Budak Darjah Satu Punya Standard

Khamis baru-baru ni, aku agak free. Sebab kelas tak banyak sangat. Tak tahu kenapa, hari tu jugak rasa macam tak ada semangat sangat nak meneruskan hidup macam biasa. Macam tak larat sangat aje. Kalau tak silap aku, pagi tu kelas darjah lima. Subjek Tauhid.  Mengajar budak darjah lima, aku pikir senang sesenang makan kacang. Tapi sebenarnya tak pun. Bila mengajar budak sekolah menengah, lain rasanya dengan mengajar budak sekolah rendah. Budak sekolah rendah ni, diorang punya soalan toksah cerita lah. Punya suka bertanya. Satu lagi, diorang suka sangat tanya bab-bab yang tak perlu diorang tanya. Pernah sekali tu, masa aku tengah-tengah mengajar budak-budak darjah lima ni, masa tu bab tugas-tugas malaikat, kalau tak silap aku. Time tu, ada sorang budak angkat tangan. Nak tanyalah tu. Aku fokus pada dia. Aku ingatkankan dia nak tanya pasal apa.
"Cikgu, kalau Rokib dan Atid tu kerja dia mencatat amalan kita, habis tu, kalau kita tidor berdengkur krohh..krohh...diorang catatkan jugak ke kroh...kroh tu..?T___T
 Ada ke soalan macam tu dia bagi kat aku?
"Macam ni. Awak tak boleh pikir sampai ke tahap yang macam tu. Cukup sekadar awak berpegang pada tugas dia yang mana kita tahu, bahawa Rokib dan Atid ni penulis kitab baik dan buruk di kiri dan kanan kita. Awak jangan pernah pikir pun lebih-lebih pasal perkara ghaib macam tu. Semua tu, tugas yang Allah dah amanahkan pada mereka. Dan mereka lebih tahu tentang tugas mereka berbanding kita yang jahil tanpa ilmu agama dan terkadang jahil dengan hasutan dan keinginan kita untuk tahu lebih mendalam tentang tugas para malaikat. Cukuplah sekadar kita tahu bahawa di kiri dan kanan kita, ada malaikat untuk mencatat setiap kebaikan dan setiap keburukan yang kita buat. Jangan pernah pikir lebih-lebih tentang benda ghaib ni. Bila terfikir, anggaplah dan pujuklah hati. Katakan pada hati yang semua ini adalah urusan Tuhan."

Panjang lebar aku bagi ceramah kat diorang. Bukan apa. Takut, kalau tak cakap macam tu, nanti diorang akan pikir lagi. Takut lari akidah diorang nanti.
Budak-budak ini hari, korang jangan main-main dengan diorang. Kalau main-main, jadilah macam yang "debushh" tu.
Tu yang budak-budak darjah lima punya cerita. Macam mana pulak agaknya dengan budak darjah satu?
Kalau tak silap aku, kelas pukul dobelas setengah, aku tengah mengajar akhlak dekat kelas darjah satu. Tengah-tengah duduk mengajar.
"Cikgu, tengok Mirza minum air.!" Jerit seorang daripada pelajar aku. 
Aku yang tengah ralit duduk menulis kat depan tu, terus berpaling dengan muka suci.
"ERR..."
Dan-dan je budak-budak tu tengah minum air. Budak perempuan, ok! Nakal betul budak tu.!
"Mirza, jangan minum air depan kawan awak. Kalau awak tak puasa, pergi kantin, duduk kat situ. Minum. Jangan minum depan kawan awak. Kesian diorang, terliur tengok awak minum."
Dia gelak je. "Kita lupalah, cikgu."
Sebenarnya, bukan aku takut kawan-kawan dia terliur sangat. Tapi, disebabkan ari khamis aritu, memang panas. Toksah citerlah kalau korang tak dahaga tengah-tengah panas tu. Kalau aku, memang akan cari air dah. Tapi ingat lagilah yang masa tu aku tengah pose.
Tetiba, masa tu jugak aku terpikir, sekarang ni, kita minum, ada lagi orang air untuk diminum. Siap ada perisa bagai. Macam mana kalau kat akhirat nanti.? Kat sana, kalau dahaga, sapa ada untuk tolong hilangkan dahaga? Kalau memang dah masuk syurga, lainlah. Boleh minum air daripada telaga kauthar tu. Macam mana kalau Allah tak terima kita untuk masuk syurga. Dan tempat kita, hanya di neraka jahanam!?
Wali nauzubillah!
Moga-moga dengan kehadiran Ramadhan yang berkat ni, mampu membawa kita ke arah yang lebih diredhai oleh Tuhan.

Okeylah. Aku kena out dulu.
Sekian.


haid.air mani. nifas. wiladah.

