Friday, March 30, 2012

Ha..? Ustazah Niesaa'???

ASSALAMUALAIKUM.
Malam ni, aku kena bagi salam seperti orang baik-baik.( ayat tu macam budak baik je):p
Ini hari aku nak citer kat korang pasal kem bahasa arab yang melibatkan aku sebagai salah seorang tenaga pengajar. Dari sini, aku dapatlah ambik pengalaman sebagai seorang guru.
So, sekarang ni aku nak citer kat korang pasal perasaan aku sebagai seorang yang baru nak kenal whiteboard marker, nak kenal modul budak-budak form three, baru nak kenal erti bawak buku rujukan mengajar ke kelas, erti pakai baju kurung corak bunga-bunga masa masuk kelas. Bangga giler kot dapat pakai baju bunga-bunga. Bangga? Kenapa perlu bangga pulak? Banggalah, sebab budak-budak tu mana ada pakai baju bunga-bunga. Aku je ada.
                Tadi, masa mula-mula sampai dekat sekolah, aku terus ke bilik guru, nak pergi ambik module untuk budak-budak ni. Lepas ambik modul-modul tu, aku terus jalan nak pergi ke kelas yang akan jadi tempat anak-anak murid aku belajar nanti. Aku terus je jalan, walaupun aku tahu, banyak mata yang tengah duk tengok aku. Alah. Nak cakap aku cantiklah tu. Bukan aku tak tahu.
                Masa aku nak sampai kat kelas, aku di sapa oleh sorang pelajar perempuan. Nama dia aku tak ingat. Dia tanya aku; “ustazah ke?”
Aku jawablah;  “janganlah panggil ustazah. Panggil kakak cukuplah. Akak Cuma gantikan ustazah laila aje. Akak tak layak nak dipanggil ustazah.” Aku senyum kat dia.
“Okeylah. Kalau macam tu. Saya naik dulu.” Dia terus berlalu.
‘Wah! Sopan giler budak ni. Tak macam aku dulu.’ Hati aku tetibe terdetik nak puji budak tu.
                Aku naik. Masa aku masuk kelas, baru ada empat, lima orang yang tengah duk menelaah buku. Padahal takut kena soal. Bukan aku tak tahu. Aku tengok jam dekat tangan, baru pukul dua lima puloh. Tunggulah dulu barang sepuloh minit lagi. Aku terus masuk dan menuju ke meja guru.  Masing-masing terkejut tengok aku masuk kelas. Ada yang nak bangun, bagi salam. Tapi aku suruh duduk je. Sebab aku rasa, aku tak perlu nak diberi penghormatan sebegitu, sebab aku tak layak.
                Lepas dah seploh minit tunggu, aku terus bagi taklimat kat budak-budak tu, macam mana nak buat modul untuk slot aku tu. Bila diorang dah paham sikit-sikit, aku terus bagi diorang masa selama satu jam untuk siapkan modul tu. Biar diorang usaha dulu.
                Masa aku tengok diorang buat kerja, baru aku perasan satu benda. Rupa-rupanya, budak-budak ni susah gile nak bawak kamus bahasa arab ke kelas. Masa tu, aku rasa aku kena tegur diorang. Sikap diorang tu tak betul.
                “Kamu semua, bila nak belajar bahasa, tak kira bahasa apa sekalipun, tolong bawak kamus. Jadikan kamus tu sebagai sahabat. Mungkin, semua akan kata, susah bila bawak kamus. Kamus tu tebal. Cerewet. Okey. Tapi untuk pengetahuan adik-adik semua, kamus adalah sahabat yang paling berguna masa kita nak belajar bahasa. Akak dulu pun, macam adik-adik. Tapi kena ingat, bila tak ada kamus, kita akan jadi macam orang yang tak ada apa-apa. Sebab kamus adalah jantung kepada bahasa.”
                Masing-masing dah terpegun tengok aku. Okey. Kalau masing-masing dah start tengok macam ni, aku rasa lain macam dah. Perlu ke tengok macam tu? Aku bagitau apa yang perlu je.
                Aku suruh diorang sambung balik kerja diorang yang terbangkai dan terbengkalai tu. Masing-masing tunduk buat kerja.
