Kalam Rindu

25.12.2012

Kesejukan hujan yang sejak hampir seminggu lalu menjadikan aku seperti tinggal di dalam peti sejuk yang dekat freezer tu. Apahal pulak ni? Hmm... Tak payah tanya. Korang memang dah sedia tahu. Aku kalau bab-bab mukaddimah ni, memang failed! Tapi seriously, sekarang memang sangat sejuk. Pundi kencing ni, asyik memulas-mulas aje. Setiap setengah jam mesti nak kena pergi tandas. Aku pun tak paham. Kenapa kalau sejuk, asyik nak kencing?

Dalam kesejukan macam ni, tiba-tiba kerinduan menggigit hati. Aku bermenung seorang diri. Bertanya kepada diri, kenapa aku terlalu rasa rindu ni? Kalau betul aku rindu, kepada siapa? Aku masih bermonolog dengan diri sehinggalah, aku tersedar, aku harus menulis. Aku harus menulis rasa rindu ini untuk dia. Ya! Aku harus meluahkan. Tapi!  Andai aku ingin membuka laptop dan mengupdate blog, untuk memberitahu kepada dunia bahawa aku merindui dia, maka aku harus menulis. Tapi, aku tahu, bukan sekarang. Kerana kesejukan ini terlalu menggigit. Bimbang, daripada setiap setengah jam aku ke tandas akan bertukar menjadi setiap sepuloh minit aku ke tandas untuk buang air, sedangkan aku langsung tidak menjamah minuman. Entah.! Tidak terasa dahaga. Hanya sejuk.

Lalu, aku bangun dari pembaringan. Aku tutup buku Teks TITAS yang aku telaah dari tadi. Aku mengambil diari merah jambuku. Tangan kiri menggapai sebatang pen hitam. Aku mula menulis.

Anah, aku benar-benar rindu saat itu. Saat di mana setiap kali aku menangis, mengatakan bahawa aku tidak sanggup lagi, lalu kau akan berkata, "dugaan Allah takkan datang kalau Allah tahu yang kita memang dah kuat untuk hadapi cabaran Nya."

 Aku cuma mampu berdoa, anah. Berdoa agar DIA menjaga dirimu di sana. Bukan dirimu Sahaja, malah kalian, sahabat-sahabatku yang berada di Bumi Anbiya'. Aku benar-benar rindu untuk berada di sisimu tika ini. Aku rindu untuk mengucapkan sendiri kepada Mu bahawa aku sayang, aku mencintamu kerana DIA.

 Dan kita bertemu kerana ilmu, kita berpisah juga kerana Ilmu. 

 Aku bertanya kepada hati, "sanggupkah kau tunggu Wan Nur Farhanah pulang?" Lalu, hatiku menjawab, "Demi Allah, aku sanggup untuk sahabat sebaik dia."
 Aku nak pergi jauh daripada kehidupan lalu. Namun, apabila terpandang sahaja wajah Wan Nur Farhanah pada salah satu muka pada diariku, batinku menjerit, jangan! Jangan lupakan kenangan lalu. Kerana, jika kau lupakan kenangan lalu, maka Wan Nur Farhanah juga akan kau lupakan. Wan Nur Farhanah juga akan jauh darimu, sejauh dia pergi untuk merealisasikan impianmu. Lalu aku batalkan hasratku. Kerana aku tidak ingin melupakan dia. Aku tidak akan melupakan kenangan aku bersamanya.


Aku tutup diari hidupku. Aku kembali menelaah buku Teks TITAS yang sejak tadi menyaksikan aku melafazkan Kalam Rindu sementara air mata laju mengalir selaju dan seligat pena di tangan yang aku aku gunakan untuk mencoret kalam rindu ini.
Aku langsung tidak sedar, bila masanya aku lelap dan rasa rindu itu datang ke dalam mimpiku. Aku masih ingat.
Ketika itu, aku di sebuah taman. Tiada siapa di situ. Aku termenung. Di mana aku? Lalu, seseorang datang menggapai bahuku, memusingkan aku. Aku mengecilkan anak mata. Aku tidak kenal dia. Dia seorang wanita berpurdah. Lama aku tatap matanya. Aku kenal mata ini.!

Anah!
Ya! Wanita berpurdah itu adalah anah.!
Lantas aku peluk dia. Aku peluk seerat-eratnya. Aku tidak mahu dia meninggalkan aku lagi. Aku ingin dia kembali disisiku. Aku ingin dia menemani aku seperti dulu. Namun, tidak lama aku dapat memeluknya. Kerana dia meleraikan pelukan kami, lalu mencium dahiku. Air mataku usah dikira banyaknya.

"Aku tidak ke mana, Niesaa. Aku masih di sini. Kerana  kau yang menjaga aku di sini." Dia meletakkan tangan di dadaku. Dia tersenyum dan berlalu.
Kami berpisah di situ.

Aku terjaga dari lena. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Aku bangun. Kesejukan mengganggu tidur dan mimpiku. Pundi kencing memulas-mulas meminta agar aku qadha kan hajat. Aku bangun, dan ke tandas. Lalu berwudhu. Aku ingin berdoa untuk dia. Kerana aku tahu, aku sedang rindu, dan hanya doa yang akan menyampaikan salam dan kalam itu padanya. Moga Allah pelihara sahabat-sahabatku di sana. Terutama Wan Nur Farhanah.



Perkahwinan bukan suatu permainan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Maybe ni entry pertama aku selepas dekat berminggu-minggu tak update. kalau update pun, just upload gambar and then tulis sikit-sikit untuk menggambarkan yang aku ni bukannya pemalas sangat sebenarnya. Okey, ini malam tak de upload-upload gambar. Just nak bercerita aje.
 Tadi terbukak blog irine nadia yang comel tu. Terus tengok berita yang dia sekarang dah pregnant. Alhamdulillah, tahniah dak irine. Moga selamat kandungan tu sampai masanya nanti.
Tengah-tengah duk membaca blog beliau tu, aku teringat pasal malam jumaat baru-baru ni. Housemate aku ada bertanya, kalau tak dapat asrama masa sem tiga nanti, macam mana? Aku dengan selambanya menjawab, apa susah, kawenlah. Haha. Diorang ingat aku serius. Tapi sebenarnya, aku takde perasaan pun masa tu. Aku bukan apa, bukan tak nak kawen. Tengok si irine dengan encik suami dia tu bahagia, terasa jugak nak bahagia macam tu sebenarnya. Tapi aku tak mampu. Bukan tak mampu apa, aku ni tak sampai hati lagi nak kawen tengah-tengah belajar ni.
Terlalu banyak benda yang kena difikirkan sampaikan tak sempat nak pikir pun  pasal kawen-kawen ni. Lagipun, hal kawen-kawen ni bukan satu benda yang boleh di buat main. Kalaulah kawen ni sesenang makan kacang sambil tengok citer blue, dah lama aku mintak dengan mak aku, supaya cepatkan perkahwinan aku dengan Encik Sayang. Tapi aku pikir, aku ni dahlah jenis yang agak panas baran. Banyak mana pun aku pikir aku boleh bertahan dengan perangai panas baranku ni, sampai satu tahap bila aku dah hilang sabar, semua naga berapi akan keluar dari tubuhku. Eceh! naga berapilah sangat!

Kenapa semua orang bercakap soal perkahwinan bila umur menginjak ke angka 20? Mengapa mesti mempersoalkan siapa yang akan menjadi putera hidupku, suatu hari nanti? mengapa mesti ramai yang bertanya, mengapa tidak aku tamatkan saja zaman bujangku ini? Andai calon sudah ada, langsungkan sahaja. tidak perlu ditunggu-tunggu lagi. Mereka nampak seperti aku sudah bersedia.
Aku sebenarnya takut.
Takut andai aku tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah. Aku bukan malaikat untuk menjadi sempurna di mata suamiku. Bahkan aku takut andai aku tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri yang baik, suami ku tidak redha, malaikat murka kepadaku. Dan aku tidak bersama-sama dengan redha malaikat lagi, di mana aku mahu berdiri,mencari manusia lain untuk redha kepadaku.? Aku cuma memerlukan redha suami. Bagaimana pula andai suami ku, atau aku sendiri yang mati saat suami ku dan juga para malaikat tidak redha kepadaku? Takutnya aku. Terasa bahang kepanasan api neraka yang menjulang-julang kerana redha suamiku tiada bersamaku. Nauzubillah.

Ya Allah.
Jika benar Wan Mohd Amirul Aidil adalah jodohku, maka Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika benar dia adalah tercipta untuk ku, maka Kau satukanlah kami di dalam redhaMu.
Kerana aku tahu,
Kau yang merencanakan pertemuan kami, dan tugas kami
cuma memohon ke hadratMu supaya di satukan dalam redhaMu
Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah yang maha Merencana.
Maka rencanakanlah sebaik-sebaik rencana untuk kami.
Kau ciptakanlah satu saat di mana hari itu akan menjadi satu hari yang cukup bahagia
untuk kami.
Jadikanlah hari-hari selepas hari itu
adalah hari-hari untuk kami menjalani hidup yang bahagia
meskipun datang dugaan.
meskipun datnag badai.
meskipun datang cubaan.
Meskipun datang sesuatu yang tidak kami mahu,
maka saat itu, Kau Tuhan Kami,
Jadikanlah kami orang yang tabah melawan dan menempuh arus dunia itu.
Ya Allah
perkenankanlah doa kami ini.
Amin.

