Monday, November 23, 2015

Praktikal, Rutin dan Husnudzon.

Assalamualaikum wbt.

Terasa lama tak berbicara di sini. Kalau tak silap aku, last aku update; 1 September 2015, hari tu. Itu pun tak banyak sangat menaip. Sekadar berkongsi dengan korang, yang aku akan mulakan praktikal aku pada seminggu kemudiannya.

Fuh!
Pejam celik, pejam celik, dah dekat tiga bulan aku praktikal dekat tempat aku sekarang. Banyak pengalaman yang aku dapat. Banyak perkara yang aku belajar. Dan aku aku jugak harus sedar yang banyak lagi perkara yang aku kena belajar.

Sebab belajar tidak akan sekadar terhenti apabila kita tamat melakukan sesuatu aktiviti, bukan? Belajar tu sebenarnya adalah suatu proses yang akan kita lalui setiap hari dalam kehidupan kita.

Yup! Masih banyak perkara yang aku kena belajar, kena tanya, kena menghadap seseorang untuk terus belajar dan belajar.

Sekarang ni, memang kena banyak fokus pada macam mana untuk stay dalam sesuatu pekerjaan, melayan kerenah birokrasi, organisasi, kerenah-kerenah orang yang berada dalam organisasi. Belajar macam mana untuk saling memberi dan menerima. Saling berkongsi tentang sesuatu perkara.

Rutin aku sekarang ni berubah sikit daripada dulu. Kalau dulu, aku bangun pagi je, dah hadap muka geng-geng senget, pagi-pagi dah bising-bising rumah sewa kitorang dengan gelak tak hengat dunia, dengan masalah berebut bilik air, dengan masalah jerawat berbonjol di muka, sehingga diteriakkan sampai ke hujung airport sana. *okey. tu tipu je.

Sekarang ni, bangun pagi-pagi dah siap-siap nak pergi kerja. Lepas siap-siap semua, kejut adik bongsu aku untuk pergi mengaji dekat rumah mak sedara aku belakang rumah sana. Lepas tu, start motor, pergi kerja.

Balik kerja, makan nasik, borak-borak dengan family sekejap. Then, masuk waktu maghrib tunggu sampai waktu isyak, sambung solat terus. Lepas tu, pukul 9.15 malam, aku dah siap-siap masuk selimut.

Tambah-tambah sekarang ni musim hujan, weh. Aku memang masuk dalam selimut sebelum pukul 10 lah. Aku memang jenis kuat tidur orangnya.

Alhamdulillah.
aku memang bersyukur sangat-sangat sebab selama aku dekat organisasi ni, staf-staf dekat sini semuanya sporting-sporting, start daripada driver, sampailah kepada pegawai-pegawai tinggi. Semuanya baik-baik.

Eeee! Poyo je cakap semuanya baik-baik. Paling tidak pun, pasti akan ada sorang dua yang sombong, berlagak nak mampus!*tu contoh monolog dalaman. haha.

Yes!
Sebenarnya memang ada. Aku tak nak menipu.
Tapi.
Aku jugak tak nak buka aib orang.

Adalah seorang dua, hamba Allah yang jenis yang susah nak senyum, kalau kita tanya pun-- "you pergi tanya orang lain boleh. I busy."

Memang ada.

Tapi takpelah. Husnudzon.

Sebab setiap orang akan ada perangai masing-masing. Itu mungkin untuk melengkapkan kehidupan. Adat kehidupan.

Kalau orang tanya pendapat aku tentang pegawai-pegawai yang sombong ni, jawapan aku senang aje.

Bila orang dah sombong dengan kau, bila kau senyum kat dia pun dia taknak layan, biarkan dia.

Kita husnudzon.
Mungkin dia tengah ada masalah kerja tu.
Mungkin borang dia hilang?
Mungkin dia baru lepas kena bash dengan bos dia.
Mungkin dia tengah cirit?haha.

Kita husnudzon. 
Mungkin dia tengah ada masalah keluarga.?
Mungkin anak dia demam?
Dia tak cukup tidur, mungkin?
Dia ada masalah kewangan mungkin?

Mungkin...?
Mungkin..?
Mungkin...?

Segalanya mungkin 

Kita pikir yang baik-baik sudahlah.
Kita pikir yang senang-senang saja.


Jangan pikir sampai nak pecah kepala.
Dia punya masalah.
Kalau dia perlukan kita untuk luahkan, nanti dia datanglah dekat kita.

Kalau dia tak datang pada sape-sape untuk luahkan masalah, maknanya benda boleh dia settle kan sendiri lah tu.

Kita rilek-rilek sudah.

Husnudzon je.



Tuesday, September 01, 2015

Welcome, September,2015!

Assalamualaikum wbt.

Hari ni, dah satu haribulan September, 2015. Bersamaan dengan 17 dzulQaedah 1436 Hijri.

*tiba-tiba bila sebut pasal bulan Islam ni, rasa macam nak letak widget Islamik dekat blog ni. Tu pun kalau rajinlah.haha

Sebut pasal bulan September ni, banyak perkara yang aku kena ingat. Banyak perkara yang berlegar-legar dalam kepala otak aku sekarang ni.

Perkara yang paling mengharu-birukan kepala otak aku ialah; Bulan september nilah, aku akan explore lagi satu alam yang tak pernah aku explore sebelum ni. Yeah! Aku akan start praktikal minggu depan; 6/9/2015.

Haish! Berdebar jugak sebenarnya. Tak pernah-pernah nak masuk tempat orang as a praktikal student and as a worker. Sebab tu aku sampai dah rasa haru biru.

Keep Calm and Be A GOOD GIRL



So, mohon kalian doakan aku untuk praktikal. Moga berjalan lancar, sepanjang aku berpraktikal nanti.


Sekian.

p/s: praktikallah perkara yang paling 'membirukan' otak aku sekarang ni.


Monday, August 31, 2015

Emosi Tak Stabil.


Wednesday, August 26, 2015

Buat Apa Nak Sedih-Sedih?

Assalamualaikum wbt.

Korang masih ingat dengan kisah perit, pemergian abang aku ke pangkuan Tuhan, hampir setahun yang lepas?

Aku tak ada niat langsung nak meratap, atau apa sekalipun. Aku cuma nak bercerita. Inshallah. Kalau sampai pada korang apa yang aku nak sampaikan ni, Sampailah hendaknya pahala pada Anah, pada arwah setiap mereka yang pergi dari hidup kita.

Masa arwah along pergi, aku tak tahu macam mana nak bagitahu pada Anah. Sebab masa tu, aku langsung tak dapat nak contact dengan Anah. Waktu tu, aku hanya contact dengan dia melalui Facebook. Takkanlah tiba-tiba aku nak online facebook, tengah-tengah family aku busy untuk uruskan jenazah arwah abang aku tu. Tambah pulak, tak terfikir pulak aku untuk online atau apa-apa waktu tu.
Wassap? Waktu tu, aku hanya pakai handphone C6 yang cabuk aje. Yang dah rosak. Bila orang call, skrin phone bergegar-gegar. Tu pun, Arwah along yang berikan. Kalau tak, memang langsung tak merasa pakai touchscreen phone.

Bila teringatkan Anah, aku sasau sekejap. Diam. Tak bercakap langsung masa dekat hospital tu. Otak aku ligat, macam mana aku nak maklumkan pada dia yang along dah tak ada.

Tiba-tiba aku teringat yang aku still ada simpan nombor phone adik Anah yang study dekat UNiSZA jugak dulu. Selalulah jugak join kitorang buat benda bodoh masa dekat hostel dulu. kehkehkeh.
Aku mesej adik Anah, mintak dia maklumkan pada Anah yang along dah tak ada. Dia cakap, okey. Alhamdulillah, lega. Asalkan aku dah maklumkan. Kalau Anah sibuk, nak buat macam mana. Itu dah tugas dia di Jordan sana. Memang sibuk. Aku maklum.

