Monday, December 03, 2012

.. that day.. ^__^


Salam. Akhirnya berakhir juga Istiadat Konvokesyen Unisza, dan aku adalah salah seorang graduan yang menerima diploma. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, aku berjaya grad dengan jayanya. 














satu je yang aku terkilan. Aku tak dapat naik pentas sama-sama dengan orang yang terpenting dalam hidup aku. Mak, ayah, along, angah, dan adik-adik. Dan yang tak kurang pentingnya, orang yang sama-sama pernah berjanji dengan aku yang akan sama-sama graduate dengan aku, tapi sekarang dia sedang berjuang dengan ilmu, untuk sama-sama capai impian kami. Kalau lah mereka-mereka ada, akan aku peluk mereka seumpama tidak akan kulepaskan lagi. 

Wan Nur Farhanah, rindu benar saya pada awak. Skrol ni, untuk awak. Jubah ni, semua detik yang saya rasa, semua untuk awak. 

Awak tak tahu, masa berjalan masuk ke dewan, air mata saya laju je menitis. Saya teringatkan awak. Saya rindukan awak. Teringat janji kita dulu, nak sama-sama konvo. Tapi semalam, tinggal saya sorang je yang berdiri di sana. Sepanjang menunggu giliran, hati saya tak tenang. Mana Wan Nur Farhanah? Dia tak datang ke? Lama saya termangu sendiri. Akhirnya bila nama dipanggil, baru saya tersedar, rupanya awak tak ada di sisi saya, untuk saling berpelukan dan saling mengucapkan tahniah. Air mata bergenang lagi saat ini.

No comments:

Post a Comment