...Awak Kena Ingat...

Awak ingat lagi tak?
 Awak melamar kita di taman. Tapi kita tolak. Siap cakap lagi, kita bencikan awak.
 Kita pergi macam tu je dari awak. Kita buat muka selamba je, muka tak bersalah. Kita marah awak.
 Tapi awak tak tau, kita pergi tu dengan titisan air mata. Kita pergi dalam keadaan terluka, awak. Kita mintak maaf. Kita terpaksa lukakan hati awak. Kita betul-betul mintak maaf.
 Kita buat semua tu sebab kawan kita pun sukakan awak. Kita tak nak ganggu dan rampas awak daripada dia. Walaupun hati kita pun terluka. Kita terpaksa, wak.
 Sejak hari tu, kita selalu sibukkan diri. Tak ada kerja pun, kita buat-buat ada kerja. Kita tak nak ingat kat awak lagi.
 Tapi, dalam tak sedar, sebenarnya, kita sendiri rindukan awak. Tiap malam, kita tulis pasal awak dalam diari kita. Nak buat macam mana, dah memang kita rindu.
 Tiap malam jugak kita tidur dengan air mata. Air mata tak pernah pun berhenti bila ingatkan awak. Tak sangka pulak roomate kita nampak dah perhatikan tiap gerak geri kita.
 Dan, satu hari, roomate kita curik diari kita, and then bagi kat awak. Masa tu, awak start tahu yang kita ada perasaan pada awak. Awak menangis baca diari kita.
 Esoknya, awak melamar kita balik. Kali ni, awak tak bagi bunga, tapi bagi cincin sebab awak cakap awak nak jadikan kita teman hidup awak sampai syurga. Kita terharu, tapi kita masih ingat pada kawan kita tu. Awak pujuk kita.
Dan akhirnya, kita terima cinta awak. Sebab kita tak boleh tipu rasa hati kita yang kita memang cintakan awak sangat-sangat. Dengan air mata, kita terima cincin awak tu.

Dan hari ni adalah kemuncaknya, bila kita selamat di akad nikah. Terima kasih, wak. Sebab sedia tunggu kita, walaupun kita pernah lukakan awak.




p/s: cinta ialah, bila kau melukakan dia, tapi dia masih boleh terima kau. Sebab apa? Sebab dia tau, setiap yang kurang pasti ada lebihnya,!

Nostalgia Bubble Gum

 Ini hari rasa macam rajin pulak aku nak buat satu lagi entry untuk korang. Aku nak tanya korang satu benda. Korang pernah makan tak bubble gum? Er. Moden sangat rasanya. Aku and the geng panggil "coklat getah" je. Tak pun, up sikit, gula-gula getah. Aku rasa tak merasa zaman budak manalah kalau tak kenal dan tak pernah makan bubble gum ni.
yang ni, aku tak pernah beli. gambar sekadar hiasan.


 Dulu, tiap kali balik sekolah, mesti singgah kedai runcit and then pergi carik mende ni. Kalau tak ada, jerit tanya mak cik tuan kedai, "coklat getah takde ke?!" Kalau mak cik tu cakap takde, maka dengan perasaan hampa, aku dengan kawan aku akan keluar dari kedai tanpa membeli apa-apa pun. Alah! Dah yang aku nak takde, buat apa nak beli mende lain. Dah, majuk dah! Mencik!

bubble gum yang menjadi kegilaan masa zaman sekolah. sebab boleh buat belon besar-besar. haha

Dari kalangan kawan-kawan aku, akulah yang paling nakal masa zaman sekolah rendah dulu. Biasalah. Masa tu hingusan lagi. Kerja aku nak menyetan aje. Tapi, aku tak kacau orang. Nakal aku, bertempat jugak.  Tak macam zaman sekolah menengah, nakal aku tak de tempat.
Okey. Sambung citer tadi. Bila dah balik tu, sampai umah, mak aku tanya, ada duit ke tak lagi nak pergi fardhu ain pukul tiga nanti? Aku jawab dah ada. Mak mesti pelik kalau aku cakap dah ada. Yelah. Biasanya aku diberi duit belanja sebanyak rm2. Payah sikit nak buat balik duit tu. Kalau bawak balik pun, lima puloh sen je. Tapi itu hari sampai seringgit setengah aku bawak balik. Mak aku pelik, "kenapa, tak makan ke?''
Aku jawab, makan je. Makan kepok goreng je. (keropok goreng). "Tu, yang balik muncung-muncung tu, coklat getah takde lah tu." Abang aku yang kebetulan balik awal dari sekolah itu hari menyampuk. Mak aku pun jawab. "Ah! Asyik makan coklat getah. Ingatkan kenyang makan mende tu. Ingatkan tak luak dah lauk nasik dekat dapur tu."(sambil pakai stokin nak pergi kerja tengah hari). Aku diam. Aku ni, walaupun jahatnya tahap ya Rabbi kadang-kadang tu, tapi bab melawan cakap orang tua, aku surrender. Lebih baik aku diam. Aku ingat lagi kat dosa dengan pahala.
Lepas mak aku diam dan pergi kerja, terus aku bukak periuk and then ambik nasik, makan. Dan-dan je masa tu, abang aku yang tengah nak pergi mengaji sound aku, "La, lapor sebab tak dapat makan buble gum la tu!" Aku diam. Dia sound lagi. Aku dah start panas. Sound balik, "along pehal?! Orang tak mintak duit along pun!" Dia gelak sambil menganjing. Dia just diam bila dah sampai atas jalan, nak pergi mengaji kat rumah mak sedara aku yang dekat belakang tu. Aku terus diam and then teruskan makan!

Aku ingat agi, itu hari masa balik sekolah, beli bubble gum sepuloh bijik. Sekali telan je. Haha. Nak buat belon besar-besarlah kononnya. Memang dapat buat, tapi lepas dah besar sangat, terus meletup kat muka sendiri. Kawan-kawan aku dah gelak macam hape dah! Ngoks!


Okeylah. Aku kena out dulu. Ada masa, ada mood, aku update lagi. Tu pun kalau tak mati agi..


..kisah kita..


Bila kita sedih, kita selalu nangis. Tapi kita tak mampu nak lap sendiri air mata kita tu. Kita tak kuat nak hadapi dugaan macam ni. Kita selalu tanya diri kita sendiri, kenapa kita ni tak cerdik macam awak.? Kita tak mo pikir macam ni. Tapi kenapa selalu je perasaan ni datang?


Kita perluka seseorang untuk peluk kita. Untuk dengar masalah kita. Untuk tenangkan kita. Untuk bagi kita calm down balik. Tapi kita tak tahu ada tak orang nak dengar masalah kita ni. Kita mintak sangat, adalah orang yang akan datang peluk kita dan cakap, "awak kena kuat"



Then, awak datang. Bukan saja peluk kita, tapi jugak lap air mata kita. Oh.. Kita lupa. Rupanya kita ada awak untuk lap air mata kita. Peluk kita kuat-kuat. Maafkan kita. Kita terlupa sekejap yang kita ada awak untuk pujuk kita balik. Thanks, awak. Kita sayang awak.



p/s: dia yang bersama ketika susah dan senang kita adalah orang yang bergelar Teman Sejati.



Ah Sudah!

#mood: lapor#

Bila tengah-tengah lapar ni, tiba-tiba teringat pasal semalam. Semalam, memang lapar tahap ya Rabbi dah. Sebab apa? Kau tak makan eh? Haha. Memang aku tak makan pun semalam. Aku sesaje malas nak turun masa member aku turun tengah hari semalam. Ikutkan perut yang meragam lapar ni, memang rasa macam nak turun terus je. Tapi, dan-dan je masa member aku nak turun tu, aku baru je melangkah dengan longlai (ceh! tak boleh belah ayat!) ke bilik air. So, hasrat untuk bersama-sama ke cafe terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan iaitu mandi lambat. (Bangun dari tidur, sibuk nak tengok notes, nak buat notes, nak menulis novel lah.) pastu mulalah, terasa macam nak makan maggi je.
Tapi memang aku dah niat nak makan maggi je tengah hari semalam sebab aku rasa macam teringin tahap yang memang aku tak nak elak dah.

So, semalam aku mesej member aku yang laki tu. Tanya dia nak kuar ke tak? Pastu dia cakap, macam nak keluar, nak pergi tengok bola. Kelantan lawan selangor. Aku pun, dengan bangganya, "Abang Dz, nak kirim!" haha. Dia ni pulak jenis yang pemalu sikit, terus cakap, ''Jammed lah kepala budak ni!'' haha. Tapi dia sedia je nak tolong belikan untuk aku. Sebab dah alang-alang dia keluar, tak salah rasanya dia membantu aku yang sedang kebuluran ini. So, dia belikan. Cumanya, dia ada mesej aku, dia cakap lambat sikit sebab hujan. Satu lagi sebab nak tengok bola sampai habis. Aku okey je. Demi negara yang tercinta, aku rela berlapar. Eh! Apa ni?

