takutnya aku...last-last, si anati yang kuar...bile habis dia bentang, masa tu rasa macam dah lega sangat-sangat...fuhhh!(sambil kesat peluh yang menitik-nitik di dahi)

lepas tu, ustaz rupanya dah plan nak belanja makan...kitorang pun apa lagi..terus je ambik makanan yang ustaz dah tempah dan bawak tu...aku ni, yang perut tengah meragam pun, boleh hilang segala keragaman perut, bila bau nasi yang ustaz bawak tu....

lepas ambik makanan, aku terus balik...lepas siap segala serba serbi, barulah ambik pinggan and then makan nasik tu...sedap oh....
lepas makan, terus siap-siap nak datang library...sebelum tu kena tunggu roomate aku jugak, sebab dia pun nak datang library,,,nak buat assignment sekali dengan nak online...ahahaha..sekarang ni aku ade kat library...tengah online and.......







tadaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!
siap satu entry untuk korang!


***********************************************
******************************
yang aku nak cakap sebenarnya dalam entry ni, kami sebagai budak BAHTERA (bahasa dan kesusasteraan arab) sangat beruntung sebab ustaz azhar ni sangat sporting...dari sem empat dia ajar kami...dahlah baik..


p/s: terima kasih, ustaz...



Friday, February 17, 2012

bila tension tahap gaban...

ari ni, sesaja nak upload gambor masa malam nak siapkan tesis ari tu....buku, bekas pensil, laptop merata-rata..sampaikan tak tau yang mana satu laptop aku, yang mana satu laptop orang lain..sebabnya, azie guna yang aku, aku guna yang azie..pastu, jap agi,aku guna yang orang lain, dia guna yang orang lain...macam tulah dan seterusnya....




tu bukan laptop aku...laptop aku yang dekat bawah tu....


jangan hiraukan sangat warna cadar tu....yang kaki dekat tepi tu, kaki azie....tengah tahan sakit perut...senggugut....biasalah...perempuan @wanita berkerjaya .....
.
ni pulak extension roomate aku...empat ekor laptop, cukup lah satu sorang lubang extension tu...

masa ni, memang bilik bersepah giler-giler,,,mana nak terkejar wat tesis agi, assignment agi, pastu pulak, dan-dan je esoknya aku ada test...memang macam cendekiawan lah aku masa tu...tiga benda aku buat dalam satu masa...dan disebabkan tiga mende tulah, katil aku jadi macam tu...tak tahu nak manage yang mana satu dulu...hak hak hak...
*awal-awal hang tak nak buat kerja yang orang bagi tu..kan dah gila sesekor......





yang ni pulak gambar-gambar masa aku and the geng punya assignment ijaz Quran kena reject...kitorang duduk library sampai petang kot, nak siapkan assignment tu...esoknya kena hantar and terus bentang...

yang laki tu nama dia Fahmi...biasalah...orang giler glamour....tak leh nampak kamera...








awak,,saya rindu awak



*jangan hirau sangat pasal latar kat gambar nombor dua tu...tu bilik aku okey...

tujuan aku upload gambar budak laki ni,just sebab aku tetiba je rindu sangat-sangat kat dia...dah berapa bulan tak jumpa dan hadap muka dia ni...
ni lah adik aku yang sayang sangat kat aku tu...(padahal aku yang sayang dia)...dia ni adik aku yang bawah aku..kira, kalau nak ikutkan anak-anak arwah ayah aku, dialah yang bongsu..anak ke empat...arwah ayah aku meninggal masa dia umur setahun tiga bulan...bab arwah ayah aku meninggal, aku tak nak citer panjang-panjang kat sini..sebab, nanti kan, tak pasal-pasal aku menangis pulak..bukan aku tak tahu, aku ni tak boleh bab-bab arwah-arwah ni....sensitip...

