Salam Sabtu.

Assalamualaikum semua.

Okey. Sila hargai pengorbanan aku yang mengorbankan tidur untuk buat satu entry ni untuk korang. Sebenarnya banyak sangat benda yang aku nak ceritakan kat korang ni. Sampai tak tahu nak start dari mana.

Okeylah, aku mulakan dengan kisah lepas cuti midterm dan cuti pilihan raya baru-baru ni. Kalau korang tanya aku warna apa, jawapan aku, of course pink. Haha. Gurau jer. Takdelah menarik sangat cerita masa lepas cuti tu. Cuma agak menyakitkan sedikit. Kenapa? Sebab kena angkut air. Yang positifnya yang boleh diambil daripada peristiwa tu, secara tak langsung kami semua dah boleh ditauliahkan sebagia pegawai bomba dan penyelamat Malaysia. Kenapa ni? Mesti korang tak nak tahu kan? Eh, biarlah! Blog aku! *Gurau.

Sebenarnya, lepas aje naik cuti itu hari, aku sampai-sampai aje ke kampus, masuk bilik, rehat-rehat kejap sebelum solat asar, terus housemate aku bagitahu; "Nisa, air takde. Macam mana ni?" Argh! Sakitlah pulak rasanya hati ni bila main takde air ni. Takde letrik aku boleh terima, kalau takde kipas, boleh guna kipas manual(tangan). Ni, takde air. Cek air masak, sume aku dah habiskan. Ah sudah!

Baru aje nak melangkah keluar, Sorang lagi housemate aku datang dekat aku; "kak nisa, ayaq takdak ni. Kami tak mandi lagi ni. Dahlah baru balik dari main softball. Argh! Diorang ni, buat aku macam bombalah pulak. Terus aku dengan gaya macam sarjan; "dah. Toksah banyak cakap. Ambik baldi masing-masing. Bawak keluar. Akak nak tarik pili bomba ni." Dengan tekun dan gigih aku tarik mende alah si pili bomba tu sementara diorang pergi keluarkan baldi masing-masing.

Bila dah bawak baldi keluar, aku terus pulas kepala pili bomba tu. Purrrrrr...........!!!!!! Menyembur air. Habis baju, seluar, dan muka aku basah kena air yang menyembur tadi. Diorang bantai gelakkan aku. Takpe. Aku memang penyabar orangnya. Aku diam aje, Tekun jadi bomba tak bertauliah. Adalah dekat seploh bijik baldilah jugak untuk di isi air. Bila dah siap-siap isi air, masing-masing bekerjasama mengangkut baldi-baldi yang berisi air tersebut ke dalam bilik air. Lepas tu, terus masing-masing pergi ambik towel and mandi. Bila dah siap guna, terus pergi isi lagi sampai air dekat pili bomba tu dah kering. Nak buat macam mana. Terpaksalah guna pili bomba. Aku duduk tingkat empat. Kalau angkut air dari bawah, memang patah pingganglah jawabnya.

Nak dijadikan cerita, kisah takde air ni, dalam seminggu jugaklah berterusan. Puncanya? Sebab pam air pada tangki utama rosak. Memang bukan salah sape-sape pun. Dah mende tu nak rosak. Takkan nak pergi bagitahu kat mende alah tu pulak,"eh, pam air! Ko jangan cuba-cuba nak rosak okey! Kalau tak, aku sekeh!" Gila ke korang nak pergi cakap kat pam air macam tu. Sah-sah orang yang lalu ikut tangki air tu cakap, korang......... (tangan berpusing-pusing menandakan anda gila)


Okeylah. Aku rasa ngantuk pulak ni. Rasanya, esok kalau aku ada masa, aku taip lagi satu dua entry. Puan Emak pun dah bunyik tu. Nanti tak pasal-pasal esok subuh dinasour lagi. Aku ni, dahlah jenis yang tak boleh jumpa katil bilik aku ni. Sah-sah payah bangun pagi. Silap aribulan, dengan kain-kain semayang aku tidur balik esok.

Okey, Selamat Malam Semua.!


Oh ya! Selamat menyambut Keputeraan Yang di Pertuan Agong. Semoga baginda di lindungi dan diberkati di dunia dan di akhirat.

 Daulat Tuanku!
aku suka sangat gambar ni. Nampak megah je. Yes! Negara kita negara berdaulat, berperundangan, dan beraja...


p/s: Aku rasa tak boleh blah sangat dengan tajuk entry tu. Macam melampau aje.

Betul! Teknologi yang membunuh!

Dah lama aku tak bukak blog. Semalam, aku blogwalking and then terjumpa entry Teknologi Yang Membunuh dekat blog Zack Zukhairi. Dan aku memang seratus lima puluh peratus setuju dengan pendapat beliau tu.