Dalam setengah jam lepas tu, dia mesej aku, suruh aku turun ambik makanan. Aku pun turun ajelah. Lah, aku ingatkan dia dah tercegat kat situ, bersedia nak bagi makanan kat aku. Rupanya, bila aku mesej dia balik, dia still ada kat kedai. Aduh! Nak naik balik, memang tak lah. Lenguh kaki dah aku naik turun tingkat empat. So, aku ambik keputusan untuk stay kat situ je sampai dia datang.
Masa tetengah tunggu dia tu, adalah jugak sepasang kapel india ni tengah berdating dalam gelap. Untuk pengetahuan korang, tempat aku tunggu member aku tu, menghadap ke hutan. Gelap gelita you! Erm.

Aku ni pulak, dah lupa yang aku kadang-kadang boleh nampak "benda'' pelik. Masa duk menunggu tu, aku asyik duk mengadap ke hutan tu. Sambil-sambil duk menjeling si budak India dua orang tu berdating. Tentengah duk menunggu tu, aku rasa macam ada something yang melambai-lambai. Aku terus berpaling. Rasa macam lambaian tu ditujukan untuk aku. Aku terus tengok. Ah Sudah! Amende pulaklah yang duk kacau aku ni. Aku tengok aje. Tak tahu nak cakap apa dah. Memang rasa berdebar, tapi, perasaan nak tengok tu, tetap ada. Aku teruskan je tengok pompuan berbaju putih tu. Still duk melambai-lambai.
Masa tu, aku dah start merungut. Manalah si DZ ni, dah setengah jam aku tunggu tapi still tak sampai-sampai lagi. Aku teruskan jugak menunggu. Aku pusing ke arah lain. Aku malas nak layan sangat mende-mende dunia macam tu. ha! Tengah-tengah duk menunggu tu, bunyi mengilai pulak. Aku buka henset, tengok dah pukul berapa. Erm. Masa tu, baru je pukul sebelas lebih, nak dekat sebelas setengah. Aku buat dek je. Aku tak tahu sama ada yang si Kapel dua orang tu dengar ke tak hilaian antu tu. Aku memang dah menggelabah. Tapi aku biar aje. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku.!
"dia" tak dukung anak macam ni pun.

Tak lama lepas tu, aku tengok si kapel tu dah nak balik dah. Ah sudah! Tinggallah aku sorang diri menunggu si DZ yang masih tidak nampak batang hidungnya yang mancung tu. Tapi, tak lama sangatlah rasa takut tu. Sebab lepas tu, ada pak guard pergi kat  blok aku tu. Dia tanya aku tunggu sapa, aku jawab tunggu orang. Tak sampai lima minit lepas tu, DZ datang bawak nasik tu. Terus aku cakap, nape lambat sangat? Dah tahap ya Rabbi aku takut tau.! Dia gelak. Dia cakap, Insyallah tak ada apa-apa. Borak-borak sikit, lepas tu, dia balik ke blok dia.

Masa nak naik, jumpa lagi dengan pak guard, terus dia cakap, "untunglah, orang ada suami yang nak hantarkan makanan untuk dia"
Aku gelak. "Mana ada! Kawanlah!"

Entah apa-apa pak guard tu! haha.


p/s: lepas ni, kalau nak turun, kena bawak teman.

Salam Rindu Dari Bumi Malaysia |2|

Hidup ni penuh dengan onak dan duri. Erk. Tak payah nak ber Adam Dan Hawa sangatlah. Dah tahu, kalau bab bermukaddimah ni, fail, pergi bermukaddimah jugak. Nak cakap, straight to the point aje. Kan senang.

Tetiba malam ni terasa rindu dengan makhluk-makhluk Allah kat bumi Anbiya' sana. Terus rasa macam nak buat satu entry untuk diorang. Rasa rindu yang teramat sangat.
Anah, Mirul, Muiz, Zue.
 mirul dan muiz. (muiz: tak payah nak bulat sangatlah mata tu)
 zue
anah

Entry ni sebenarnya kesinambungan (wah! ayat takleh blah!) daripada Salam Rindu hari tu. Tetiba rasa rindu giler kat budak-budak ni. 

Selamat menyambung pelajaran, kawan-kawan. Saya tahu, saya jauh dari awak semua. Tapi tak bermakna doa saya tak sampai. Awak semua selalu kat hati saya. Ingat tu.!

selamat berjaya, kawan-kawan. 

Ya Allah, 
perpisahan ini, tanda KAU kasih pada kami.
perpisahan ini,
mengajar kami erti sebuah persahabatan. 
Tak bermakna doa kami tidak sampai meskipun kami jauh. 
Kau kabulkan doa kami agar kami diberi kemudahan dalam menuntut ilmu agama Mu
yang telah kami anuti sejak Azali.

Aamin!



Rindu Awak Semua!=)

Salam Sayang dari Bumi Malaysia.


Bismillahirrahmanirrahim.
T____T
Bumi Malaysia sedang merindui seorang sahabat yang bernama Wan Nur Farhanah. Rindu sangat-sangat.
Okey. Untuk pengetahuan korang, Ahad baru-baru ni, kawan aku yang ni dah selamat bertolak ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab. Sama macam kitorang dulu. Bahasa Arab jugak. Cuma sekarang ni, dia dah further study dekat Jordan. Dan aku di sini. Masih di bumi Terengganu, bumi UNISZA.
Sedih jugak sebenarnya. Sebab aku sambung dalam bidang yang lari terus daripada bidang aku dulu. Dulu bahasa Arab. Tapi sekarang dah tukar ke Sains Sosial. Tak apalah mana-manapun. Yang penting, aku masih tetap berdiri demi sebuah impian menuntut ilmu.
Sebenarnya, aku pun ada impian macam Anah jugak. Nak further study di Jordan, dalam bidang yang sama macam dulu. Tapi, nasib tak menyebelahi aku. Mak aku tak izinkan aku ke bumi  Anbiya' tu. Mungkin ada sebab-sebab yang tersendiri. Hanya Allah yang tahu apa yang terbuku di hati seorang ibu bila dia tak mampu melepaskan aku pergi dan menjejakkan kaki ke bumi Jordan. Tak ada siapa tahu tentang hati seorang ibu. Cuma ibu itu sendiri yang tahu tentang hatinya.

Tak apalah. Impian aku tak pernah terkubur sebenarnya. Sebab aku ada seorang sahabat yang akan mengotakan impian aku untuk melanjutkan pelajaran dalam  bidang yang aku impikan dan pastinya di bumi yang sering aku berimpian untuk berpijak di atasnya.
Maafkan aku, anah. Aku tak mampu kotakan impian aku untuk further study sama-sama dengan mu. Kat tempat yang sama. Tapi, aku titipkan impian tu untuk mung bawak balik segulung ijazah dari bumi Jordan tu untuk aku. Impian aku nak gi sana tak sampai. Tapi aku tahu, mung mampu realisasikan impian aku tu.
Impian menuntut ilmu di Bumi Anbiya' tu tak pernah terkubur sebenarnya. Selagi mampu, aku akan usahakan agar satu hari nanti, aku akan mampu ke bumi Anbiya'. Tak kira bila masa pun. Kalau aku dah bersuami, aku akan ajak suami aku ke bumi Jordan tu. Biar cinta kami makin mekar di sana. Biar kasih kami mengharum di sana. Moga bakal suamiku akan cuba mengotakan impian isterinya kelak.

Buat Wan Nur Farhanah!
Duk kat sana elok-elok tau. Walaupun kita jauh dari awak, tapi kita selalu kirim doa untuk awak. Jasad awak dekat sana, jasad kita kat sini. Tapi, kita tahu, hati kita dekat sangat dengan awak. Dekat sangat, wak!  Tuntut ilmu kat sana, supaya balik nanti anak bangsa kita terbela dan tak terus terjajah. Ilmu agama, kita sama-sama pelihara tau.
Awak janji dengan kita satu benda, jangan bagi kita nangis lagi, tengok awak tinggalkan kita. Kita tau, cinta, kita boleh cari. Tapi awak,kita tak boleh cari dah. Kita ada awak je sebagai sahabat yang selalu ada masa susah dan senang kita. Cukuplah sekali ni je, awak tinggalkan kita jauh-jauh macam ni. Air mata kita tak berhenti lagi dari hari ahad aritu. Janji dengan kita tau. Awak akan tuntut ilmu untuk kita sekali.!



p/s: kena stop cepat-cepat menaip. Sebab air mata aku dah banyak sangat mengalir.

Tua Sangat ke?