malam ni, tetiba je aku rindu kat adik aku ni...nama dia aiman...MOHD HAFIZ AIMAN....seorang yang cukup ceria tapi kadang kala boleh buat mak aku macam nak gile marah kat dia...sebab dia punya poyo kadang-kadang mengalahkan papan dam...
aku memang ada kakak, tapi disebabkan aku kurang rapat dengan akak aku tu, apa-apa hal, aku akan ngadu kat adik aku, kalau aku ada masalah..even, kalau ada masalah dengan akak aku, adik aku ni lah yang akan pujuk aku, tak nak aku nangis lama-lama...kalau aku tak ada kerja sangat, dialah orangnya yang akan layan aku, pergi jalan-jalan kat kampung...dan dia jugaklah orang yang selalu bagi semangat untuk kuruskan badan yang bam-bam ni...dialah yang bawak aku pergi jogging pagi-pagi kalau tak ada kerja sangat...dialah orangya yang ajar aku macam mana nak jadi seorang yang berani berhadapan dengan cabaran...dia, orang yang tak pernah kenal erti kata sakit dan letih...(kecuali kalau dia letih sangat:p)

dia ni, suke membela..maksud membela tu, bukan membela yang 'membela' tu...apa yang aku nak cakap sebenarnya ni?????
dia bela burung...bela ikan,kura-kura,kucing....aku pun rasa kagum dengan dia sebab dia punya tangan ni orang tua cakap, "sejuk..."dia bela apa pun, dia tanam pokok apa pun, mesti menjadi....erm...kalau bab panas baran, aku tak heran sangat, sebab, biasalah budak laki kalau ada panas baran...perkara biasalah tu...

kalau bab dengan adik-adik plak, dia ni jenis yang suka layan adik-adik dia...aku ni pun dia buat macam adik-adik...ahahahaha....kalau nak dibandingkan sayang aku pada abang dan kakak aku, aku lebih sayangkan adik-adik aku,...sebab diorang je yang boleh jadi penghibur masa aku sedih-sedih...bukan tak sayang kat akak dan abang aku, cuma aku lebihkan sikit sayang aku kat adik-adik aku..terutama si aiman ni...
adik aku yang solehah tu pun lebih manja dengan aiman kalau nak dibandingkan dengan abang aku..mungkin salah satu sebabnya, adik aku si aiman ni suke layan adik-adik..adik-adik nak ais krim, terus start motor pergi beli...kalau abang aku pulak, jenis yang suke melengah-lengah...


kalau bab buat kerja pulak, aiman ni bukan setakat lebih rajin daripada abang aku, bahkan lebih rajin daripada aku...kalau pinggan mangkuk menimbun, dialah yang akan basuh...keh keh keh,,,bukan malas okey, tapi penat...
mak aku pulak, kalau nak suruh apa-apa, mak aku akan suruh si aiman ni...sebab abang aku, selalunya tak lekat kat rumah..ari minggu pun pergi kerja....(konon rajin:p)


Wednesday, February 15, 2012

lelaki VS wanita

    ini ari mood aku tak baik mana...mata aku bengkak-bengkak dah...malas nak pikir dah...yang pasti, tesis aku dah hantar dah tadi...lepas hantar tu, walaupun rasa berat hati je, tapi pikiran aku dah tak ada apa-apa dah...bila tesis tu sampai je ke tangan ustazah, rasa macam terlepas satu bebanan yang maha berat...rasa dah terlepas daripada satu bebanan yang duk mencangkung atas bahu aku ni...
   bebanan buat tesis ni, lebih kurang samalah macam mak-mak yang tengah mengandung sarat...kaki bengkak..betis punya sembap, jalan terkengkang-kengkang...macam tu ar lebih kurang....pastu, tesis ni, dia punya bebanan boleh jugak disamakan dengan mak-mak yang tengah pantang, ataupun yang ada anak kecik, yang setiap malam kena berjaga malam untuk bagi susu anak dia...gitulah lebih kurang....