Lepas dua hari along meninggal, lepas tahlil malam tu baru aku cuba-cuba untuk buka facebook. Itupun, sekadar berharap, Anah online. Untuk scroll screen handphone dan stalk orang, memang tidaklah.

Aku dapat mesej tersebut:

Mesej yang membuatkan aku menagis sorang-sorang malam tu. Aku memang tak tidur. Sepanjang malam aku menangis. Aku terlelap sekejap, tiba-tiba terdengar kereta arwah along park belakang bilik aku. Betapa gilanya aku masa arwah along pergi.

Aku memang perlukan Anah sangat-sangat waktu tu. 

Yup! Malam masa along meninggal. Bagai nak rak aku ceritakan pada Encik Sayang, along accident, tengah tenat. Dia pun ada maklumkan pada aku yang dia ada kat hospital, tolong orang accident. (masa aku on the way nak ke hospital). Tapi aku langsung tak jangka tu along,dan dia pun memang tak jangka yang orang yang dia tolong tu arwah along.

Dia siap boleh pesan dekat aku, apa-apa hal, update terus pada dia pasal along.

Bila aku dah reda sikit seminggu lepas along meninggal, barulah dia mintak aku ceritakan, kejadian malam tu. Bila aku dah habis cerita, terus dia cakap, 

"sayang, maknanya orang yang abang tolong malam tu, alonglah?"

Aku tersentak. Menangis.
Dia menangis. 
Seminggu dia tak contact aku. Dia tak percaya.

Tapi!

Dalam aku sedih-sedih, kemudiannya, aku dapat pulak mesej ni daripada Anah. Allahu Allah! Sepatutnya segala kerisauan sudah hilang. Along sudah kembali kepada Tuhan. Sudah beada di dalam pelukan Tuhan, Sudah sampai disisiNya, sudah aman disamping Tuhan. 


Sedih. Semua orang memang akan sedih bila orang yang kita sayang pergi buat selamanya dari hidup kita. Tapi, dia tidak ke mana sebenarnya. Dia hanya pulang kepada Khaliqnya.

 Aku sebenarnya beruntung bila ada Anah untuk pujuk aku dengan kalamnya. Sungguh! Kalamnya menyejukkan jiwa. Kadangkala menyakitkan hati, adakala boleh buat aku menggila sorang-sorang dalam bilik. haha.

Tapi bila ujian sebegini datang, Allah menghantarkan ramai orang disekeliling aku untuk memujuk.

Amnah.
Waktu hari kematian arwah along, dia satu-satunya sahabat yang datang peluk aku. Beritahu aku, along orang baik-baik. Sebab tu Allah ambik dia dulu. Teruskan berdoa.
Waktu tu, aku hanya bergantung pada diri aku sendiri. 

Aku tidak peluk mak, bukan sebab tak mahu. Tapi aku tahu mak lebih terseksa.

Aku tak peluk kakak aku sebab dia jugak tak kuat. Tapi, dia sudah ada kawan-kawannya yang datang pagi tu untuk ziarah.

Aku pandang adik-adik lelaki aku yang sibuk untuk uruskan urusan memandikan jenazah arwah along.

Aku duduk. Teruskan baca Yaaseen. Terus baca. Sampai aku rasa letih sikit, aku berhenti sekejap.
Bila aku dah letih dan nak berehat sekejap, aku ke dapur. Waktu aku nak ambik handphone, aku dengar satu suara yang sangat sebati dengan hati aku.

"Nisa dekat mana?"

Aku berpaling. Amnah!!

Aku peluk dia puas-puas. Aku menangis di bahunya. Waktu tu baru aku tahu, aku bukan kuat sangat sebenarnya.

Amnah bisikkan: "Allah sayang abang mu, lebih dari kita sayangkan dia."

Tapi hari ni. Aku tekad untuk berhenti menangis.
Tahu kenapa?

Sebab, aku pegang suatu perkara, Allah Maha Mengasihi umatNya. Dia menyayang along lebih dari aku sayang along. Lebih daripada makhluk lain yang ada di langit dan di bumi.

Sedih?
Tipulah kalau aku kata aku langsung tak sedih.

Tapi aku pandang pula sekeliling aku.
Aku pandang diri aku.

Allah masih meminjamkan jasad aku hari ini, roh yang ada di jasad ini, hati yang masih belum Allah matikan, jantung yang masih berdegup normal. 

Tidak ada sebab lain.

Sebab Allah nak aku teruskan ibadah untuk arwah along.

Untuk aku bawak bekal berjumpa dia di sana.

Hari ini, kalau aku sedih, aku akan pegang kata Anah. Along pergi pada penciptanya. Bukan ke mana-mana.

Buat apa nak sedih-sedih kan? Sebab aku sudah pasti, bila along pergi tidak ada lagi salah, khilaf apatah lagi dosa yang akan along lakukan, sebagaimana kita yang hidup perbuat setiap hari.

Terima kasih, Anah. Untuk tiap kata semangat saat aku hilang pertimbangan. Saat aku pernah kufur dari nikmat ujian Tuhan, saat aku tak kuat menghadap apa jua halangan Tuhan.

Terima kasih Amnah, menumpangkan bahu saat aku sangka aku kuat untuk tidak menangis. Terima kasih untuk tiap kata semangat.

Untuk sahabat-sahabat yang lain, terima kasih meniupkan kata semangat untuk aku, walaupun secebis dalam doa kalian. Emas pun takkan terbayar.


Terima kasih semua.

Jadi. Aku pandang sekeliling. Aku kata pada diri aku. "Buat apa nak sedih-sedih, kan? Along tidak ke mana. Along cuma pergi bertemu Tuhan. Kau masih ada orang sekeliling untuk terus sayang kau."




Monday, August 24, 2015

Memulakan semula.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni memang aku rajin tahap yang 'sangat-sangat rajin'. Nak taip novel, aku still tak ada mood nak feeling-feeling jdi heroin, sebab hidung still tersumbat--demam.

So, aku update blog lagi. Saja-saja nak share.

Ingatkan nak buat segmen, tapi belum berkesempatan dan sedang memikirkan apa tajuk yang sesuai, dan apa yang aku nak buat dalam segmen tu.

So, aku saje-saje share dengan korang pasal life aku sekarang.

Aku masih lagi bergelar degree student dekat IPTA kat Terengganu ni. Takde apa yang nak dibanggakan, Sebab sekarang ni, melambak dah student degree kat seluruh negara. Tu, tak campur lagi dengan yang belajar dekat luar negara. So, memang tak ada apa yang nak dibanggakan.

Aku mula berblog masa tahun 2011. Masa tu, aku diploma semester 3 ataupun 4. Aku pun dah lupa dah. Sebenarnya, entry blog ni ada dalam 200++. Tapi, disebabkan aku dah mula nak bina hidup aku yang baru, nak bina semula diri aku dari sisi yang aku tak pernah jangka. So, banyak entry yang terpaksa aku deletekan, supaya aku tak payah kenang dah zaman remaja aku yang lalu.(ecewah).

Pada awal aku berblog, aku sekadar suka-suka (sekarang pun suka-suka jugak). Sebab dulu, aku kenal blog melalui kawan-kawan sekelas aku, masa diploma Bahasa dan Sastera Arab dulu. Tapi, disebabkan jiwa aku ni memang jenis yang suka menaip, suka bercerita, suka mereka cerita(cerpen), suka merapu, so inilah tempat ataupun field untuk aku luahkan, ceritakan, kongsikan.

