Epilog sebuah kemajuan.

   Tahun ni umur aku bertambah lagi dengan angka satu bermaksud, aku kini sudah berusia dua puloh dua tahun.

    Masa zaman sekolah rendah dulu, aku selalu berangan nak jadik dewasa. Paling tak pun, nak jadi budak sekolah menengah yang aku rasa masa tu memang bijak-bijak belaka. Masa tu aku sangat cemburu dengan akak dan abang aku sebab dah boleh masuk sekolah menengah dan bermakna disitu mereka dah dewasa dan bijak belaka, kot...! Sedangkan semua orang tahu bahawasanya nak masuk sekolah menengah tu, tak semestinya kena bijak-bijak belaka. Yang penting, kalau result UPSR okey, kau akan ke asrama penuh. Kalau tak okey, biasa-biasa aje, kau masih boleh sambung pelajaran ke sekolah menengah.  Satu lagi akal aku yang tak berapa bijak masa tu ialah kalau tak dapat 5A dalam UPSR ni, makanya aku tak boleh sambung belajar dah, pendek katanya gelaplah masa depan aku lepas tu. Oh ya! Masa zaman aku sekolah-sekolah dulu, aku dan adik beradik aku sentiasa di momokkan dengan ugutan oleh Puan Emak, " kalau kau tak dapat 5A dalam UPSR, mak ikat kau kat batang kelapa lepas tu, letak sarang kerengga dekat kaki. Biar kerengga tu gigit-gigit kau."  Okey. Masa tu sangat takut. Dan-dan aje berusaha keras untuk dapatkan lima A tu. Tapi, Tuhan tu lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia. Aku just dapat 2a 3B. Takdelah cerdik mana aku ni. Masa tu sangat cemburu dengan akak aku yang dapat masuk ke asrama penuh. Mulalah dalam hati dan pikiran ni pikir, mak lebih sayangkan angah sebab angah tu cerdik. Tak macam aku ni, nak sekolah pun, dekat kampung aje. Tapi, bila dah up sikit akal aku yang tak berapa cerdik ni, masa tu baru aku pikir, sebenarnya setiap manusia itu dibekali dengan kemampuan dan kelemahan masing-masing. Itu pun, sebuah kemajuan, bukan? Daripada tidak mampu berfikir waras,  tapi akhirnya aku dah mampu berfikir logik. Oh ya. Bukan tak mampu berfikir dengan waras, cuma masa tu akal tak panjang mana lagi.

   Bila duduk sorang-sorang, kadang-kadang tu terfikir jugak, sepanjang aku hidup atas dunia ni selama dua puloh dua tahun, apa yang dah aku buat dan sumbangan aku pada diri aku sendiri, mak ayah aku, bangsa aku, agama aku dan negara aku. Then, pandang orang sekeliling, apa kemajuan yang telah aku lakukan pada mereka-mereka di sekeliling aku. Eh! Muka-muka bodoh macam aku ni pun, mampu berfikir logik jugak tau!

   Dulu, aku selalu pikir orang gemuk ni, tak cantik! Sangat tak cantik! Aku ingat lagi zaman sekolah dulu, aku tak suka snap gambar sebab memang tak cantik dan tak comel. Dahlah ber 'bolok-bolok' dengan tudung yang tak betul pakainya. Sebab tu aku memang takde gambar-gambar kenangan masa zaman sekolah dulu. Eh-eh! Kejap. Aku rasa ada sebijik.
aku pengawas ok.

   Tapi kemajuannya yang aku alami setelah umur dan usia semakin menginjak ke usia yang lebih matang, aku hari ni dah boleh snap-snap gambar bagai dengan kawan-kawan. Negative thinking dah tak ada pasal snap gambar ni. Yang penting, bila snap gambar, kalau dah pikir dan rasa tak cantik, jangan tengok. Nak lagi senang delete! End of the story. Itu pun jugak satu kemajuan, bukan.? Daripada tak boleh nak snap gambar sebab pikir tak cantik, tapi hati ni aku dah boleh main snap-snap gambar sama ada sorang-sorang ataupun dengan kawan-kawan. Sebab apa aku dah boleh snap gambar sekarang? Sebab sekarang ni, aku rasa setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangannya dalam dunia ni yang Tuhan memang bekalkan setiap sorang dengan hak masing-masing; kelebihan dan kekurangan!

