Tuesday, June 26, 2012

Gosok Punya Hal |part2|

Okey.
Kita sambung balik part gosok menggosok. Maaflah, sebab aku tiba-tiba termalas sangat malam tu. Tak tahu kenapa, tengah-tengah syok menulis, datang rasa malas nak menaip. Terus aku offline. Aku memang macam tu. Kadang-kadang, tengah-tengah rajin nak menaip novel aku tu pun, ada datang rasa malas nak menaip. Idea yang datang mencurah-curah ke ladang gandum pun, aku biarkan aje. Paling tak, pun, aku tulis kat kertas je. Bila dah rajin karang, aku ambik balik kertas tu and then sambung menaip idea aku tu. Tulah perangai aku yang ntah ape-ape tu. Macam manalah aku nak kawen, kalau macam ni perangai aku, kan? So, pada siapa-siapa yang suka bertanya bila aku nak kawen, korang dah dapat jawapannya.
Sekarang ni, kita sambung balik bab gosok-menggosok tu.
Naik sekolah menengah, awal-awal dulu aku memang rajin gila nak pergi sekolah. Hari jumaat dan sabtu, aku dah start gosok baju. Habis semua sekali aku gosok. Jadi, bangun pagi tak payahlah awal sangat. Enam setengah, aku bangun, solat, sambung tidur kejap sementara tunggu along aku bangun (adalah dalam setengah jam). Bila along dah siap, terus bangun pakai baju sekolah. Masa tu dah tujuh dua puloh. Along aku memang lambat dan lembap!
Bila dah siap, ayah akan hantar along dulu ke sekolah dia and then baru hantar aku. Aku pulak, lambat sampai kat sekolah. Dah tujuh tiga puloh lima, orang dah beratur, aku baru terhegeh-hegeh nak jalan pi kelas. Masa tu, semua mata akan memandang aku yang tengah jalan.Aku just wat muka sardin je.
Bila dah naik ke tingkatan dua dan seterusnya, rasa malas nak menggosok semakin menular dalam diri aku ni. Nak gosok baju sehelai pun payah. Memang aku malas tahap gaban dah masa tu. Cam gampang je!
Masa form four, akak aku tunggu nak masuk u, aku bantai buli dia. Kadang-kadang, aku punya malas, bantai aku cakap, kalau dia tak gosok baju aku, aku tak nak pergi sekolah. So, nak tak nak dia terpaksa gosok jugak baju aku tu.Punya sayangkan adik.! Sekarang ni, bila dipikir-pikir balik, apa kejadahanya aku buat macam tu? Kalau akak aku tak gosok baju and then aku tak pergi sekolah, sapa yang rugi? Akak aku tak rugi apa-apa pun. Tapi, masa tu otak suci lagi. Tak tau sangat nak pikir yang baik. Tau,nak buat kerja jahat je.
Habis sekolah, aku kena sertai PLKN. Masa tu, barulah aku tau penat tak penat duduk asrama. uniform memanglah kita hantar dobi. Tapi, baju lain-lain pulak kena basuh sendiri. Pernah sekali aku cakap, tak boleh ke kalau suar-suar dalam kita sume tu kita hantar dobi je. Bantai kena gelak. Pompuan apa ntah. Cam gampang, malasnya! Last-last, bantai aku gelak sama-sama dengan kawan-kawan aku tu.
Kat sana, malam-malam memang kena gosok baju. Baju kelas.
Baju kelas ni, memang wajib bergosok bila nak masuk kelas. Kadang-kadang, bila datang time rajin, aku akan gosok terus baju ni masa hari jumaat sabtu. Aku punya cerdik, plus malas, aku pakai t-shirt kat dalam bila nak pakai baju ni. Bukan singlet, tapi t shirt. Sebabnya, bila pakai tshirt, baju ni tak kena pun kat tubuh aku. Kalau berpeluh pun, kena kat tshirt tu, bukan kat baju ni. So, aku boleh pakai baju ni selama tiga hari untuk sehelai. Pengotor! Tak ada bau ketiak okey. Aku pakai deodoran. Bau deordoran pun tak ada kat uniform tu. Kan ke, jimat tu? Kehkehkeh. Sambil-sambil bergalak dan bergatal, siaplah jugak gosok baju sepasang sekali dengan tudung.
Kalau bab baju full loreng pun, satu hal lagi. Kadang-kadang, mengejut JL akan cakap, petang nanti pakai full loreng untuk latihan kawad. Masa tu, aku akan start mengeluh dah. Alahai!Kena gosok baju lagi. Tapi, nak tak nak kena gosok jugak. Sebab kalau tak, nanti masa cikgu cek, kalau ada yang tak lengkap bergosok, tunggulah untuk hadiah korang nanti. Wirawati, yeah!
Naik universiti, aku dah up sikit. Sebab plug aku tak payah nak kongsi-kongsi, so aku terus gosok sampai sepuloh pasang sekali masa hari jumaat tu. Sabtu hari untuk aku rest dan study. Dah jimat letrik dan masa. Masa tu baru terpikir, rajin jugak, aku sebenarnya. Siap dah buat package jimat lagi.
Tapi, gosok-sekaligus tu hanya kekal sampai sem dua je. Naik sem tiga sampai seterusnya, aku dah start malas balik. Kadang-kadang bila rajin, aku gosok malam. Bila dah datang part malas, silap haribulan, nak pergi kelas tu baru aku gosok baju. Datang perangai lagi malas dan tak senonoh, aku pakai baju yang tak nampak kedut, dan tak payah gosok, senang! Tudung pulak, just pakai tudung arini tu. Siap, then boleh pergi kelas.!

Okeylah. Aku nak out dulu. Ada masa aku taip entry lagi.

p/s: tahap malas dalam diri aku ni perlu dikawal dan dikalahkan aku rasa.

No comments:

Post a Comment