kita semua ada impian...

salam satu planet...
hari ni aku nak bercerita kat korang pasal sebuah impian yang sedang aku usahakan untuk mendapatkannya....sekarang ni,aku rasa aku ni macam dah bersedia untuk pikul tugas sebagai seorang ibu...bukan apa...sejak 2,3 hari ni aku perasan yang aku lebih komited dengan tugas aku...
kalau dekat kampus, balik je dari kelas,terus ambik baju kotor, basuh..(basuh tangan)..pastu,lepas sidai baju apa serba, ambik penyapu,sapu bilik pulak...roomate aku:? biasalah,,,dia suka bermanja dengan aku...keh keh keh...balik rumah pulak,tak sempat letak beg,terus capai penyapu and sapu rumah pulak..aku memang jenis yang tak boleh tengok rumah bersepah....tak boleh kalau nampak ada habuk..apatah lagi kalau nampak sampah berselerak...mahu tak tidur aku kerjakan rumah....
 aku ada impian yang tersendiri...pernah encik sayang tanya aku sama ada aku memilih untuk memiliki kereta ataupun rumah..?aku pilih untuk miliki rumah...sebabnya? sebab kalau korang ada rumah,korang still boleh naik bus untuk berulang alik daripada tempat kerja ke rumah...tapi,kalau korang ada kereta,korang still tak tahu nak tinggal kat mana kan?tapi,tak semua orang dapat apa yang di inginkan dalam sekelip mata...tu semua memerlukan azam dan usaha yang gigih untuk mencapainya....:)
****************************************************


aku berkenan sangat dengan rumah yang macam kat atas tu...tapi rumah sebesar tu,isinya memerlukan seorang isteri dan seorang ibu yang boleh mendidik dan mengingatkan isi rumah tentang tanggungjawab mereka...bukan sekadar untuk menjadi perhiasan semata-mata...rumah sebesar ni memerlukan penjaga yang boleh membersihkan rumah dari atas sampai bawah supaya bersih setiap hari....aku rasa, aku akan memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa,kalau aku dapat rumah macam ni....mana taknya? kalau rumah besar,tapi tuan rumah sibuk kat luar,memang tak jadi ceritalah,dalam rumah....kalau boleh,aku nak,suami aku balik kerja tengok aku,senang hati...tengok rumah senang hati....kepala yang semak pun jadi tak semak...

okey..jom kita ke bahagian kawasan rumah pulak...


ruang luar rumah....hihi..kalau boleh,aku nak ada satu buaian untuk aku dengan suami bersantai bila kami balik kerja....tu pun kalau aku ni kerja...sebab macam yang aku cakap tadi,aku lebih memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa,bila kewangan dah stabil...kalau tak stabil,takkan nak biarkan laki aku kerja sesekor dia...tak ke mati dia nak kena kejar itu ini,dengan setiap hari nak pakai duit..kalau duduk berdua,tak apalah..kalau ada anak? tak ke naya?:p


untuk ruang keluarga pulak, aku rasa aku lebih memilih untuk buat ruang ni menghadap ke luar rumah..means, sambil-sambil berehat,boleh lah tengok flora dan fauna yang ada kat luar rumah... contohnya, hari jumaat,...lepas je makan,terus ke ruang keluarga..heaven kot....dongak ke langit,sambil tengok burung-burung yang berterbangan di angkasa....tak pun,tengok pokok-pokok yang ada dekat depan tu...maybe,boleh letak ruang keluarga tu berhadapan dengan taman....

kita ke ruang makan pulak....
tengok daripada gambar kat ats ni...aku jugak nakkan ruang makan aku berhadapan dengan floran dan fauna...tapi bukanlah maknanya kena ada 4 kerusi macam yang kat ats tu jugak...maksud aku,kedudukan meja makan tu,yang membolehkan aku dan keluarga aku nanti dapat tengok suasana yang damai, masa kami tengah makan....tapi bimbang jugak kan...tengah-tengah duduk makan, nampak mende pelik-pelik...tak jadi nak makan kot,aku,....