   ******
   Dulu, waktu kecik-kecik aku memang tak pandai berenang. Langsung tak. Namanya saje duduk tepi pantai, setiap hari kalau air pantai elok, turun ke pantai then mandi laut. Tapi sebenarnya aku tak pandai berenang. Langsung tak. Tapi, aku belajar. Yang annoyingnya, aku belajar berenang dengan adik aku. Adik okey! Tapi aku tak boleh ego. Kalau tak, memang takkan pandai sampai bila-bila. Mula-mula belajar macam mana nak apung diri. Bagi orang yang guna pelampung, memang anggap mende tu senang aje. Sesenang makan kacang sambil tengok citer omputih. Tapi bagi aku yang duduk dekat kampung ni tak adanya pelampung-pelampung bagai. Sangat susah nak belajar apung diri dalam air. Kadang-kadang menangis-nangis sebab air terlalu masin. Kadang-kadang air masuk dalam telinga. Kadang-kadang perut sampai kembung sebab banyak sangat tertelan air masin. Tapi itu tidak menjadi hal kepada aku kerana aku nak belajar. Nak pandai berenang macam along dan adik aku.

      Lepas dah mahir apung diri, mula belajar cara berenang kuak lentang. Tapi terus terangnya, sampai hari ni aku tak pandai berkuak lentang, apatah lagi berirama berama-rama. Aku lebih memilih untuk berenang di dasar laut. Yang mana, kadang-kadang orang takkan sedar pun kau ada kat bawah air. Sedar-sedar kau terjulur aje kepala kat permukaan air tu. Oh ya! Sebenarnya, tujuan sebenar aku belajar berenang adalah aku tak nak duduk aje dekat tepi laut main pasir. Aku nak ikut abang aku, adik aku main kat tengah laut. Sebab tu aku belajar berenang dengan diorang. Dan hari ni, aku mengecap satu lagi kemajuan dalam hidup aku bila aku dah pandai berenang. Paling manis, bilamana baru-baru ni ada orang hampir lemas, aku dah boleh turun dengan beraninya selamatkan dia. Budak tu gatal sangat nak turun berenang sedangkan dia tahu masa tu air tengah pasang. Tak memasal naik-naik aje ke darat, terus kena ceramah free dek mak dia. Padan muka beliau.

   *************
   Satu lagi. Dulu aku selalu di momokkan oleh orang-orang tua sekeliling bahawasanya anak dara yang tak pandai masak ni, tak boleh kawen. Paling tak pun, susah nak kawen. Bila di momokkan macam tu, rasa macam bersungguh-sungguh nak belajar masak. Tapi semangat tu kejap aje sebenarnya. Jap lagi, takdelah balik semangat tu. Punya takut tak boleh kawen. Padahal masa tu, tak tahu pun apa dia definisi kawen tu sendiri.

   Oh masa tu. Memang aku allergic gila kalau kena tolong mak masak. Tambah-tambah lagi kalau kena tolong tu masa aku tengah menonton KFC HOUR yang bersiaran pada pukul sebelas pagi kat tibi tiga. Masa tu, "ah mak ni! Masa orang nak tengok tibilah dia nak masak-masak bagai. Ah! Tutup tibi terus pergi dapur tolong mak masak. Tolong kupas kulit bawang aje pun.

   Tapi hari ni, kemajuan yang aku dah boleh rasa dalam diri aku sendiri ialah, aku sekarang dah boleh masak. Paling tak pun maggi je. Haha. Eh! Masaklah jugak, kan? Takdelah sampai pandai masak maggi aje. Bolehlah kalau nak masak untuk diri sendiri dan adik-adik. Dan sekarang ni, akulah antara orang yang paling rajin ke dapur, masak ataupun tolong mak masak. Eceh!

