Wednesday, November 26, 2014

Along Pergi, Tinggalkan aku.



Assalamualaikum wbt.
Biarlah kalau orang cakap entry ni panjang berjela. Takpe kalau takde orang nak baca. Biar jadi kenangan. Biar jadi iktibar. Andai satu hari nanti anak cucu aku baca, aku nak diorang tahu, diorang pernah ada “pak long”. Dan aku nak diorang tahu yang ‘pak long’ diorang tu adalah orang pertama yang aku cinta, kekasih pertama yang aku simpan dalam jiwa. Kesayangan halal aku yang pertama sebelum ayah diorang.

                Mari, aku ceritakan tentang malam keramat itu.
28.8.2014
Along balik dari kerja lebih kurang pukul 10. Macam biasa, mulutnya becok bertanya pada mak tentang adik-adik. Aku pula, dia mungkin tengok bilik aku still cerah, terus dia selak langsir bilik aku. “woi! Buat apa?” Aku gelak je. Terkejut sebenarnya. Haha. Then, dia cakap kat mak, “mok, esok kita nak pergi Kuala Terengganu.” Mak cakap, ‘balik bila?’ Arwah cakap, “Tak tahu lagi. Kalu tak esok terus, mungkin lusa.” Aku senyum je dalam bilik. Aku memang tahu, dia ada event lumba kereta. Oh ya! Untuk pengetahuan korang, arwah abang aku seorang mekanik kereta lumba. Dia tak berlumba, Cuma buat kereta.
29.8.2014
Kebiasaannya aku bangun pukul 4.30 pagi aku akan tidur balik lepas pergi hantar kuih dengan mak aku pukul 6.30 tu. Tapi hari tu, aku betul-betul tak mengantuk. Dalam pukul 8 pagi, aku tolong mak aku buat bihun goreng. Disebabkan abang aku tidur dekat luar, depan tibi, aku tahu abang aku dah bangun dari tidur masa tu, sebab tengok kaki dia bergerak-gerak. Then, dia bangun. Tapia da keganjilan. Wajahnya terlalu berseri. Sangat berseri. Aku tak boleh nak describe guna kata-kata. Memang sangat handsome! Lepas dia mandi, dan siap-siap, mak aku tanya. “Along, nak makan bihun tak?” Arwah jawab, “Tak nak.” Mak aku cari arwah, tapi tak Nampak. Sedangkan arwah masa tu ada dekat almari dia aje. Memang akan Nampak kalau kita duduk dekat dapur rumah. Bila dia turun ke dapur, aku cakap, “smart abang aku arini”. Dia senyum dan main Tarik-tarik rambut aku. Allah! Allah gerakkan hati aku untuk balas apa yang dia buat tu dengan memeluk dia, mencium pipinya buat kali terakhir.
Untuk pengetahuan korang, kebiasaannya arwah, kalau nak ke mana-mana dia akan salam dan cium mak aku. Tapi hari tu tak. Dia cakap dia nak pergi dah, masa dia dah sampai kat tangga. Aku, mak dan adik-adik aku dua orang lagi berlari turun. Tengok dia pandu kereta. Kami lambai, tapi dia langsung tak pandang kami. Langsung tak! Seperti dia tahu yang dia memang akan tinggalkan kami haritu.

Allah! Percayalah. Aku tulis entry ni dengan air mata. Luka sangat.
Entah kenapa, aku dan mak haritu langsung tak buat apa-apa. Aku dengan mak tak larat sangat. Duduk kat situ, tak kena. Duduk kat sini tak kena. Baring tak kena. Mungkin Allah dah berikan petanda pada kami.