Walaupun ada di antara kawan-kawan aku yang dah start berhenti daripada dunia blog ni, tapi aku rasa aku tak boleh. Blogging adalah jiwa aku. Walaupun aku jarang update entry, jarang nak menaip sangat, tapi semua tu akibat kekangan masa. Aku busy. Tambah busy bila masuk degree ni, course yang memerlukan kami banyak buat field-work. Kadang-kadang idea tu ada, tapi sebab tubuh penat, tak jadi nak menaip.

Aku 24 tahun. Kalau ikut psikologi yang aku belajar, umur di waktu ini adalah digelar awal dewasa. Yup! Aku sedang menuju kematangan dalam kehidupan. Belum berkahwin dan belum bersedia untuk ke arah itu. Jadi, buat masa ni, memang tak ada entry yang merapu-meraban pasal aku nak kahwin, persiapan perkahwinan, diy pelamin bagai. Sebab aku belum menuju ke arah tu. I'm still struggling on my degree thesis, next year.

"Eh! Dia ni bercerita macam blogger femes! Follower pun, 129 orang je. Tu pun tak tahu active ke tidak."



Tak. Aku tak buat blog ni untuk aku jadi femes. Untuk aku dapat duit etc. Aku buat blog ni sekadar medium untuk aku cari kenalan baru, untuk aku tambah pengalaman. Dunia ni, banyak cara untuk kita explore. Dan salah satu cara yang aku cuba masuk-- blogging. 

Korang nampak kan, pada printscreen kat  atas tu, 'Semua Kawan'. Yep. Semua yang follow blog aku, jadi silent reader, semua kawan aku. Sebab tu dekat blog ni aku guna bahasa "aku, kau, korang". Sebab bahasa-bahasa ni buatkan kita jadi rapat, walaupun dekat alam maya. 

Aku cuma pegang satu aje-- "Banyak tu orang yang suka kita, banyak tu jugaklah atau lebih lagi orang yang tak suka kita." -Dayang Nurfaizah-

Kita berkenalan atas dunia maya, saling mengeratkan tali ukhuwwah. Sampai masa, di alam sana nanti, mungkin Allah akan masukkan kita ke syurgaNya disebabkan tali ukhuwwah yang kita tautkan ni. *seriously macam ustajah pilihan.




Okeylah. Happy reading, kawan-kawan. Setiap kekurangan, semua datang daripada aku. Setiap kelebihan, semua Allah yang aturkan.

Decorate Your Planner

Assalamualaikum wbt.

Hari ni, ada masa sikit. Sempat kot aku nak tunjukkan (bukan show off, okey) pasal macam mana aku manage planner aku.

Aku tak guna banyak bahan pun. Sebab, aku lebih suka mewarna ataupun lukis sendiri (conteng-conteng) dekat planner aku tu.



Antara bahan-bahan yang selalu aku gunakan untuk planner aku, 
  • Ribbon-- Black and white
  • Tape kain-- Yang tiga biji. warna pink, biru polka dot dengan petak-petak tu.


 
Tape tu, aku beli dekat kedai Pustaka Seri Intan, Dungun masa tukar baucar buku tahun lepas. Memang bergunalah. Langsung tak membazir. Sebab, kadang-kadang aku buat notes study pun, aku guna jugak sikit-sikit. Untuk bahagikan bab-bab satu-satu subjek.


Okey, korang nampak tak love kecik-kecik aku buat sebagai border tu.? Actually, aku tak lukis okey. Memang rajin sangatlah kalau aku ni melukis.  Tu, sebenarnya, sticker. Aku beli dekat kedai Rm 2 haritu.


Nilah rupanya sticker tu. Aku beli dengan harga RM2, sebesar size lebih kurang A4. Berbaloi sangat-sangatlah.
Tapi, aku tak tahu sekarang ni still wujud ataupun tak, sticker ni. Kalau kebetulan aku pergi nanti, aku tengok ada, aku boleh tolong belikan untuk korang okey.



Ni pulak, planner mingguan aku untuk minggu lepas. Sorry. Agak messy. Tapi, planner aku ni actually baru start minggu lepas, selepas planner aku yang sebelum ni-- HILANG!!!!!.

 Tragis betul. Aku syak, aku dah bakar planner tu sekali dengan DIARY CINTA TAK KESAMPAIAN akulah. kehkehkeh. Aduhainye pun!
Sakit hati dengan diary lama, dengan planner-planner sekali aku bakar.


Okey. Dah-dah. Malas nak ingat dah. Sobs..


Okeylah, sampai sini dulu. Siapa-siapa yang sukakan planner jugak, dan ada blog, jom follow. tinggalkan link, nanti aku follow balik. Okey?


Thursday, August 20, 2015

Kalau malas, tak payah fikir.


Tuesday, August 18, 2015

Resepi : Sweet Corn

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni, akak sepupu aku ada bagi jagung dalam 15 bijik macam tulah. Aku pun lupa dah. So, keesokannya, adik aku cakap, dia nak bakar jagung tu. Tapi, biasalah. Jagung. Kalau kita nak bakar pun, still kita kena rebus, kan?

Petang tu, membakarlah adik aku, jagung-jagung yang sudah direbus tu.

Tapi sayang. Tak habis. Sebab akak aku tak makan. Entah. Dia tak ada mood kot nak makan.
Mak aku cakap, "hiris isi jagung tu dan simpankan dalam peti. Esok, kau takde benda nak buat, kau buat jagung manis. Nanti habislah.

So, tadi, aku pergi bukak peti dan buatlah.

Sekarang ni, aku nak share dengan korang resepi simple ni.


Bahan-bahan:
  • Jagung.
*kalau korang guna jagung yang beli paket dekat pasar raya tu, korang kukuslah dulu. Tak pun, nak cepat empuk, kau rebus terus.
  • susu pekat manis
  • marjerin
  • garam *secubit
Cara-cara yang sangat simple tu:

  • Korang rebus jagung korang tu. Tak kiralah, jagung segar atau jagung paket dekat pasar raya tu. *Jangan kau beli jagung kering yang campur dengan dedak ayam tu sudah.
  • Bila dah empuk, korang angkat then tapis. Masa panas-panas tulah, korang campur semua bahan tadi. Rasa jagung ni pulak, ikut korang. Kalau korang sukakan manis, korang banyakkan sikit susu. Kalau korang suka masin-masin sikit,korang lebihkan sikit garam atau marjerin tu. Lepas tu, gaul jagung dan bahan-bahan tadi masa dia tengah panas tu, sampai sebati, then siap!




Sunday, August 16, 2015

DIY: Make Your Own Planner


Bismillahhirrahmanirrahim.


Lama menyepikan diri. busy sebenarnya. Busy menaikkan berat badan. hiks T_T.

Harini, aku saja-saja duduk fikir-fikir apa nak buat. Biasalah. Cuti daripada bulan enam itu hari sampai bulan semilan ni. 6/9 barulah aku di isytiharkan sebagai pelajar praktikal dekat tempat (yang akan aku update lain kali) tu.

Okey. Sebenarnya, still tengah sedih sebab aku punya planner untuk 2015 dah hilang sejak dua minggu lepas. Entah dekat mana aku letak, aku pun tak tahu. Entah-entah dah terbakar, sebab minggu lepas, aku sibuk benor mengemas "bilik bak sarang tikus ni"(kata mak aku) ke aku.

Takpelah. Maybe planner yang hilang tu, menjadi asbab untuk aku buat tutorial, macam mana nak buat planner, terutama cover dia. Saja je nak ajar. Sebab aku guna kain untuk buat cover planner aku tu.

Sebenarnya aku sendiri pun, memang jenis yang addict dengan benda-benda cute, benda-benda comel, planner-planner ni. Cuma tak ditunjukkan sangat.



Dah-dah. Aku tak nak membebel banyak-banyak.