                Tak lama lepas tu, aku rasa dua orang budak lelaki yang duduk kat belakang tu, tak buat kerja. Kalau tak silap, daripada gaya dia, dia tengah main henset. Okey. Cabaran dah datang. Aku biar je dulu. Tengok, sampai mana dia berani buat.
                Tak lama lepas tu,  dua orang budak laki tu datang kat aku, cakap nak pergi tandas. Aku izinkan. Tapi aku cakap, cepat sikit. Sebab nak bincang jawapan dah. Diorang cakap okey. Aku percayakan diorang.
                Aku tergerak hati nak keluar daripada kelas, sebab nak call Encik Sayang kejap. Masa tu, aku ternampaklah budak-budak laki ni tengah duk lepak kat depan tandas. Terus aku renung diorang. Diorang takut kot. Terus masuk ke tandas.
                “Takpe. Jap agi, aku hentam korang.” Aku cakap sesekor kat luar.
                Masa aku nak bincang kertas soalan tu, dua orang budak tu masuk.
                “Dah puas lepak kat tandas?” aku tanya.
                Diorang senyum. Terasa kot.
                Budak-budak perempuan semua dah tengok aku macam nak telan.
                “Saya memang ganti ustazah awak je. Tapi kalau saya nak marah, saya ada hak. Sebab sekarang ni, saya ni sebagai guru awak. Saya tahu, saya tak layak untuk awak hormat, macam mana awak hormat pada guru-guru awak. Tapi saya pun ada hak untuk dihormati masa dalam kelas ni. Saya  tak nak marah awak semua. Tapi, kalau dah sampai tahap tak boleh nak hormat saya, saya rasa awak dah rasa diri awak dah cukup pandai. kalau macam tu, awak dah tak perlukan saya kot.” Pedas aku sindir diorang.
                Muka budak laki dua orang tu, dah pucat.
                Aku bukan nak marah sangat. Tapi sebab diorang ni, memang dah ada dalam rekod aku, yang aku ambik dengan ustazah, pelajar yang kurang ajar dalam kelas. Aku tak mainlah nak tengking-tengking anak orang ni. Tapi kalau dah sampai tahap macam ni, terpaksalah bagi hentam sikit.
                Lepas tu, aku terang pasal modul tu. Masa duk mengajar tu, masa tulah baru aku tahu, macam mana perasaan seorang guru masa mengajar anak muridnya. Dalam hati Cuma berharap, moga budak-budak ni paham apa yang aku nak ajar ni. Masa tu baru aku tahu, betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Tak ada apa yang nak dibanggakan bila bergelar seorang pendidik. Yang ada Cuma, tanggungjawab yang tersangat besar.
                Masa tengah-tengah duduk terangkan pasal modul tu, ada budak angkat tangan.
                “Ustazah. Macam mana nak letak “hi” tu?” dia tanya.
                Aku terangkan. Pastu, tergerak hati aku nak tanya, sebenarnya, awak kenal dan reti tak nak bezakan antara dhomir-dhomir ni?”
                Diorang geleng. Ah. Sudah!
                Aku terangkan kat diorang pasal mende alah tu. Siap bagi pakej, formula macam mana nak ingat lagi.
                Lepas tu, aku terus ajar sampai jam aku tepat pukul lima.
                Bila pelajar-pelajar semua dah balik, aku turun. Masa tu, barulah aku terfikir. Rupanya, anak-anak didik di sekolah ni, masih memerlukan didikan yang sangat-sangat mendalam lagi. Masih ada yang tak paham pasal mende-mende basic, sedangkan mereka dah form three.
                Tak apa. Kak Niesaa’ akan doakan yang terbaik untuk kamu semua.
                Good luck untuk exam hari ahad ni.