Malam tu, semua yang tak larat nak tidur awal. Aku yang baru nak tidur, tiba-tiba terdengar orang matikan motor dekat laman rumah. Aku nak buka pintu, mak aku cakap buka tingkap saja. Aku ikut.
Kawan arwah!
“Mak cik, amir accident.”
Dada aku berombak. Aku langsung tak dengar apa lagi yang mak aku cakap. Tapi yang aku tahu masa tu aku pikir arwah dalam keadaan teruk. Sebab kebiasaannya kalau dia accident, dia akan call bagitahu sendiri pada kami. Tapi ini tidak. Aku bimbangkan nyawanya.
Kami bersiap untuk ke hospital Sultanah Nur Zahirah. Tapi, sebelum tu, kitorang kena tunggu adik aku yang study dekat Pahang tu sampai. Aku call dia, dia cakap dia ada dekat Paka dah masa tu. Kitorang tunggu. Masa tengah tunggu, aku tengok mak aku dalam kereta menangis. Aku bukak pintu kereta, akak aku cakap “along tenat.”
Allah! DugaanMu terlalu besar, Ya Allah!
Adik aku sampai, kitorang terus bertolak. Doctor call.
Dia cakap nadi dah takde. Dah cuba buat CPR, tapi takde respon. Sedang aku ralit membaca Yaasin, mak aku menangis, then cakap, “Adik-adik along, along dah tak ada!”
Aku berhenti baca Yaasin. Semua yang ada dalam kereta, menangis. Aku pulak tak mampu. Tak mampu nak menangis. Sebab hati aku masih belum boleh terima yang along dah takde.








Maaflah. Aku kena out dulu. Ada masa nanti, aku taip lagi entry sambungan…………….

Saturday, November 15, 2014

Selamat Jalan, Along Sayang.

Assalamualaikum wbt.
Mohon maaf sebab lama tak update blog. Memang bersawang. Aku langsung tak nafikan memang bersawang. Maafkan aku.
29/8/2014.

Jadi tarikh keramat buat aku, akan aku terus ingat seumur hidup aku.Abang yang aku sayang, wali yang aku cinta, pahlawan dalam hidup aku, cinta hati aku, arjuna di hati aku telah kembali ke rahmatullah.

Along pergi dengan penuh senyuman. Tak ada lagi urusannya dengan dunia. Kini tinggal kami. Tinggal aku yang terus sendiri, memandang kosong pada dunia, memendam rasa, menjeruk jiwa sendiri. Tak langsung aku cuba untuk kembali kepada dunia yang dulu. Sebab dunia aku sekarang dah tak berseri, tak ada langsung gelak tawa. Hati aku kosong.

Okey. Nanti, ada masa, ada kekuatan, aku akan ceritakan kronologi kejadian hari tu. Bukan sekarang. Kekuatan masih belum ada. Meskipun nampak aku tersenyum, tapi hati aku hanya Tuhan yang tahu.

Saturday, September 13, 2014

Anaa Niesaa': Wardrobe Clearance

Assalamualaikum wbt.

Tadi, kemas-kemas bilik sikit. Tengok ada baju-baju yang tak dipakai dah. Bukan buruk, tapi sebab baju tu makin kecik. Burp! (sebenarnya malu nak mengaku kita makin kembang) haha.

Agak-agak, ada yang berminat tak? Yang PLUS SIZE pun ada.

Kalau ada, sila komen ye. Saya jual murah je. Separuh daripada harga masa beli dulu.

Terima Kasih.

Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari: Impianku Seorang Blogger

Assalamualaikum wbt.
BEN ASHAARIselamat pagi semua!
 Pagi tadi, balik dari hantar kuih kat kedai, solat Subuh, tergerak hati nak bukak fb. Mata tertancap pada satu segmen yang dilaksanakan oleh Encik Ben Ashaari. hihi.

Aku sebenarnya seorang student sepenuh masa di UNISZA dalam jurusan Sains Sosial. Blogging ni just a part of my life la, orang kata. Sebabnya, kadang-kadang aku jarang update sebab busy dengan tugas as a student. Lagipun, aku pulak duduk rumah sewa yang sememangnya takde internet.
Tapi, kalau cuti-cuti ke, hari minggu ke kalau balik kampung, aku akan cuba curi masa untuk update entry walaupun merapu.

Kelebihan yang ada pada blog aku pulak ialah; eh!jap-jap! Ada kelebihan ke? Macam takde je. 

