Saturday, September 13, 2014

Anaa Niesaa': Wardrobe Clearance

Assalamualaikum wbt.

Tadi, kemas-kemas bilik sikit. Tengok ada baju-baju yang tak dipakai dah. Bukan buruk, tapi sebab baju tu makin kecik. Burp! (sebenarnya malu nak mengaku kita makin kembang) haha.

Agak-agak, ada yang berminat tak? Yang PLUS SIZE pun ada.

Kalau ada, sila komen ye. Saya jual murah je. Separuh daripada harga masa beli dulu.

Terima Kasih.

Thursday, September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari: Impianku Seorang Blogger

Assalamualaikum wbt.
BEN ASHAARIselamat pagi semua!
 Pagi tadi, balik dari hantar kuih kat kedai, solat Subuh, tergerak hati nak bukak fb. Mata tertancap pada satu segmen yang dilaksanakan oleh Encik Ben Ashaari. hihi.

Aku sebenarnya seorang student sepenuh masa di UNISZA dalam jurusan Sains Sosial. Blogging ni just a part of my life la, orang kata. Sebabnya, kadang-kadang aku jarang update sebab busy dengan tugas as a student. Lagipun, aku pulak duduk rumah sewa yang sememangnya takde internet.
Tapi, kalau cuti-cuti ke, hari minggu ke kalau balik kampung, aku akan cuba curi masa untuk update entry walaupun merapu.

Kelebihan yang ada pada blog aku pulak ialah; eh!jap-jap! Ada kelebihan ke? Macam takde je. 

Hmm.. Mungkin pada blog aku ni, kadang-kadang orang rasa macam, 'eh, budak ni. Apa yang merapu-meraban ni?' 

Tapi, bagi aku pulak, dalam duk merapu meraban tu, setiap pembaca yang membaca kena fikirkan, sebenarnya ada sesuatu yang aku sedang cuba sampaikan disebalik entry yang merapu tu.
Kadang-kadang, kita kalau nak cakap sesuatu, kenalah berkias-kias jugak kan?  Ada benda yang kita boleh cakap secara straight to the point, tapi ada sesetengah benda, kita boleh berkias-kias. Mungkin untuk menjaga hati orang lain jugak, kan?

Impian aku sepanjang jadi blogger ialah, aku nak ada bisness online sendiri. Bisness apa? Craft! Yes, craft. Takdelah craft sangat pon. Cuma bisness jual pencil case, AlQuran cover, dan yang terbaru, notebook!Semuanya boleh di custom made.  Selain daripada tu, aku jugak berimpian untuk jadi designer blog. Jadi, dalam masa yang sama, aku boleh bekerja dari rumah, kalau cuti.

Impian aku tak besar, cuma cukuplah setakat aku tak lagi menyusahkan mak ayah setakat nak makan tiap-tiap hari.