okey!mukadimah saje dah dekat tiga perenggan...
********************

  kenapa erk, title entry aku malam ni, macam tu?hmmmm...(tangan letak ke dagu, sambil mengusap jerawat yang baru nak tumbuh) entry ni, ustaz aku yang dah terbagi idea pasal mende ni...sebab apa? sebabnya, ini ari, aku ada kelas balaghah...aku punya ngantuk, toksah citer lah..punyelah ngantuk,sampai lebih lapan belas ratus kali menguap...tapi aku tahan je...takut jugak ustaz kecik hati dengan perangai tak senonoh aku tu...karang, tak berkat pulak ilmu, kalau ustaz dah start kecik hati dengan perangai bodo aku tu....
  nak dijadikan citer, masa tengah beliau asyik ngajar, budak-budak kelas aku tiba-tiba buat bising...aku pun tak tahu kenapa...tiba-tiba diorang gelak kuat-kuat...yang menjadi masalahnya, yang gelak kuat-kuat tu bukannya budak-budak laki, tapi budak-budak perempuan...bila budak-budak tu gelak tiba-tiba macam tu, aku dengan anah ni pulak macam orang kena pukau,..aku tengok muka anah, anah tengok muka aku...
  lepas tu,aku tengok ustaz pulak yang terbarai gelak...kenapa ni? aku ada tertinggal apa-apa ke? kenapa ni? aku rasa, muka aku dengan anah masa tu sangatlah WADAFAK! kenapa ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!?
time tu, aku rasa macam aku ni pekak badak sangat..kenapa aku tak boleh tahu pasal apa yang diorang dah cakap tadi.?
ah, sudah!
tetengah aku dengan muka bodoh tengok kiri kanan, tetiba ustaz aku cakap, "orang laki, bila masuk dua puloh tahun dan ke atas, mesti sifat dia akan bertukar jadi, lebih banyak diam daripada cakap...pompuan pulak, bila masuk umor macam tu, akan jadi makin banyak bercakap."
ah sudah! sumer diam...
ustaz gelak..."kenapa, ada yang berasa hati ke?" tanya beliau.
beliau pandang aku dengan muka menganjing. aku tahu...sebab dalam kelas, aku tergolong dalam kalangan student yang agak pendiam..(pendiamlah sangat.)
aku dah start cuak dah masa tu, bila ustaz main sindir-sindir pastu pandang aku..heh! diam je aku....kena atas batang hidung sendiri ke? tak kot...keh keh keh...



tapi bila pikir-pikir balik, aku rasa macam logik jugak kalau ustaz cakap macam tu...sebabnya, memang pun...pompuan memang dah start aktiviti riadah mulut dah bila masuk umor dua puloh tahun ke atas ni...laki pulak makin jadi pendiam..alah..aku rasa, tak sampai umor dua puloh pun, sekor-sekor dah start berubah...
contoh terdekat yang aku boleh tengok dan alami sendiri...:
akak aku, makin tua :p, makin dia banyak cakap...bakal pegawai bank lah katakan...dia punya bodoh alang kadang-kadang boleh wat aku nak masuk ccu rasenya...tak macam budak yang dah graduate degree...macam jadah jer kadang-kadang lawak dia...
aku? kadang-kadang, ikut mood jugak..kena ari aku takdak mood, dengan mak aku pun, aku main jawab dalam tekak je...janji mak aku dengar...tu je...
abang aku pulak, aku tak nak citer...makin dia tua, makin menjadi-jadi perangai budak-budak dia tu...adik aku yang bawah aku tu pulak, makin dia besar, walaupun baru nak masuk lapan belas tahun, dia dah jadi pendiam. susah nak dengar dia bercakap ...tapi kalau sekali keluar lawak antarabangsa dia, aku terpaksa tahan sakit perut sampai berjam-jam...aku, kalau duduk dua ekor dengan dia, bantai gelak tiap jam...bila jumpa yang dua ekor lagi(abang dengan akak aku) maka kitorang akan bertukar watak jadi matang...konon...ahahahahaha

tapi, perangai bodo kami tu, tak pernah habis..pantang jumpa, mesti ada je benda bodoh yang nak dibincangkan...keh keh keh...

yang aku nak cakap sekarang, orang lain memang dah bertukar jadi pendiam, tapi akak aku punya power, dia bantai membebel tiap masa, kalau dia ada kat umah...aku, adik aku, dengan abang aku, selalu je tension dengan akak aku ni...mulut dia, punyalah bantai tak hingat nak berhenti bercakap...tak pernah nak diam...pot pet pot pet...dua puloh empat jam tak diam...
pernah sekali tu, aku tanya dia, "angah, tak boleh ke, diam kejap?"
dia diamlah kejap lepas tu...lama lepas tu, dia buat balik perangai ketuaan dia tu...dah la..malas dah nak cakap...tetiba bosan...keh keh keh...



