Wednesday, February 15, 2012

lelaki VS wanita

    ini ari mood aku tak baik mana...mata aku bengkak-bengkak dah...malas nak pikir dah...yang pasti, tesis aku dah hantar dah tadi...lepas hantar tu, walaupun rasa berat hati je, tapi pikiran aku dah tak ada apa-apa dah...bila tesis tu sampai je ke tangan ustazah, rasa macam terlepas satu bebanan yang maha berat...rasa dah terlepas daripada satu bebanan yang duk mencangkung atas bahu aku ni...
   bebanan buat tesis ni, lebih kurang samalah macam mak-mak yang tengah mengandung sarat...kaki bengkak..betis punya sembap, jalan terkengkang-kengkang...macam tu ar lebih kurang....pastu, tesis ni, dia punya bebanan boleh jugak disamakan dengan mak-mak yang tengah pantang, ataupun yang ada anak kecik, yang setiap malam kena berjaga malam untuk bagi susu anak dia...gitulah lebih kurang....

okey!mukadimah saje dah dekat tiga perenggan...
********************

  kenapa erk, title entry aku malam ni, macam tu?hmmmm...(tangan letak ke dagu, sambil mengusap jerawat yang baru nak tumbuh) entry ni, ustaz aku yang dah terbagi idea pasal mende ni...sebab apa? sebabnya, ini ari, aku ada kelas balaghah...aku punya ngantuk, toksah citer lah..punyelah ngantuk,sampai lebih lapan belas ratus kali menguap...tapi aku tahan je...takut jugak ustaz kecik hati dengan perangai tak senonoh aku tu...karang, tak berkat pulak ilmu, kalau ustaz dah start kecik hati dengan perangai bodo aku tu....
  nak dijadikan citer, masa tengah beliau asyik ngajar, budak-budak kelas aku tiba-tiba buat bising...aku pun tak tahu kenapa...tiba-tiba diorang gelak kuat-kuat...yang menjadi masalahnya, yang gelak kuat-kuat tu bukannya budak-budak laki, tapi budak-budak perempuan...bila budak-budak tu gelak tiba-tiba macam tu, aku dengan anah ni pulak macam orang kena pukau,..aku tengok muka anah, anah tengok muka aku...
  lepas tu,aku tengok ustaz pulak yang terbarai gelak...kenapa ni? aku ada tertinggal apa-apa ke? kenapa ni? aku rasa, muka aku dengan anah masa tu sangatlah WADAFAK! kenapa ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!?
time tu, aku rasa macam aku ni pekak badak sangat..kenapa aku tak boleh tahu pasal apa yang diorang dah cakap tadi.?
ah, sudah!
tetengah aku dengan muka bodoh tengok kiri kanan, tetiba ustaz aku cakap, "orang laki, bila masuk dua puloh tahun dan ke atas, mesti sifat dia akan bertukar jadi, lebih banyak diam daripada cakap...pompuan pulak, bila masuk umor macam tu, akan jadi makin banyak bercakap."
ah sudah! sumer diam...
ustaz gelak..."kenapa, ada yang berasa hati ke?" tanya beliau.
beliau pandang aku dengan muka menganjing. aku tahu...sebab dalam kelas, aku tergolong dalam kalangan student yang agak pendiam..(pendiamlah sangat.)
aku dah start cuak dah masa tu, bila ustaz main sindir-sindir pastu pandang aku..heh! diam je aku....kena atas batang hidung sendiri ke? tak kot...keh keh keh...



tapi bila pikir-pikir balik, aku rasa macam logik jugak kalau ustaz cakap macam tu...sebabnya, memang pun...pompuan memang dah start aktiviti riadah mulut dah bila masuk umor dua puloh tahun ke atas ni...laki pulak makin jadi pendiam..alah..aku rasa, tak sampai umor dua puloh pun, sekor-sekor dah start berubah...
contoh terdekat yang aku boleh tengok dan alami sendiri...:
akak aku, makin tua :p, makin dia banyak cakap...bakal pegawai bank lah katakan...dia punya bodoh alang kadang-kadang boleh wat aku nak masuk ccu rasenya...tak macam budak yang dah graduate degree...macam jadah jer kadang-kadang lawak dia...
aku? kadang-kadang, ikut mood jugak..kena ari aku takdak mood, dengan mak aku pun, aku main jawab dalam tekak je...janji mak aku dengar...tu je...
abang aku pulak, aku tak nak citer...makin dia tua, makin menjadi-jadi perangai budak-budak dia tu...adik aku yang bawah aku tu pulak, makin dia besar, walaupun baru nak masuk lapan belas tahun, dia dah jadi pendiam. susah nak dengar dia bercakap ...tapi kalau sekali keluar lawak antarabangsa dia, aku terpaksa tahan sakit perut sampai berjam-jam...aku, kalau duduk dua ekor dengan dia, bantai gelak tiap jam...bila jumpa yang dua ekor lagi(abang dengan akak aku) maka kitorang akan bertukar watak jadi matang...konon...ahahahahaha

tapi, perangai bodo kami tu, tak pernah habis..pantang jumpa, mesti ada je benda bodoh yang nak dibincangkan...keh keh keh...

yang aku nak cakap sekarang, orang lain memang dah bertukar jadi pendiam, tapi akak aku punya power, dia bantai membebel tiap masa, kalau dia ada kat umah...aku, adik aku, dengan abang aku, selalu je tension dengan akak aku ni...mulut dia, punyalah bantai tak hingat nak berhenti bercakap...tak pernah nak diam...pot pet pot pet...dua puloh empat jam tak diam...
pernah sekali tu, aku tanya dia, "angah, tak boleh ke, diam kejap?"
dia diamlah kejap lepas tu...lama lepas tu, dia buat balik perangai ketuaan dia tu...dah la..malas dah nak cakap...tetiba bosan...keh keh keh...



p/s: mungkin perubahan yang kita nampak tu pada pandangan kita, satu perkara yang negatif..tapi, boleh jadik mende tu positif...:) (padillah kamsah tipu-tipu cakap)

No comments:

Post a Comment