Saturday, March 22, 2014

Ada satu Cerita.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni, takde apa sangat nak cerita kat korang. Cuma bila teringat balik, rasa macam nak cerita jugak kat korang cerita ni, walaupun dah lapuk dan dah basi berbuih-buih.

Kalau korang ada terbaca entry aku yang dua tahun lepas THAT DAY tu, mesti korang ingat yang aku ada bagitahu kat korang yang mak aku tak dapat datang konvo aku masa tu sebab kakak aku konvo pada hari yang sama dengan aku konvo. Cuma yang membezakannya adalah konvo akak aku pada belah petang, aku pulak konvo pada belah pagi.

Ceritanya macam ni.
 Masa hari konvo tu actually aku memang menangis. Sebab mak tak dapat datang. Tu yang utama! Awal-awal tu, aku okey lagi. Tapi lepas mak call, mintak maaf tak dapat datang, terus aku menangis esak-esak! Mak tak dapat datang, pastu lepas dah settle majlis konvo tu, kawan-kawan semua keluar cari family diorang. Aku pulak terkontang-kanting sesorang. Hanya mampu melihat dari jauh.

Bila dah duduk sesorang, terus aku naik atas bukit dan duduk kat situ. Sebab pergi ke stadium konvo tu pun dengan kawan aku yang nama Suma tu (tumpang). Jadi kenalah tunggu dia settle bergambar dan bagi-bagi bunga dulu. Kawan-kawan yang lain pun memang dengan family masing-masing. Dah nama pun, konvo kan....? Sambil-sambil duduk sesorang tu, tiba-tiba Encik Sayang call.
Tanya, "dah settle ke?"
 Aku cakap "dah".
 "Mak datang tak?" Dia tanya.
 "Tak, petang ni majlis angah pulak." Aku jawab dalam nada nak menangis.
"Alolo... Comelnya dia, nak menangis. Jangan nangis, sayang. Walaupun mak tak datang, abang tahu, mak sentiasa doakan yang terbaik untuk sayang. Macam tu jugak abang."
"Abang ni!" Terus aku menangis.
Diat tergelak besar.

Bila suma dah settle semua dengan family dia, dia ajak aku balik.
Kitorang balik. Tapi sebelum tu, kitorang pergi makan dulu.
Balik aje ke bilik,roomate aku still pujuk aku. "Jangan sedih-sedih nisa. Nanti majlis konvo degree, mak kau datang pulak. Maybe satu family datang." Thanks, Laila sayang. Kau selalu ada kalau aku tengah sedih. Baiknya kau!

Okey, sambung cerita.
Lepas Zohor tu, roomate aku keluar. Katanya nak pergi kelas. Ada kelas lagi katanya. Tinggallah aku dengan ekin, ex-roomate aku dulu, masa diploma. Lama lepas tu, ekin pulak nak keluar, nak pergi jumpa kawan-kawan course-mate dia katanya. Tinggallah aku sorang diri.

Bila dia dah keluar, tinggal aku sorang-sorang, aku apa lagi, cari bantallah. Baru aje nak terlelap, phone berdering. Tengok kat skrin, private number. Tahu dah sape. Shamir Ashraf. Kawan masa kem dulu. Merangkap bestfriend aku.

"Lu buat apa je tu?" Dia tanya.
"Tak ada buat apa. Nak tidur. Semalam tidur lambat." Aku seboleh-bolehnya nak mengelak daripada cakap lama-lama dengan dia. Takut termenangis macam dengan Encik Sayang tadi. Bantai nanti Shamir gelakkan aku kalau aku nangis.
"Sedihlah tu, tak ada orang nak temankan." Dia bergurau dengan gurauan yang agak kasar pada hemat aku yang tengah bersedih hati ni.
Aku diam.
Dia gelak.
"Dah. Tak payah nak sedih-sedih sangat, Guwa kan, ada. Turun bawah. Guwa dah dekat bawah ni.
"Aik? Lu buat apa datang sini? Bukan lu ada dekat Sabah ke?" Aku tanya.
"Lu, kalau tak sola siasat guwa, bukan lu la maknanya tu. Dah, turunlah. Kematu dah juboq aku ni, bangang!" Dia membebel.
"Okey-okey. Guwa turun sekarang."