p/s: mungkin perubahan yang kita nampak tu pada pandangan kita, satu perkara yang negatif..tapi, boleh jadik mende tu positif...:) (padillah kamsah tipu-tipu cakap)

Tuesday, February 14, 2012

aku bukan kebal sangat sebenarnya

      Sekarang ni, rasa sangat satu tekanan sangat-sangat....tesis yang dihantar, rasa macam malas nak pikir dah....rasa tertekan sangat-sangat...tapi semua orang nampak aku macam ceria...siapa yang tengok aku, mesti akan fikir aku tak pernah ada masalah...aku tak pernah nak menangis depan orang...nak bagitau kat orang yang aku ni ada masalah dengan study. tak ada sape yang boleh duga sebenarnya, tiap-tiap malam aku menangis. tertekan dengan tesis, assignment,presentation,kelas ganti yang melambak-lambak.

    untuk pengetahuan korang, sekarang ni aku dah semester akhir kat UNISZA ni... macam-macam benda nak kena settlekan...baik yang dalam kelas, mahupun yang luar kelas...sape-sape yang hidup sebagai student, akan faham, macam mana rasanya pelajar tahun akhir hadapi pelbagai ragam manusia yang bergelar lecturer.
kalau roomate aku, lecturer dia memang tak ada belas kasihan langsung....sekarang ni timbul masalah dengan ketua jabatan tak terima format baru pulak...entah hape-hape...

   masalah yang aku hadapi pulak, musyrif kami dah selamat melahirkan baby girl...sekarang ni, beliau telah berada di kelantan. dengan sukacitanya saya mengumumkan saya terluka dan terhiris dengan berita kelahiran tersebut...kerana, sistem pemarkahan untuk group aku, bakal di ambil alih oleh ustazah lain..maknanya sistem tesis kami akan di tukar...masalahnya sekarang ni, cara musyrif lama dan musyrif baru beza-beza...
tapi apa boleh buat...dah masa tu jugak musyrif dah sampai due nak beranak kan anak dia...terpaksalah terima keputusan tu dengan hati yang hanyir, hangit, hancur dan terluka....

nak buat tesis bukan semudah yang disangka...mungkin orang korang akan pikir, "alah, setakat dak diploma, macam mana sangat tesisnya..." tapi bagi aku, ianya sangat susah dan memerlukan ketabahan hati yang sangat membuatkan kita teruja...serius,aku tak tahu apa aku cakap....*sigh

pernah sampai satu tahap, aku rasa serabut dengan diri sendiri...macam dah nak gila pun ada...asyik duk pikir masalah tesis, sampai tak terpikir masalah perempuan yang melanda....
seingat aku, last aku stress macam ni masa aku form five...aku berserabut dengan exam yang makin dekat..sampai satu tahap, period tak datang sampai 4 bulan berturut-turut... tapi tu semua sejarah...sekarang ni, dah tak macam dulu dah...sekarang ni, normal je...sebab sekarang ni, rasanya aku dah boleh berfikir dengan normal tentang norma-norma kehidupan....

tapi! kalau aku sedih, gembira, serabut atau boleh jadi gila pun, pada sape aku nak ngadu? pada kawan-kawan? kawan-kawan aku jugak mengalami nasib yang sama sebagaimana aku....pada mak ayah? oh,tak...mereka tak boleh aku bebankan dengan bebanan yang macam ni...masih banyak mende lain yang diorang nak pikir...
nak ngadu pada Encik Sayang...dia pun banyak masalah jugak...lagipun, dia bukan hanya ada aku..dia jugak ada tanggungjawab pada keluarga...kalau tak banyak pun, kalau aku ceritakan kesedihan aku pasal mende ni, mesti dia akan berserabut pikirkan aku yang asyik nangis...

aku nangis?