Wednesday, March 28, 2012

kisah budak-budak you tube

ini hari, aku nak bercakap soal retis-retis you tube sebab ramai dah yang glamour melalui you tube ni. so, aku nak buat satu entry pasal mende alah ni.

 AINAN TASNEEM



 YUNA




NAJWA LATIF(FEBERET AKU)



  sekarang ni, aku tengok dah ramai yang nak jadi retis...hikhik...kot you tube adalah salah satu cara untuk tunjukkan bakat yang sedia ada dan terpendam tu.
aku tak pernah dengar lagi lagu ainan tasneem..masa tidak mengizinkan untuk aku mendengarnya. lagipun, aku ada satu sikap malas nak bukak you tube. sekalipun aku online, aku hanya akan bukak facebook. lepas ushar awek sikit-sikit, then, aku akan bukak blog. bukan buat entry pun. entahlah, wey. sejak akhir-akhir ni, rasa malas pulak nak buat satu entry untuk blog. novel aku pun, dah lama terbengkalai. rasa malas gile sekarang ni. aku tak rasa sifat kemalasan yang amat ni, masa aku duduk kat u aritu. tapi sekarang ni, bila duduk rumah, serba serbi aku malas.
  okey. aku dah tersasar. nak kembali ke pangkal jalan semula dah.
  dalam ramai-ramai artis you tube kat Malaysia ini hari, aku paling suka dengan najwa latif dan tasha manshahar. perghhh.!!!! suara diorang best kot.
  bagi akulah, kan. suara najwa latif ni, sedap sebab dia punya suara tu macam budak-budak lagi. lagu dia pun, kalau dia nyanyi, mesti jadi macam budak-budak. padahal, lagu yang dia nyanyi pun, kadang-kadang lagu matured. contohnya, carta hati dengan kosong tu.

  kalau masuk bab tasha manshahar pulak, aku rasa suara dia sangat ohsemmmm! sebabnya, suara dia ni, lembut, tapi comel. rasa macam matured je kalau dia nyanyi. bila aku dengar dia nyanyi lagu mr, saxobeat dan be mine, mesti rasa macam, wa! sedapnye suara dia. sebabnya, dia punya language tu buatkan aku rasa sedap nak dengar.
dia punya sebutan membuatkan aku rasa kagum dan rasa macam nak dengar lagi, lagi dan lagi...moga dia pun, comel yang amat kan.?

  sekarang ni, diorang semua dah femes. tinggal aku je yang masih dekat sini, tak pamous-pamous. ahahaha...tak nak lah. watpe pamous-pamous. susah pulak encik sayang nak kena kawal and jadi bodyguard aku nanti. cukuplah sekadar aku mengikut perkembangan diorang dari jauh je. kerja aku cuma update blog, and bukak facebook. tu je.
sekarang ni, dunia dah maju. setapak demi setapak, manusia pun makin maju. cuma kena di ingat jugak, semua ni datang daripada Tuhan. so, kena ingatlah, bila-bila masa je Tuhan boleh tarik balik apa yang Dia dah bagi kat kita ini hari.

  okeylah. hari pun dah nak maghrib. aku saja je update blog ni. nampak bersawang dan bersawan sangat. update sikit. dapat tajuk dan idea untuk entry ni pun, masa dengar lagu Carta Hati yang si Najwa Latif tu nyanyi.

okeylah. aku nak out dulu. rasa macam tak manis pulak anak dara duk online maghrib-maghrib ni. tak elok untuk para bakal suami.
amende kena mengena maghrib,online dengan bakal suami pulak?

p/s: best gak kalau glamour cepat ni. ahahahaha..bukan aku lah tapinya!

Sunday, March 25, 2012

semua dah...

okey.
apa yang semua?
apa yang dah?

 ini malam aku nak citer kat korang pasal kawan-kawan aku yang dah selamat ditunangkan bersama tunang masing-masing. ayat apa tu?:D


 dua-dua orang yang kat atas tu, kawan sekelas aku masa sekolah menengah dulu. alah. kalau nak cerita daripada kawan sekolah rendah, memang aku lah yang kalah. nape? sebab di kalangan kawan-kawan aku yang sekolah rendah, dah boleh dikira dengan jari, sape yang masih single but not available tu. aku salah seorang daripada mereka-mereka yang dikatakan single tu..