Hmm.. Mungkin pada blog aku ni, kadang-kadang orang rasa macam, 'eh, budak ni. Apa yang merapu-meraban ni?' 

Tapi, bagi aku pulak, dalam duk merapu meraban tu, setiap pembaca yang membaca kena fikirkan, sebenarnya ada sesuatu yang aku sedang cuba sampaikan disebalik entry yang merapu tu.
Kadang-kadang, kita kalau nak cakap sesuatu, kenalah berkias-kias jugak kan?  Ada benda yang kita boleh cakap secara straight to the point, tapi ada sesetengah benda, kita boleh berkias-kias. Mungkin untuk menjaga hati orang lain jugak, kan?

Impian aku sepanjang jadi blogger ialah, aku nak ada bisness online sendiri. Bisness apa? Craft! Yes, craft. Takdelah craft sangat pon. Cuma bisness jual pencil case, AlQuran cover, dan yang terbaru, notebook!Semuanya boleh di custom made.  Selain daripada tu, aku jugak berimpian untuk jadi designer blog. Jadi, dalam masa yang sama, aku boleh bekerja dari rumah, kalau cuti.

Impian aku tak besar, cuma cukuplah setakat aku tak lagi menyusahkan mak ayah setakat nak makan tiap-tiap hari.

Thursday, August 28, 2014

Penulis Itu....


Wednesday, August 27, 2014

Anak Soleh

Harap korang semua baca sampai habis entry ni untuk kita sama-sama ambik iktibar.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Assalamualaikum wbt.

Tak adalah aku nak bersyarah atau apa pasal title entry tu. Tapi aku cuma nak bercerita.

 Pada 21Ogos2014,
 Bapak sedara aku yang aku panggil ayah teh, dimasukkan ke wad sebab mengalami lelah yang agak teruk. Warded. Dia warded pagi, petang tu aku dengan mak aku pergi tengok dia kat hospital.

Sabtu, 23Ogos 2014.
Macam biasa, aku bangun pada pukul pat setengah pagi untuk tolong Puan Emak buat kuih untuk dihantar ke kedai. Hantarnya dalam pukul enam lebih-lebih macam tulah.
Terdengar pintu pagar akak sepupu aku yang tinggal belakang rumah tu dibukak. Aku menjeling jam. Pukul lima. "Kak Mar nak ke mana pagi-pagi ni? Baru pukul lima kot." Detik hati aku.
Tapi aku diamkan aje. Sebab aku, Puan Emak dan angah tengah sibuk duk membungkus kuih.

Lepas dah siap bungkus kuih, solat subuh, baru pergi hantar kuih tu kat kedai.
On the way balik, kitorang lalu ikut rumah Ayah Teh.
Nampak Kak Mar tadi tengah melangkah naik ke atas rumah Ayah Teh.

Sampai kat rumah, sebelum turun kereta, akak aku ada cakap kat mak aku, dia nak pergi tengok ayah teh kat hospital. Tengah duk ralit bercakap, sambil berjalan nak naik atas rumah, akak sepupu aku yang aku panggil kak long datang.
"Su, (panggilan untuk Puan Emak), dah tahu ke?"
Kitorang blur. "Tahu apa?"
"Ayah teh dah takde." Lambat-lambat kak long bagitahu.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...." Hampir serentak kami bertiga mengucap.
Aku diam. Berlalu masuk ke  bilik. Tak tahu nak cakap apa. Baru dua hari lepas ayah teh bergurau dengan aku. Tiba-tiba hari ni dapat khabar yang ayah teh dah takde.
Terbayang  wajah dia.

Jenazah sampai dari hospital dalam pukul lapan lebih.
*********************************
Nikmatnya jadi ayah teh.!
Tahu kenapa aku cakap macam tu?
Sebab tak perlu panggil orang masjid untuk bacakan ayat suci alQuran dan Yaasin untuk arwah. Semua kelapan-lapan anak arwah, ditambah dengan tiga orang cucu yang menghafaz Alquran, mereka bacakan sendiri ayat-ayat Allah dekat dengan tempat jenazah.
Sebenarnya, ayah teh dan mak teh aku memang mendidik anak-anak diorang, iaitu sepupu-sepupu aku dengan didikan alQuran.
Mak teh sebenarnya seorang guru alQuran. Aku kenal alif, ba, ta dengan dialah.

