Sejuta Kalimah Di Bumi Darul Iman


Assalamualaikum wbt.


Akhirnya, sempurna sudah tugas kami sebagai penulis dan crew Projek Malaysia Book Of Records; Sejuta Kalimah.
Alhamdulillah 'ala kulli hal, Allahu Allah.!

Awalnya, aku bertugas sebagai crew Road-tour yang mana ianya memerlukan aku untuk ke sana, ke mari, promotekan program kitorang ni.
Antara tempat yang kitorang pergi; kaki lima Bank Muamalat, Bandar Kuala Terengganu, Masjid Buluh Gading, Terengganu, Pantai Teluk Ketapang dan jugak, sekolah-sekolah yang telah dipilih. Honestly, buat projek ni, bukanlah sesenang makan kacang cap tangan sambil tengok Fast Furious 7. Banyak dugaan.
Antara dugaan yang aku sendiri alami, masa dekat depan Bank Muamalat, masa awal-awal kitorang duduk kat situ, takde orang langsung yang layan kitorang. Rasa macam kitorang ni penghibur jalanan yang nyanyi langsung tak sedap! haha. Sampailah, ada sepasang suami isteri yang dah berumur ni datang dan tanya kitorang, buat apa, so kitorang terangkan serba sedikit pasal benda ni. Lepas dah diterangkan, diorang dengan relanya terus menulis kalimah Allah. Moga sumbangan pakcik dan makcik, malaikat kira sebagai ibadah ke jalan Allah. sobsobsob. terharu.

Selain daripada tu, masa dekat Masjid Buluh Gading pun, ada dugaan yang memang menakutkan sangat. Ada orang yang agak 'kureng' sikit nak nasihatkan kitorang. Maybe dia tak sihat akal sangat kot. Sebab, daripada apa yang kitorang dengar dia bercakap pun macam mengarut dan kelaut je. So, kitorang tak layan sangat. 

Tu jelah setakat yang aku boleh ceritakan dekat korang pasal dugaan masa buat road-tour, Misi Sejuta Kalimah tu.


 ni gambar masa aku dengan team aku buat road tour dekat depan Bank Muamalat, Terengganu. Yang tak tahannya, lepas balik dari road tour ni, terus aku dengan geng-geng aku yang rumah sewa pergi jenjalan ke Muzium Negeri Terengganu. haha.

 Road tour kitorang hanya dibuat pada hujung minggu je. Pada hari-hari yang ada kelas, kitorang stay aje dekat UniSZA. Tapi, kitorang takdelah stay je kat situ semata-mata. Kitorang teruskan dengan menulis panel masing-masing. Aku tak sempat banyak pun, menulis. Sempat dua panel sahaja. Tapi, bolehlah.


Panel kuning ni sebenarnya, panel ke dua aku. Panel pertama aku, warna pink.


Oh ya! Untuk makluman korang, kitorang menulis kalimah Allah ni, dalam keadaan berzikir. Alunan zikir, memang menenangkan jiwa. Mari aku ceritakan.


 Selasa, 21 April 2015,jam 10.30 am.

 Aku mula menulis panel pertamaku. Awalnya, aku menulis,sambil aku tengok orang di sekelilingku. Tak ada seorang pun yang sedang menulis, mengangkat wajah mereka. Masing-masing khusyuk dengan penulisan mereka. Sedang aku masih terkial-kial dengan pena, dan memandang kosong pada panel lukisan.
Aku mula beristighfar, sambil membayangkan wajah ibu ayah, arwah ayah dan arwah along. Moga apa yang aku buat ni, Tuhan redha. Aku bisik sendiri dalam hati.

Mata pena, aku letak di permukaan panel lukisan. Bismillah. Kalimah pertama, aku khayal. Kalimah kedua, aku mula sebak. Kalimah seterusnya, aku mula ralit mengalunkan zikir bersama. 

Korang tahu apa yang datang di sekeliling aku?

Kosong. Aku hidup dalam dunia aku sendiri. 
Hanya bait-bait doa  yang keluar dari hati aku.

"Allah. Dosaku terlalu banyak terhadapMu. DihadapanMu, aku berlaku ma'asi. KepadaMu, aku memohon. Kau ampunkan setiap dari dosaku, meski sebesar Zarah. Kerana ia tetap noda, Tuhanku."

Aku memang sebak sangat masa tu. Nasib baiklah tempat aku duduk tu, jauh dari orang. Aku menangis. 
Aku terpikir, 

Dosa aku pada Tuhan, banyak. Sehingga tidak terkira banyaknya. Apakah doaku diterima oleh Dia? Apakah malaikah mengangkat ke langit, doa-doaku untuk arwah ayah dan arwah along? Ya Allah! Air mata aku memang terus membasahkan tudung aku masa tu. Aku tunduk memandang kosong pada panel. 

"KalimahMu suci, Allah. Maka, sebagaimana sucinya kalimahMu ini, maka sucikanlah orang-orang yang aku sayang daripada sebarang noda dan dosa."

Aku ralit dengan penulisan tu, sampai sedar-sedar je, dah siap. Semua sekali panel aku yang pertama berjumlah tiga ribu lebih kalimah.

Alhamdulillah.

7 Mei 2015.

Dan, sampailah pada hari kemuncaknya

Setelah berpenat lelah menulis, road tour, berpanas, berhujan.akhirnya sampailah hari perisytiharan daripada Malaysia Book of Records kepada kami. Berpanas tu, masa road tour je ye. Masa dekat kampus, memang takde kot istilah panas. Pusat Kesenian Dan Warisan Unisza ada aircond.




ni kawan aku punya panel kedua. Cantik kan? Secantik tuan dia.


Dan


















Akhirnya, kami di isytiharkan oleh Malaysia Book of Records.
Yang baju batik biru tu, Pegawai Dari MBOR, Yang baju putih tu, lecturer subjek Kesukarelawan Kontemporari kitorang and yang baju biru tu, Encik Halim. Dialah yang mengajar kami, melakar lukisan jiwa di atas panel lukisan tu.



Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Kau beri peluang ini kepada kami. Tak kami lupa walau sedetik, saat-saat nama kami diangkat memecahkan rekod Malaysia tu. Subahnallah.

Seriously, masa kitorang diumumkan oleh pengacara majlis pada waktu tu, dengan bersaksikan Menteri Besar Terengganu, Naib Canselor UniSZA dan seluruh warga universiti kitorang, aku menangis. Bukan cengeng. Tapi bangga. 

Doaku cuma satu saat tu. 

Moga berbahagialah arwah along dan arwah ayah sebagaimana aku dengan bangga berdiri saat pengumuman tersebut.

Allah.
Aku bermohon ke hadratMu.
Jadikanlah kubur arwah ayah dan arwah along terang, sebagaimana dunia ini yang diterangi dengan cahaya mentari Mu, yang tetap taat kepadaMu dalam menebar cahaya.
Ya Allah.
Walau secebis cuma, Kau hadiahkanlah pahala daripada kalimah suciMu untuk ibu bapa ku, arwah along dan arwah ayah membuat bekal untuk bertemuMu, menatap wajahMu, menerima syafaat Nabi Muhammad, kekasihMu di alam perhitungan nanti.

Ameen Ya Mujib!