Meh, aku tunjuk dekat korang macam mana aku punya planner.

Bahan-bahan yang kita perlukan:-


  • Gunting
  • Note book-- korang belilah macam mana bentuk yang korang suka.
  • Laptop-- sebagai hiburan.
  • pembaris--aku curi mak aku punya. aku punya dah hilang. Cuti lama sangat, semua benda hilang.
  • Kain.--Ikut suka koranglah, korang nak corak macam mana.


Step-stepnya--

  • Ukur kepanjangan dan kelebaran notebook tu. Macam yang aku punya ni -- 21''x16''
  • Pastikan kain yang dipotong tu ada lebih daripada ukuran sebenar. Contohnya, kalau lebar 16'', buatlah lebih sikit dalam 2 cm.

Ni contoh ukuran kain mengikut ukuran notebook aku. Korang nampak, garis putus-putus tu kan? Tu untuk lebihan kain. maknanya, lebihkan sikit ukuran kain daripada ukuran asal notebook. Sebabnya? Sebab nanti kita nak jahit dekat tempat lebihan tu.

Yang kiri tu, ukuran untuk body (Sebelah sahaja. Untuk dapatkan dua belah terus, korang kangkangkan buku tu luas-luas, then ukur. *rasa lain macam pulak ayat kangkang tu.



Ni pulak, gambar untuk bahagian dalam tu.

  • Untuk cantum bahagian dalam dengan bahagian luar cover, temukan bahagian luar setiap kain. Means-- warna yang cantik tu, korang temukan dulu, then jahit. nampak tak garis putus-putus yang hitam tu? Tu, tempat untuk jahit. Dah-- Pergi jahit cepat! haha.

 Jahit dua-dua belah macam ni. Oh ya! Fyi, aku tak buat poket untuk dua-dua belah holder buku ni. *aku panggil holder jelah eh? Sebab aku tak tahu apa orang panggil benda yang garis putus-putus tu. haha.

Lepas dah jahit, siap-siap, korang balikkan dua-dua belah folder tu.

Sekarang, kedudukan holder tu dah macam ni. Dah boleh letak notebook tu dah. tapi!

Korang nampak garis putus-putus atas dengan bawah tu? Okey. Macam ni. Maksud garis putus-putus tu ialah- kain yang akan jadi berserabut sikit, sebab sebelum ni, korang baru je jahit dekat holder tu kan?Tak nak bagi serabut, korang tindih dengan jahitan terus. Tapi hati-hati tau. Takut nanti, korang terlebih eksaited jahit sampai terlebih tarik. Korang just jahit ikut kedudukan lipatan holder tu je. Okey? So, dia akan jadi ngam-ngam aje dengan buku.Sama macam holder tadi.

Lepas dah siap jahit, tindih pulak jahitan atas holder tadi, tapi ikut luar pulak.
 
Jadi macam ni. Nampak tak yang dekat tepi tu. So, dia akan jadi lebih sikit daripada body buku, so,buku korang akan nampak lagi cantiklah.

Lepas dah siap.





Maka, siaplah Planner baru beta! Yes.



Dan, siap jugaklah akhirnya satu tutorial harini, walaupun dengan penuh halangan dan cabaran. Nak tahu? Aku start buat tutorial ni daripada lepas Zohor tadi sampai lepas Maghrib baru boleh post. Punyalah gigih harini.



P/S: Nanti, kalau aku ada masa, INSHAA ALLAH, aku tunjukkan dekat korang macam mana aku manage planner aku.

Sunday, July 12, 2015

TIPS | Tanda-tanda Wanita Sedang Haid.

Assalamualaikum wbt.

Malam ni, saja-saja aku nak share ilmu dengan korang, bukan setakat perempuan, tapi lelaki jugak. "Ilmu" ni, aku dapat daripada salah seorang kawan aku yang pernah rapat dengan ustaz, masa dia belajar dekat pondok dulu.

Mungkin ilmu ni, boleh korang gunakan bila korang bersama isteri, anak-anak gadis, girlfriend korang ataupun siapa-siapa aje, termasuklah adik beradik perempuan korang sendiri, kan.

Okey. Kita teruskan kelas kita dengan point-point berikut: (eceh! Macamlah orang nak tau sangat. Syok sendiri!)

1. Moody
   Ada perempuan yang mengalami benda ni. Tapi, bukan semua perempuan akan moody masa dia tengah peiod.
   Pernah tak, korang kena bekerja dengan orang perempuan, dia kejap okey, kejap out. Maksud aku, tengah-tengah korang bincang elok-elok, tiba-tiba dia guna emosi diorang dan hentam korang bagai nak rak, then kejap lagi, dia okey.
  Berkemungkinan besar, dia tengah period. Tapi, bukan semua perempuan macam tu. Ada sesetengah perempuan, kita tak boleh baca pun yang dia tengah period ataupun sebab dia jenis yang tak tunjuk emosi dia. Ada perempuan yang jenis macam ni. Jangan tak percaya.
Ada pulak yang jenis tak suka diganggu waktu diorang period. Mungkin dia malas nak bercakap kot, time tu. hihi.

2. Senggugut.
Yang ni senang nak baca.
Senggugut ni, kawan aku cakap, memang sakit yang teramat sangat. (takpelah. sakit tu kan penghapus dosa.)
Korang boleh detect yang perempuan tu tengah period bila korang tengok muka diorang waktu pergi kerja atau pergi kelas dengan muka pucat, then tak banyak bercakap dalam kelas. So, korang jangan tegur diorang selagi diorang tak bercakap dengan korang.Diorang tengah tahan sakit senggugut tu. Korang kena paham, diorang tengah sakit. Korang tak rasa apa yang diorang rasa.
Ada jugak jenis perempuan yang bila dia kena senggugut ni, sakit dia tu sampai tahap cramp kaki. Ada seorang kawan aku ni, sampai tengah bawak kereta nak balik kampung pun, terpaksa berhenti tepi jalan. Kaki cramp sebab senggugut. Terpaksa pakwe dia hantar dia balik kampung.
Ada pulak budak kelas aku yang sakitnya, bila masuk kelas sampai rasa nak berguling-guling dalam kelas tu. Untungnya awak, sayang. Allah hapuskan dosa melalui sakit sengugut tu. Lelaki memang rugi, sebab Allah tak beri cara ni untuk hapuskan dosa mereka.

Korang, kalau tengok perempuan pegang-pegang perut diorang dan muka pucat-pucat, jangan sesekali nak bergurau. Kesian diorang.

3. Bulu kening.
Senang ceritanya, kalau korang tengok perempuan yang biasanya bulu kening dia tersusun cantik, bila berserabai dan berterabur. Tu, kemungkinan besar yang dia tengah period. Yang ni, aku dapat daripada ustaz yang ajar aku syariah Islamiah masa form 5 dulu.

Tapi korang tak boleh cuba try and error kat perempuan yang bulu kening memang jenis yang berterabur dan lebat. Sebab ada orang yang jenis bulu kening dia memang berterabur.


4. Bibir.
Ustaz aku tu cakap jugak, yang bila perempuan pereiod, bibir diorang aku jadi lebih cantik dan merah-merah sikit. Yang ni aku tak tahulah. Sebab aku tengok geng-geng aku bila diorang period, macam biasa aje. Takde yang merah pun. haha.


Tapi, korang tak boleh percaya seratus peratus dengan fakta-fakta yang aku berikan tadi. Sebab tak semua perempuan mengalami. Tak semua perempuan ada tanda-tanda tersebut.

Okeylah. Semoga bermanfaat.

Nanti, ada lagi tips, aku share dengan korang!

Assalamualaikum!


Wednesday, July 08, 2015

Ada Masalah Period?| Produk Review

Assalamualaikum wbt.