Salam lebaran semua..
Baru nak update blog. Sibuk sangat, siapkan rumah yang tak siap-siap. Last-last, aku cat sendiri rumah aku tu. Nak harapkan tukang, memang takkan datang dah. Macam tulah kalau orang melayu meniaga. Mesti ada jugak rasa malas.
Untuk mukaddimah entry ni, aku nak ucapkan selamat hari raya semua. Harap semua tengah bergumbira dengan keluarga masing-masing. Aku pun, macam biasa jer, raya ni. Tambah lagi, demam pulak time-time raya ni. Tak meraya manalah aku.Tapi, apa-apa hal pun, raya tetap raya. Tak boleh tinggal terus. Mende ni datang setahun sekali aje. Tu pun, kalau sempat agi jumpa dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan. Macam manalah agaknya kalau tak sempat.? Bermuhasabah sekejap di situ.
Ok. Dah habis sesi muhasabah.
Kita masuk bab sebenar untuk entry kali ni.
Macam yang aku ada uploadkan gambar hari tu, pasal keputusan sambung belajar. Sekarang ni, aku tengah buat persediaan dah, nak masuk u balik. Tiga hari bulan semilan ni, masuk.Tak tahu macam mana nak cakap. Rasa macam cuak pun ada, risau pun ada, macam-macam rasa dah dekat dalam kalbu ni. *tak boleh belah!
Herm...Medical check up pun aku tak pergi buat lagi. Duit bantuan permulaan belajar pun, baru nak pergi ambik minggu depan. Rasa macam cuak sangat. Macam-macam nak kena pikir masa ni. Aduh..!
Semalam, raya pertama kan? Mesti ramai orang dan sedara-mara datang rumah korang.
Samalah dengan aku pun. Ramai sedara mara yang datang, semalam. Sebenarnya, hari ni pun ramai jugak. Tapi, biasalah, biasanya orang lebih meraikan hari raya yang pertama.
Tengah-tengah duk meraya, ramai-ramai duduk bergalak atas beranda rumah aku tu, tetiba sorang sepupu aku ni tanya, bila aku nak kawen. Haha. Soalan tu berulang lagi lah. Terus aku jawab. "Hotak kau! Aku nak sambung belajar lagi dua minggu lah. Tak main lah kawen awal-awal ni. Bulu pun, tak habis tumbuh agi, kau dah pikir pasal kawen." Terus yang ada atas beranda rumah aku gelak sakan dengar aku jawab macam tu. Maaflah. Aku memang jenis mulut yang tak ada insurans bila duduk dengan sepupu sepapat. Benda-benda macam tu, biasalah keluar bila duduk dengan sepupu aku. Tambah lagi, kalau ada yang laki, yang rapat dengan aku tu. Memang macam tulah jadinya. Mak cik- mak cik yang nak buat saya jadi menantu, mungkin kena pikir berkali-kali. T_T
"Kau ni, asyik pikir belajar aje, bila lagi nak pikir pasal kawen? Kau sambung berapa tahun?" Sepupu aku tanya.
"Empat" Aku jawap.
"Ha! Eloklah tu, esok-esok kau keluar, orang lain, anak dah berderet, kau baru berusaha nak proses anak. Dah tua!" Dia kutuk aku.
"Hoi! Tua sangat ke, umur dua puluh lima tu,bangang?" Aku tanya dia sambil menyekeh sikit kepala dia. 
"Tua ar.! Kalau laki, makin tua, makin mantap, pompuan, makin tua, makin ranap!"
Ceh! Kuajaq!
Satu je aku nak tanya korang sekarang ni, tua sangat ke kalau aku keluar degree nanti, umur aku dua puloh lima? Aku rasa tak pun. Standard orang-orang yang baru nak berumah tangga. Okeylah tu. Aku kawen umur dua puloh lima, dua puloh nam, aku dapat anak, insyallah kalau ada rezeki. haha. jauhnya pikir.
Hm.. Bagi aku , tak adelah tua sangat dua puloh lima dengan dua puloh enam tu. Standard-standard orang baru nak buat anak. haha.
Alah, kalau nak, boleh aje kan kawen masa belajar. Bukan salah pun. Cuma tanggungjawab lebih besarlah kalau aku kawen masa belajar nanti.
Motifnya, nak suruh aku kawen. Alahai, kalau jodoh takkan pergi ke mana. Dia naik basikal pun, sempat punya, aku kejar guna motor tu hah!




p/s: kawen tu bukan sekadar bercinta, berasmara, berkasih sayang. Tapi memerlukan pergorbanan kasih sayang jugak. Mungkin ada hati yang akan luka.

Budak Darjah Satu Punya Standard

Khamis baru-baru ni, aku agak free. Sebab kelas tak banyak sangat. Tak tahu kenapa, hari tu jugak rasa macam tak ada semangat sangat nak meneruskan hidup macam biasa. Macam tak larat sangat aje. Kalau tak silap aku, pagi tu kelas darjah lima. Subjek Tauhid.  Mengajar budak darjah lima, aku pikir senang sesenang makan kacang. Tapi sebenarnya tak pun. Bila mengajar budak sekolah menengah, lain rasanya dengan mengajar budak sekolah rendah. Budak sekolah rendah ni, diorang punya soalan toksah cerita lah. Punya suka bertanya. Satu lagi, diorang suka sangat tanya bab-bab yang tak perlu diorang tanya. Pernah sekali tu, masa aku tengah-tengah mengajar budak-budak darjah lima ni, masa tu bab tugas-tugas malaikat, kalau tak silap aku. Time tu, ada sorang budak angkat tangan. Nak tanyalah tu. Aku fokus pada dia. Aku ingatkankan dia nak tanya pasal apa.
"Cikgu, kalau Rokib dan Atid tu kerja dia mencatat amalan kita, habis tu, kalau kita tidor berdengkur krohh..krohh...diorang catatkan jugak ke kroh...kroh tu..?T___T
 Ada ke soalan macam tu dia bagi kat aku?
"Macam ni. Awak tak boleh pikir sampai ke tahap yang macam tu. Cukup sekadar awak berpegang pada tugas dia yang mana kita tahu, bahawa Rokib dan Atid ni penulis kitab baik dan buruk di kiri dan kanan kita. Awak jangan pernah pikir pun lebih-lebih pasal perkara ghaib macam tu. Semua tu, tugas yang Allah dah amanahkan pada mereka. Dan mereka lebih tahu tentang tugas mereka berbanding kita yang jahil tanpa ilmu agama dan terkadang jahil dengan hasutan dan keinginan kita untuk tahu lebih mendalam tentang tugas para malaikat. Cukuplah sekadar kita tahu bahawa di kiri dan kanan kita, ada malaikat untuk mencatat setiap kebaikan dan setiap keburukan yang kita buat. Jangan pernah pikir lebih-lebih tentang benda ghaib ni. Bila terfikir, anggaplah dan pujuklah hati. Katakan pada hati yang semua ini adalah urusan Tuhan."

Panjang lebar aku bagi ceramah kat diorang. Bukan apa. Takut, kalau tak cakap macam tu, nanti diorang akan pikir lagi. Takut lari akidah diorang nanti.
Budak-budak ini hari, korang jangan main-main dengan diorang. Kalau main-main, jadilah macam yang "debushh" tu.
Tu yang budak-budak darjah lima punya cerita. Macam mana pulak agaknya dengan budak darjah satu?
Kalau tak silap aku, kelas pukul dobelas setengah, aku tengah mengajar akhlak dekat kelas darjah satu. Tengah-tengah duduk mengajar.
"Cikgu, tengok Mirza minum air.!" Jerit seorang daripada pelajar aku. 
Aku yang tengah ralit duduk menulis kat depan tu, terus berpaling dengan muka suci.
"ERR..."
Dan-dan je budak-budak tu tengah minum air. Budak perempuan, ok! Nakal betul budak tu.!
"Mirza, jangan minum air depan kawan awak. Kalau awak tak puasa, pergi kantin, duduk kat situ. Minum. Jangan minum depan kawan awak. Kesian diorang, terliur tengok awak minum."
Dia gelak je. "Kita lupalah, cikgu."
Sebenarnya, bukan aku takut kawan-kawan dia terliur sangat. Tapi, disebabkan ari khamis aritu, memang panas. Toksah citerlah kalau korang tak dahaga tengah-tengah panas tu. Kalau aku, memang akan cari air dah. Tapi ingat lagilah yang masa tu aku tengah pose.
Tetiba, masa tu jugak aku terpikir, sekarang ni, kita minum, ada lagi orang air untuk diminum. Siap ada perisa bagai. Macam mana kalau kat akhirat nanti.? Kat sana, kalau dahaga, sapa ada untuk tolong hilangkan dahaga? Kalau memang dah masuk syurga, lainlah. Boleh minum air daripada telaga kauthar tu. Macam mana kalau Allah tak terima kita untuk masuk syurga. Dan tempat kita, hanya di neraka jahanam!?
Wali nauzubillah!
Moga-moga dengan kehadiran Ramadhan yang berkat ni, mampu membawa kita ke arah yang lebih diredhai oleh Tuhan.

Okeylah. Aku kena out dulu.
Sekian.


haid.air mani. nifas. wiladah.

