Kahwin Masa Belajar?

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Rasanya, aku dah tak akan bercerita kot pasal Kronologi Arwah Along pergi ke 'alam sana' tu. Sebab bila makin diceritakan, makin aku rasa terluka. Jadi, jalan terbaik, biarlah semua tu aku simpan dalam hati. Tak payah diceritakan, cukup sekadar jadi kenangan pahit hidup aku. Kenangan-kenangan antara aku dengan arwah pulak, pastinya semuanya manis, tak ada yang pahit. Sebab selama hidup aku bersama dia, dia cukup penyayang. Tak pernah membuka keaiban adik-adiknya. Cukuplah. Mohon korang semua, sedekahkan AlFatihah untuk Arwah selalu tau. Sebagaimana doa kalian mengiringi arwah, macam tu jugaklah doa aku mengiringi setiap langkah perjalanan korang.

Okeylah. Kita sambung pada topik asal yang aku nak story kat korang. Kahwin Masa Belajar.

Asalnya, Si Shamir, kawan aku yang duduk Abu Dhabi tu call semalam. Dia saja call tanya khabar. Entahlah. Sejak arwah along meninggal ni, makin kerap dia talipon. Bila ditanya, dia cakap dia risau. Nak balik, memang tak dapat nak balik sebab komitmen kerja. Lagipun memang aku tak bagi dia balik, sebab aku nak dia habiskan kursus dia tu cepat. haha. Senang, nanti aku kawen, dia boleh daftar untuk jadi pengapit laki aku. Keh keh keh.

Tengah-tengah duduk borak-borak, dia cakap,

"So, tell me 'bout your life, dear. I wanna know."

Aku diam. Nak cerita apa? Aku rasa semua benda aku dah cerita kat dia. Aku seboleh-bolehnya tak naklah bercerita pasal kehidupan aku. Takut termenangis.

Oh. Lepas tu, aku teringat nak cerita pasal Anah. Terus aku cerita. "Anah akan balik lepas raya, katanya. Bla....Bla....Bla...."


Banyak yang aku ceritakan pada dia pasal Anah. Ceh! Kalau boleh, niat aku sebenarnya nak jodohkan diorang. Bahaha.


Sedang aku ralit bercerita itu ini, pasal Anah, pasal rumah sewa, pasal kelas, assignment, field work, tiba-tiba terkeluar,

"Mir, Sekarang ni, ramai betul kawan aku yang kawen masa belajar tau! Roomate aku pun dah kawen dah. Masa musim raya cina baru ni. Tapi aku tak dapat nak pergi wedding dia sebab mak aku ada buat tahlil untuk arwah along.Tapi dia dah nak habis dah semester ni."

"So, kau nak kawen macam kawan-kawan kau jugak ke?" Tanya dia balik pada aku.

Aku gelak. "Rasa jugak teringin." Hiks.

"So, kau nak aku nasihatkan kau lah, sekarang ni?" Dia tanya aku.
Dia memang tahu, kalau aku bercerita tu, maknanya, adalah something yang aku down sikit. Dia tahu, aku ni jenis mental tak kuat sangat sebenarnya. Nak lagi advance, actually, aku ni jenis manusia yang imannya langsung tak kuat.

Dia mengeluh panjang. Macam berat je beban atas kepala dia. Alah! Bukan berat sangat pun, nasihat sikit aje! *tetiba aku pulak yang nak mengamuk ni, apahal?

"Nisa, macam mana kau nak kawen? Kau sendiri sekarang ni, duduk kampus pun, asyik balik aje kerjanya, tiap-tiap minggu. Kau nak kawen? Kawen nanti, bukan boleh balik rumah mak kau selalu tau (macam ugut pun ada jugak ni). Ada masanya, kau kena balik rumah mak mertua, ada event sana sini, kalau kau kerja. Tu pun kalau suami kau benarkan kau balik, dia bagilah kau balik, tak pun dia balik sekali. Tapi kalau jenis yang dapat suami lebih suka duduk rumah sendiri, tak suka balik rumah mak ayah kau, dah satu hal. Kita tak tahu hati budi orang. Masa bercinta, semua ya belaka. Masa kawen nanti, baru kau kenal siapa suami kau tu. Aku tak cakap orang lain. Kalau aku sendiri, kadang-kadang, nak jugak ada privacy dengan bini dan anak-anak, bila dah kawen nanti. .

