Assalamualaikum.
Saja nak menghiburkan hati seketika sebab daripada pagi lagi aku sibuk cari bahan untuk tesis. Rasa sakit badan, rasa sakit jiwa. Penat memikirkan masalah syarat bergraduan ni yang terang-terang memenuhi kehendak duniawi semata. *eceh. Ayat tak nak kalah.
Korang pernah kena tanya soalan yang macam-macam?
Contoh:
Bila nak kawen?
Orang lain dah kawen dan beranak pinak, kau?
Bila kau nak habis belajar? Jangan tinggi-tinggi sangat, nanti takde orang yang nak.! (ayat ugutan)
Memang sengaja aku merahkan dan bold kan soalan-soalan dekat atas tu. Saja jugak aku up kan entry ni untuk beri kesedaran kepada mulut-mulutselipar yang selalu tanya soalan ni. Sebab aku nak orang yang selalu tanya soalan ni, lepas ni akan berhenti daripada tanya soalan ni.
Memang sengaja aku merahkan dan bold kan soalan-soalan dekat atas tu. Saja jugak aku up kan entry ni untuk beri kesedaran kepada mulut-mulut
Apa yang korang rasa bila korang ditanya soalan-soalan macam tu?
Sedih?
Kecewa?
Berdoa-- "Ya Allah, sampaikanlah jodohku secepat mungkin"?
Marah?
Korang nak rasa sedih-- sedihlah. Takde orang nak marah pun.
Korang nak rasa kecewa-- Kecewalah. Takde orang marah.
Korang nak berdoa-- doalah. Allah kan, Maha Mengkabulkan hajat dan doa hambaNya.
Korang nak rasa marah-- Marahlah. Itu hak seorang manusia untuk rasa marah. Marah tu pun rasa yang diciptakan oleh Allah jugak. Cuma kita pulak harus mengawal. Sebab Amarah adalah ibarat satu api yang akan makan kayu-kayuan
Untuk Korang atau mak cik-mak cik yang selalu bertanya soalan-soalan killer dekat atas tu, tolongla berhenti tanya soalan-soalan macam tu.
Tolonglah paham yang orang yang ditanya soalan-soalan macam tu sebenarnya terluka dan terhiris sangat dengan soalan-soalan macam tu.
Mak cik-mak cik ingat diorang nak ke membujang, duduk sorang-sorang sampai tua?
Orang-orang muda yang suka sangat tanya soalan ni.
Korang bila dah kawen, sedap mulut aje kadang-kadang kan, tanya bila diorang nak kawen?
Korang rasa, bila korang dah kawen, korang dah cukup hebat ke?
Korang mungkin macam rasa, korang lebih laku, lebih dipandang berbanding dengan kawan-kawan korang yang belum kawen tu.
Fikir balik.
Korang kawen, korang yakin ke, esok korang masih dengan suami/isteri korang tu?
Korang kawen, korang pasti ke yang suami/isteri korang tu akan setia dengan korang sorang aje? Sampai bila-bila?
Korang yakin, esok korang hidup lagi?
Jangan.
Jangan terlalu yakin dengan perancangan kita. Sebab Allahlah sebaik-baik perancang. Kadang-kadang, perancangan kita ni, sikit pun tak kena dengan perancangan Allah.
Sebab tu jangan terlalu yakin.
Silap-silap kang, korang mati, terus kawan korang kawen dengan laki korang tu. haha.
Astaghfirullah.
Bukan itu yang aku maksudkan. Bukan melukakan korang yang aku maksudkan dalam penulisan kali ni.
Aku cuma nak korang fikir lagi sekali sebelum tanya soalan bukan-bukan pada kawan korang tu. Kesianlah pada diorang.
Korang ingat dia tak pikir ke soal kawen dan berumahtangga. Cuma Allah masih tak hadirkan pasangan dalam hidup diorang. Adalah hikmahnya tu, kenapa Allah tahankan dulu jodoh dia.
Semua yang Allah tulis tu, cantik. Tak pernah dengan lakaran kotor.
Semua yang kita fikir kadang-kadang tak sama dengan perancangan Allah. Cuma kita ada senjata yang satu, DOA. Yes, doa. Sebab doa kita, Allah dengar. Sebab dia Maha Mendengar.Percayalah. Takdir Allah tu cantik untuk kita.
Korang yang biasa ditanya tentang soalan-soalan ni, bertabah okey.
Biarkan diorang nak tanya apa sekalipun. Kalau dah diaorang penat, diorang berhentilah tanya tu.
Kalau korang penat, tak payah dekat dengan diorang okey.
Sekian, terima kasih.
Haha.