 jodoh tak sampai lagi. bercinta, memang dah bercinta. tapi nak buat macam mana. perkara tunang dengan kawin ni, bukan boleh di buat main bhai! silap hari bulan, "ku sangka panas sampai petang, rupanya hujan di tengah hari"
 aku ingat, tiap kali orang putus cinta, putus tunang, mesti ayat dan peribahasa tu yang akan keluar daripada mulut-mulut mereka. aku pun pelik, apa pulak kaitan antara hujan, panas, dan putus tunang dengan putus cinta. ? ntah.. tak pandai nak jawab. aku pandai pikir je, jawapan memang tak jumpa.
 aku dengan encik sayang aku pulak?
 okey. aku ada story sikit pasal semalam.
semalam aku dengan dia tak mesej langsung, sampailah dalam pukul semilan malam, dia mesej aku, cakap yang dia dah tak tahan rindu. ingatkan boleh tahan sampai pagi tadi...hakhakhak...
semalam, bila dia mesej aku, dia tanya, pergi mana, sampai seharian tak mesej abang? aku jawablah, sayang tolong mak kemas rumah. dia tanya. " ke ada orang nak datang?"
ah, sudah! satu hal dah ni.
 aku buat-buat bodoh. aku cakap kat dia, "hari ni, seharian sayang duduk rumah, tak ada orang datang pun, melainkan kak na. nape abang cakap macam tu?"
dia jawab, "hai. sayang dah habis belajar. tak mustahil tak ada orang pergi tengok. nak tunggu apa lagi. belajar pun dah habis."
masa tu memang aku kecik hati giler. tapi aku tahan je.
"sayang tunggu abang. untuk dua, tiga tahun lagi pun tak apa. asalkan abang ada niat nak datang masuk minang sayang."
diam.
"maaf, sayang. abang pergi semayang kejap. tak adalah, abang gurau aje. sayang jangan bimbang. abang tengah usahakan kumpul duit, nak masuk minang sayang. memang mak sayang tak nak mintak banyak-banyak duit hantaran, tapi duit tu jugak untuk masa depan kita. untuk anak-anak nanti jugak..."
aku dah start nak menangis. mulalah nak ngengade sangat.
bukan apa. aku tak sangka, sampai sejauh tu dia pikir pasal kami. aku tak pernah pulak terpikir nak ada anak. aku cuma pikir nak kawin dengan dia aja.:P

sekarang ni, musim orang kawen. erm...ntah...tapi yang penting, salah seorang kawan aku yang kat atas tu akan kawen bulan 7 ni. so, aku kena prepare duitlah, nak kena beli hadiah...hihihihi...semangat nak kawen....

Wednesday, March 14, 2012

duka sang perpisahan







Diawalnya kau tiada, 
Bersorak sang bahagia aku punyai sahabat
Tika gempita riuh suaraku
Biar semua, semua rasa senyuman itu 
Aku punya teman untuk aku labuhkan suaraku

Di hari itu, tenang semua bicara
Duri sang surjana menusuk seketika cuma
Adakala bara menjadi api, tapi hanya sementara
Aahh..lupakan sahaja, dia teman aku!
Pujuk si hati penuh pasti.

Wahai teman, kau saudaraku, aku saudaramu
Kita meniti titi yang sempit, dihadapannya ada onak seribu
Sungkurnya aku, kau bangunkan kerana kau tahu duri itu menikamku
Jatuhnya aku, kau tarik kerana kau tahu sakitnya aku

Sahabatku, kita punya janji yang diikat teguh berdiri
Ada mahligai kencana setia menanti,
Ada ikrar sakti untuk kau dan aku 
Biar megah kau mengilap intan permata di hari tua

Hari ini, muncul sang luka perpisahan
Dia muncul tiba, jahatnya sang masa yang memanggilnya
Semakin detik berlalu, semakin dekat dia dengan kita
Nah, dia ada di hadapan kita!

Wahai sang luka perpisahan, apa hajatmu?
Tahukah kau itu hanya perisa kesedihan?
Mengapa kau disini? Pergi!
Jangan kau tanya mengapa aku membencimu.

Wahai insan, aku disini bukan seperti yang kau tahu
Sang masa yang menjerit namaku.
Sedangkan aku sudah lama bertapak sejak mula kau kenal dia
Tiada siapa ingatkan aku pada waktu bahagia dulu
Bukanlah dendamku untukmu, tetapi aku adalah aku
Sang luka perpisahan..bukan aku benci pada sang pertemuan
Tapi aku hanyalah hakikat itu..

Usahlah kau hitamkan aku
Ada padaku jua titik keputihan yang akan kau rasai
Dihadapan sana, aku menjanjikan sesuatu untukmu
Lebih besar tawamu kelak yang kau rasakan..