ya! aku nangis...tapi sape yang tahu?pada sape aku nak tunjukkan kesedihan aku?pada kawan baik aku? yang menjadi masalahnya, dia satu group dengan aku....dia juga alami apa yang aku sedang alami...tapi,aku bukanlah orang yang suka tunjukkan kesedihan aku pada orang...aku suke menceriakan hati orang yang dekat dengan aku walaupun aku tahu, dalam hati aku penuh dengan masalah....pada Tuhan je tempat aku ngadu...Dia je yang Maha Tahu apa yang ade dalam pikiran aku....aku sedih, dengan diri sendiri...aku nangis, dengan diri sendiri...aku gembira, tengok orang lain hepi...

tapi apakan daya...aku juga manusia....*sigh....


p/s: masalah hati,jantung sape tahu...hanya jantung dan hati itu sendiri yang tahu.:D



musyrif:penyelia

Tuesday, February 07, 2012

...kisah hati...

dari HAWA UNTUK ADAMNYA
 ASSALAMUALAIKUM, abang...


ini jawapan daripada hawa yang kau anggap sebagai pelengkap rusuk kirimu...

abang,
sayang tidak mahu ribuan ringgit,
jutaan ringgit.
untuk menjadi bahagia,,,
sayang tidak perlukan itu semua...
bahagia sayang bukan pada jutaan ringgit...
bahkan,
sayang takut menderita kerana jutaan ringgit itu...

abang,
sekalipun abang membeli istana kaca untuk untuk sayang,
sayang tahu, kita bukan bahagia kerana itu...
kerana yang sayang tahu,
bahagia itu kerana cinta,kasih dan sayang...
kalau benar bahagia,
hidup dalam rumah kecil pun, sayang bahagia...
seolah-olah hidup di syurga...

kenderaan mewah bukanlah satu impian untuk sayang menjadi bahagia...
ketika mana abang menghantar sayang ke tempat kerja..
tapi yang sayang pinta cuma satu,
kucupan abang setiap kali sayang ingin ke tempat kerja...
itu sahaja...
kucuplah dahi sayang ketika kita akan berpisah...
itu sudah cukup memberi semangat untuk sayang
melakukan tugas harian...
dan ketika waktu petang,
sayang tidak perlukan kereta mewah untuk ke taman
cukuplah,
kita berpimpin tangan untuk bersiar-siar...
itu sudah cukup buat sayang...

abang,,,
sayang juga tidak sempurna...
sayang bukan seorang yang istimewa,
apatah lagi daripada kalangan bidadari syurga buat abang...
dan yang kau panggil rusuk kirimu ini,
ingin kau juga melengkapkan hidupku...
sebagaimana kau ingin aku melengkapkan rusuk mu yang hilang itu...



abang...
sayang juga manusia yang penuh dengan lupa...
jadi,
pimpinlah sayang saat sayang terpesong...
bangunkan sayang saat sayang rebah tak berdaya..
kejutkan sayang saat sayang terleka dengan dunia....
sayang mohon pada abang,
jadilah pemimpin buat sayang dan bakal zuriat kita...

abang,
sayang tidak ingin harta benda untuk
ditonjolkan kepada teman-teman dan keluarga...
tapi yang sayang ingin cuma,,,
saat solat kita, abang yang menjadi imam
saat ingin menjamu selera dengan rezeki TUHAN,
abang yang menjadi pemimpin kami dalam membacakan doa
dan saat sayang tidur,
lengan abang yang akan mengalasi kepala ini...
dan sekurang-kurangnya,
apabila sayang kesejukan pada waktu malam,
lengan itu yang akan melingkari pinggang sayang,
untuk mengurangkan sayang daripada kesejukan malam...