Aku cemburu sebenarnya. Cemburu sangat.

Mampu ke aku jadi macam anak-anak ayah teh dan mak teh? Sampai ke doa aku yang hina ni untuk di ijabahkan oleh Allah supaya sampai kepada Arwah ayah? Sampai ke pada malaikat untuk 'dituliskan' dan 'dihantar' kepada Puan Emak dan Incik Ayah?

Dan!
Tahu satu perkara?
Wajah ayah teh berseri-seri sangat sebelum dikafankan.

Mungkin dia sedang berbahagia. Bahagia sebab dia akan berjalan untuk bertemu Tuhan, sang Khaliqnya.

Allah!
Kau ampunkanlah dosa kami. Kau jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan Kau kurniakanlah juga kepada kami anak-anak yang soleh, penyejuk mata di dunia, penyelamat kami di akhirat. Amin Ya Rabbal 'alamin.




..Insan..


Friday, August 22, 2014

#MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum wbt.
22 Ogos 2014.

Hari ni, hari bersejarah buat rakyat negara kita.
36 hari yang lepas, kita telah dikejutkan dengan berita yang menyayat hati apabila sebuah pesawat MAS telah ditembak jatuh di Ukraine.

Hari ini, jenazah mereka tiba di negara kita.
Aku memang ikuti siaran langsung upacara Istiadat Penghormatan ni sejak awal lagi. Seriously, bila pesawat yang bawak jenazah tu sampai, aku still boleh kawal emosi aku. But, bila pasukan tentera yang bertugas sebagai pengusung mula berjalan mengikut kawad hormat, aku mula sebak. Memang sebak menggila. 
Allah! 

Bendera Negara, Jalur Gemilang, berkibar separuh tiang, menandakan Malaysia sedang dilanda kesedihan.




 This picture make me cry, everytime!



 Gambar Baby Abderrahman, anak kepada co-pilot, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi membuatkan air mata aku mengalir laju.
Allah! Allah! Allah!
Semoga kau akan meneruskan Legasi Pilot Ayahandamu, sayang. 




Tolonglah. Bukak sikit pun takpe. Adik nak tengok muka mama, adik nak cium pipi mama.
Semakin kuat hati menangis, semakin laju air mata mengalir bila melihatkan gambar ini. 
Jelas, nada rasa ibu dalam diri ini menebal. Aku simpati. Tapi, siapa aku untuk menandingi rasa rindu anak ini, sedihnya, rajuknya, kecewanya? Allah! Kau kuatkanlah dia. Bertabah, ya sayang?


Dan!
Buat semua keluarga mangsa nahas.
Kami semua berdiri bersama anda, bertafakkur sejenak bermula 1054 pagi tadi. Mneyedekahkan AlFatihah lalu berfikir, bila pula giliran kami? Bagaimana pula cara kami pergi?
 Semoga Allah kuatkan hati anda semua. 

AlFatihah.
#rememberingMH17

p/s: Aku menulis sejarah hari ini supaya suatu hari nanti, bila aku dah tua, dah tak ada, anak cucu aku dapat lihat dan dapat ingat bahwa, negara Malaysia pernah di duga Allah sebegini.

Thursday, August 21, 2014

...Al Quran Cover...

Assalamualaikum.
Al kisahya bermula bila tengok AlQuran aku semakin menguning dan di mamah usia. Itu hari, balut Quran ni guna pembalut hadiah je. Tetapi disebabkan rasa macam rajin sikit itu hari, aku tengok, ada kain felt banyak lagi. Terus ambik, ukur, jahit.


