Thursday, August 09, 2012

Kuku Panjang.? Err...


Okey. Gambar ni dah aku upload kan semalam. Tapi disebabkan rasa malas tiba-tiba menular, aku terus sign out blogger ni. Tetibe je aku rase malas nak menaip. Macam yang selalu aku cakap, kalau rasa malas datang, dan-dan je aku akan tutup laptop and then tido.
Sebenarnya aku baru balik daripada majlis berbuka puasa dekat sekolah tempat aku mengajar tadi. Rasa letih jugak sebenarnya. Oh, bukan letih jugak, tapi letih sangat.!
Rasa macam tak larat sangat. Semalam, aku tidur lambat sebab cuba untuk siapkan kertas soalan exam student. Biasalah. Pengalaman takdak. Terpaksalah belek-belek kertas-kertas soalan lama. Nasib baiklah orang-orang lama kat sekolah tu selalu tolong aku kalau aku ada masalah. Kalau jenis yang sombong tahap ya Rabbi, memang aku tak tahulah nak buat apa dan macam mana dengan soalan ni. Tapi, alhamdulillah sebab cikgu-cikgu senior kat situ semua sporting-sporting belaka.
Mengantuknya aku sekarang ni, toksah nak kiralah. Tapi aku tabahkan jugak hati aku ni supaya dapat jugak buat entry ni malam ni. Sebab memang dah niat nak buat entry ni malam ni jugak. Takpelah penat sikit. Esok jumaat. Sempatlah aku berehat. Bukan macam tadi. Langsung tak sempat nak letak kepala barang seminit dua untuk tidur sebelum pergi sekolah semula pukul lima.
 Ini hari, aku nak bercakap pasal kuku panjang vs kuku pendek malam ni.
Aku nak tanya satu soalan pada korang, korang selesa tak kalau kuku korang panjang?
Bagi aku, aku rasa aku tak selesa kalau berkuku panjang. Sebab rasa macam sakit bila nak menulis, bila nak buat apa-apa sekalipun. Bukan apa, rasa macam setiap kali nak buat kerja , rasa macam kuku tu tersangkut pada benda-benda.Tu mungkin perasaan aku aje. Tapi macam logik je kan dengan perasaan aku tu?
Aku tak tahulah macam mana orang yang berkuku panjang tu boleh hidup. Terutama bagi orang muslim. Bukan apa. Macam mana korang semayang, kalau korang simpan kuku panjang.? Tu je soalan aku. Erm...Tak rasa janggal ke kalau simpan kuku panjang? Nak makan pun, rasa macam kuku tu tersangkut pada pinggan. Haha. Lagi aku pelik bila nak buang air. Tak luka ke, korang punya bontot bila nak basuh? haha. Macam dah kutuk orang dah aku rasa, entry ni.
Tapi, aku tak maksudkan sape-sape pun kat sini. Mende ni dah lama sebenarnya jadi isu. Aku takut nak simpan kuku panjang, bukan sebab apa. Aku takut bila mandi wajib, air tak rata ke bawah kuku. Jadi macam was-was je di situ. Haha. Aku tak tahulah korang yang berkuku panjang ni macam mana.
okeylah. aku kena out dah.
sekian.


p/s: entry ni dah berminggu-minggu dah duduk lam draft.

No comments:

Post a Comment