Ahh wahai sang luka perpisahan, untuk apakah itu?
Sedangkan kau juga tidak boleh melihat sang pertemuan gembira tawa
Sedangkan senyumnya kau iri hati! Aku benci dengan mu…

Ya! Tapi ini semua sudah ya rabb tuliskan
Ya rabb jua yang bahagiakanmu dengan temanmu
Ya rabb jua yang utuskan aku
Kau hanya manusia yang hanya tahu berduka
Sedangkan dia sediakan untukmu
 sang hikmah itu 
Dia ada dimana-mana… 

Ya! Akulah sang hikmah
Kau berbicara tentangku?
Aku dihadapanmu! Aku dihijapkan olehnya
Kau dan temanmu akan rasai aku setelah tiba saatnya
Jangan khuatir aku akan lari daripadamu
Aku setia disini, aku tahu kau tahu
Janji ya rabb itu janganlah kau ragukan
Aku diutuskan oleh sang takdir untuk kemuliaanmu…

Ya! Siapa menyebut namaku?
Kenalkah engkau dengan aku? Akulah sang takdir
Wahai manusia, mengapa kau sebut namaku?
Sedangkan kau tahu ini rahsia tuhanmu
Jangan kau tidakkan adanya aku
Akulah sang takdir, buruk baikku kau tidak tahu
Aku hanya ikutkan saja perintahnya..
Hanya dia ya rabb mengetahui segala..

Duhai sang takdir, ada benarnya juga katamu,
Mengapa aku aku begitu, 
Mungkin kerana aku terlalu bersedih dengan utusanmu sang luka perpisahan

Wahai semua, berdamailah kita,
Aku faham kini, jika dulu aku lupa padamu wahai sang luka perpisahan, 
Maafkan aku kerana waktu aku bahagia dengan sang pertemuan
Kini aku tahu, sang takdirlah yang menentukan segalanya
Dia yang utuskan sang hikmah yang masih bersembunyi
Segala ketentuan itu masih dalam tangan ya rabb…
Wahai teman, setiap pertemuan itu ada perpisahan…

PERPISAHAN PERSAHABATAN



Ribuan jalan telah kita lewati


Berbagai rintangan telah kita lalui

Penuh wangian bunga maupun onak duri
Penuh suka maupun duka di hati

Semua bukanlah sekadar kenangn
Semua bukanlah sekadar renungan
Saat kita dalam kebersamaan
Dalam suka maupun pengorbanan

Namun, kita telah tahu
Kita tak selamanya bersatu
Menempuh jalan hidup yang bertabur debu
Bertabur dedaunan yang tak pernah tersapu

Saat berpisah datang menyapa
Ku tak ingin kau titiskan air mata
Ku tak ingin kau berduka
Kerana hati kita kan tetap bersama

Sahabatku tercinta!!
Inilah hidup
sekian lma kita bersama
suka duka jangan dilupa

Sahabatku tercinta!!
Ku ingin kita kembali bersama
Di saat harta tak lagi berguna
Di saat cinta menjadi satu-satunya pembela

"Aku meyayangi sahabatku lebih dari menyanyangi diriku,,setiap orang mahukan 

pertemuan malah menafikan perpisahan,.inilah lumrah hidup...stiap perkara yg kita lakukan 

akhirnya akan bertemu noktahnya...,
Sahabat yang baik terlalu sukar dicari...sudah ditemui jagalah perasaan dan hati,
moga setiap saat kita bersama menjadi satu perjalanan yang tiada penghujungnya...,
sememangnya lumrah pertemuan adanya perpisahan...,tapi perasaan dan hati tidak pernah terhenti...,"
ikhlas dari lubuk ati...,



