Thursday, April 10, 2014

Preview: Drama Emil Emilda

Assalamualaikum.

Korang ingat lagi tak pasal drama ni.? 
Sori, aku rasa dah lebih sepuloh tahun lepas drama ni mula-mula  disiarkan. Masa ni, baru kenal dengan Aaron Aziz.

Bukan apa sebenarnya. Aku jadi teringat nak cerita pasal cerita ni sebab tiba-tiba semalam, dalam pukul enam petang, cerita ni dimainkan dekat tibi tiga. Aku tak tengok, aku lalu aje ikut tibi tu. Masa tu sibuk nak pergi buang sampah. 

Bila tengok sekali imbas drama ni, teringat kebodohan dan kebudak-budakan aku dulu. Korang nak tahu kebodohan apakah?

Meh sini aku cerita.

Seingat aku, masa drama ni dimainkan, masa tu aku tingkatan dua. Kalau tak silaplah. Aku pun dah lupa sebenarnya. Masa tu belum kenal pun Aaron Aziz. Yang kenalnya cuma si Sharifah Amani tu. Dan masa tu jugak, kakak sepupu aku memang duduk rumah aku. Sebab dia kerja sekali dengan mak aku dekat Majlis Perbandaran Dungun tu. So, senang cerita, dia duduk rumah aku aje. Malam-malam, aku dengan akak sepupu aku ni tunggulah drama ni dimainkan dekat tibi. Dah jadi macam benda wajib pulak.

Okey, kita straight to the point.

Kalau korang ingat, dalam drama tu, ada part yang Sharifah Amani marah Aaron Aziz dan si Aaron tu pulak buat-buat cute, dengan gigit straw bagai. Dengan cap yang dia pakai disengetkan pulak.

Masa tu, aku pulak, dekat sekolah aje nampak maturednya. Bila dekat rumah, menggedik-gedik. Oh, masa drama tu dimainkan, masa yang part yang aku cakap tadi dimainkan, perangai gedik aku mengalahkan tupai yang nak berlaki. haha.

Masa tu, bila tengok je aaron aziz buat macam tu, terus; "oh my god! oh my god! He's so handsome! He's so....arghh..." Nampak tak, bernafsunya aku kat situ? 

Tapi!

Lepas aje drama tu habis ditayangkan dekat tibi, terus dapat tahu yang Aaron Aziz ni dah kahwin. Hampa. Kecewa. 

Lepas tu, terus ambik keputusan untuk lupakan Aaron Aziz. Haha.

Hari ni, bila pikir-pikir balik pasal semua tu, rasa malu sangat kat diri sendiri sebab rasa macam bodoh aje. Masa tu baru form two kot. Nafsu nak kawen bukan main kuat lagi waktu tu. Tapi sekarang, cuba tanya bila aku nak kawen? Terus aku carut mereka-mereka yang bertanya itu. haha.



p/s: zaman budak-budak, semua benda kalau diingat balik rasa macam bodoh. haha


No comments:

Post a Comment