seterusnya kita ke bahagian dapur....
untuk bahagian dapur,aku memilih untuk ada dapur yang lebih luas...kenapa? kerana aku memang suka kepada dapur yang luas..senang aku nak bergerak ke sana, ke mari...tapi sebenarnya aku bukan jenis yang suka meja makan ada dekat dapur..aku lebih suka kalau meja makan ada kat ruang makan je...tapi nak kena jugak ada satu meja untuk aku buat kerja masa nak memasak....keh keh keh...aku ni bukannya kecik...tambah pulak,kalau aku dapat laki yang besar jugak..takkan nak buat dapur kecik je...silap haribulan, asyik *accident je aku dengan laki aku nanti....
 seterusnya kita ke bahagian bilik tidur pulak....kalau dapat bilik tidur yang ada katil macam yang dekat atas tu, heaven dowh....lepas penat seharian bekerja, malam pulak,letak je kepala,terus krohhhh....krohhhhh...krohh...malu kot kat laki aku....harap-harap dia boleh terima....keh keh keh...tapi kalau tak dapat macam yang kat atas tu, macam yang kat bawah ni pun dah ok kan...heaven jugak...yang penting,bila mata mengantuk, ada tempat untuk aku tidur.....
cantik gak kalau ada bilik tidur macam ni kan...?



untuk bilik tidur anak-anak pulak...kalau anak perempuan,aku lebih suka hias bilik diorang dengan warna pink...cute sangat aku rasa....biar sifat keperempuanan diorang ada..yang wajib ada bagi setiap bilik anak-anak ialah meja study....diorang kena ingat yang diorang kena belajar..ingat senang ke,aku nak beranakkan diorang,sekolahkan diorang...dengan bapak diorang sibuk cari duit untuk sara hidup diorang dan sekolahkan diorang.....
kalau anak lelaki pulak,aku prefer untuk bilik tidur diorang warna biru...bukan apa..untuk tenangkan diorang kalau diorang tu stress..takkan nak letak warna pink jugak kan...jadik perempuan kan,anak laki aku...keh keh keh..contoh dalam gambar tu kalau anak laki aku sorang dan tak berkongsi bilik...tapi kalau dah ada ramai anak laki,suasana dan susunannya akan bertukar wajah....

ha! dia akan jadi macam ni.....diorang kena berkongsi bilik lah maknanya...keh keh keh.....yang pasti,diorang tak boleh berkongsi katil,sebab aku tahu, anak-anak aku nanti takkan jadi  macam upin dan ipin....diorang mungkin akan bergaduh...so,lagi baik kalau aku asingkan tempat tidur diorang......

salah satu elemen terpenting yang perlu ada kat dalam rumah pulak aku rasa, mende yang dekat atas tu...perpustakaan...means, bukanlah perpustakaan yang ada kaunter pertanyaan dan kaunter peminjaman tu...tapi,cukup sekadar sebagai ruang bacaan untuk kami sekeluarga....ilmu tu tak kira,kat sekolah atau dekat rumah..yang penting,kita yang kena pupuk anak-anak untuk jadi seorang yang minat membaca dan menambah ilmu pengetahuan....kan?
ni pulak, taman untuk minum petang ataupun untuk bersantai anak beranak...boleh jugak jadi tempat rehat untuk aku dengan laki aku nanti...keh keh keh


ni pulak,special untuk korang yang akan datang ke rumah aku...ruang tamu...aku bagi tempat yang romantik lagi...ingat nak letak kerusi kayu je....mana tau,bila korang datang, duduk kejap je...tak leh lama sebab sakit bontot,duduk atas kerusi kayu...:p...tapi aku tak sekejam tu....lagipun kerusi kayu lebih mahal...so,aku bagi korang duduk atas kerusi macam ni lah....

tu semua susun atur rumah aku kalau aku dapat rumah macam yang mula-mula tu...tapi kalau dapat rumah yang macam ni,
aku terima je...sebab aku rasa,kita boleh je adjust struktur rumah kalau kita nak..yang penting, jadikan rumah tu sebagai rumahku syurgaku bagi suami,anak-anak dan kita sendiri..yang mana,bila kita masuk ke rumah tu nanti,kita akan rasa senang hati....kita kena paham konsep BAITI JANNATI tu.....
**********************************



okeylah,korang...aku nak cau dulu...aku nak pergi makan nasi kejap...lapor....



p/s:semua gambar di atas adalah dari mr,carian


kisah anak PALESTIN di bumi sendiri

Ayah!
Kata merka kau penjahat
padahal sebenarnya engkau bukan penjahat
Ayah!
Kenapa mereka jauhkan engkau dariku?
Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan
Untuk menciumku walaupun sekali
Atau mengusap air mata ibu

Ibu!
aku melihat air mata dikelopak matamu di setiap pagi

Apakah PALESTIN tidak berhak diberi penghormatan??????
Aku bertanya kepada matahari pada setiap hari

Ibu!
Apakah ayah akan kembali pada suatu hari?
Atau dia akan pergi selamanya sampai Qiyamah?
Atau adakah dia akan mengusap airmatamu yang menitis pada setiap pagi?