Tuesday, March 13, 2012

Kembali Merapu



It’s done!
Done? Apa yang done? Tetibe je…
Actually exam aku untuk sem last ni, dah habis….tekanan memang tekanan…tapi nak buat macam mana….satu masa, semua orang akan tempuhi mende ni….Alah. tak payah nak tipu-tipu… semua orang akan tertekan dengan final exam…lain citerlah kalau korang budak pandai…tambah lagi kalau korang menghafal sekali round jer….
            Okey.
            Mintak maaf sangat-sangat kepada mereka-mereka yang telah datang ke blog aku, tapi tidak dilayan dengan selayaknya. Terima kasih sebab datang. Tu je aku nak cakap.
            Disebabkan exam aku pun dah habis, maka dengan sukacitanya aku nak cakap yang aku sekarang ni tak ada kerja sangat nak buat. Sekarang ni, aku still ada dekat kampus. Jumaat ni baru mak aku datang ambik. Alah. Mak aku tu saja je nak bagi aku tension duk sini lama-lama. Saja nak mendera mental dan fizikal aku. Sebab kat sini aku tak boleh nak makan banyak-banyak.
            Lepas ni, aku akan kembali merapu untuk korang yang suka datang ke blog aku yang tak seberapa ni. Tapi bukannya setiap hari, setiap jam aku kena hadap laptop. Tak adalah sampai macam tu. Kalau ada cerita, banyaklah yang aku rapukan…
“Rapukan?” Hamende tu? Okey. Aku tak dapat nak terangkan kat korang pasal tu. Hari ni baru aku dapat perkataan tu. So, jangan cari kat google translate. Memang tak ada.
********************************
Okey.
Sekarang ni aku nak bincangkan pasal apa ya?
Aku rasa aku nak citerkan kat korang pasal laki yang aku minat tu.
Erm…sekarang ni, aku dah tak berhubung dengan lelaki yang aku suka tu. Sebab aku rasa, aku perlu jauhkan diri aku daripada dia.
Kenapa?
Memang aku bahagia kenal dia, jadi kawan dia, sempat sayang dan sukakan dia. Tapi aku rasa, aku perlu undur diri. Memang aku sayangkan dia. Tapi siapa aku untuk bagitahu satu dunia yang aku nak dia punh sukakan aku.? Siapa aku nak paksa dia untuk sukakan aku. Aku Cuma mampu berterima kasih pada dia sebab sempat kenal dia walaupun kami dah tak saling berhubung.
Rasa dalam dada ni, Tuhan saja yang tahu, macam mana nak nya aku call dia, mesej dia. Tapi macam mana nak cakap ek? Aku dah delete semua maklumat pasal dia.
Serius aku cakap, dia dah tipu aku.
Dia cakap, dia dah putus dengan kawan aku tu. Tapi last-last, kawan aku tu cakap, nanti nak pergi jumpa dengan mak ayah laki tu.
Ye, betul. Dia nak bersahabat dengan aku. Tapi perlu ke dia tipu aku macam tu? Cuba cakap jer terus terang dengan aku. Aku tak adalah sampai nak marah and nak telan dia hidup-hidup. Aku bukan bini dia, nak marah ke, nak apa ke.
Bila dia buat macam ni, aku jadi hilang kepercayaan kat dia.aku rasa macam nak lempang dia, sampai dia sedar yang aku ni bukan bodoh sangat. Cuma malas nak berfikir je. Eceh.
Baru ni, kawan aku tu pulak tipu kami. Lagi lah buat aku bengang. Cuba cakap betul-betul. Tak payah nak tipu-tipu. Bukan luak pun kalau kau cakap betul-betul. Ye dak? Ke, kalau kau cakap betul-betul, badan kau sikit-sikit hilang kena mamah dengan ikan pirana? Apalah kau orang ni. Lain kali cakap betul-betul. Tak ada aku marah punya.
Kalau marah pun, bukannya aku telan korang. Keh keh keh…
Bila aku marah dia(laki tu), dia dah start panggil aku mangkuk. Cakap aku kau. Kalau sebelum ni, saya awak. Lepas gaduh pasal “awek > ex-awek > awek balik” dia tu, terus dia cakap aku kau. 
Salah aku ke, kalau aku marah and kecik ati sebab ada orang tipu aku.? Salah aku ke, kalau aku bengang gile kat korang yang buat aku macam orang bodoh? Salah aku ke, kalau last sekali aku cakap, kau orang dua oranglah yang paling bodoh kat dunia ni? 
Hah??????
Tetiba. Angin tak memasal pulak aku ni. Okey. Cover-cover.
Last sekali aku cakap kat laki tu.
“ Saya paling tak suke, benci and pantang kalau ada yang menipu saya.!”
Ahahaha… terkejut beruk dia.
Dia Tanya kenapa?
Aku cakap. “ntah. Saya memang pantang kalau orang tipu saya. Tu je. Kalau awak rasa awak pernah tipu saya, fine!”
Pastu, dia Tanya, apa yang dia tipu?
Aku tak reply. Ahahahaha..buat-buat tidur.
Sekarang ni, untuk dua tiga hari ni, memang aku dengan dia tak berhubung dah. Aku pun dah delete semua maklumat pasal dia. So, macam mana nak berhubung, kalau dia yang tak mulakan conversation tu? Hihihihi….

Okeylah. Aku rasa sampai sini dulu. Aku nak pergi usher awek kat facebook pulak.