Aku bersiap ala kadar. Jeans, tshirt, pashmina. Dah!
 Aku turun dengan laju. Sampai nyaris-nyaris nak tersembam atas tangga.

Sampai bawah, memang sah dia memang dah ada dekat bawah. Nampak skyline putih dia tu, au dah kecut perut. Celaka.! Apasal pulak dia bawak keta ni. Mana pergi keta dia yang biasa-biasa tu? Dia pulak duduk bersandar dekat keta dia sambil senyum. Semua yang ada dekat parking masa tu dah terjenguk-jenguk tengok dia. Maklumlah, handsome. Kacukan cina dengan pakistan. Mahunya tak handsome.

Sampai-sampai aje dekat dia, dia bukak pintu keta, tungging bontot kat aku then ambik barang dekat kerusi sebelah.
Bila dia berdiri balik, terus dia bagi aku sejambak ros merah, adalah dalam 50 kuntum dengan sekotak coklat.
sekadar gambar hiasan.

Aku diam.
"Dah. Guwa tak nak tengok lu sedih-sedih lagi. Guwa tahu, mak lu tak dapat datang lu konvo. Itu sebab guwa balik sini tadi pagi. Guwa ingat nak pergi konvo lu. Tapi disebabkan ada masalah sikit dekat kem, lambat sikit naik flight. So, terpaksalah datang petang ni."

Aku menangis.

"Terima kasih, mir."

"Hey, dahlah tu. Guwa kan dah cakap tadi, guwa taknak lu sedih-sedih. Guwa balik sini pun semata-mata sebab nak tengok lu senyum, tak nak tengok lu sedih-sedih."

Aku senyum.

"Terima kasih sekali lagi, mir."

"Dahlah tu. Lu dah macam adik guwa dah. Kan guwa pernah janji dengan lu yang guwa tak nak tengok walau sekali pun air mata lu mengalir. Alih-alih, malam ni guwa datang, tengok lu nangis pulak. Aduh! Dahlah tu. Guwa kisah sangat kalau lu menangis. Jadi, jangan menangis."

Lama aku diam.

"Hmm... Sebagai upah, dah boleh buat lu senyum, guwa nak lu ikut guwa, temankan guwa pergi makan. Guwa tak makan dari tengah hari tadi lagi."

Dan disebabkan dia dah bagi aku banyak sangat benda, so terpaksalah aku ikut dia pergi makan.

Dah settle makan, apa semua, barulah dia hantar aku balik. Coklat, memang aku dah makan dengan dia masa dekat kedai mapley tadi. Bunga ros tu pulak, tak sempat aku naik ke bilik, ada nampak mak guard dekat parking.
Mak guard tu sound aku. "Untunglah. Hari ni ramai orang dapat bunga. Tapi yang ni paling banyak yang saya tengok."
Aku pergi dekat mak guard tu, aku bagi dia bunga tu. "Ambiklah, kak. Saya bagi kat akak. Kalau takde orang bagi, biar saya yang bagi. Hadiah dan tanda terima kasih sebab berjaga malam untuk menjaga kemanan kolej kami. So, memang benda tu tak sempat nak bawak naik ke bilik, apatah lagi main snap-snap gambar.

Okeylah. Sampai kat sini dulu cerita aku.

p/s: sorry. gambar original memang takde sebab semua gambar di snap menggunakan iphone shamir. Bila aku nak bluetooth, dia jawab, "tak payah. Biar aku je buat gambar ni jadi kenangan. Kau tak perlu ingat aku melalui gambar ni. Cukup dengan menghantar doa. Lagipun, iphone guwa mana ada bluetooth.haha" dia gelak kuat sangat sampai semua mata tengok.
Okey, diam. Sentap!

No comments:

Post a Comment