Entry ni, aku sekadar nak berkongsi aje dengan korang. Bukan nak jual produk pun.

Ada tak antara korang yang ada masalah dengan period?
Contoh masalah yang aku sendiri hadapi; period tak teratur.

Masalah ni memang aku hadapi sejak dari zaman sekolah lagi. Kadang-kadang, sampai 4,5 bulan tak period.

Last-last, baru-baru ni, aku ngadu kat mak aku yang period dah lama tak datang. So, mak aku balik dari tempat kerja, terus dia singgah ke Farmasi anak sepupu dia, then anak sepupu dia berikan dua jenis ubat. Salah satunya, GLA Complex,Shaklee.

 
Memang doc tu bagi dua jenis ubat, tapi aku makan yang GLA tu je. Jenis malas nak makan, sebab bulan puasa, kan. Kadang-kadang lupa. Biasalah. Bulan puasa, semua benda nak disumbat kat dalam perut, memang taklah.

So, aku makan GLA yang dia bagi tu tiga biji.

Dan, alhamdulillah. Period macam biasa.

 Lepas dah period tu, untuk melancarkan lagi peredaran darah kotor tu, aku suggestkan korang guna FC BIO Sanitary Pad.

Aku start pakai pad ni masa zaman belajar diploma dulu. Salah satu sebabnya, aku ni jenis yang ada masalah period, satu. (masa tu tak kenal lagi dengan Shaklee bagai.) Satu lagi, pad ni, dia macam menarik segala darah-darah kotor yang ada dalam rahim, seolah-olah dia bekerja untuk membersihkan rahim.

Tapi!

Kalau sesuatu tugas tu memerlukan aku bertugas dengan lelaki, aku takkan pakai pad ni. Aku akan pakai pad biasa. Sebab pad ni memang kuat sangat bau herba dia, sampai orang sebelah yang selang dua,tiga orang pun still boleh bau herba dia, yang kita tengah pakai tu.

Jadi, aku akan cuba elakkan daripada pakai pad ni kalau aku kena bekerja dengan lelaki sepanjang hari. Kalau setakat adik-beradik, aku boleh lagi, tapi kalau dengan lelaki lain tu, rasa macam seganlah. Entah apa pulak diorang pikir. Lelaki ni, bukan boleh percaya sangat dengan pemikiran diorang tu.


Okey.
Tu ajelah untuk review dua produk ni. Untuk korang yang ada masalah period, masalah kesuburan atau apa sekalipun yang berkaitan dengan rahim, this two product are very recommended. Korang cubalah.

Thursday, July 02, 2015

Aku Faham Perasaan Kau.

Assalamualaikum.



















Diorang yang bercakap pasal semua tu, macam tak paham dan taknak paham perasaan orang lain.

Wassap tidak dicipta untuk kau bercerita sampai ke hal-hal dalam kain. Ia dibuat untuk kita saling berhubung. Antara kau dengan suami kau, biarlah kau saja yang tahu. Buat apa kau nak bercerita semua perkara kat dalam group tu.?

Tak pun, kau tubuhkan satu group lain untuk korang yang dah kawen. Boleh bagi nama group tu "mak-mak gorgeous" atau pun, "persatuan mereka yang kahwin awal".

Kawan kau yang belum kawen, asalnya yang memang tak pernah tergugat tengok orang kawen pun, akan rasa tergugat bila korang asyik bercerita itu ini. Kau ingat, dia nak ke, hidup membujang sampai tua?
Kesianlah dekat dia.

Nanti, kalau dia left group kang, korang kecik hati. Tapi bila korang sibuk bercerita itu ini dekat wassap tu, korang tak fikir ke, dia kecik hati?

Mungkin dia masih belum kawen, sebab dia ada tanggungjawab lain yang nak dia selesaikan? Mungkin dia masih belum kawen sebab dia tengah struggle untuk baiki diri?

Dan korang yang dah kawen pun.
Belum tentu korang dah sempurna sangat sampai tak perlu baiki diri. Kawen awal tak bermakna korang dah betul-betul sempurna.


Jodoh ni, Allah yang tentukan. Semua dari Allah. Ada yang jodohnya awal. Ada yang jodohnya lambat. Ada yang boleh gapai cita-cita dulu, baru boleh kawen. Ada yang belum ada apa-apa lagi,sebelum kawen, tapi bila dah kawen dia ada segalanya. Semua hak Allah. Kau bukan siapa-siapa untuk judge orang tu anak dara tua, or what.

Tuesday, June 23, 2015

KHAT & BUKU HANDMADE

Assalamualaikum wbt.




ni untuk hadiah birthday Ain haritu. 




ni pulak, jahitan/binding di tepi dia. 


Korang-korang!
Aku ada sediakan perkhidmatan buat handmade notebook dan tulis khat atas kulitnya. Kalau korang rasa nak tempah, korang boleh emel aku-- bahteraniesaa@rocketmail.com.

Aku jual harga kawan-kawan je. Tak mahal pun.

Kalau korang nak tempah frame khat pun boleh. Aku memang ambik tempahan.

Buku Handmade tu, disediakan dalam bentuk hitam putih macam dekat atas tu, ataupun kertas kraf macam yang bawah dia tu.

Harganya, bersesuaianlah dengan buku yang dijahit sendiri dan Khat yang diukir sendiri.

Sebelum ni, memang dah jual. Tapi,aku tak promote dekat blog atau instagram, sebab segan. Tapi bila fikir-fikir balik, million steps starts with first step, right?

Buku handmade tu, saiz A5, dalam dia, kertas putih, tanpa garisan.

Buku ni, korang boleh buat jadi diary, notebook untuk study, ataupun album gambar, which mean, korang boleh tampal gambar-gambar kenangan korang dekat dalam buku tu. Korang jugak boleh jadikan buku ni sebagai hadiah birthday ataupun hadiah untuk pakwe/makwe, tunang ke, kawan-kawan ke.


Yang penting, aku jual murah aje.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh emel aku. Kalau rasa payah nak emel, korang pergi ke Facebook aku, then massage. https://www.facebook.com/nisaramli

Monday, June 22, 2015

Belajar dan Gangguan-- Berpisah Tiada.

Assalamualaikum wbt.

Malam ni, saje-saje aku duk tengok-tengok laptop ni, kemaskan sikit apa yang messy sangat, sepanjang sem lepas, dalam laptop aku ni. Ohoihoi! Boleh tahan bersepah jugak laptop aku ni. Dengan gambar, duduk dekat folder assignment, dengan assignment duduk dekat folder lagu.

Nampak tak betapa aku ni, jenis orang yang sangat messy. Kalau korang tengok aku depan-depan, kadang-kadang korang akan rasa, "Erm.. Memang tak salah kalau laptop dia messy, sebab tuan laptop pun, messy jugak." K, bai!


Lepas dah settle semua, aku pun dengan rendah hatinya teringin nak berkongsi sedikit pengetahuan dan tips. Actually, tips pasal mengelakkan gangguan masa study, dan mengelakkan stress masa study.
Kiranya, tips pasal study lah ni.

Yelah, takkan aku nak bagi tips macam mana nak menghadapi dugaan makanan yang bertimpa-timpa masa pantang bersalin pulak. Aku ni, kawen pun belum.

Okeylah. Kita mulakan sesi motivasi kita pada malam ini dengan lafaz Basmalah. *Semua, tolong baca basmalah dulu, okey? Nak dapat ilmu ni.

