darakah aku?(lelaki paling digalakkan baca)

salam satu planet...
semalam,aku duk syok blogwalking...memang syoklah tengok blog orang cantik-cantik...aku?
sorry...blog aku tak macam blog korang,hebat-hebat semuanya....
tengah aku duk blog walking semalam,aku ada terjumpa benda ni....
DARA DAN FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANGNYA.....

bila aku baca and then ingat-ingat balik, baru aku teringat...rupanya aku dah banyak pergi ceramah pasal mende alah ni...aku perempuan....aku rasa aku nak sangat tahu dan aku jugak nak orang lain tahu pasal mende ni...so,aku kongsikan kat korang.....
kalau korang nak tahu fakta tentang mende ni....korang bukak link nye ok...:)
kat entry ni,aku cuma nak citer dekat korang pasal apa yang aku dapat daripda ceramah-ceramah yang aku pergi yang bercakap dan membincangkan soal mende ni....
pernah satu soalan yang di ajukan pada ustaz tu lebih kurang macam ni...
"ustaz, misal kata saya menikah,dan pada malam pertama perkahwinan, ketika berjimak,tidak keluar darah perawan daripada isteri saya,apakah isteri saya sudah tidak suci lagi? adakah dia sudah tidak ada keperawanan?"

ustaz tu jawab lebih kurang macam ni...

"awak tak boleh fikir macam tu....tu menandakan awak menunjukkan kebodohan awak pada seorang isteri...tak semestinya kalau tak keluar darah semasa bersetubuh kali pertama,bermakna isteri awak tak ada perawan lagi....salah tu....cetek sangat berfikir...mungkin selaput daranya dah terkoyak sebelum berkahwin dengan awak lagi...selaput dara dan perawan ni adalah dua benda yang berbeza....selaput dara ni adalah selaput yang nyata....tapi keperawanan adalah kesucian wanita daripada seks luar nikah....itulah keperawanan...."

dulu,aku takut gak pikir pasal mende ni...mana lah kita tahu kan yang kita ni ada dara ke tak lagi? takkan nak test sendiri kot? giler ko?
dulu,aku pernah dengar yang ramai orang tua yang suka alas tidur anak pengantin pada malam pertama dengan kain putih...kalau ada darah pada kain tu esoknya,tu maknanya pompuan tu anak dara lagi...kalau tak ada darah,maknanya bukan anak dara lagi....apa kejadahnya buat macam tu? sian budak tu....
habis tu kalau yang tak ada darah,walaupun masih perawan,dan-dan nak suruh anak laki dia ceraikan si budak pompuan tu? sedap ah laki tu,dah rasa tubuh anak dara orang,pastu terus lepas macam tu jer....giler hape!

marah ni!marah ni!

punyalah otak aku dan geng-geng aku gile,aku pakat nak buat macam ni...
malam pertama nanti,masuk bilik, kalau nampak kain putih atas katil tu, cepat-cepat kuar gi ambik sirap....lepas korang *buat tu,bila laki korang kuar gi bilik air,korang letaklah sirap sikit....keh keh keh....tengoklah kalau korang macam mana....hahahahaha...kalau korang berani....
tapi bagi aku, mende ni kita tak perlu nak takut, kalau kita tak buat. lainlah kalau kau pernah buat (bersetubuh). tu, bolehlah jadi asbab kenapa korang takut nak kahwin.

p/s: kadang-kadang kita gurau. ada masa kita kena serius!