Wahai ayah!
Dimanakah engkau?

ooooooooooooohhhhhhhhh...
Bayi-bayi yang dijajah
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu berlalu
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu
dan para SYUHADA BERGUGURAN setelah gugurnya syahid yang lalu
sedangkan ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi
dalam sel mengerikan yang tidak layak di huni oleh manusia

mana hari kemenangan dan kehancuran penjara?
penjara besi itu!!!!!!!!!!!!!


MALULAH KALIAN!
MALULAH KALIAN!
MALULAH KALIAN!

AKU INGIN AYAH PULANG...................!



ni adalah satu puisi daripada seorang anak kecil daripada Palestin....kalau korang nak tengok,korang boleh bukak you tube and search "rintihan anak palestin"...
aku bukan nak citer pasal puisi tu...tapi aku nak korang perhatikan, apa yang nak budak tu sampaikan...takkan korang tak paham kan? korang sekolah tinggi pada aku kot....aku takat tadika pun tak lepas...keh keh keh...

ok..
ni ada satu kisah....
aku tak ingat sama ada aku terbaca ataupun aku tengok kat tibi...
kisah dia macam ni...

seorang ayah dan anak ni, dia dah kehilangan orang yang diorang sayang depan mata kepala diorang...means, mak budak tu lah...isteri kepada laki tu...
lepas tu,diorang berjalan balik ke rumah...korang pon sedia maklum kan...di palestin,lahanat israel sebenarnya kat mana-mana tempat pun....
masa dalam perjalanan balik ke rumah,mereka diserang...si anak telah ditemabak...kalau tak silap aku,umur anak tu baru 6 tahun....kanak-kanak tu meninggal dunia kat situ jugak....
si ayah terus naik naik darah bila tengok anak dia meninggal dunia kat pangkuan dia masa tu jugak..dahlah baru hilang isteri..ni plak hilang anak pulak...
"demi ALLAH!
 ayah akan bunuh mereka yang telah membinasakan keluarga kita...ayah ingin melihat kau bahagia...jadi ayah akan bunuh mereka yang berani menyentuhmu!apalagi membunuhmu" si ayah memekik...

jadi,dia serang hendap(tanpa senjata) pada seorang tentera israel..kemudian,dia rampas senjata yang ada pada israel tu....dia lepaskan tembakan pada tentera israel yang kejam tu....
masa dia tembak menembak tu, si ayah langsung tak tinggalkan jenazah anaknya....
dia berjaya bunuh si lahanat lebih kurang sepuluh orang...and then last sekali,dia pun ditembak oleh tentera lahanat tu...dia meninggal disisi jenazah anaknya....

p/s:semoga mereka diletakkan dalam golongan para syuhada'...amin,,,

reality

all you got to do is see
my hijab makes me free
you just don't see
this is reality

no man oppresses me
i'm free to be
i respect myself
this is reality.

no strange man can see my beauty
propaganda makes muslim women seem like dummies
we want to be seen for what is in our minds
this is reality.

hijab is nothing new
we cover ourselves like nuns do
but are labelled as outcosts.
why is this reality????????

we refuse to be victims of the male
pleasing fashion industry
i don't judge others then why do they judge me?
why is this reality???????

for those people who stare just become aware
i don't mind i will give you a smile in return
i am free
this is reality....




p/s:poem credit to NABEELAH NAEEM

darakah aku?(lelaki paling digalakkan baca)

salam satu planet...
semalam,aku duk syok blogwalking...memang syoklah tengok blog orang cantik-cantik...aku?
sorry...blog aku tak macam blog korang,hebat-hebat semuanya....
tengah aku duk blog walking semalam,aku ada terjumpa benda ni....
DARA DAN FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANGNYA.....

