Wednesday, January 21, 2015

Memulakan yang baru

Assalamualaikum.
Lama gila aku tak update blog. Punyalah malas nak bukak laptop. Kalau bukak pun, ak tengok aje. Sudahnya, aku cuma blogwalking.  Takde apa nak cerita sangat. Sebab aku update ni pun guna handphone. Malas tahap ya Rabbi nak bukak laptop woi! Haha.






Okey. Sekarang ni aku nak bagitau korang yang aku dah start meniaga kecik-kecik. Takde hebat sangat pun. Cuma just pouch, pencil case, bantal kecik-kecik and ada lagila yang still dalam proses nak buat... Jap. Aku nak belanja korang  gambar.

 wall hanging. macam yang gantung dekat pintu tu.


 yang ni felt pillow






 yang tiga gambar dekat atas ni pulak pencil case. tapi yang belang-belang tu, akak aku tempah untuk buat make up pouch dia.
 yang ni pulak pin cushion. jadi, pin dan jarum peniti korang tak adelah merata-rata kan.
 
yang ni pulak, clip. boleh buat penanda buku, buat gantung polaroid photos ataupun notes macam aku punya tu.




Okeylah. sampai kat sini dulu aku update. pasal sambungan entry Pasal Kronologi Along meninggal tu, aku hold dulu ye. Sebab aku rasa sekarang ni memang langsung takde kekuatan sekarang ni.Okey, korang support aku tau dengan bisnes aku ni. Tak boleh beli, support dengan doa pun takpe. tapi kalau nak beli, korang just pergi ke instagram aku dengan username dekat gambar-gambar kat atas tu ye.



P/S: seribu langkah, harus dimulakan dengan langkah pertama right?