Lama benar aku tak update blog. Dah bersawan dah aku tengok blog ni. Aku ingat, last aku update masa 13/7 itu hari. Tu pun, cuma upload sebutir gambar berita gembira untuk korang tengok. Cait! Baik tak payah update kalau setakat kau nak upload sebijik gambar! Hey! apasal ni.? Ikut akulah. Ni blog aku. Haha. Tetiba aku emo.
Dah, sambung citer.
Aku dah lama tak update sebab tak ada masa. Masa aku banyak dihabiskan dengan berehat dan bersenang-lenang dirumah, lepas penat seharian mengajar budak-budak kat sekolah. Okey. Untuk pengetahuan korang, aku dah dapat kerja. Mengajar untuk sementara waktu kat sebuah sekolah kat Dungun ni. Okeylah. Daripada tak ada langsung, kan? Kalau nak ikutkan nak gaji tinggi, aku rasa memang tak akan dapatlah. Taraf diploma je kot. So, dah dapat tu, kira okeylah kan. Boleh jugak buat belanja raya.
Mengajar dekat sekolah tu, memang sangat mencabar. Sebab aku mengajar tahun satu sampai lima. Aku ajar Feqah, jawi, arab, tauhid, sirah, akhlak. Semua ikut arab okey. Memang sangat mencabar sebab aku perlu rujuk kamus dan buat revision sikit-sikit sebelum masuk kelas. Kalau bab bahasa arab, aku tak risau sangat sebab yang kena ajar semuanya basic untuk bahasa arab. Tapi, kalau bab-bab feqah, tauhid dengan sirah, aku memang kena buat revision, walaupun sikit. Kena bukak kamus setiap kali nak buat revision sebab main dengan bahasa, memang kena bersahabat dengan kamuslah kan. Insyallah. Aku pun masih baru lagi dalam bidang perguruan ni. So, masih banyak yang aku kena belajar. Lagipun, kita sebgai manusia ni, kena selalu belajar kan? Tak boleh cakap yang kita ni dah banyak ilmu, dah tak payah belajar. Maka, orang yang berpendirian macam tu akan semakin mundur.!
Aku ada story untuk korang ni.Tadi tu, baru mukaddimah je. Citer sebenar, aku tak citer agi.
Okey.
Kalau tak silap aku, minggu lepas, aku ada masuk kelas darjah tiga. Subjek Feqah. Kalau tak silap, bab untuk hari tu, perkara-perkara yang membatalkan wudhu' (hadas besar).
So, sebab-sebab yang membatalkan wudhu mestilah korang dah tahu kan?
antara yang kita tahu, kentut, kencing, berak, sentuh laki dan pompuan yang bukan muhrim, sentuh kemaluan dengan tapak tangan tanpa lapik. Tu kalau bab yang hadas kecik. Kalau bab hadas besar pulak?
pastinya, keluarkan mani dengan sengaja, haid, nifas, wiladah,bersetubuh dan lain-lain lagilah. Korang sendiri pon mesti tahu.
 Nak dijadikan cerita,  tengah-tengah aku mengajar dan menerangkan kat budak-budak kelas tu pasal haid, nifas, wiladah, air mani, dan bersetubuh, datang soalan pertama untuk aku.
"Cikgu, air mani ni, macam mana?" Fatima tanya.
Aku blurr...
"Er..Er.. Macam ni. Air mani ni ada pada orang laki. Saya tak boleh terangkan pada awak lebih-lebih. Tapi nanti, awak akan belajar lagi dalam sains. Tapi bukan untuk tahun tiga. Awak tunggu. Nanti awak akan paham."
Kelas diam. Semua mata masa tu tengah pandang aku. Aduhai! 
Aku buat-buat belek buku. Aku bukan tak nak terang detail pasal mende ni sebenarnya. Tapi, budak-budak ni macam tak sampai tahap lagi nak kena terangkan lebih-lebih. Sebab darjah nam sendiri pun, tak paham lagi pasal mende ni semua.
"cikgu, haid tu keluar ikut mana?" Haris tanya pulak.
Lagi emas dia punya cepu soalan tu.
"hmm.. Haid ni, keluar ikut kemaluan wanita. Bagi pompuan, bila darah haid dah keluar, dia dikira dah baligh. Kalau dia buat dosa tak tutup aurat, walaupun mak dia dah tegur, dosa tu, dia akan tanggung sendiri. Paham?" 
Semua angguk macam tukul yang dihentam pada besi.
Baru je aku nak start mengajar balik, ada pulak yang angkat tangan. " Cikgu, tadi cikgu kata darah wiladah ni, darah yang kuar sama-sama dengan baby kan? Macam mana darah tu kuar. "Debush" macam tu ke?" haha.! "Debush"! sound effect yang aku tak pernah terpikir pun. haha. sekarang ni pun aku rasa nak tergelak lagi. Ada ke debush macam tu.
Aku tak jawab. Aku cuma cakap, "balik nanti, tanya ibu, macam mana dia bunyi. Cikgu tak kawen lagi, cikgu tak tahu sangat dia bunyik macam mana.".haha

Baru je nak start mengajar balik, loceng dah bunyik.
Banyak sangat soalan. Bab yang sepatutnya habis dalam masa setengah jam, tak sempat nak habiskan. So, terpaksalah aku sambung esoknya.
Balik daripada sekolah petang tu, aku still boleh tergelak sorang-sorang bila teringat balik macam mana budak tu boleh tanya pasal "debush" tu. haha.


p/s: budak-budak zaman sekarang matured giler kot. Boleh pikir mende yang aku sebagai cikgu ni tak pernah terpikir.

Bila Aku nak Kawen?

"Niesaa', kawan-kawan kita ramai dah yang nak kawen? Hang bila lagi?"
Persoalan yang ditimbulkan tiba-tiba oleh seorang kawan aku yang dah bertunang. Tengah-tengah duk berfacebook dua tiga hari lepas, aku ditegur oleh seorang kawan aku yang nak kawen dah hujung tahun ni dekat chat..
Bila dia tanya macam tu, aku tanya dia balik, "Kau dah tak sabar nak tengok aku naik pelamin ke?"
Dia jawab."Tak sabar sangat. Sebab kawan-kawan kita ramai dah yang kawen, nak kawen, bertunang. Erk.. Macam mana nak kawen, kalau aku sendiri semayang subuh pukul tujuh pagi? Aduh..!
Hmm.. Ini bukan soalan cepu mas ni, ni soalan cepu dan otomatik aku akan jadi cemas.
Okey. Soalan ni memerlukan jawapan yang dapat meyakinkan kawan aku tu, kenapa aku tak nak kawen lagi buat masa ni. Tak boleh jawap tak sampai seru lagi, sebab dah ramai yang seru suruh aku kawen. Lagi satu, jawapan tu dah lapuk sangat dah.
Aku jawab.
"Aku bukan tak nak kawen. Tapi sekarang ni banyak tanggungjawab aku pada keluarga yang aku tak setel lagi. Mak aku okey aje kalau aku nak kawen sekarang ni, tapi aku pulak yang kena pikir, mak aku susah-susah hantar aku belajar sampai u, senang-senang aku lepas belajar nak kawen terus. Kononnya nak elak maksiat. Maksiat ni, tak kawen pun kita boleh elak, bukan.? Banyak yang kita boleh buat untuk elakkan daripada maksiat. Lagipun, aku baru je habis diploma. Aku nak sambung belajar lagi." Aku jawap macam tu kat kawan aku tu. And then, terus dia tak reply.
********************************

Sekarang ni, ramai jugak orang yang mempersoalkan bila aku nak kawen. Sedara-mara aku memang takkan tanya sebab kami ni dari kalangan orang yang sangat mementingkan tahap pelajaran anak-anak.
Aku rasa, dah dekat berpuluh-puluh orang tanya aku bila aku nak kawen. Kadang-kadang sampai tak tahu dah nak jawap macam mana. Tolonglah. Saya tak menghabiskan diploma untuk kawen, okey.
Kalau nak ikutkan, ramai kawan-kawan tahu pasal aku dan Encik Sayang. Tapi aku tak naklah sampai memaksa dia untuk masuk minang aku sedangkan dia punya duit still tengah kumpul. Baru ni saje, duit dia habis adik dia pinjam sebab nak kawen. Ada jugak aku tanya, "abang bagi duit kat adik abang sebab dia nak kawen.Habis tu, bilanya time kita nak kawen pulak.?"
Korang tahu dia jawap apa? " Alah. Bukan adik abang tu tak bayar. Abang pun, tak bagi duit abang tu semua kat dia. Ada lagi yang abang simpan tu. Cuma tak cukuplah kalau mak sayang mintak lima puloh ribu untuk duit hantaran nanti. Kasi abang masa untuk kumpul duit dalam dua tiga tahun lagi, ya? Sayang pun, kena sambung belajar dulu. Lepas kawen nanti abang tak nak dengar, sayang baru terasa nak sambung degree. Lain citerlah kalau sayang nak sambung master."
Okey! Sambung belajar. Siap suruh sambung master. Letihnya aku dengar. Keh keh keh.
Sebab kenapa aku rasa aku masih tak mampu nak menyempurnakan suruhan agama yang satu ni, aku nak bantu mak aku dulu. Dah berpuluh-puluh tahun dia berkorban untuk aku adik beradik menamatkan pengajian kat institusi kami tu, takkanlah senang-senang aku nak kawen lepas belajar. Aku kena setel banyak mende lagi sebelum melangkah ke alam perkahwinan tu. Nak kawen ni, bukan untuk sehari dua, semalam dua. Kalau boleh kita nak hidup sampai akhir masa dengan seorang lelaki yang bergelar suami ni. Disebabkan tulah, aku rasa, aku masih tak sesuai untuk menjadi seorang isteri. Sebab aku tahu, aku masih dalam proses untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri yang bukan hanya ketika di tempat tidur, tapi untuk sentiasa ada ketika suami susah atau senang.
Menyempurnakan agama bagi aku adalah bukan satu perkara yang senang sesenang mengopek kacang ketika menonton citer blue. Keh keh keh. Tapi memerlukan banyak sangat pengorbanan.
Mak aku pernah cakap. Orang tua-tua dulu cakap, kalau kawen, masuk tahun kedua dan ketiga, kita kena mempersiapkan diri dari semua sudut. Sebab masa tu nanti, akan datang macam bagai dugaan untuk kita. Masa tu nanti, hanya orang yang mempersiapkan diri dengan persiapan yang rapi je mampu untuk menepis pelbagai dugaan tu.



p/s: kawen tak sesenang yang disangka. Jangan pikir nak jimak je. Kehkehkeh.