1. Elakkan daripada berwassap/ Wechat / Facebook / LINE/ Instagram etc.
    Yang ni paling utama. Korang kena selalu pastikan yang korang kalau boleh elakkan daripada bersosial dan bermedia masa study. Walaupun aku pun selalu jugak buat benda ni semua, tapi aku tetap nak nasihatkan korang, terutama adik-adik zaman sekarang yang memang dah maju.
    Actually, bagi aku handphone ni sebenarnya suatu gangguan pada mereka yang sedang belajar. Memanglah kalau nak difikirkan, korang kalau boleh nak online sepanjang masa sebab takut, tips-tips yang diberi oleh pensyarah pada kawan kau akan dikongsikan dekat group kelas korang. Tapi, yang tak sedapnya bila dah start berwassap, mula-mula memang akan bincang pasal tips belajar or whatever.Then, lama-lama dah tukar jadi main-main sesama ahli group. Benda ni selalu terjadi dekat aku. Dan disebabkan tulah, aku banyak kali left group.
   Lain pulak yang jenis ada instagram. Setiap kali nak study, post gambar buku-buku berserakan atas katil, pen dan highlighter bersepah-sepah disebalik buku-buku tersebut. Kononnya, tengah study. Padahal korang tengah duk asyik scroll instagram, cari baju nak beli. haha.



2. Pakwe/ Makwe.
    Aku paham kalau korang cakap hidup ni, semua orang memerlukan kasih sayang. Sama je kita. Aku pun manusia jugak. Bukan harimau jadian. Aku paham perasaan korang tu.
    Kalau bolehlah. Kalau boleh, korang bagitahu pakwe/makwe korang yang korang tengah study. Biasanya, korang akan ada masa yang diperuntukkan untuk korang study kan? Okey. Katakanlah, korang peruntukkan masa untuk korang study, dari pukul 8 hingga pukul 10 malam (aku tahu, korang tak boleh study lama-lama. Sama je macam aku ni hah.) Dalam masa yang diperuntukkan tu, korang bagitahulah dekat pakwe/makwe korang supaya jangan kacau korang (massage/call/wassap/wechat) dalam jangka waktu tersebut.
Dan! Kalaulah diorang macam urgent, nak jugak call korang. Manalah tahu nak bagitahu kucing diorang meninggal ke, ataupun sebab diorang nak pergi kerja dah satgi, dan tempat kerja diorang tidak membolehkan diorang call/contact korang. Aku rasa, yang tu mungkin boleh dimaafkan.
 Tapi!
Korang kena tengok, berapa lama masa yang dah korang ambik dari masa study korang tu untuk bercakap dengan diorang and then, cover balik!
Kita kena amanah. Macam jugak korang bekerja. Misal kata, korang terlewat masuk pejabat lepas lunch siang tadi (sekarang bulan puasa. Takpelah, aku nak bagi contoh je)korang coverlah balik masa yang korang ambik tu. Balik lambat sikit.

3. Kawan-kawan.
Pernah tak korang kena? Tengah-tengah korang sedap-sedap duk menghafal notes, sebab esok ada test, tiba-tiba ada kawan korang yang mungkin satu blok dengan korang dan dia tu pulak daripada course yang jauh berbeza dengan korang, datang lepak bilik korang. Apa korang rasa waktu tu?
Aku pernah dan selalu kena macam ni masa aku duduk asrama dulu.
Selalu jugaklah, bila aku tengah sedap-sedap ralit bersila atas kerusi dekat meja study, tiba-tiba pintu bilik diketuk, dan tanpa dijemput, yang mengetuk tersebut akan masuk ke bilik korang dan bercerita itu ini, bagai nak rak. Seolah-olah dia tengah hilang ingatan dan tak paham yang kita tengah duk menghafal notes. Last-last, bila dia dah letih, dia tengok kita pun dah macam nak tinggal aje notes tu, terus dia tanya;
* ni gambar orang malas nak melukis.


Waktu aku kena tu, aku rasa macam "wtf! Lepas dia kacau aku, dah dekat sejam, terus dia nak blah macam tu je.?"
Lepas tu, aku serik dah.
Setiap kali aku nak study, aku akan kunci pintu. Kalau roomate aku ada, dia dengan berjemaahnya dengan aku akan kunci pintu dan silent phone--mengelakkan daripada dihubungi oleh budak tu. haha.

Bukanlah aku langsung tak layan dia. Tapi, ada part-part yang aku dengan roomate aku kena study dan ada test, terpaksalah dibuang sekejap dia dari hidup kitorang. Terpaksa okey.!

Aku tak tahulah sama ada dia makan semut atau dah termabuk ganja. Dia macam tak paham, kitorang tengah study. Kalau dia dah start bercerita, susah dia nak berhenti. Tu yang aku macam susah sikit nak bagi dia masuk, kalau kitorang ada test keesokannya.

4. Movie.
Yang ni satu hal lagi. Entahlah. Tak reti aku nak cakap macam mana. Aku tak faham sangat dengan budak-budak yang suka tengok movie ni.
Sekarang ni, budak-budak pompuan demam dengan k-pop, dengan one direction etc. Erm. Aku nak tanya je. Korang jangan marah tau. Sebab apa korang minat sangat dengan artis korea tu? Aku still tak paham sampai harini.
 Aku perati je. Cerita-cerita korea ni bukannya pendek-pendek, semua nak cecah berpuluh-puluh episod. Sampai ada yang sanggup tunggu. Sampai ada yang sanggup pegi library sebab nak download cerita-ceria korea. Diorang tak bosan ke ek?
Tapi, kadang-kadang, aku layan jugak korea ni. Contohnya-- Running Man. Tu pun tengok sambil lipat kain. haha. Lepas siap lipat kain,terus tutup. Bosan.

Caranya mudah.
Korang elakkan daripada tengok movie lebih lama daripada study. Bahagikan masa korang.
Belajar ni, amanah dari mak ayah. Mak ayah sendiri tak boleh nak tolong, kalau korang tak tolong diri korang sendiri, apatah lagi, artis-artis K-pop tu. Tak adanya diorang nak tolong luluskan korang dalam exam, melainkan korang sendirilah yang kena usahakan semuanya. Sendiri!







Okeylah. Aku kena out dulu. Esok, ada masa, aku sambung cerita pasal macam mana aku study. Mungkin boleh guna untuk adik-adik sekolah.


Ramadhan Kareem

Assalamualaikum wbt.




Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup, untuk menikmati Ramadhan dan masih berkesempatan untuk update entry baru dekat blog yang memang dah bersawang ni.

Dah lama aku tak update, rasanya. Bukan sengaja. Tapi, banyak benda yang perlu disettlekan. Lepas update pasal Sejuta Kalimah haritu, aku baru berkesempatan untuk update kat sini, sebab banyak masa habis dengan study untuk exam.

Yeah! Orang lain still sibuk dengan exam dan tesis, aku dah boleh balik dan rehat-rehat kat rumah.aku start exam semester 6 haritu dua puluh pat hari bulan lima, then last paper aku pada tiga haribulan enam. Aku just ambik lima subjek semester lepas. Hanya empat subjek yang memerlukan kitorang fokus pada final exam, yang satu lagi subjek Kesukarelawan tu, kitorang dah selesaikan projek akhir; Sejuta Kalimah tu. *Tahniah Semua!


Okey. Sebenarnya, masa untuk update blog ni tak lama sangat pun. Sebab aku start menaip ni pun, sementara menunggu asar. Kejap lagi, Puan Emak balik dari kerja, dah kena turun dapur dah. *Biasalah, anak dara. Kalau tak turun, berdarah telinga kau!


Okey.
Bersempena Bulan Ramadhan ni, aku nak ucapkan selamat berpuasa pada korang semua. Moga bulan yang lebih baik dari seribu bulan ni, akan berikan sepuluh ribu makna untuk kita; aku, kau dan mereka.

Ramadhan tahun ni, lain daripada ramadhan yang sebelum-sebelum ni. Lain sangat. Tiap-tiap petang, mesti akan ada hujan dipipi. Biasalah. Petang-petang sebelum waktu berbuka puasa tu, waktu arwah abang aku balik. Takpe.