bila aku baca and then ingat-ingat balik, baru aku teringat...rupanya aku dah banyak pergi ceramah pasal mende alah ni...aku perempuan....aku rasa aku nak sangat tahu dan aku jugak nak orang lain tahu pasal mende ni...so,aku kongsikan kat korang.....
kalau korang nak tahu fakta tentang mende ni....korang bukak link nye ok...:)
kat entry ni,aku cuma nak citer dekat korang pasal apa yang aku dapat daripda ceramah-ceramah yang aku pergi yang bercakap dan membincangkan soal mende ni....
pernah satu soalan yang di ajukan pada ustaz tu lebih kurang macam ni...
"ustaz, misal kata saya menikah,dan pada malam pertama perkahwinan, ketika berjimak,tidak keluar darah perawan daripada isteri saya,apakah isteri saya sudah tidak suci lagi? adakah dia sudah tidak ada keperawanan?"

ustaz tu jawab lebih kurang macam ni...

"awak tak boleh fikir macam tu....tu menandakan awak menunjukkan kebodohan awak pada seorang isteri...tak semestinya kalau tak keluar darah semasa bersetubuh kali pertama,bermakna isteri awak tak ada perawan lagi....salah tu....cetek sangat berfikir...mungkin selaput daranya dah terkoyak sebelum berkahwin dengan awak lagi...selaput dara dan perawan ni adalah dua benda yang berbeza....selaput dara ni adalah selaput yang nyata....tapi keperawanan adalah kesucian wanita daripada seks luar nikah....itulah keperawanan...."

dulu,aku takut gak pikir pasal mende ni...mana lah kita tahu kan yang kita ni ada dara ke tak lagi? takkan nak test sendiri kot? giler ko?
dulu,aku pernah dengar yang ramai orang tua yang suka alas tidur anak pengantin pada malam pertama dengan kain putih...kalau ada darah pada kain tu esoknya,tu maknanya pompuan tu anak dara lagi...kalau tak ada darah,maknanya bukan anak dara lagi....apa kejadahnya buat macam tu? sian budak tu....
habis tu kalau yang tak ada darah,walaupun masih perawan,dan-dan nak suruh anak laki dia ceraikan si budak pompuan tu? sedap ah laki tu,dah rasa tubuh anak dara orang,pastu terus lepas macam tu jer....giler hape!

marah ni!marah ni!

punyalah otak aku dan geng-geng aku gile,aku pakat nak buat macam ni...
malam pertama nanti,masuk bilik, kalau nampak kain putih atas katil tu, cepat-cepat kuar gi ambik sirap....lepas korang *buat tu,bila laki korang kuar gi bilik air,korang letaklah sirap sikit....keh keh keh....tengoklah kalau korang macam mana....hahahahaha...kalau korang berani....
tapi bagi aku, mende ni kita tak perlu nak takut, kalau kita tak buat. lainlah kalau kau pernah buat (bersetubuh). tu, bolehlah jadi asbab kenapa korang takut nak kahwin.

p/s: kadang-kadang kita gurau. ada masa kita kena serius!

macam ketinggalan zaman je...

salam satu planet....
wakakaka....aku online lagi lah weyh....
sebenarnya aku tak tutup pun laptop ni...aku duk cari video penuh perlawanan terengganu dengan selangor and kelantan...tapi tak jumpa...aku nak tengok video penuh perlawanan diorang....
tapi jujur aku cakap,aku rasa,malam yang terengganu n kelantan lawan tu,aku rasa banyak emosi daripada profesional....
pemain kelantan macam nak jadi samseng je.....korang,korang sepatutnya main cara profesional lah....tak payahlah nak lebih-lebih...aku rasa,awok-awok negeri aku xdop lah main sepak-sepak dan terjoh-terjoh orang...mung seme je hop main macam nok gomo dalam baruh(kebun)

aku harap korang paham apa yang aku cakap ni....

adatlah bermain,kalah menang tu memang dah adat kan....aku rasa korang tak perlu nak runjuk samseng atas padang....padang tu tempat untuk menentukan sapa juara,sapa kalah...bukan nak tengok korang tu samseng ke tidak....

ape pon...aku tetap penyokong setia terengganu....
peteh ganu peteh...peteh sapa reboh!


semangat tu!
aku peminat setia bola sepak ok!

walaupun aku perempuan....
erm...apa-apa pun,kelantan dah kalah...sekarang ni aku tak sabar nak tengok perlawanan kedua antara terengganu dan selangor.....


insyallah,.,,,mintak-mintaklah terengganu menang.....amin....biar boleh ke peringkat akhir piala ni....



