Saturday, June 23, 2012

Gosok Baju Punya Hal

Malam ni, tetiba pulak teringat masa zaman sekolah dulu-dulu. Bila dah habis diploma ni, aku rasa macam aku ni nak balik ke zaman sekolahlah pulak. Bahagia kan, kalau boleh balik ke zaman sekolah dulu. Ini malam, aku tak nak cerita mende yang panjang lebar. Just, citer kat korang pasal gosok-menggosok.
Aku ingat, ini hari, budak-budak banyak rajinlah. Sebab apa aku cakap diorang rajin? Sebab, diorang sangat rajin menggosok baju diorang sampai side baju diorang tu, dah boleh buat hiris timun batang untuk buat ulam makan nasik tengah hari.

rajin gile budak ni iron baju
Okey.
Aku nak citer kat korang pasal satu perangai aku yang sangat tak masuk akal sebagai seorang pompuan. Dari zaman sekolah rendah agi, aku ingat aku ni jenis yang malas bab gosok-menggosok bagai ni. Aku start gosok baju sendiri masa aku naik darjah tiga. Tu pun, sebab mak aku pernah sekali tak dan nak gosok aku punya uniform sebab dah lambat nak pi kerja. Aku pun gosok sendiri. Tapi, masa tu tahap kemalasan tak ada lagi. Sebab, masa tu baru nak explore dunia. Tengok akak ngan mak aku gosok baju, rasa macam nak cuba je. Start daripada tu, mak aku bagi aku gosok baju sendiri. Sebelum tu, mak aku tak bagi aku gosok sendiri sebab tak yakin dengan aku. Biasalah, budak-budak. Akal tak dapat nak guna sangat, loading! Tak tahu pulak seterika tu panas.
Naik darjah mpat, aku punya malas dah semakin menular. Tapi, aku dengan akak aku punya akal, (akak aku darjah enam). Kitorang buat giliran, malam ni, aku gosok, dia rehat. Malam esok dia pulak. Biasanya, dia kena malam sabtu. Memang jahat perangai aku, aku bagi terus lima pasang baju aku untuk akak aku gosok. Untuk seminggu tu, aku dah boleh rehat, tak payah nak gosok sangat. Tapi, akak aku ni, bukan jenis yang suka bergaduh. Dia gosok jelah, baju aku tu. Tapi, kadang-kadang, aku gosok jugak baju dia, walaupun baju aku tu dah bergosok. Kesian tengok dia. Mana nak study lagi, sebab nak UPSR. Siang pulak, kena pergi sekolah untuk main sukan. Akak aku dulu, main bola jaring sampai wakil daerah. So, bila kesian tengok dia, aku gosok lah baju dia tu. Aku pulak, jenis yang malas study. So, aku ambik kesempatan bagitahu mak aku yang aku nak tolong angah gosok baju. Keh keh keh.



*tetibe rasa malas pulak nak menaip. Panjang sangat storinya. nanti lah aku sambung lagi. Kan bagus kalu mende ni taip sendiri je apa yang terlintas kat pikiran ni?

No comments:

Post a Comment