Hendaknya. bulan puasa ini akan menyampaikan doa aku pada arwah ayah dan arwah along. Moga mereka diterima disisi Tuhan kita.

AlFaatihah.
Untuk arwah ayah dan arwah along.

Untuk ibu bapa kita, untuk sanak-saudara kita yang masih hidup dan yang telah pergi menghadap Ilahi.


Selamat Berpuasa, sahabat-sahabat blogger.


P/S: Oh ya. Korang. Kalau korang nak tadarus online, korang boleh pergi ke Facebook Tuan Denaihati Ilhamku. Aku takde geng nak tadarrus. Alhamdulillah, haritu, kebetulan bukak FB, terbaca pada status updated by Tuan Denaihati. Sekarang ni dah masuk round ke dua. Inshallah, kalau sambutan menggalakkan, mungkin beliau akan bukak lagi untuk round ketiga dan seterusnya. Inshallah.



Sunday, May 17, 2015

Sejuta Kalimah Di Bumi Darul Iman


Assalamualaikum wbt.


Akhirnya, sempurna sudah tugas kami sebagai penulis dan crew Projek Malaysia Book Of Records; Sejuta Kalimah.
Alhamdulillah 'ala kulli hal, Allahu Allah.!

Awalnya, aku bertugas sebagai crew Road-tour yang mana ianya memerlukan aku untuk ke sana, ke mari, promotekan program kitorang ni.
Antara tempat yang kitorang pergi; kaki lima Bank Muamalat, Bandar Kuala Terengganu, Masjid Buluh Gading, Terengganu, Pantai Teluk Ketapang dan jugak, sekolah-sekolah yang telah dipilih. Honestly, buat projek ni, bukanlah sesenang makan kacang cap tangan sambil tengok Fast Furious 7. Banyak dugaan.
Antara dugaan yang aku sendiri alami, masa dekat depan Bank Muamalat, masa awal-awal kitorang duduk kat situ, takde orang langsung yang layan kitorang. Rasa macam kitorang ni penghibur jalanan yang nyanyi langsung tak sedap! haha. Sampailah, ada sepasang suami isteri yang dah berumur ni datang dan tanya kitorang, buat apa, so kitorang terangkan serba sedikit pasal benda ni. Lepas dah diterangkan, diorang dengan relanya terus menulis kalimah Allah. Moga sumbangan pakcik dan makcik, malaikat kira sebagai ibadah ke jalan Allah. sobsobsob. terharu.

Selain daripada tu, masa dekat Masjid Buluh Gading pun, ada dugaan yang memang menakutkan sangat. Ada orang yang agak 'kureng' sikit nak nasihatkan kitorang. Maybe dia tak sihat akal sangat kot. Sebab, daripada apa yang kitorang dengar dia bercakap pun macam mengarut dan kelaut je. So, kitorang tak layan sangat. 

Tu jelah setakat yang aku boleh ceritakan dekat korang pasal dugaan masa buat road-tour, Misi Sejuta Kalimah tu.


 ni gambar masa aku dengan team aku buat road tour dekat depan Bank Muamalat, Terengganu. Yang tak tahannya, lepas balik dari road tour ni, terus aku dengan geng-geng aku yang rumah sewa pergi jenjalan ke Muzium Negeri Terengganu. haha.

 Road tour kitorang hanya dibuat pada hujung minggu je. Pada hari-hari yang ada kelas, kitorang stay aje dekat UniSZA. Tapi, kitorang takdelah stay je kat situ semata-mata. Kitorang teruskan dengan menulis panel masing-masing. Aku tak sempat banyak pun, menulis. Sempat dua panel sahaja. Tapi, bolehlah.


Panel kuning ni sebenarnya, panel ke dua aku. Panel pertama aku, warna pink.


Oh ya! Untuk makluman korang, kitorang menulis kalimah Allah ni, dalam keadaan berzikir. Alunan zikir, memang menenangkan jiwa. Mari aku ceritakan.


 Selasa, 21 April 2015,jam 10.30 am.

 Aku mula menulis panel pertamaku. Awalnya, aku menulis,sambil aku tengok orang di sekelilingku. Tak ada seorang pun yang sedang menulis, mengangkat wajah mereka. Masing-masing khusyuk dengan penulisan mereka. Sedang aku masih terkial-kial dengan pena, dan memandang kosong pada panel lukisan.
Aku mula beristighfar, sambil membayangkan wajah ibu ayah, arwah ayah dan arwah along. Moga apa yang aku buat ni, Tuhan redha. Aku bisik sendiri dalam hati.

Mata pena, aku letak di permukaan panel lukisan. Bismillah. Kalimah pertama, aku khayal. Kalimah kedua, aku mula sebak. Kalimah seterusnya, aku mula ralit mengalunkan zikir bersama. 

Korang tahu apa yang datang di sekeliling aku?

Kosong. Aku hidup dalam dunia aku sendiri. 
Hanya bait-bait doa  yang keluar dari hati aku.

"Allah. Dosaku terlalu banyak terhadapMu. DihadapanMu, aku berlaku ma'asi. KepadaMu, aku memohon. Kau ampunkan setiap dari dosaku, meski sebesar Zarah. Kerana ia tetap noda, Tuhanku."

Aku memang sebak sangat masa tu. Nasib baiklah tempat aku duduk tu, jauh dari orang. Aku menangis. 
Aku terpikir, 

Dosa aku pada Tuhan, banyak. Sehingga tidak terkira banyaknya. Apakah doaku diterima oleh Dia? Apakah malaikah mengangkat ke langit, doa-doaku untuk arwah ayah dan arwah along? Ya Allah! Air mata aku memang terus membasahkan tudung aku masa tu. Aku tunduk memandang kosong pada panel. 

"KalimahMu suci, Allah. Maka, sebagaimana sucinya kalimahMu ini, maka sucikanlah orang-orang yang aku sayang daripada sebarang noda dan dosa."

Aku ralit dengan penulisan tu, sampai sedar-sedar je, dah siap. Semua sekali panel aku yang pertama berjumlah tiga ribu lebih kalimah.

Alhamdulillah.

7 Mei 2015.

Dan, sampailah pada hari kemuncaknya

Setelah berpenat lelah menulis, road tour, berpanas, berhujan.akhirnya sampailah hari perisytiharan daripada Malaysia Book of Records kepada kami. Berpanas tu, masa road tour je ye. Masa dekat kampus, memang takde kot istilah panas. Pusat Kesenian Dan Warisan Unisza ada aircond.




ni kawan aku punya panel kedua. Cantik kan? Secantik tuan dia.


Dan


















Akhirnya, kami di isytiharkan oleh Malaysia Book of Records.
Yang baju batik biru tu, Pegawai Dari MBOR, Yang baju putih tu, lecturer subjek Kesukarelawan Kontemporari kitorang and yang baju biru tu, Encik Halim. Dialah yang mengajar kami, melakar lukisan jiwa di atas panel lukisan tu.



Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Kau beri peluang ini kepada kami. Tak kami lupa walau sedetik, saat-saat nama kami diangkat memecahkan rekod Malaysia tu. Subahnallah.

Seriously, masa kitorang diumumkan oleh pengacara majlis pada waktu tu, dengan bersaksikan Menteri Besar Terengganu, Naib Canselor UniSZA dan seluruh warga universiti kitorang, aku menangis. Bukan cengeng. Tapi bangga. 

Doaku cuma satu saat tu. 

Moga berbahagialah arwah along dan arwah ayah sebagaimana aku dengan bangga berdiri saat pengumuman tersebut.