Dulu dan Sekarang dah banyak yang berubah.

Ini hari, ada mood sikit nak buat satu entry. Sebabnya, tadi, masa budak-budak nak pergi mengaji, aku dapat satu idea. So, terima kasihlah pada mak sedara aku yang ajar mengaji untuk budak-budak ni. Sebab secara tak langsung, bila budak-budak tu lalu ikut rumah aku, dan-dan je dapat idea nak buat satu entry malam ni.
 Tengah-tengah aku duduk menyembang dengan aiman tadi, ada anak sepupu aku lalu depan rumah aku. Tak tahu kenapa, dia pandang aku lain macam. Dia ni umur lebih kurang dobelas tahun. Darjah enamlah kirenya. Aku rasa, dia pandang aku lain macam sebab dia kagum  dengan kecantikan aku yang asli ni. Di tambah lagi dengan aku yang pakai tudung bawal kaler pink, tadi. Memang cantik ar! Keh keh keh.
 Aku rasa, sebenarnya dia pandang aku macam tu sebab dah lama dia tak tengok aku pakai tudung bawal. Biasanya, kalau dekat rumah, aku hanya akan pakai tudung arini. Nak kuar dari rumah, senang sikit. Kalau dengan tudung bawal, letak merata sikit, dah berkedut. berkedut saje tak apa jugak. Ini tak. Bila dah berkedut, kalau pakai balik, konfem dia akan jadikan muka aku macam orang giler. haha. Macam orang giler yang tak nyempat nak makan.
Okey. Dah, gelak sekor-sekor.  Berbalik pada topik asal kita, okey.
Sekarang ni, aku peratikan, ada dua, tiga benda yang sangat membezakan budak-budak dulu dengan budak-budak zaman sekarang. Dua, tiga ke? Banyak kot. Nantilah aku try citer.

Okey. Diantara perkara yang sangat membezakan budak-budak zaman dulu dengan budak-budak zaman sekarang ialah, pakaian diorang. Yang aku dapat tengok. Kalau dulu, masa zaman aku kecik-kecik dulu, kalau nak pergi mengaji, mesti kena pakai baju kurunglah. WAJIB ok! Wajib pakai baju kurung. Kalau tak pakai, kompem kena marah dek mak sedara aku tu. Lagi satu, zaman aku mengaji dulu, kalau pergi mengaji tak pakai baju kurung, kebaya, dan lain-lain, maka korang akan dipandang dengan pandangan yang sangat pelik. Dari mula-mula korang duduk kat tempat korang tu, sampai korang balik, habis mengaji.
Budak-budak zaman sekarang, aku perati, ramai yang suka pakai t-shirt muslimah bila nak pergi mengaji. Mungkin senang sikit bagi diorang. Lagipun, sekarang ni banyak sangat kes culik-menculik. Untuk keselamatan, aku rasa budak-budak ni better pakai seluar dengan t-shirt bila nak pergi mengaji. Senang nak lari masuk dalam semak. Kalau pakai baju kurung, mana nak angkut al-Quran tu lagi, nak angkat kain baju kurung lagi. Jadi, kalau adik aku yang perempuan tu nak pergi mengaji pun, aku galakkan dia pakai seluar je.

Selain daripada baju kurung dan seluar, perbandingan yang aku boleh buat antara zaman aku dengan zaman sekarang ni, adalah tudung.
Sekarang ni, aku tengok anak-anak sepupu aku, adik pompuan aku tu lebih senang ke sekolah. Pakai tudung yang awning kat depan tu je, terus dah boleh pergi sekolah. Kalau zaman aku dulu, zaman aku sekolah dulu, tak kiralah, nak pergi mengaji ke, nak pergi sekolah ke, wajib pakai tudung yang dua lapis tu. Jenis aku ni pulak, tak kesah kalau tudung tu tak muncung ke, bulat ke, bersepah-sepah kat depan ke, aku pergi je sekolah. Apa aku kesah? Bukan nak pergi melawa pun. Nak pergi belajar. Tapi, naik darjah enam, bila kawan dah ramai sikit, aku punya akal ni, dah boleh up sikit. Tengok orang pakai tudung cantik-cantik, aku terus belajar cara nak pakai tudung jadi muncung-muncung kat depan. Siap kawan aku ajar lagi, kalau nak kekalkan kemuncungan tudung aku tu, titik lilin sikit kat depan. pastu gosok. Bantai, aku nak buat malam tu, tapi akak aku marah. Dia pun buatkan. Oh, rupanya bukan titik lilin tu, tapi gosok sikit. Bila dah gosok tu, baru jadi elok aku punya tudung. Dan esoknya, bila aku pergi sekolah, ada pulak kawan aku yang betul-betul titiskan lilin pada tudung tu. Apa lagi. memang keras yang tahap Ya Rabbi lah. Hadui! Tak apalah. Yang penting, tudung aku tu dapat diselamatkan oleh kakak aku. Kalau tak, tudung aku tu akan jadi senasib macam tudung kawan aku tulah.
Tapi, ini ari, budak-budak dah tak rasa mende tu semua. Sekarang ni, semua mende jadi senang. Itu sebablah kadang-kadang ada sesetengah budak yang nak senang dalam semua kerja. Masa zaman aku kekecik dulu, awning tudung bagai ni, tak wujud pun. Yang wujud, tudung bawal. Tu pun, masa zaman aku tu, tak kesah sangat. Kalau nak pergi mengaji, tudung warna merah, baju warna hijau dah boleh jalan pergi mengaji. Aku perati, budak-budak sekarang, tudung wajib matching sama baju. Kalau tak, tak nak pergi mengaji. Ada ke macam tu pulak?




p/s: waktu mampu mengubah tradisi hidup manusia, bukan?

Terima Kasih, Ibu!

13 Mei baru ni, ramai orang sambut hari ibu, kan? Aku pun ada wish jugak kat Puan Emak itu hari. Dah besar rupanya anak-anak mak. Hikhik. Tu ayat mak aku.
Okey. Tak nak citer panjang-panjang pasal hari ibu. Erm..Tapi, kalau nak citer jugak, takpe kan? Ahaha.
Seriously, ada jugak aku menangis, masa hari ibu hari tu. Masa tengah sibuk-sibuk masak, mak ada cakap, along ada bagi duitkat dia. Aku jadi tertanya-tanya, macam mana along boleh bagi duit kat mak, sedangkan gaji dia tak masuk lagi? So, mak aku cakap dia advance kat pejabat sementara dapat gaji sebenar. Takpelah. Gaji dia saje, dah dekat tujuh ribu.  Tetiba, mak nangis. Ah, sudah! Aku tanya mak, kenapa nangis? Mak aku cakap, "sedar tak sedar, anak-anak mak dah besar. Dah mampu beri duit kat mak. Mak rasa, baru semalam mak suapkan nasi untuk korang semua. Macam baru semalam, mak tengok along jatuh basikal. Tapi mak lupa sebenarnya. Anak-anak mak dah besar hari ni. Macam baru semalam, mak tengok korang makan ubat masa demam. Macam baru semalam mak tengok korang baring depan tv ramai-ramai. Rupa-rupanya hari ni, anak-anak mak dah besar."
Masa tu, seriusly, aku pun nangis. Hati perempuan, bhai! Korang yang jantan pun, kalau ada hati dan jiwa, mestilah nangis jugak kan, kalau tengok mak korang nangis macam tu. Aku terus peluk mak aku. Inilah, hasil titik peluh mak. Inilah dia hasil air mata cinta mak pada arwah ayah.

Dan, korang tahu tak, 13 Mei kita sambut hari ibu, kan? Pada 14 Mei pulak, cukup 16 tahun arwah ayah pergi meninggalkan kami adik-beradik. Seriously, sekarang, aku tengah menangis.Oh..Air mata ni tiba-tiba jadi macam air hujan. Dan mencurah-mencurah.