  Yang penting, momokan seperti 'anak dara kalau tak pandai masak tak boleh kawen' tu sekarang dah tak melekat kat kepala aku. Sebab, sekarang ni, sape-sape aje boleh kawen. Tak kira kau pandai masak ke, tak ke, yang penting kau setia. Tapi, bagi aku, pompuan wajib belajar masak dan pandai masak. Sebab mak aku selalu sebut, orang pompuan, dua perkara dia boleh bahagiakan suami dia. Yang pertama tempat tidur. Yang kedua, masakan dari air tangan isteri itu sendiri. Dan aku peratikan, ramai dari kalangan orang sekeliling aku memang pikat suami dengan masakan daripada air tangan sendiri.  Kalau tak pandai, why not kau cuba dulu, kan?
 ***************
  Sebenarnya banyak lagi kemajuan yang aku dah rasa dalam hidup ni. Contohnya, daripada pelajar sekolah yang dulunya sentiasa ber' negative thinking ' aku sekarang dah boleh ajar mind aku ni supaya ber'positive thinking'. Oh ya, dulu aku tak pandai bawak motor tau.! Takut sebenarnya. Tapi sekarang dah pandai. Siap boleh rempit dah! haha.

   Yang penting, sekarang ni negara Malaysia, tanah tumpah darah kita ni dah merdeka. Dah dekat enamploh tahun dah. Dan dah mencapai kemajuan dah. Kenapa mesti kita carik titik perbalahan dan pergaduhan sesama kita, sesama bangsa dan sesama agama.? Sepatutnya kita yang mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara kita sekarang. Bukankan begitu?

  Kadang-kala datang jugak dalam pikiran, untuk apa kita menangisi dan mencemburui dengan kemajuan orang lain sedangkan dalam diri kita sendiri ada kelebihan yang orang lain tak nampak. Kalau orang nak ke bulan pun, kau nak ke bulan, susahlah begitu. Lebih baik kau berfikir, macam mana nak ke bintang. Paling tidak pun, pikirkan macam mana caranya nak tangkap bintang dan letakkan dalam balang. Biar jadi lampu untuk rumah malam-malam, menggantikan lampu pendaflour yang berlaku sedikit pembaziran apabila menggunakannya. Apadahal dengan orang ke  bulan bila kita pikirkan yang kita akan ke bintang?

R. A. N. D. O. M.

Assalamualaikum w.b.t.
 Salam sya'ban semua. Eh. Actually, salam nisfu sya'ban semua. ^_^

Tak tahu nak mulakan dari mana. Banyak sangat mende yang aku tengah pikir sekarang ni. Mende yang tak masuk akal pun aku tengah pikir sekarang ni. Agak-agaknya, apakah mende yang yang tak masuk akal itu? Ce teka. ce teka.

Hee... Nak cakap tu, cakap ajelah. Tak payah nak teka-teki sangat. Bagi kaki kang! Eh-eh. Ikut suka akulah. Blog aku. Dah tak nak cakap.


Okeylah. Maafkan saya.
 Kita mulakan dengan ucapan SELAMAT MENYAMBUT NISFU SYAA'BAN semua. Semoga segala amalan yang bermula pada malam ini akan Tuhan redhai. Dan semoga setiap doa anda semua akan Tuhan kabulkan. Amin.
**********************************************

Tak tahu nak mulakan balik macam mana. Sebab paraghraph yang sekat atas tu aku dah taip pagi semalam lagi. Tapi disebabkan Puan Emak balik kerja, jadi tak sempat aku nak habiskan ucapan selamat tu. Terus tutup laptop ni dan terus pergi dapur tolong Puan Emak masak untuk makan tengah hari. Banyaknyalah alasan kau, nisa weyh.

Okey. Aku nak mulakan dengan pengalaman aku berfinal exam baru-baru ni.
Setelah berpenat lelah selama hampir pat lima bulan berarak pergi kelas, pergi tutorial, pergi buat kajian untuk ekonomi masyarakat dan sebagainya, maka tibalah masanya untuk aku berfinal exam. Masa study week tu pun aku memang tak setadi mana. Entahlah. Siang-siang sibuk dengan kerja-kerja rumah. Malam barulah nak buka buku. Tu pun dah masuk pukul doblas malam. Takdelah otai mana.

Pengalaman berfinal exam sem dua ni adalah yang paling mencabar yang pernah aku rasa. Rasa macam balik ke zaman SPM dulu aje. Korang tengok schedule aku yang hari senin. DUA SUBJEK BAHASA. It's English and ARABIC. Aku bukan tak boleh dua subjek dalam masa sehari. Cumanya, mende tu subjek bahasa. Sakit kepala ni. Masa bahasa Arab tu, aku okey lagi. Tapi bila dah masuk petang, BI tu, terus kepala aku jammed.! Damn! Tak tahu nak tulis apa masa mula-mula masuk dewan dan tengok question paper tu.  Memang rasa blur sangat.