abang,
abang tahu satu perkara?
saat abang menqabulkan ijab kadi,
saat itu cuma satu yang sayang fikirkan,
sayang sudah dipertanggungjawabkan ke atas abang
jadi,
dosa dan pahala sayang, abang yang akan tanggung...
sayang menyayangi abang,
jadi sayang tidak mahu abang terseksa dengan dosa daripada sayang....
dan saat cincin disarung,
air mata ini serasa ingin mengalir,,,
tahu kenapa?
kerana bahagia...
dan saat dahi sayang dikucup,
mutiara ini semakin laju...
kenapa?
kerana sayang tahu,
sayang telah menjadi milikmu...
orang sayang cintai...
INSYALLAH di dunia dan di akhirat....
dan sayang tahu sayang tak mampu jadi isteri yang sempurna untuk abang...
tapi sekurang-kurangnya berilah sayang peluang....
untuk menjadi isteri, teman, sahabat ketika suka dan duka abang....


abang...
doa sayang cuma satu,
moga sayang akan tetap menjadi pelengkap rusuk kiri abang itu...
aminnnn....


dan saat paling bahagia buat sayang ialah,di saat sayang tahu,
di dalam rahim sayang,
wujud jasad seorang manusia
yang denyutannya dapat sayang rasai....
ia benih dari abang...
seorang suami yang benar-benar sayang sayangi....

dan sayang berdoa,
setiap kali usai solat kita...
usai tahajjud kita....
moga ALLAH redhai cinta ini,
moga ALLAH restui perkhwinan ini,
moga ALLAH redhai anak yang sayang kandungkan ini,
moga dia menjadi khalifah,
di bumi ALLAH ini,
pejuang kepada agama ISLAM YANG SUCI....


ini kisah hati dan cinta kita, abang....

moga kita kisah cinta ini tidak berakhir di sini...

Wednesday, February 01, 2012

....kisah hati.....

DARI ADAM UNTUK HAWA NYA
ASSALAMUALAIKUM...


sayang...
abang tidak punya apa-apa untukmu...
duit berjuta untuk melihat kau bahagia..
harta menimbun untuk melihat kau tersenyum bahagia...
abang tidak punya semua itu...

sayang...
maafkan abang...
abang tak mampu untuk membelikanmu istana kaca..
untuk kau tinggal di dalamnya bersama dengan zuriat-zuriat kita...
abang tidak punya kenderaan mewah untuk membawamu ke tempat kerja
atau ke mana sahaja...
dan untuk membawa anak-anak kita bersiar di taman...
abang tidak punya itu semua...

sayang...
abang bukan manusia sempurna untuk semua
abang bukan dari kalangan ahli sufi...
malah abang tidak lengkap,sayang...
rusuk kiri adam mu ini tiada...
ia ada padamu...
jadi, datanglah padaku...
jadilah pelengkap pada rusuk ku..
jadilah pelengkap pada hidupku...

sayang...
abang tahu..
adam mu ini bukan manusia yang sempurna..
jadi, kerana ketidak sempurnaan itu,
abang mohon...
berilah abang kekuatan saat abang rebah..
kejutkan abang saat abang terlena...
sedarkanlah abang saat terleka dengan dunia...

sayangku...
abang tidak punya apa-apa untuk dijanjikan kepadamu...
apatah lagi untuk kebahgiaanmu..
tapi abang tahu...
adanya engkau dan bakal zuriat kita,
itu sudah cukup membahagiakan abang...


sayang...
abang mungkin tak mampu berikan kau harta kekayaan untuk ditonjolkan pada 
teman-teman dan keluarga...
tapi yang abang mampu cuma...
saat solat kita, abang imammu dan anak-anak..
saat makan kita, abang yang membacakan doa..
dan saat kau tidur, lengan ini yang akan mengalas kepalamu,.
paling tidak,
lengan ini yang akan memelukmu...

sayang...
saat abang men'qabulkan' 'ijab' daripada kadi 
saat akad pernikahan,
abang tahu tanggungjawab abang ke atasmu sudah bermula..
abang tahu abang tak mampu untuk menjadi sempurna untukmu...
sekurang-kurangnya berilah abang peluang...
untuk menjadi suami,teman, sahabat dan kekasih di hati kecilmu...

sayang...
doa abang setiap kali usai solat,,,
abang mohon agar kau tetap dalam pelukan abang..
abang mohon dari ALLAH agar kau tetap 
menjadi rusuk kiri yang hilang itu....



aminnnnn...


genggamlah tanganku seeratnya,HAWA ku....