Untuk Arwah Ayah. RAMLI BIN OTHMAN.

Inilah anak, hasil benih yang kau semaikan pada ibu.
Inilah anak yang tidak sempat kau belai dengan kasih sayang dek kerana tidak sabar untuk bertemu Tuhan kita.
Inilah anak yang kau tinggalkan ketika usiaku baru mencecah umur lima tahun.
Inilah anak yang menyaksikan pemergianmu, malam itu.
Inilah anak yang kau tinggalkan sebelum sempat kau lihat, aku mampu mengenal a.b.c.
Inilah anak yang ketika usia kecilnya, menangis melihat orang lain punya ayah.
Inilah anak, yang suatu ketika dulu, sentiasa bercerita pada kawan, seolah-olah ayah masih ada.
Inilah anak yang masih setia menangis. Menangis kerana rindukan seorang lelaki yang bergelar ayah kandung.
Inilah anak, yang menangis apabila terpandangkan potret perkahwinanmu dengan ibu!
Inilah anak yang sentiasa membentak di hatinya, bila terlalu rindu!

Ayah!
Aku tahu, Kau sedang melihat aku menangis. Maafkan aku, ayah! Aku tidak lagi dapat membendung rindu aku padamu!
Hati ini rindu, ayah.
Rindu padamu!
Sedar tak sedar, sudah menginjak ke angka 21 tahun anakmu ini, ayah.
Kau tidak sempat melihat aku membesar. Kau tidak sempat menciumku, sewaktu aku mula-mula masuk ke darjah satu. apatah lagi ketika aku bergembira menerima berita diterima masuk ke universiti.
Kejayaanku hari ini, hadiah untukmu, ayahku!




p/s: macam mana sayang sekalipun aku pada ayah, Tuhan lagi sayangkan dia.

ALFAATIHAH.

|Biarkan Dia Bahagia| part 5


                Sarah ralit memerhatikan anaknya yang sedang menyusu badan.
                Begitu juga dengan Mak Nab.
                Dia ralit melihat Sarah yang asyik dengan bayinya. Dan tidak dinafikan, Sarah kelihatan semakin cantik dan ayu setelah melahirkan anak.
                Setelah anaknya selesai menyusu, Sarah menyerahkan bayinya kepada Mak Nab. Mereka sedang menunggu Mizi yang keluar bertemu dengan doctor, untuk menanyakan tentang bila Sarah boleh balik dan berpantang di rumah.
                “Dia dah kenyang agaknya, mak. Dah tolak dah ni.” Beritahu Sarah pada Mak Nab.
                “Hmm.. Dah kenyanglah tu.” Mak Nab mengiyakan kata-kata menantunya, lantas mencium ubun-ubun bayi itu.
                Mereka saling berbalas senyuman.
**********************************************
                “Macam mana, doctor? Bila saya boleh bawak balik isteri saya?” Tanya Mizi pada doctor yang member isyarat, mempersilakan Mizi duduk.
                “Macam ni, Encik Tarmizi. Puan Sarah perlu kami tahan di wad dalam sehari dua lagi. Sebab, sebenarnya untuk pengetahuan Encik Tarmizi, ini adalah kali kedua Puan Sarah tumpah darah. Kami bimbang bakal terjadi komplikasi yang kita tidak mahu, kalau kami tak lakukan pemantauan yang berterusan dalam sehari dua ini. Kami harap Encik Tarmizi faham.” Berat untuk doctor itu memberitahu tentang perkara itu. Tapi, demi keselamatan Sarah, dia sebagai doctor panel kepada Sarah terpaksa memberitahu juga perkara itu kepada Mizi.
                Mizi terperanjat.
                “Sarah pernah tumpah darah sebelum ni? Maknanya, Sarah pernah mengandunglah, sebelum ni, doctor?” Tanya Mizi bertalu-talu.
                Kedengaran doctor tersebut mengeluh panjang.
                “Ya, Encik Tarmizi. Sebenarnya ni kali kedua Puan Sarah mengandung. Tapi Puan Sarah keguguran masa kandungan pertamanya. Saya tak tahu kenapa dia keguguran. Kalau nak cakap rahim dia tak kuat, dia sangat sihat. Mungkin ada sebab lain, yang Puan Sarah tak bagitahu kepada saya, sebagai doctor panel keluarga Encik Tarmizi.” Terang doctor tersebut.
                Mizi menarik nafas dalam-dalam. ‘Sarah. Kenapa buat macam ni?’
                “Kalau macam tu, tak apalah, doctor. Saya keluar dulu. Saya nak pergi tengok isteri saya.” Mizi menghulurkan tangan dan bersalaman dengan doctor itu.
                “Terima kasih banyak-banyak, doctor.”

