Monday, April 22, 2013

dewasa.

"Pleaselah! tolong jadi dewasa sikit. belajar pegang amanah dengan baik. jangan sampai, hormat saya hilang pada awak!"

     SMS sentap daripada seseorang yang memang sejak aku dapat SMS ni, aku dah mula bencikan dia,jauh dari sudut hati aku ni. 

     Kenapa sampai nak benci-benci ni?

     Ya. Aku memang susah nak marah-marah orang, nak sentap-sentap, nak maki hamun bagai ni. Tapi kalau dah sampai tahap nak cakap aku macam tu, sorry der, guwa memang dah tak boleh diam. So guwa pilih untuk mendiamkan diri je. Senang citer, memang guwa malas nak layan orang macam lu ni.

     Kenapa dia cakap macam tu? Okey, let me explain.

     Dia cakap macam tu kat guwa sebab itu hari dia ada bagi SMS dah kat guwa. Guwa tak reply sebab masa tu guwa mengantuk. Guwa tak tahu pulak SMS tu penting. guwa pulak, main rembat je, bila nak delete mesej kat inbox, memang guwa tak de nak baca balik dua tiga kali mesej tu. Sebab guwa memang dah macam tu sejak dulu.  Guwa pikir, simpan mesej banyak-banyak bukan boleh buat emas pat lima kilo pon. So,terus guwa delete. Termasuklah dia punya SMS yang guwa tak baca dan tak reply tu.

     So, semalam dia ada SMS guwa, "nape tak reply mesej saya malam tu?"
     Guwa boleh pulak tanya balik,   "Aik! Ada mesej guwa ke? Guwa tak tahu pon. Bila?" 

     Diam. Dia tak reply guwa punya mesej.
     
     Guwa pun diam jugak. Guwa malas nak ambik port sangat orang merajuk-rajuk bagai ni. Bukan laki guwa pun. Kalau Encik Sayang yang merajuk, ada jugak guwa carik jalan macam mana nak pujuk. Tapi kalau setakat dia, guwa rasa tak perlu kot.

     So, guwa teruskan mentelaah majalah remaja lama yang guwa tak habis baca lagi sambil bersilang kaki di meja study. Dengan bersungguh-sungguh guwa hadap majalah tu dah macam orang nak ambik final exam. Cilake.! Baca remaja, takde pulak dia nak ngantuk awal-awal. Kang, kalau guwa bukak buku Antropologi dan Sosiologi, mahunya bukak mulut luas-luas. Lepas tu, duduk takde dah nak silang-silang kaki bagai, yang pasti, mesti guwa hadap buku tu atas katil.

     Tak sampai lima belas minit guwa hadap majalah tu, handset guwa bunyik sambil kelip-kelip. Untuk tak mengganggu konsentrasi roomate guwa yang tengah study sebab esoknya dia ada test, guwa terus swipe skrin handset guwa tu.

"Hello."
"Saya tanya, kenapa  awak tak reply mesej saya malam tu?" Dia macam dah fed up dah sebab soalan dia aku jawab dengan soalan jugak.
"Lorh. Saya tak sedar masa bila awak mesej saya, masa bila awak call saya. Lain kali kalau nak mesej ke, nak call ke, awal-awallah. Ni, waktu pukul dua, tiga pagi, baru nak mesej. Saya dah tertonggeng tidur. Okey. Ada apa awak mesej saya malam tu?"
"Dahlah. Takde apalah. Susah kalau mesej dan mintak tolong dengan orang yang memang takde amanah dah tanggungjawab ni." Dia sindir aku.
 Ah sudah! Ni apa kes pulak main sindir-sindir aku dengan ayat pedas dia tu.
"Tak tak. Sekarang ni, guwa tanya elok-elok dengan lu, lu tak nak jawap. Kang, kalau guwa buat takde perasaan, lu kecik ati pulak. Cuba lu cakap elok-elok dengan guwa, apahal sebenarnya ni?"
Guwa dah fed up masa  tu. Dah takde dah nak berbasa-basi, bersaya-awak dengan dia. 
"Dahlah. Saya malas dah nak cakap dengan awak. Mende dah basi. Cuma saya nak pesan satu benda je kat awak. "
"Amende?"
"Pleaselah. Jadi dewasa sikit. Jangan asyik duk main-main aje. Takde masa nak serius langsung. Macam manalah kalau berlaki nanti."
Guwa dah start menyampah dah. Damn! Guwa tekan punat merah pada telefon, tanpa kata apa-apa kat dia.

Guwa buat muka takde perasaan. Sambung balik telaah buku remaja.

"Tit..tit..." Mesej masuk.
Guwa bukak dengan harapan mesej tu dari Encik Sayang.

Rupanya tak. Dari "musang" tadi.

"Awak, saya mintak maaf. Saya cuma kecik ati je dengan awak sebab awak langsung tak ingat awak nak jawap soalan saya. Saya cuma tanya boleh tak kalau saya nak pergi rumah mak ayah awak."

"Tu je soalan lu?Tadi, guwa hadap lu, guwa tanya baik-baik takde pulak lu nak cakap elok-elok. Sekarang guwa dah malas nak layan monyet macam lu. Senang-senang lu cakap guwa ni takde amanah, takde tanggungjawab. Lu ingat, lu sape? Mak ayah guwa tak pernah cakap guwa ni tak bertanggungjawab. Tapi kalau just sebab mesej lu, guwa tak reply, lu dah boleh cakap macam tu, guwa rasa lu tak boleh nak rebut hati guwa dari Encik Sayang. Sorry. Cau!"


Bila dah send mesej panjang lebar macam tu, guwa ambik bantal, remaja guwa letak tepi meja, bantal kecik guwa tekup muka..krohhhhh....

No comments:

Post a Comment