Friday, November 08, 2013

Untung Jadi Mereka.

Assalamualaikum.

Untung kan, jadi doktor?
Kenapa? Korang baca dekat bawah.
"Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT."

 

Untung sape yang jadi doktor. Banyak kebesaran Allah yang dapat diorang saksikan dengan keizinan daripada Pemilik Alam Semesta ni, kan? Contoh yang dapat aku bagi kat korang, macam kat atas tulah. Besarnya kuasa Allah pemilik alam ni. Kita semua tahu yang setiap penghafaz Al Quran sangat istimewa di sisiNya.  Alhamdulillah! Maka beruntunglah mereka yang dapat tengok kebesaran Allah ni. Mungkin daripada sini, kita dapat tengok dan fikir, Allah tunjukkan semua ni untuk membuktikan "Kun Fayakun!"

Untunglah bagi mereka yang jadi pelawak!
Kita semua tahu, semua orang dalam dunia ada mood dan "angin"nya sendiri. Kita sendiri pun pastinya mempunyai mood masing-masing. Macam aku sendiri. Kadang-kadang mood aku ni ada jugak mood tak elok. Satu je, aku boleh ubatkan balik mood aku yang K.O tu. Aku bukak you tube, then search Jep Sepahtu. Ha! Lepas tu hilang terus moody tak tentu pasal tu. Lagi satu, aku ni bukan jenis yang boleh kawal marah sangat. Senang ceritanya, Aku Ni jenis yang PANAS BARAN sikit. Aku tak suka, kalau orang paksa-paksa aku buat sesuatu. Kalau nak suruh aku, senang aje. Jangan ulang banyak-banyak kali. Kalau nak suruh aku buat, cukup cakap sekali je kat aku. Lepas tu, aku akan pergi buat. Kalau tak buat terus pun, kejap-kejap lagi, aku buatlah tu.

Oh ya!
Thanks to JEP Sepahtu sebab mampu buat aku gelak bila aku moody. Terima kasih banyak-banyak,Jep! Tahniah, kerana kau jadi salah seorang manusia yang beruntung kerana kau mampu buat aku senyum dan automatically kau dah buat aku hilangkan marah aku. 

Kau yang letak senyuman tu pada bibir aku, Jep! Terima kasih!

Hmm..
Aku rasa sampai kat sini dululah entry aku untuk kali ni. Aku nak sambung buat assignment sikit lagi. Nanti-nanti kalau ada masa, aku type lagi satu dua entry.


No comments:

Post a Comment