Lama benar aku tak update blog. Dah bersawan dah aku tengok blog ni. Aku ingat, last aku update masa 13/7 itu hari. Tu pun, cuma upload sebutir gambar berita gembira untuk korang tengok. Cait! Baik tak payah update kalau setakat kau nak upload sebijik gambar! Hey! apasal ni.? Ikut akulah. Ni blog aku. Haha. Tetiba aku emo.
Dah, sambung citer.
Aku dah lama tak update sebab tak ada masa. Masa aku banyak dihabiskan dengan berehat dan bersenang-lenang dirumah, lepas penat seharian mengajar budak-budak kat sekolah. Okey. Untuk pengetahuan korang, aku dah dapat kerja. Mengajar untuk sementara waktu kat sebuah sekolah kat Dungun ni. Okeylah. Daripada tak ada langsung, kan? Kalau nak ikutkan nak gaji tinggi, aku rasa memang tak akan dapatlah. Taraf diploma je kot. So, dah dapat tu, kira okeylah kan. Boleh jugak buat belanja raya.
Mengajar dekat sekolah tu, memang sangat mencabar. Sebab aku mengajar tahun satu sampai lima. Aku ajar Feqah, jawi, arab, tauhid, sirah, akhlak. Semua ikut arab okey. Memang sangat mencabar sebab aku perlu rujuk kamus dan buat revision sikit-sikit sebelum masuk kelas. Kalau bab bahasa arab, aku tak risau sangat sebab yang kena ajar semuanya basic untuk bahasa arab. Tapi, kalau bab-bab feqah, tauhid dengan sirah, aku memang kena buat revision, walaupun sikit. Kena bukak kamus setiap kali nak buat revision sebab main dengan bahasa, memang kena bersahabat dengan kamuslah kan. Insyallah. Aku pun masih baru lagi dalam bidang perguruan ni. So, masih banyak yang aku kena belajar. Lagipun, kita sebgai manusia ni, kena selalu belajar kan? Tak boleh cakap yang kita ni dah banyak ilmu, dah tak payah belajar. Maka, orang yang berpendirian macam tu akan semakin mundur.!
Aku ada story untuk korang ni.Tadi tu, baru mukaddimah je. Citer sebenar, aku tak citer agi.
Okey.
Kalau tak silap aku, minggu lepas, aku ada masuk kelas darjah tiga. Subjek Feqah. Kalau tak silap, bab untuk hari tu, perkara-perkara yang membatalkan wudhu' (hadas besar).
So, sebab-sebab yang membatalkan wudhu mestilah korang dah tahu kan?
antara yang kita tahu, kentut, kencing, berak, sentuh laki dan pompuan yang bukan muhrim, sentuh kemaluan dengan tapak tangan tanpa lapik. Tu kalau bab yang hadas kecik. Kalau bab hadas besar pulak?
pastinya, keluarkan mani dengan sengaja, haid, nifas, wiladah,bersetubuh dan lain-lain lagilah. Korang sendiri pon mesti tahu.
 Nak dijadikan cerita,  tengah-tengah aku mengajar dan menerangkan kat budak-budak kelas tu pasal haid, nifas, wiladah, air mani, dan bersetubuh, datang soalan pertama untuk aku.
"Cikgu, air mani ni, macam mana?" Fatima tanya.
Aku blurr...
"Er..Er.. Macam ni. Air mani ni ada pada orang laki. Saya tak boleh terangkan pada awak lebih-lebih. Tapi nanti, awak akan belajar lagi dalam sains. Tapi bukan untuk tahun tiga. Awak tunggu. Nanti awak akan paham."
Kelas diam. Semua mata masa tu tengah pandang aku. Aduhai! 
Aku buat-buat belek buku. Aku bukan tak nak terang detail pasal mende ni sebenarnya. Tapi, budak-budak ni macam tak sampai tahap lagi nak kena terangkan lebih-lebih. Sebab darjah nam sendiri pun, tak paham lagi pasal mende ni semua.
"cikgu, haid tu keluar ikut mana?" Haris tanya pulak.
Lagi emas dia punya cepu soalan tu.
"hmm.. Haid ni, keluar ikut kemaluan wanita. Bagi pompuan, bila darah haid dah keluar, dia dikira dah baligh. Kalau dia buat dosa tak tutup aurat, walaupun mak dia dah tegur, dosa tu, dia akan tanggung sendiri. Paham?" 
Semua angguk macam tukul yang dihentam pada besi.
Baru je aku nak start mengajar balik, ada pulak yang angkat tangan. " Cikgu, tadi cikgu kata darah wiladah ni, darah yang kuar sama-sama dengan baby kan? Macam mana darah tu kuar. "Debush" macam tu ke?" haha.! "Debush"! sound effect yang aku tak pernah terpikir pun. haha. sekarang ni pun aku rasa nak tergelak lagi. Ada ke debush macam tu.
Aku tak jawab. Aku cuma cakap, "balik nanti, tanya ibu, macam mana dia bunyi. Cikgu tak kawen lagi, cikgu tak tahu sangat dia bunyik macam mana.".haha

Baru je nak start mengajar balik, loceng dah bunyik.
Banyak sangat soalan. Bab yang sepatutnya habis dalam masa setengah jam, tak sempat nak habiskan. So, terpaksalah aku sambung esoknya.
Balik daripada sekolah petang tu, aku still boleh tergelak sorang-sorang bila teringat balik macam mana budak tu boleh tanya pasal "debush" tu. haha.


p/s: budak-budak zaman sekarang matured giler kot. Boleh pikir mende yang aku sebagai cikgu ni tak pernah terpikir.