jom kawan-kawan...kita pakat gi buat lautan hitam putih kat stadium......

kisah seram....(seram ke?)

salam satu planet....
petang jumaat ni,aku teringat pulak satu citer yang terjadi kat diri aku sendiri...hari selasa malam baru-baru ni....esoknya aku exam balaghah...
malam tu,aku tidur dalam pukul 1 lebih kurang....roomate ku ni pulak jenis yang tak boleh bising kalau dia tengah tidur...masa nak masuk ke bilik,aku masuk senyap-senyap lah...tu pun,aku terlanggar kerusi...nasib baik lah dia tak tersedar....
lepas aku kemas buku-buku aku kat atas meja,aku terus naik ke katil and then tidur....masa nilah semua benda yang terjadi malam tu bermula....
masa aku naik ke katil tu pun aku dah rasa lain macam...rasa macam ada orang lain yang naik ke katil aku...aku pandang sekeliling....erm....tak ada apa-apalah masa tu...aku pun teruskan baring.....aku ni biasanya lupa nak baca ayat kursi sebelum tidur....aku terus baca doa tidur je masa tu.....
lama sikit lepas tu,aku terlena...biasanya,kalau aku terlena tangan aku mseti terjuntai ke sisi katil....aku betul-betul lena malam tu...mungkin sebab penat...ari isnin tu aku tidur 2 jam je....
tengah aku sedap terlena,aku rasa ada tangan yang tengah pegang lengan aku....aku celik mata.....aku nampak tangan yang pegang tangan aku tu berbulu....aku langsung ingatkan roomate aku yang nak kacau aku masa tu.....
lama lepas tu,aku terpikir,apa kejadahnya roomate aku bangun and then bergurau pegang-pegang tangan aku pulak ni?
erm...lagi satu, hebat benar roomate aku,bangun setakat nak nyakat aku....itulah yang aku pikir.....

bila sedar daripada memikirkan tentang mende tu,aku terus sentap tangan aku.....sah,bukan roomate aku...lagipun roomate aku tak perrnah bergurau pasal mende ni....aku dah berdebar.....tengah duk pikir pasal tu lagi,tiba-tiba katil aku bergegar...macam ada orang naik....pastu aku rasa pulak,gegaran makin kuat...aku kuatkan semangat nak tengok ke sisi aku....aku nampak tilam aku duk bergegar-gegar...maknanya tu bukan sekadar perasaan aku....

pastu aku baru teringat yang aku tidur tadi,aku just baca doa tidur,surah alfatihah dengan ayat kursi aku tak baca...masa tu nak turun daripada katil pun aku takut sangat.....

aku terus kan je baca ayat kursi.....makin kuat katil aku bergegar....alahai....nak bergurau senda dengan aku pun,tunggulah aku habis exam dulu....

lepas tiga kali aku baca ayat kursi,katil yang bergegar terus jadi macam biasa.....pastu aku dengar sayup-sayup suara orang menangis....aku diam je....

baru je nak pejam mata,aku rasa ada benda cuit kaki aku pulak....alahai....aku bukak mata,dan-dan aku tengok benda tu duk tersengih atas almari aku......hohoho....aku terus tengok dia....sambil tu,aku baca ayat kursi and empat kul....lepas tu,daripada tersengih,dia menangis...aku teruskan baca ayat-ayat tu...lama lepas tu,hantu tu hilang.....

aku dah tak boleh tidur...tapi aku paksa mata aku tidur...lepas tu aku lena...aku bangun bila roomate aku kejutkan aku....pukul 6.45(biasalah...cuti kan)

sebut pasal cuti,aku terpikir...mungkin benda tu berani masuk sebab aku dengan roomate aku sama-sama tak boleh semayang...tak ada orang yang nak mengaji kat bilik kami....biasanya,kalau aku tak boleh semayang,roomate aku yang mengaji...and then macam tu lah sebaliknya.....

esoknya,aku ceritakn benda yang terjadi kat roomate aku....dia cakap,dia mengantuk sangat malam tu,.,,,sampai langsung tak sedar.....

erm...aku pun lepas tu memang macam takut sikit nak masuk bilik....tapi tu tempat tinggal aku....nak buat macam mana....redah jelah.....hohoho


okeylah...aku rasa kat sini dulu....nanti malam,ada citer, and kerajinan,aku buat lagi entry....