Friday, March 30, 2012

Ha..? Ustazah Niesaa'???

ASSALAMUALAIKUM.
Malam ni, aku kena bagi salam seperti orang baik-baik.( ayat tu macam budak baik je):p
Ini hari aku nak citer kat korang pasal kem bahasa arab yang melibatkan aku sebagai salah seorang tenaga pengajar. Dari sini, aku dapatlah ambik pengalaman sebagai seorang guru.
So, sekarang ni aku nak citer kat korang pasal perasaan aku sebagai seorang yang baru nak kenal whiteboard marker, nak kenal modul budak-budak form three, baru nak kenal erti bawak buku rujukan mengajar ke kelas, erti pakai baju kurung corak bunga-bunga masa masuk kelas. Bangga giler kot dapat pakai baju bunga-bunga. Bangga? Kenapa perlu bangga pulak? Banggalah, sebab budak-budak tu mana ada pakai baju bunga-bunga. Aku je ada.
                Tadi, masa mula-mula sampai dekat sekolah, aku terus ke bilik guru, nak pergi ambik module untuk budak-budak ni. Lepas ambik modul-modul tu, aku terus jalan nak pergi ke kelas yang akan jadi tempat anak-anak murid aku belajar nanti. Aku terus je jalan, walaupun aku tahu, banyak mata yang tengah duk tengok aku. Alah. Nak cakap aku cantiklah tu. Bukan aku tak tahu.
                Masa aku nak sampai kat kelas, aku di sapa oleh sorang pelajar perempuan. Nama dia aku tak ingat. Dia tanya aku; “ustazah ke?”
Aku jawablah;  “janganlah panggil ustazah. Panggil kakak cukuplah. Akak Cuma gantikan ustazah laila aje. Akak tak layak nak dipanggil ustazah.” Aku senyum kat dia.
“Okeylah. Kalau macam tu. Saya naik dulu.” Dia terus berlalu.
‘Wah! Sopan giler budak ni. Tak macam aku dulu.’ Hati aku tetibe terdetik nak puji budak tu.
                Aku naik. Masa aku masuk kelas, baru ada empat, lima orang yang tengah duk menelaah buku. Padahal takut kena soal. Bukan aku tak tahu. Aku tengok jam dekat tangan, baru pukul dua lima puloh. Tunggulah dulu barang sepuloh minit lagi. Aku terus masuk dan menuju ke meja guru.  Masing-masing terkejut tengok aku masuk kelas. Ada yang nak bangun, bagi salam. Tapi aku suruh duduk je. Sebab aku rasa, aku tak perlu nak diberi penghormatan sebegitu, sebab aku tak layak.
                Lepas dah seploh minit tunggu, aku terus bagi taklimat kat budak-budak tu, macam mana nak buat modul untuk slot aku tu. Bila diorang dah paham sikit-sikit, aku terus bagi diorang masa selama satu jam untuk siapkan modul tu. Biar diorang usaha dulu.
                Masa aku tengok diorang buat kerja, baru aku perasan satu benda. Rupa-rupanya, budak-budak ni susah gile nak bawak kamus bahasa arab ke kelas. Masa tu, aku rasa aku kena tegur diorang. Sikap diorang tu tak betul.
                “Kamu semua, bila nak belajar bahasa, tak kira bahasa apa sekalipun, tolong bawak kamus. Jadikan kamus tu sebagai sahabat. Mungkin, semua akan kata, susah bila bawak kamus. Kamus tu tebal. Cerewet. Okey. Tapi untuk pengetahuan adik-adik semua, kamus adalah sahabat yang paling berguna masa kita nak belajar bahasa. Akak dulu pun, macam adik-adik. Tapi kena ingat, bila tak ada kamus, kita akan jadi macam orang yang tak ada apa-apa. Sebab kamus adalah jantung kepada bahasa.”
                Masing-masing dah terpegun tengok aku. Okey. Kalau masing-masing dah start tengok macam ni, aku rasa lain macam dah. Perlu ke tengok macam tu? Aku bagitau apa yang perlu je.
                Aku suruh diorang sambung balik kerja diorang yang terbangkai dan terbengkalai tu. Masing-masing tunduk buat kerja.