Berkenan tak?
Kalau berkenan Pm aku kat fb. Harga boleh dirunding.







p/s: Aku sayang alQuran ni sebab aku dah guna Dia sejak aku form 1. Moga jadi penyelamat aku kat akhirat nanti. Saat matahari sejengkal berada di atas kepala, moga AlQuran ini yang akan melindungi kepalaku daripada sinaran dan kepanasan matahari yang sejengkal itu.

Friday, August 15, 2014

Jumu'ah Barakah.

Salam Jumu'ah Barakah, wahai kawan-kawan satu ummat.
Salam Jumu'ah Barakah wahai ummat Muhammad s.a.w.
Yang laki jangan gatal-gatal nak ponteng solat Jumaat.
Yang perempuan, sambil-sambil orang berkhutbah, try habiskan Al Kahfi. Ada masa lagi ni. Sempat lagi nak habiskan. 
Dah! 
Pergi ambik alQuran cepat-cepat.





Thursday, July 24, 2014

Untuk kesekian kalinya.!

Ni yang buat guwa marah ni.
Itu hari kan guwa dah cakap. BLOG GUWA BUKAN BLOG LUCAH.

Astaghfirullahal azim.

Guwa sekarang ni memang marah dah tahap berapi-api dah ni.
Ape benda yang lu orang cari sebenarnya? Sampai nak cari entry-entry lucah, blog-blog lucah ni?!
Kalau guwa bagi ceramah free kang, lu orang cakap guwa macam mak nenek, suka membebel. Kalau guwa tak bebel kang, lu orang naik kepala pulak. Amende ni?!

Wadafak, lu orang cari entry lucah kat blog guwa? Kang guwa dah buat satu entry itu hari, blog guwa ni bukan blog lucah, lu ada paham ke, takde?

Weyh! Lu orang, yang carik entry lucah sekalian. Lu orang sedar tak bulan puasa sekarang ni? Eh! Kalau tak puasa pun, memang tak boleh.

Dahlah. Guwa malas nak bebel panjang-panjang. Lu orang dah besar. Lu patutnya dah boleh pikir sendiri. Kang, kalau guwa maki, lu cakap guwa ni takde adab dengan pembaca pulak.

Lu orang pikirlah sendiri. Jangan letak dekat kepala lutut, otak tu.


p/s: marah sungguh aku dengan traffic blog yang naik mendadak disebabkan ada segelintir manusia yang mencari entry lucah!

Wednesday, July 23, 2014

Jangan pergi.

Awak.
Sekalipun berkali-kali saya sakitkan hati awak, tapi awak tetap masih kat sini.
Tapi, mungkin kali ni awak dah tak mampu bertahan dengan perangai dan tingkah laku saya sehinggakan awak pergi .

Awak.
Jangan pergi.
Rajuk saya, marah saya, cemburu saya.
Bukan kerana apa.
Tapi kerana saya sayangkan awak sangat-sangat.

Jangan pergi awak.
Even marah, saya cakap "i hate you" or whatever, tapi awak tetap
ada dekat sini ----->


HATI saya .



p/s: mood menjiwang datang.heh!

Love. Laugh. Live. |Part 2|

Assalamualaikum wbt.
Dah lama tinggal blog ni. Macam dah bersawang je sikit.
Hari ni saje-saje nak update pasal Love. Laugh. Live yang tergendala itu hari. 

Sebenarnya, ianya cuma sebuah album gambar untuk kenangan masa aku belajar ni.  Korang layanlah gambar-gambar kat bawah ni.

Ni, gambar kelas Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab Semester satu dulu.
Nak tahu apa aku tulis?
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



T_T

Hari yang cukup membahagiakan walaupun dengan tangisan.



p/s: Oh ya! Sape-sape yang nak tempah untuk buat guest book ke, album ke, boleh pm aku. Inshallah aku cuba buat yang terbaik. Terima Kasih

Friday, July 11, 2014

Pemenang 1st Giveaway of This Blog

Maafkan saya. Maafkan saya. Maafkan saya.

Lama sangat aku tinggalkan giveaway ni. Sekarang ni dah ada nama empat orang pemenang tu. Yang tak menang, mintak maaf banyak-banyak sebab mungkin rezeki korang takde kot kali ni..