Walaupun dalam pendekatan yang berbeza, tapi aku memang rasa teknologi sekarang ni, ada potensi untuk jadi pembunuh upahan yang berjaya. Eh! Apa pulak ni?

Kalau bagi Zack, dia gunakan pendekatan teknologi yang membunuh tu melalui penyampaian dan pengalaman. Jamban yang menyembur-nyembur, alat moden untuk sembelihan masa raya aji, dan sebagainya. Aku pun ada pengalaman dalam bab teknologi yang membunuh ni.

Kisah ni berlaku masa awal semester dua baru-baru ni. Takdelah awal sangat, dalam minggu ketiga untuk semester dua, macam tulah lebih kurang.

Aku punya laptop rosak, so memang aku tak onlinelah. Sekarang ni pun, aku online guna laptop akak aku yang aku pinjam untuk buat assignment. So, masa minggu-minggu awal hari tu memang aku tak online mana. Kalau aku ke library, rasa rajin sikit, aku pergi pinjam laptop dekat kaunter library tu.

Entah macam mana, aku boleh tak tahu yang dah kena hantar slip pengesahan daftar kursus. Aku tanya kawan aku, "mana tahu, kena hantar ni?''Then dia cakap, "budak-budak ni post dekat group Fb".

Okey!
Masa tu aku dah panas hati dah. Tak pernah lagi dalam hidup aku selama bertahun-tahun aku duduk dekat universiti ni, aku boleh terlepas pandang pasal benda penting macam ni. Terus aku pergi jumpa ketua kelas( memang aku tahu, dia yang post dekat FB).

Masa aku tanya dia tu, boleh pulak dia tanya aku, "macam mana akak boleh tak tahu pulak ni? Saya ingatkan semua dah tahu pasal ni."
Hangin lagi aku masa tu.

Terus aku cakap. "Encik Polan, dengar sini baik-baik okey. Bukan semua orang ada laptop, nak bukak pesbuk hari-hari, tiap masa, tiap jam. Dan bukan semua orang yang ada laptop tu, kerjanya hari-hari, setiap saat nak menghadap muka buku tu."

Masa tu aku teringat balik masa zaman aku diploma dulu. Dulu, kalau ada something, takkan diletakkan kat group FB. Kalau letak pun, semua orang pasti dah tahu pasal tu. Which means, setiap orang dalam kelas akan dapat message(SMS) daripada ketua kelas, atau message yang di forward daripada kawan-kawan tentang benda-benda penting tu. Kadang-kadang sampai 4,5 message yang kami dapat. Sebabnya, untuk pastikan yang antara kawan-kawan takde yang tercicir pasal maklumat tu.




Masa diploma dulu, setiap benda yang melibatkan semua orang di dalam kelas, takkan di postkan dekat Fb. Group FB budak-budak BAHTERA '09 hanya diwujudkan untuk main-main. jarang kitorang main post benda-benda penting dekat situ.
Satu lagi, setiap message daripada ketua atau penolong kelas akan wujud perkataan:
Tapi sayang, tradisi forward-forward message dah takde sekarang ni. Semua main Fb aje.

Bab lain pulak.
Bab kawen atau lebih tepat lagi "jemputan ke majlis walimatul urus"
Aku hairan. Sekarang ni, semua benda main ikut FB. Even kawan duduk depan rumah pun, main jemput ikut Fb je. Aduhai!
Sebenarnya, aku tak kisah sangat.
Tapi tradisi menjemput orang tu akan hilang sebenarnya bila di amalkan macam tu. Baik tak payah tempah kad kawen. Mak cik-mak cik tua tu semua, suruh diorang wujudkan account FB satu sorang. Sebab senang, nanti, kalau nak jemput tak payah pakai kad, terus tag ikut FB aje.Dah jimat budget kat situ.

Bila tradisi jemput- menjemput orang dari rumah ke rumah ni hilang, zauq untuk majlis kawen pun dah kurang. Tak rasa sangat meriahnya.

Tapi Alhamdulillah. Sebab keluarga aku, sanak saudara aku masih mengamalkan tradisi lama tu. Masih jemput orang dari rumah ke rumah.

Bukan tak boleh ikut FB, tapi berpada-padalah. Aku takdelah nak bunyi sangat kalau jemput ikut FB ni, untuk kawan-kawan yang jauh ke, apa ke. Tapi kalau dah aku yang duduk depan rumah, tinggal sejengkal je dari rumah dia pun dia jemput ikut Fb, itu sangat tidak profesional untuk hal-hal perkahwinan okey.

Senang citer, tak payahlah kita hire Facebook ni untuk jadi salah satu penjenayah teknologi Yang membunuh.