Tuesday, October 16, 2012

Argh! Boleh ke Nak Teruskan ni?

 Letih. Tak pernah dalam hayat aku tidor waktu-waktu maghrib. Tapi disebabkan akal dan otak yang dipaksa untuk menerima ilmu, aku jadi lemah tak bermaya. Eceh! Ayat aku tu macam dah nak mati je. Okey. Seriously, sekarang ni aku tengah letih sikit. Almaklumlah, tadi kelas ganti BI empat jam berturut-turut. Rehat just dalam seploh minit. Rasanya macam tak larat sangat. Panas Bontot!

Style aku, kalau belajar bahasa, aku tak boleh lama-lama. Aku just ambik masa untuk study bahasa dalam setengah jam. Tu pun last minutes! haha. Aku pernah jadi budak Bahasa. Walaupun bukan bahasa inggeris, tapi aku tahu setakat mana kemampuan aku untuk belajar bahasa dalam sehari. Paling lama ak study untuk subjek bahasa ialah setengah jam ataupun lima belas minit. hikhik. Lepas tu, cari bantal busuk, and then...zzzzzzzzzzzz.....

Bagi aku, aku tak boleh tertekan sangat bila bermain dengan subjek bahasa ni. Aku lebih suka relaks dan tak paksa diri untuk menghafal. Aku lebih suka memahami dan membaca. Tak kira apa sekalipun.

Tapi.......!



Aku tengah ada masalah sekarang ni.


Ha! Korang tengoklah! Mana ada satu subjek pun yang dalam bahasa arab! Semua ikut BM and BI. Sebab tu aku macam sedih je sikit bila aku tak dapat sambung dalam bidang bahasa arab ni. Sebab memang dari zaman sekolah lagi, cinta aku pada bahasa arab tak pernah pudar.
Sekarang ni aku tak tahu macam mana nak teruskan study dalam bidang ni, sebab aku rasa macam susah sikit nak study ikut bahasa Melayu ni. Sebabnya, aku dah terbiasa study ikut bahasa arab. Yang mana, aku tahu macam mana nak mulakan study. Haruslah ada kamus, and then barulah boleh paham daripada pembacaan dan makna daripada perkataan dan kehendak tu.

Tapi dalam bidang sains sosial ni, aku kena struggle lebih  sikit. Sebab aku rasa macam aku susah nak pergi dengan bahasa melayu. Bukan tak cintakan bahasa bangsa yang aku bangga-banggakan ni. Tapi, aku takut, kalau terlalu selesa dengan bahasa yang kita anggap mudah ni, akan ada rasa macam riak dan takbur, and then terus tak nak study. Ibaratnya, "alah! bahasa melayu je pun, jap lagi boleh study. Lima minit nak exam sempat lagi nak study!" Itu sebenarnya yang aku takutkan.

Pernah tanya diri sendiri, boleh ke nak teruskan dengan sains sosial ni? Kadang-kadang tanya mak. Mak cakap, kalau tak mampu, Tuhan tak takdirkan macam ni. Beza bahasa, tapi ilmu, tetap ilmu.

Rindu nak belajar bahasa arab lagi. Erm. Tak apalah. Tapi satu je yang aku selalu ingatkan diri aku, aku kena jaga bahasa arab yang dah bertahun-tahun aku tuntut. Setiap hari, mesti nak cari perkataan baru. Tak kisahlah kalau aku tak ambik bahasa arab sekalipun, tapi aku tetap nak teruskan mencari ilmu bahasa arab yang tak pernah habis tu.

Sains sosial is sains sosial. Bahasa arab is bahasa arab. dua-dua mende ni, aku kena kejar! Bahasa Arab ni, bahasa alquran. Tambah lagi bahasa syurga. Tak rugi pun kalau aku belajar. Walaupun merangkak-rangkak, tapi ada nilai di sisi Tuhan.


p/s: moga aku terus berjuang dengan bahasa ni. bi iznillah.

1 comment:

  1. percaya pada perancangan Allah . All the best ye :)

    ReplyDelete