Dan nama-nama pemenangnya adalah;


|
|

|
|
|
|
|

|
|
|
|
|


|
|
|
|
|
|


Sila inbox page aku ye, kawan-kawan yang terpilih ni.

p/s: maaf sebab lambat update pasal pemenang ni. Aku ada masalah sikit lepas tarikh tutup ga ni. Kalau tak silap, aku ada maklumkan dekat page, itu hari.


Tuesday, July 01, 2014

Mana hilangnya manusia, manusia?

Assalamualaikum.





Baru menulis. Bukan apa, tak sihat sangat. Satu keluarga kena cirit-birit dua hari sebelum puasa baru-baru ni. Lagi pulak, entry ni memang dah lama nak buat, cuma aku tak ada kekuatan nak taip. Setiap kali teringat pasal "anak syurga" ni, aku lemah. Air mata tak henti mengalir.

Okey. Kita teruskan kepada maksud sebenar entry ni.

24/6/2014.

Seluruh negara kita digemparkan dengan satu operasi membanteras PATI yang diadakan oleh pihak berkuasa yang akhirnya menemukan seorang "mayat hidup". Sebenarnya, berita tu, aku dah tahu masa petang 24/6 tu. Tapi, lepas solat maghrib, satu family aku duduk depan tibi, nak tengok berita pasal "anak syurga" ni.

Allah! Allah! Allah!
Hati diruntun hiba. Melihat dia yang memandang pada Tuan Faizal Fazri yang masuk ke bilik tersebut. "Anak syurga" itu terus mengensot keluar tanpa menghiraukan orang sekelilingnya. Hati semakin hiba apabila Tuan Faizal beristighfar dan menahan sebaknya. Aku teresak-esak. Biarlah. Aku tak malu untuk menangis melihat anak ini.
 Kata-kata paling meruntun jiwa aku oleh Tuan Faizal;
"Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga pula meresap hidung."

 
Setelah aku tahu berita penahanan mak dia, aku rasa marah. Sebab aku tahu daripada rakan-rakan fb yang dia pun ada fb. Ada seorang lagi anak. Bila ditanya, dijawab yang dia tidak mampu.

Allah! Kau bekerja, wahai ibu. Takkan kau tak mampu sekalipun setiap hari berikan dia walaupun sekeping roti. Takkan kau tak mampu berikan dia segelas air masak. Takkan kau tak mampu belikan dia sehelai baju dan seluar? Kalau kau benar sayangkan dia, cubalah sedaya upaya untuk sempurnakan keperluan dia. Walaupun tak mampu, usahakan. walaupun sedikit, itu sudah dikira Tuhan?
Mana perginya rasa manusiamu, ibu?
Kau tinggalkan anak ini dalam kesejukan sedangkan yang seorang lagi kau peluk dan cium. Kau sediakan makan pakai yang cukup. Sedangkan "anak syurga" ini kau biarkannya tidur bersama najis. Ini bukan sifat manusia, apatah lagi ibu!!!!!!!!
Apakah kau rasa terbeban dengan adanya anak ini? Kau lupa? Mungkin kau lupa. Kau terlalu mengejar kasih dunia, tapi kau lupa firdaus ini yang akan membawamu ke syurga akhirat. Kau lupa, mungkin.

Setiap hari aku akan bukak fb dan cari berita pasal adik Firdaus. Aku ingin dia kembali seperti sediakala. Dan semalam, aku dapat gambar ni dari seorang rakan fb.


Hati kembali diruntun hiba.Terus aku berlari mendapatkan puan Emak. Aku tak kira, biarlah puan emak lihat aku dengan air mata ini. Rupanya, puan emak turut menangis. Puan Emak merasakan apa yang aku rasa.

