Wednesday, October 10, 2012

Aku Suka Dia.

Eh! Ko suka sape ni, Niesaa'? Ko sukakan laki orang eh? 
Ha'ah. Sukakan laki orang. haha.
Takdelah. Aku just nak kongsikan blog sorang blogger famous ni. Nama dia Abang Ben Ashaari. Tipulah kalau ada blogger yang tak kenal dengan abang ben ni. Serius, aku suka gile baca blog dia. Entry blog dia, banyak gambar. Dan pastinya yang paling aku suka gambar QHALIFF! Anak abang ben yang sedang meniti usia bayinya. Tak sampai setahun lagi umurnya. Tapi, baby ni, memang dah nampak yang dia ni cerdik.

kat bawah ni, ada sikit gambar baby Qhaliff yang aku download kat fb daddy dia.

 tengok tu. sangat geram dengan pipi dia.rambut dia pun lebat.

si daddy dengan si Qhaliff.

tengoklah Abang Ben ni. Ke pasaraya pun, mesti nak bawak Qhaliff. Suka sangat update dari abang ben ni, sebab banyak menceritakan tentang kehidupan dia seharian sebagai Mr. Mama. 
Sejak Qhaliff kecik lagi, aku mengikuti perkembangan dia. Suka dengan cara abang ben ajar anak dia. Susu ibu, langsung tak ditinggalkan. Means, macam mana sekalipun, susu ibu, qhaliff wajib minum setiap hari. Dan yang pastinya, qhaliff akan terhindar daripada risiko dapat cirit-birit disebabkan tak sesuai minum susu itu ini. Beruntungnya Qhaliff sebab dapat daddy dan mummy macam abang ben dan isteri. Tengoklah pipi si Qhaliff tu, bam-bam! 
Mak aku cakap, budak-budak kecik yang tak tinggal susu ibu, pipi dia akan besar macam Qhaliff punya tu. Geram! Grrr...
Setiap hari, bila aku bukak twitter ke, blog ke, facebook ke, aku akan cari abang ben punya update dulu. Sebab aku nak tau perkembangan si budak kecik yang comel ni. Sangat geram!

Aritu, aku ada cakap dekat Encik Sayang pasal abang ben ni. Dia cakap, "insyallah, kalau kita ikhlas nak hidup bersama kerana ALLAH, maka Dia akan permudahkan segalanya nanti. Moga anak-anak kita akan jadi anak-anak yang soleh."
Sangat terharu bila dengar Encik Sayang cakap macam tu. Aku sebenarnya tak harap dia jadi ayah yang sempurna untuk anak-anak aku nanti. Tak harap pun dia akan jadi serupa macam abang ben ni. Tapi aku harap dia boleh kasik kasih sayang sepenuhnya untuk anak-anak. Ok, termasuklah ibu anak-anak tu okey! Takde ibu, takde anak tau dak!


Untuk Qhaliff, jadi anak yang soleh yer. Cik Niesaa' gembira tengok Qhaliff sampai pernah berharap, nanti, kalau Cik Niesaa' ngandung, Cik Niesaa' nak tengok muka Qhaliff je. Nak anak Cik Niesaa' comel macam Qhaliff. Haha. 
Jadi anak yang baik, sayang. Yang akan berjasa pada ibu ayah bila kamu dewasa nanti. Jadilah manusia yang ayahnya di puji kerana berjaya mendewasakan mu dengan kasih sayang dan didikan yang cukup sempurna. Jadilah anak yang ibunya dipuji kerana berjaya mendewasakanmu dalam suka dan duka. Hargailah setiap tawa, tangis ibu ayah untuk membesarkanmu. Cik Niesaa' doakan kamu selamat di dunia dan di akhirat, yang juga akan menyelamatkan ibu ayahmu dari seksa dan azab neraka.

2 comments: