Sunday, August 26, 2012

DuGaAn SyawAl...

Bismillahirrahmanirahim...

Aku tak tahu macam mana nak mulakan citer ni sebenarnya. Baru malam ni aku dapat kekuatan untuk menaip entry ni. Bukan sibuk, tapi mengambil masa yang lama. Dah beberapa kali aku buka blogger dashboard ni, tapi still tak mampu nak menulis lagi. Sekarang ni, dah dapat kekuatan sikit untuk menulis. Jadi, aku nak terus menulis sementara dapat kekuatan dan kerajinan diri ni.

Okey.
Aku tak tahu nak mulakan dari mana citer ni sebenarnya. Tapi, aku akan cuba jugak.

Bagi aku dan family, tahun ni adalah syawal yang paling sedih yang pernah kami lalui sepanjang enam belas tahun, tanpa orang yang tersayang. Dan dua syawal lalu, kami di duga lagi dengan dugaan maha hebat untuk kami sekeluarga.

Untuk pengetahuan korang, sepatutnya raya ketiga baru ni, kami ada tamu. Dari Penang. Datang bawak cincin untuk akak aku. Bermakna, akak aku ditunangkan dalam keadaan tak ada majlis atau apa-apa. Cuma antara keluarga aku dan keluarga bakal abang ipar aku tu. Nama dia abang Nabil.
Kami memang tak buat persiapan apa-apa pun. Kami cuma sediakan spare makanan untuk masak bila tamu sampai. Sedara mara aku memang tak tahu menahu pasal mende ni. Macam yang aku cakap, cuma untuk keluarga aku dan keluarga dia.
Raya kedua, diorang tak datang lagi. Terus aku cakap kat akak aku, mungkin raya ketiga. Akak aku cuma redha je. Tak kesah diorang datang bila-bila masa pun. Terima je.
Tapi, malam raya ketiga, rumah dikejutkan dengan deringan telefon rumah. Memang terkejut. Sebab jarang telefon rumah berbunyik.
Rupanya abang Nabil yang call. Cakap yang mama, daddy dengan nenek dia accident. Lori langgar. Driver lori mengantuk, tapi memotong jugak. Masa tu, abang Nabil still kat sarawak, bertugas (kastam). Abang Nabil nangis, cakap kat akak aku, "tak nak orang lain, nak daddy dengan mama je!"
Akak aku pun teruk jugak nangisnya.
Start daripada saat tu, kitorang memang langsung tak ada masa nak ceria-ceria. Cuma menunggu perkembangan positif daripada Abang Nabil pasal mama, daddy dan nenek yang tengah koma. Kami sama-sama buat semayang hajat, baca yasin, mintak Allah sembuhkan diorang. Satukan keluarga kami.
Setiap hari, aku dan family akan tunggu call daripada Abang Nabil pasal mama dan daddy.

Hari raya ke empat, kawan-kawan ada ajak aku keluar pergi meraya kat rumah kawan-kawan. Aku ikut. Aku ada pesan kat akak aku, kalau ada apa-apa, tak kira apa sekalipun, call aku, bagitau aku.
Tengah-tengah aku beraya dengan kawan-kawan, aku tak tenang. Asyik teringat pasal family abang Nabil. Dan akhirnya, masa dekat rumah kawan aku yang nama Adawiyah, akak aku call. "Niesaa', daddy dengan mama dah tak ada."
Aku diam. Tarik nafas panjang-panjang. Aku tak nak nangis masa tu. Tapi, bila aku lepas je nafas tu, air mata tak berhenti mengalir. "Ya Allah! Berat benar dugaan ni! abang Nabil, tabahlah!"
Masa tu, aku tak ingat apa dah. Yang aku ingat, aku nak balik. Tapi, aku tak suarakan, sebab aku tumpang orang. Takut jugak kalau-kalau orang cakap apa nanti. So, aku diamkan aje. Aku cuma cakap, lepas pergi rumah cikgu, aku nak balik. Masing-masing diam. Tahu yang masa tu, aku tegas.
Sedih yang amat bila aku balik, tengok akak aku still menangis. Tak tahu macam mana nak cakap. Aku pun dah jatuh sayang pada mama dan daddy abang Nabil. Tapi, aku sedar, sejauh manapun aku sayangkan mereka, Allah lagi sayangkan diorang.

Sekarang ni, aku dan family aku cuma tunggu perkembangan positif daripada nenek pulak. Nenek still koma kat hospital.
Abang nabil, sabarlah. Niesaa' tak tau macam mana nak cakap kat abang nabil. Tapi, niesaa' tahu, Allah maha Tahu yang abang nabil kuat nak tempuh semua ni. Sebab tu Allah duga abang nabil macam ni. Allah tak duga hamba Dia, kalau Dia tahu hamba tu tak kuat. Sebab Dia tahu abang nabil kuatlah, Dia duga abang nabil sampai macam ni sekali.
Akak aku ada cakap, arwah mama dan daddy meninggal sekali. Aku terus terdetik dalam hati. Alhamdulillah, mereka bercinta sampai akhir hayat. Insyallah, sampai syurga. Moga mereka berpimpin tangan menuju jannah Mu, Tuhankul.!

Amin...
Abang Nabil, tabah tau. Kami ada untuk menyokong dan jadi tunjang buat abang nabil hadapi hari-hari mendatang.

Alfatihah untuk mama dan daddy.
Untuk nenek, semoga cepat sedar dari koma, dan moga cepat sembuh, amin!

No comments:

Post a Comment