Tapi, masa dua jam. Selawat ke atas Nabi. Bismillahi tawakkaltu, wa la hau la wala Quwwata illa billahi. Aku mulakan menulis. Setelah cukup masa, aku hantar paper tersebut dengan penuh berserah pada tuhan. Aku dah tak mampu buat apa-apa selain daripada berdoa dan bertawakkal kepada Tuhan.

Pada hari selasa tu pulak paper Bahasa Arab agama. Yang ni pengalaman yang tak pernah aku rasa sepanjang aku menempuh alam belajar dan alam peperiksaan, sejak dari sekolah sampailah sekarang. Sem dua ni baru aku rasa mende ni. Bukan Blur.

Korang bayangkan. Aku exam pukul dua setengah petang. Dalam pukul sebelas pagi aku ada makan bubur nasik segera yang kawan aku buatkan. Aku memang rasa dah kenyang lepas makan benda tu. Korang tahu apa jadi masa aku exam? Yes! Aku blur.! Blur sebab lapar. Aku tak tahu tiba-tiba je aku rasa lapar sampai tahap terketar-ketar. Sudah! Aku memang tak boleh nak buat apa-apa pun masa tu. Masa tu pulak, kebetulan untuk subjek bahasa ni petugas tu adalah ustazah yang pure arab punya. PURE ARAB ok! Aku tak tahu macam mana nak cakap kat dia.
Tetengah aku tengok dia buat kerja tu, tiba-tiba dia bangun. Ingatkan dia nak pergi kat tempat kawan-kawan lain. Rupanya dia berhenti betul-betul kat tepi aku.

Dr. Ismat: Haza roqmu al tolibatuki?(ini nombor matrik awak) *sambil tunjuk pada kertas kedatangan

Aku: Na'am. Asif. Kuntu muhmilu. Hazihi roqmul khomsah.(ya. maaf. saya cuai. ini adalah nombor lima)sambil tunjuk pada nombor lima yang aku tulis.

Dr. Ismat senyum tengok aku.
Then, dia tengok aku lagi.

Dr. Ismat: Limaza yadaki? (kenapa dengan tangan kamu?) tengok tangan aku yang ketar.
Aku: ana Jai'atun. La adri limaza. kultu qobla zahabtu ila hazihi al qa'ah. (saya lapar. saya tak tahu kenapa. saya sudah makan sebelum datang ke dewan ini)

Dr. Ismat terus ke depan. Aku mula menulis balik. Tiba-tiba dia datang balik dekat aku, then dia terus hulurkan sebijik gula-gula untuk aku makan.

Dr. Ismat: Akul haza halwa.rubbama kunti taftaqiru assukar fi jismiki. (makan gula-gula ini. Mungkin kamu kekurangan gula dalam tubuh kamu)

Aku senyum dan menyambut gula-gula itu. Dia menepuk belakang aku.

Aku: Syukran, doktor.
Dr. Ismat: La ba'sa bihi. Bittaufiq wa najah ya binti.!( tak mengapa. selamat maju jaya wahai anakku)

Terima kasih doktor Ismat. Lepas jawab semua soalan, disebabkan aku tak mampu dah tahan lapar, kawan aku pulak dah ajak keluar, masa yang ada lagi duapuloh minit terus keluar dan pergi makan.
Masa nak keluar tu, doktor Ismat senyum pada aku dan ucapkan selamat maju jaya sekali lagi untuk paper seterusnya.

Dan...

Akhirnya, dengan berakhirnya semua paper exam yang aku ambik, maka berakhirlah sudah semester dua yang penuh dengan suka duka kehidupan. Moga Tuhan permudahkan segala urusan result kami pulak.

Selamat tinggal blok I4-1/4.




I will miss all of it. Suasana, kawan-kawan yang gila-gila. Oh ya. Pasal katil tu. Nampak aje kemas begitu. Sampai masa aku tidur, aku tidur atas lantai aje. sejuk sikit. Paham-pahamlah. Rumah batu kan panas.!