Melihat gambar ini, terus terdetik dalam hati, comelnya kau, sayang. Kau dibuang dan dikurung ibu sendiri. Tapi kau dapat sejuta ibu di Malaysia.
Firdaus sayang. Kuatkan semangat. Setiap hari kau mendapat doa orang yang menyayangimu, sayang. Salah seorangnya, kak Niesaa'. Terus membesar, sayang. Kau bakal penghuni syurga, sehebat namamu Firdaus. Kau kuatkan hati sayang. Terus sihat, ya sayang?

Akhir penulisan aku ni, aku cuma nak tanya satu benda aje, mana hilangnya manusia? Soalan ini khas ditujukan kepada ibu kepada Firdaus.

Monday, June 30, 2014

Ramadhan 1435H

Walaupun hari ni dah masuk hari kedua Ramadhan, tapi aku still nak ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. "0-0", kata Astro.

Selamat berpuasa. Mintak maaf kalau selama aku berblogging ni, ada perkataan, gambar-gambar atau perkara yang tak menyenangkan telah aku buat.

Selamat berpuasa.
Selamat Menempuh Pesta Ibadah
Selamat menyambut bulan di mana pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya
Selamat Menyambut bulan di mana rahmat Allah meluas.
Selamat mneyambut bulan yang terbaik dari 1000 bulan.
Selamat mengejar LailatulQadr.
Selamat Berpesta AlQuran

Friday, June 20, 2014

Blog Aku Blog Lucah...

Assalamualaikum wbt.

Itu hari, tak silap aku empat lima hari lepas. Rasa tergerak hati nak bukak nuffnang. Rasa macam dah lama tak tengok-tengok and godek-godek kat situ.
Bila bukak tu, rasa macam nak tekan keyword sebab traffic blog tiba-tiba naik mendadak.

Sekali aku tekan, nah kau! Bapak ah! Rasa sakit kepala tiba-tiba. Ada ke blog aku dibukak sebab keywords macam tu? T________T
Guwa betul-betul tak percaya bila jadi macam ni.

Perkara ni terjadi mungkin disebabkan entry aku "main dengan budak darjah satu" (macam dalam gambar).
Aduhai.
Sudah-sudahlah mencari mende yang tak berpekdah macam tu. Buat rosak jiwa aje. Silap aku ke bila buat tajuk entry macam tu?
Okey,meh aku terangkan. 

Sebenarnya, main yang aku maksudkan dalam entry tu, maksudnya *main-main*. Paham.?


Okeylah. Aku kena out dulu.

p/s: tak sangka pulak ada jugak orang yang cari laman web dan blog lucah. Betul-betul tak sangka. *sigh

Sunday, June 15, 2014

Segmen: Jom Kembali Ke Sekolah Bersama Ayu Insyirah


Assalamualaikum.
Hari ni, saje-saje ada mood untuk blogwalking sebab takde kerja sangat nak buat.

Sambil-sambil buat giveaway (jemput join), buat entry pasal dinner BOSS tu, 

jumpa pulak segmen bersama cikgu Ayu kat blog dia.

 So, aku join.

Ni sebenarnya sebab mood sekolah kembali dibuka ni. Kat terengganu dah bukak pun hari ni.

Selamat kembali mengajar, Cikgu Ayu. Selamat meneruskan perjuangan mendidik anak-anak bangsa.

Good luck in your career!

Wassalam.

#throwback--> Black And White Moment.


15 May, 2014.
Kelas kitorang ada buat dinner bertempat di TER----> Terengganu Ekuestrian Resort.

Tak nak banyak sembang. Layan gambar jela ye.








Lecturer pun buat persembahan malam tu. Diorang ni berkaraoke, hokei!

Okey. Ni anugerah yang paling aku tak boleh terima dalam seumur hidup aku. Takde nak disiplin sangat sebab aku ni jenis yang selalu datang kelas lambat. Cuba-cubalah carik orang lain, woi.!haha

Okey. Acara penyampaian anugerah. Aku salah seorang penyampai. Okeylah. First time naik pentas, then pakai microfon. Pergh! Semua sorak weyh!











Erk. Sebenarnya.....














Dia bukan suami saya.








Okey.
May 15, 2014. Will be in my memories.