                Tak lama lepas tu, aku rasa dua orang budak lelaki yang duduk kat belakang tu, tak buat kerja. Kalau tak silap, daripada gaya dia, dia tengah main henset. Okey. Cabaran dah datang. Aku biar je dulu. Tengok, sampai mana dia berani buat.
                Tak lama lepas tu,  dua orang budak laki tu datang kat aku, cakap nak pergi tandas. Aku izinkan. Tapi aku cakap, cepat sikit. Sebab nak bincang jawapan dah. Diorang cakap okey. Aku percayakan diorang.
                Aku tergerak hati nak keluar daripada kelas, sebab nak call Encik Sayang kejap. Masa tu, aku ternampaklah budak-budak laki ni tengah duk lepak kat depan tandas. Terus aku renung diorang. Diorang takut kot. Terus masuk ke tandas.
                “Takpe. Jap agi, aku hentam korang.” Aku cakap sesekor kat luar.
                Masa aku nak bincang kertas soalan tu, dua orang budak tu masuk.
                “Dah puas lepak kat tandas?” aku tanya.
                Diorang senyum. Terasa kot.
                Budak-budak perempuan semua dah tengok aku macam nak telan.
                “Saya memang ganti ustazah awak je. Tapi kalau saya nak marah, saya ada hak. Sebab sekarang ni, saya ni sebagai guru awak. Saya tahu, saya tak layak untuk awak hormat, macam mana awak hormat pada guru-guru awak. Tapi saya pun ada hak untuk dihormati masa dalam kelas ni. Saya  tak nak marah awak semua. Tapi, kalau dah sampai tahap tak boleh nak hormat saya, saya rasa awak dah rasa diri awak dah cukup pandai. kalau macam tu, awak dah tak perlukan saya kot.” Pedas aku sindir diorang.
                Muka budak laki dua orang tu, dah pucat.
                Aku bukan nak marah sangat. Tapi sebab diorang ni, memang dah ada dalam rekod aku, yang aku ambik dengan ustazah, pelajar yang kurang ajar dalam kelas. Aku tak mainlah nak tengking-tengking anak orang ni. Tapi kalau dah sampai tahap macam ni, terpaksalah bagi hentam sikit.
                Lepas tu, aku terang pasal modul tu. Masa duk mengajar tu, masa tulah baru aku tahu, macam mana perasaan seorang guru masa mengajar anak muridnya. Dalam hati Cuma berharap, moga budak-budak ni paham apa yang aku nak ajar ni. Masa tu baru aku tahu, betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Tak ada apa yang nak dibanggakan bila bergelar seorang pendidik. Yang ada Cuma, tanggungjawab yang tersangat besar.
                Masa tengah-tengah duduk terangkan pasal modul tu, ada budak angkat tangan.
                “Ustazah. Macam mana nak letak “hi” tu?” dia tanya.
                Aku terangkan. Pastu, tergerak hati aku nak tanya, sebenarnya, awak kenal dan reti tak nak bezakan antara dhomir-dhomir ni?”
                Diorang geleng. Ah. Sudah!
                Aku terangkan kat diorang pasal mende alah tu. Siap bagi pakej, formula macam mana nak ingat lagi.
                Lepas tu, aku terus ajar sampai jam aku tepat pukul lima.
                Bila pelajar-pelajar semua dah balik, aku turun. Masa tu, barulah aku terfikir. Rupanya, anak-anak didik di sekolah ni, masih memerlukan didikan yang sangat-sangat mendalam lagi. Masih ada yang tak paham pasal mende-mende basic, sedangkan mereka dah form three.
                Tak apa. Kak Niesaa’ akan doakan yang terbaik untuk kamu semua.
                Good luck untuk exam hari ahad ni.

No comments:

Post a Comment