Friday, April 04, 2014

Antara Teliti Atau Cerewet?

Assalamualaikum wbt.


Tak ada apa sangat sebenarnya. Cuma kadang-kadang aku perlu bercerita dengan blog ni supaya setiap akal negatif yang berfungsi dengan sangat baik berbanding dengan akal positif ni, keluar.

Akal positif, sila datang dekat aku. Akal negatif, duduk dalam blog ni diam-diam. Ada masa nanti aku baca.

Straight to the point. Aku sebenarnya tak suka sangat dengan orang yang cerewet ni. Bukan apa. Aku rasa kadang-kadang disebabkan kecerewetan diorang ni menyebabkan aku rimas. Seriously, benda yang paling aku rimas ialah orang yang cerewet.

Contoh kecerewetan yang selalu aku hadapi:

1. Dalam Bab Shopping.
Aku tak suka kalau, bila ada dekat kedai ke, dekat mana ke, dah pilih dah nak apa-apa, pastu, dan-dan nak bayar, keluar perkataan ni, "hm.. boleh tak kalau kita pergi tempat lain dulu. Boleh ushar-ushar dulu." Guwa nyampah betul. Okey, kalau bab macam ni, aku bukan nak katalah kan, sebenarnya aku bosan. Bosan sangat bila keluar dengan orang macam ni. Kalau nak ushar barang lebih cantik dan lebih berkualiti aku boleh jugaklah terima. Tapi kalau sebab nak ushar harga, nak cari yang lebih murah, kadang-kadang datang meluat jugak. Serious! Diorang tak rasa macam bazir masa ke, duk ushar benda yang sama di semua lot kedai yang ada. Haish!
2. Cerewet dengan penampilan diri.
Yang ni, aku selalu hadapi sejak zaman sekolah rendah lagi. Biasalah. Masa zaman sekolah dulu, aku ni lambat sikit matangnya. So, masa zaman sekolah memang tak pandai nak bermekap, baiki-baiki tudung ke, apa ke. Style aku senang, pakai tudung, asal tak nampak rambut sudah. Masa tu tak berapa nak up sangat. Sekarang ni, bila tudung tak menjadik, rosak kat bahagian muka, memang spoil mood.! (yang ni aku memang paham perasaan perempuan). Dia punya mood bila tudung tak jadik ni, jadi lain tau. Moodnya asik nak marah orang aje. Sebab rasa sakit hati dengan tudung tu. Tapi, even tak jadi sekalipun, guwa jalan aje pergi kelas. Tak kisah. Yang guwa kisah, kalau lambat, nanti orang pandang lu masuk kelas. Malu!

3. Semua orang salah, dia aje betul. 
Bab macam ni, memang aku kurang berkenan. Sebab apa? Sebab orang yang macam ni biasanya dia kuat membebel. Haha. Macam mak nenek.
 
Serious! Kadang-kadang bosan tau. Menyampah pun ada.
 
Pernah dulu masa dalam kem, ada seorang jurulatih bertatih kitorang yang macam ni. Kalau budak-budak perempuan, semua tak kena. Itu tak kena, ini tak kena. Kalau dengan pelatih lelaki, pijak semut pun, semut cakap, "pijaklah lagi. pijaklah lagi." Punya geli. Kadang-kadang, benda yang remeh aje. Boleh settle tak sampai lima minit pun, tapi disebabkan orang cerewet yang handle, benda yang sepatutnya dua minit boleh settle, dah jadi lapan belas ratus minit baru boleh settle.
Kadang-kadang, ada orang yang cerewet ni, merasakan dan mengatakan yang diorang sebenarnya teliti. Yes! Aku sangat suka dengan orang yang teliti dengan setiap kerja yang dia buat. Tapi kadang-kadang kenalah ingat balik, ketelitian korang tu, boleh membuatkan kecerewetan berlaku. Dan akan menyebabkan orang menyampah dengan korang.


Entry ni, aku tulis tak bermaksud untuk mengutuk sesiapa. Cuma berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.Dan! Mengikut fakta yang aku ada terbaca, ketelitian dan kecerewetan ini biasanya berlaku dan di alami oleh kaum wanita!

Aku jugak tak sempurna. Kadang-kadang ada jugak cerewetnya. Tapi yang pasti dalam bab kebersihan rumah tangga!

p/s: buat apa nak cerewet-cerewet. Simple kan senang.?!

 

No comments:

Post a Comment