Allah.
Aku bermohon ke hadratMu.
Jadikanlah kubur arwah ayah dan arwah along terang, sebagaimana dunia ini yang diterangi dengan cahaya mentari Mu, yang tetap taat kepadaMu dalam menebar cahaya.
Ya Allah.
Walau secebis cuma, Kau hadiahkanlah pahala daripada kalimah suciMu untuk ibu bapa ku, arwah along dan arwah ayah membuat bekal untuk bertemuMu, menatap wajahMu, menerima syafaat Nabi Muhammad, kekasihMu di alam perhitungan nanti.

Ameen Ya Mujib!



Sunday, March 22, 2015

Kahwin Masa Belajar?

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Rasanya, aku dah tak akan bercerita kot pasal Kronologi Arwah Along pergi ke 'alam sana' tu. Sebab bila makin diceritakan, makin aku rasa terluka. Jadi, jalan terbaik, biarlah semua tu aku simpan dalam hati. Tak payah diceritakan, cukup sekadar jadi kenangan pahit hidup aku. Kenangan-kenangan antara aku dengan arwah pulak, pastinya semuanya manis, tak ada yang pahit. Sebab selama hidup aku bersama dia, dia cukup penyayang. Tak pernah membuka keaiban adik-adiknya. Cukuplah. Mohon korang semua, sedekahkan AlFatihah untuk Arwah selalu tau. Sebagaimana doa kalian mengiringi arwah, macam tu jugaklah doa aku mengiringi setiap langkah perjalanan korang.

Okeylah. Kita sambung pada topik asal yang aku nak story kat korang. Kahwin Masa Belajar.

Asalnya, Si Shamir, kawan aku yang duduk Abu Dhabi tu call semalam. Dia saja call tanya khabar. Entahlah. Sejak arwah along meninggal ni, makin kerap dia talipon. Bila ditanya, dia cakap dia risau. Nak balik, memang tak dapat nak balik sebab komitmen kerja. Lagipun memang aku tak bagi dia balik, sebab aku nak dia habiskan kursus dia tu cepat. haha. Senang, nanti aku kawen, dia boleh daftar untuk jadi pengapit laki aku. Keh keh keh.

Tengah-tengah duduk borak-borak, dia cakap,

"So, tell me 'bout your life, dear. I wanna know."

Aku diam. Nak cerita apa? Aku rasa semua benda aku dah cerita kat dia. Aku seboleh-bolehnya tak naklah bercerita pasal kehidupan aku. Takut termenangis.

Oh. Lepas tu, aku teringat nak cerita pasal Anah. Terus aku cerita. "Anah akan balik lepas raya, katanya. Bla....Bla....Bla...."


Banyak yang aku ceritakan pada dia pasal Anah. Ceh! Kalau boleh, niat aku sebenarnya nak jodohkan diorang. Bahaha.


Sedang aku ralit bercerita itu ini, pasal Anah, pasal rumah sewa, pasal kelas, assignment, field work, tiba-tiba terkeluar,

"Mir, Sekarang ni, ramai betul kawan aku yang kawen masa belajar tau! Roomate aku pun dah kawen dah. Masa musim raya cina baru ni. Tapi aku tak dapat nak pergi wedding dia sebab mak aku ada buat tahlil untuk arwah along.Tapi dia dah nak habis dah semester ni."

"So, kau nak kawen macam kawan-kawan kau jugak ke?" Tanya dia balik pada aku.

Aku gelak. "Rasa jugak teringin." Hiks.

"So, kau nak aku nasihatkan kau lah, sekarang ni?" Dia tanya aku.
Dia memang tahu, kalau aku bercerita tu, maknanya, adalah something yang aku down sikit. Dia tahu, aku ni jenis mental tak kuat sangat sebenarnya. Nak lagi advance, actually, aku ni jenis manusia yang imannya langsung tak kuat.

Dia mengeluh panjang. Macam berat je beban atas kepala dia. Alah! Bukan berat sangat pun, nasihat sikit aje! *tetiba aku pulak yang nak mengamuk ni, apahal?

"Nisa, macam mana kau nak kawen? Kau sendiri sekarang ni, duduk kampus pun, asyik balik aje kerjanya, tiap-tiap minggu. Kau nak kawen? Kawen nanti, bukan boleh balik rumah mak kau selalu tau (macam ugut pun ada jugak ni). Ada masanya, kau kena balik rumah mak mertua, ada event sana sini, kalau kau kerja. Tu pun kalau suami kau benarkan kau balik, dia bagilah kau balik, tak pun dia balik sekali. Tapi kalau jenis yang dapat suami lebih suka duduk rumah sendiri, tak suka balik rumah mak ayah kau, dah satu hal. Kita tak tahu hati budi orang. Masa bercinta, semua ya belaka. Masa kawen nanti, baru kau kenal siapa suami kau tu. Aku tak cakap orang lain. Kalau aku sendiri, kadang-kadang, nak jugak ada privacy dengan bini dan anak-anak, bila dah kawen nanti. .

So, sekarang ni, kau kena jugak pikir,perkahwinan dan pernikahan ni, adalah waktu perpisahan antara seorang anak perempuan dengan ibu ayah, yang mana syurga neraka, bukan lagi milik ibu ayah, tapi SUAMI. Suamilah syurga, suamilah neraka."

Aku diam. Ada betulnya jugak kata Shamir tu. Syurga Neraka, bukan mainan.

"Nisa... Sebelum kau buat keputusan untuk kawen, kau jugak kena pikir, perkahwinan tu bukan suatu perlumbaan. Contoh terdekat sekarang ni, kau sendiri. Kononnya sebab roomate dah kawen, kau kena kawen jugak. Nampak tak, sebenarnya niat nak berlumba-lumba tu ada kat situ.

Aku tak kata, kawen masa usia tengah belajar tu salah. Tapi bagi aku, di usia kau macam ni, dalam keadaan kau tengah sibuk study, sibuk assignment, sibuk field work sana sini, kau rasa kau boleh ke nak bahagikan masa dengan suami and tanggungjawab kau as a student? Aku rasa kau tak boleh. Sebab aku kenal kau dah lama. Dari kau hingusan, sampai kau dah berdiri macam sekarang ni. Aku kenal sangat dengan kau. Aku ni dah macam abang kau."


Lama aku di nasihatkan oleh  Shamir. Akhirnya, aku sedar, betul jugak apa yang dia cakap. Bukan semua orang macam aku. Mereka yang didatangkan jodoh awal, tak semestinya mereka 'gatal nak menikah'. Itu namanya jodoh. Tapi, mereka yang kawen lambat pulak, bukan sebab mereka tu andartu or antertu, tapi sebab Allah dah tetapkan yang jodoh mereka datang lambat. Ataupun langsung tidak berjodoh di dunia, namun ada bidadari syurga menunggu mereka di sana.

Allah mungkin masih belum sampaikan masa untuk aku kawen sebab Allah tahu, hambaNya yang satu ni masih belum bersedia sebagaimana Irine Nadia, Dena Bahrin untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah.


 





 Ayat Shamir yang last, sangat menyentuh hati aku. Sangat. Sungguh!

"Allah masih belum hadirkan jodoh untuk kau, pasti Allah sudah tahu hambaNya yang bernama Khairunnisa ni masih belum bersedia memikul amanah sebagai seorang isteri. Atas nama isteri itu, banyak dugaannya Nisa. Besar amanah yang kena pikul. Allah jugak masih belum hadirkan jodoh untuk kau mungkin supaya kau tetap terus berdoa untuk arwah along dan arwah ayah. Biar sebati doa tu dalam jiwa kau. Supaya nanti bila kau kawen, kau akan terus tetap titipkan doa untuk mereka, walau mereka dah lama tiada. Semua urusan, kembalilah pada Allah. Sebab Allah saja yang ada jawapannya."




Sekian.