So, sekarang ni, kau kena jugak pikir,perkahwinan dan pernikahan ni, adalah waktu perpisahan antara seorang anak perempuan dengan ibu ayah, yang mana syurga neraka, bukan lagi milik ibu ayah, tapi SUAMI. Suamilah syurga, suamilah neraka."

Aku diam. Ada betulnya jugak kata Shamir tu. Syurga Neraka, bukan mainan.

"Nisa... Sebelum kau buat keputusan untuk kawen, kau jugak kena pikir, perkahwinan tu bukan suatu perlumbaan. Contoh terdekat sekarang ni, kau sendiri. Kononnya sebab roomate dah kawen, kau kena kawen jugak. Nampak tak, sebenarnya niat nak berlumba-lumba tu ada kat situ.

Aku tak kata, kawen masa usia tengah belajar tu salah. Tapi bagi aku, di usia kau macam ni, dalam keadaan kau tengah sibuk study, sibuk assignment, sibuk field work sana sini, kau rasa kau boleh ke nak bahagikan masa dengan suami and tanggungjawab kau as a student? Aku rasa kau tak boleh. Sebab aku kenal kau dah lama. Dari kau hingusan, sampai kau dah berdiri macam sekarang ni. Aku kenal sangat dengan kau. Aku ni dah macam abang kau."


Lama aku di nasihatkan oleh  Shamir. Akhirnya, aku sedar, betul jugak apa yang dia cakap. Bukan semua orang macam aku. Mereka yang didatangkan jodoh awal, tak semestinya mereka 'gatal nak menikah'. Itu namanya jodoh. Tapi, mereka yang kawen lambat pulak, bukan sebab mereka tu andartu or antertu, tapi sebab Allah dah tetapkan yang jodoh mereka datang lambat. Ataupun langsung tidak berjodoh di dunia, namun ada bidadari syurga menunggu mereka di sana.

Allah mungkin masih belum sampaikan masa untuk aku kawen sebab Allah tahu, hambaNya yang satu ni masih belum bersedia sebagaimana Irine Nadia, Dena Bahrin untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah.


 





 Ayat Shamir yang last, sangat menyentuh hati aku. Sangat. Sungguh!

"Allah masih belum hadirkan jodoh untuk kau, pasti Allah sudah tahu hambaNya yang bernama Khairunnisa ni masih belum bersedia memikul amanah sebagai seorang isteri. Atas nama isteri itu, banyak dugaannya Nisa. Besar amanah yang kena pikul. Allah jugak masih belum hadirkan jodoh untuk kau mungkin supaya kau tetap terus berdoa untuk arwah along dan arwah ayah. Biar sebati doa tu dalam jiwa kau. Supaya nanti bila kau kawen, kau akan terus tetap titipkan doa untuk mereka, walau mereka dah lama tiada. Semua urusan, kembalilah pada Allah. Sebab Allah saja yang ada jawapannya."




Sekian.

Khusyuk Dalam Solat? Apa Tu??

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi Muhammad s.a.w. telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir-gilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju. Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri. Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi S.A.W., maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.





Kita macam mana? Aku macam mana? Tak tahulah Allah terima atau tidak solat aku, bacaan AlQuran aku. Aku cuma harap satu aje. Harapnya, pahala solat, pahala bacaan AlQuran tu diterima dan sedikit sebanyak akan kena jugak tempias pada arwah ayah dan arwah along. Inshallah. 

Khusyuk solat ni, bukan semua orang dapat. Khusyuk solat ni, nak dapat bukan mudah, kalau dah dapat jangan riak. Sebab kalau wujud riak, Tuhan tarik balik khusyuk tu. Khusyuk dalam solat tu, kalau nak dapat, tak boleh ada niat ujub, riak dan takbur, Allah marah. Yang pasti, harus di ingat, khusyuk dalam solat tu, nak dapat kena bersihkan dulu titik noda dalam hati kita.


Semoga Allah meredha setiap perbuatan solat kita.