****************************
                “Sarah, kalau abang tanya, Sarah jawab dengan jujur, boleh?” Mizi duduk dikerusi di sebelah katil Sarah.
                “Ada apa, bang?” Sarah senyum sambil membelai pipi Mizi.
                Mizi memegang tangan isterinya. Dia akui, dia asyik dengan kelakuan isterinya itu yang sangat suka memanjakannya.
                Mizi mengeluh panjang.
                “Sarah pernah gugur sebelum ni?” Mizi straight to the point, bertanya.
                Mak Nab tersentak.
                Semua yang ada di bilik itu, Fairuz, Mak Nab, Pak Ahmad dan Sheila, buntang mata mereka memandang Sarah. Yang mereka mereka ingin dengar sekarang adalah jawapan daripada Sarah.
                Sarah tunduk.
                “Jadi, doctor dah bagitahu abang pasal semua tu? Baguslah. Lepas ni, Sarah boleh pergi dari hidup abang dengan aman. Tak akan ada lagi rahsia antara Sarah dengan abang. Sarah harap, abang ampunkan Sarah.” Tenang Sarah menarik nafasnya. Lega.
                “Sarah! Abang nak Sarah jujur! Bukan pergi dari hidup abang! Abang takkan lepaskan sayang! Abang dah cakap, abang mintak maaf sebab abaikan sayang selama ni. Berilah peluang kedua pada abang untuk buktikan cinta abang pada Sarah.” Mizi mengenggam tangan Sarah.           
                Sarah tunduk. Ada mutiara pada tubir matanya. Ya! Hari ni, dia terpaksa menceritakan segalanya kepada suaminya tentang siapa sebenarnya Hana. Bukan ingin mengaibkan. Jika boleh, dia tidak ingin siapapun tahu tentang rahsianya itu. Tapi kini, dia tersepit. Dia terpaksa menceritakan segalanya.
***************************
                “Kau bahagia dengan Mizi?” Hana bertanya kepada Sarah dengan sinis.
                “Dia suami aku yang sah, Hana. Segala kelebihan dan kekurangan dia, aku terima dengan redha. Moga Allah berikan kami kekuatan.” Jawab Sarah sambil tersenyum.
                Dulu Hana temannya. Tapi dek kerana Mizi, Hana menganggapnya sebagai musuh.
                Sebenarnya dia ingin mengelakkan  diri daripada bertemu Hana pada waktu itu. Dia ingin cepat sampai ke rumah. Ingin memberitahu pada Mizi bahawa di dalam rahimnya, ada segumpal darah daripada benih Mizi.
                “Kau tak pernah rasa bersalah, kan? Kau tak sedar ke, dah lama Mizi tu hak aku?” Hana meninggikan suaranya. Mujurlah meja yang mereka duduki agak tersorok daripada pandangan orang lain.
                “Kau masih tak boleh terima kenyataan yang Mizi dengan kau dah tak ditakdirkan untuk hidup bersama?” Tanya Sarah.
                “Sebab kau yang menghalang, Sarah. Kau penghalang kepada hubungan cinta kami. Aku tak sangka, kau sanggup rampas Mizi daripada aku!” Tengking Hana.
                Sarah diam.
                “Dahlah, Hana. Aku tak nak gaduh dengan kau.” Sarah bangun untuk ke kereta. Dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah.
                Sedang Sarah berjalan ke kereta, dia tidak sedar, Hana datang dari belakang.
                “Aku belum habis dengan kau!” Hana menengking.
                Semua mata yang ada di dalam restoran itu memandang mereka.
                Sarah berhenti. Dia berpaling ke arah Hana.
                “Hana, aku datang sebab kau cakap nak bincang sesuatu. Tapi, aku tak sangka, kau suruh aku datang sini semata-mata sebab nak bergaduh macam budak kecik. Be professional, Hana. Kita dah dewasa. Bukan budak-budak. Zaman kampus, dah habis. Sekarang, kau sepatutnya terima kenyataan yang kau tak ada jodoh dengan Mizi. Kau anak orang kuat agama, bukan macam aku. Kau sepatutnya pikir dan jadi matang. Kau kena terima, semua ni qadha dan qadar Tuhan untuk aku, kau dan Mizi. Kau kena terima yang jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Aku, kau dan Mizi tak ada hak nak halang qadha dan qadar Tuhan tu.” Ada nada kekesalan pada suara wanita itu.
                “Kau memang dah melampau!”
                Hana menengking, lantas menolak Sarah ke dinding. Sarah tidak dapat mengimbangi tubuhnya. Dia tercampak ke dinding dah rebah.
                Hana tersenyum, dan ada senyuman sinis pada bibirnya. Seketika kemudian, senyuman sinisnya bertukar kepada muram.
                Hana berlari dan pergi dari situ.
                Sarah cuba untuk bangun. Terasa sakit pada ari-arinya. Dia memegang perutnya yang terasa sengal dan sakit.
                Seorang pelayan restoran bergegas mendapatkannya dan membantunya untuk bangun.
                “Akak tak apa-apa?” Tanya pelayan restoran itu. Noni namanya. Sarah dapat melihat pada tag nama yang di pakai oleh gadis itu.
                Sarah mengangguk. Dan cuba untuk bangun.
                “Kak…” Kata Noni. Matanya buntang ke arah kain yang di pakai oleh Sarah.
                Sarah memandang ke bawah. Sakit pada ari-arinya semakin menjadi-jadi.
                Orang ramai yang ada di dalam restoran cuba menghulurkan bantuan padanya.
                “Puan, jangan tidur. Dengar saya cakap. Saya seorang doctor. Puan jangan tidur. Paksa mata puan untuk tak tidur. Sekarang puan tumpah darah. Kami akan bawak puan ke hospital. Puan kuatkan semangat ya!” seorang lelaki datang kepadanya dan cuba membantu.
                Air mata Sarah tidak berhenti. Dia ikut apa yang doctor katakan padanya. Dia akan kuat demi Mizi.
                Doctor itu mencepung tubuh Sarah yang berlumuran darah pada bahagian kainnya.
*******************************************
                Semua yang ada di situ mengalirkan air mata mendengar Sarah menceritakan tentang keguguran kandungan pertamanya.
                Mizi gamam mendengar cerita daripada Sarah. Tidak dia sangka, rupanya Hana bukanlah sebaik yang di sangka.
                “Abang mintak maaf, sayang. Abang tak sangka, sebab abang, sayang lalui macam-macam dugaan. Sebab abang, sayang terpaksa harung pahit getir hidup sorang-sorang. Ya Allah, ampunkan aku! Aku dah abaikan seorang isteri sebaik dia.”
                Basah tangan Sarah dengan air mata Mizi. Dia cuba memujuk Mizi.
                “Abang, dahlah tu. Janganlah macam ni. Sayang tak ada apa-apa pun ni. Sayang dah sihat. Abang janganlah risau sangat.” Pujuk Sarah sambil mengusap pipi Mizi.
                “Maafkan abang, sayang. Abang dah abaikan sayang terlalu lama.” Pinta Mizi.
                Semua yang ada turut menitiskan air mata.
                Baru mereka tahu, selama ini bukan satu pengorbanan yang telah Sarah berikan terhadap Mizi. Bahkan, terlalu banyak. Sehinggakan nyawanya di hujung tanduk, dia masih kuat untuk mempertahankan cintanya pada Mizi.
**********************
                “Sayang janji satu perkara dengan abang.” Pinta Mizi secara tiba-tiba setelah dia memanggung kepalanya.
                “Apa dia, bang?” Tanya Sarah, masih mengusap pipi Mizi.
                “Sayang janji yang sayang tak akan tinggalkan abang untuk hari ni, esok dan selamanya. Biar nyawa saja yang pisahkan kita. Abang janji, abang tak akan aniaya sayang lagi.” Janji Mizi dengan linangan air mata.
                “Ya, bang. Sarah janji.” Sarah menggenggam tangan Mizi lantas di kucup bertalu-talu. Air matanya, usah dikira. Mengalir seperti air sungai.
                Diam.
                “Abang, sayang tanya sesuatu, boleh?” Tanya Sarah.
                “Boleh sayang.”
                “Macam mana dengan Hana? Bukan ke, abang dah janji dengan dia yang abang akan kahwin dengan dia?” Tanya Sarah, tulus.
                “Abang kena tipu, sayang. Selama ni,dia tak pernah putus dengan bekas tunang dia dulu. Diorang masih kekal bersama. Entahlah, abang tak faham dengan perempuan tu. Sayang yang pernah jadi kawan baik dia sendiri pun, susah nak faham pasal dia, ni kan pulak abang.”
                Sarah mengeluh.
                ‘Hana masih belum berubah.’ Detak hatinya.
*********************************
                “Abang, Hana nak jumpa abang kejap.” Hana yang masuk secara tiba-tiba ketika Sarah sedang bersiap-siap untuk pulang berkata.
                Mizi yang sedang memangku bayi mereka berpaling.
                “Ada apa, Hana? Aku ingatkan kau ada di Bali lagi. Kau cakap, kau ke Bali sebulan. Dahlah, Hana. Pergi balik.” Suruh Mizi, tanpa memandang wajah Hana. Dia asyik dengan bayinya.
                Sarah pula, hanya mampu memandang. Dia tahu suaminya. Mizi tidak akan pergi, jika dia kata dia tak nak pergi.
                “Hana nak bincang pasal kita.” Kata Hana.
                “Kat sini saje.” Tegas nada suara Mizi.
                “Abang tetap akan bersama dengan perempuan yang pernah rampas abang dari Hana ni?” Tiba-tiba Hana meninggikan suaranya.               
                Sarah mengangkat mukanya. Sampai hati Hana berkata begitu. Dia terluka dengan kata-kata Hana.
                “Ya. Dia seorang isteri yang sangat setia tunggu aku. Dia seorang wanita yang tak pernah berhenti mencintai aku sejak dulu. Kau? Kau hanya permainkan aku. Aku pulak bodoh. Entah syaitan apa yang hasut aku, sampai sanggup tinggalkan isteri sebaik Sarah Humaira’ semata-mata sebab betina tak sedar diri macam kau!” Tengking Mizi.
                “Abang! Sampai hati abang cakap macam tu!” Hana mula semakin meninggikan suara.
                “Dahlah tu, bang. Hana. Tak elok gaduh-gaduh dekat sini. Malu, kalau orang dengar.” Sarah merapati Mizi. Dia mengusap belakang Mizi, cuba menenangkan Mizi.
                Hana cuba mendapatkan Sarah. Dia semakin hilang sabar apabila melihat kelakuan Sarah itu. Dia tidak boleh terima jika Sarah dan Mizi kembali bersatu.
                “Kau memang dah melampau!”
                Mizi menyerahkan bayi mereka pada Sarah. Dia perlu melindungi Sarah. Sarah berundur ke belakang dan rapat ke dinding. Dia tiba-tiba rasa gerun. Bimbang Hana akan mengapa-apakan anak mereka. Bimbang jika Sarah sekali lagi akan  mencederakannya.
                Wajahnya pucat.
                “Hana! Kau jangan sentuh isteri aku! Kau sepatutnya terima semua ni sebagai qadha dan qadar Tuhan. Bukan melepaskan amarah pada orang yang tak bersalah. Sepatutnya kau sedar. Bukan Sarah yang rampas aku daripada kau. Tapi kau yang rampas aku dari dia. Masa aku kahwin dengan dia, kita tak pernah ada apa-apa ikatan. Bahkan kau sendiri bertunang dengan orang lain masa tu. Kau mainkan aku. Dia tak rampas aku dari kau. Tapi kau. Kau yang rampas aku dari dia. Aku suami dia. Kau datang pada aku selepas kami punya ikatan yang sah. Kalau dia nak buat macam apa yang kau buat pada dia dulu sampai hari ni, boleh. Sebab dia punya hak atas aku. Tapi dia sanggup berundur, sebab dia anggap kau sebagai kawan dia.
                Tapi hari ni, aku dah sedar. Siapa intan, siapa pulak kacanya. Maaf, Hana. Dah berkali-kali kau mainkan aku. Kau baliklah. Baliklah pada tunang kau. Aku dah serik, berkali-kali kena tipu. Kali ni, aku tak akan sia-siakan isteri aku yang sah lagi.” Mizi berpaling.
                Seketika kemudian, terdengar hempasan pintu wad. Mereka tahu, Hana sudah pergi.
                Sarah teresak-esak. Ketakutan. Takut anaknya akan diapa-apakan.
                Mizi terus memeluk isterinya.
                “Shhhhh…. Dah, jangan nangis lagi, sayang. Abang dah cakap, yang abang takkan tinggalkan sayang. Jadi, abang takkan tinggalkan sayang untuk selamanya.

                Mereka pulang ke rumah ibu Mizi.
                Sampai sahaja di rumah, mereka di sambut dengan gelak tawa daripada adik beradik Mizi yang excited menimang anak saudara baru. Ucapan tahniah terhadap Mizi juga tidak henti-henti sampai.          
                Sarah dan Mizi membiarkan anak mereka tidur di katil.
                Mereka berehat di depan televisyen, sambil Sarah memeluk dada Mizi. Sambil mereka berbual-bual.
                Sedang mereka asyik, handphone Mizi berdering. Lantas Mizi menjawab.
                “Innalillahi wa in na ilaihi rajiuun.” Ucap Mizi sambil menunduk.
                “Kenapa, bang.” Tanya Sarah setelah Mizi mematikan talian.   
                “Hana dah tak ada.”
                “Innalillahi wa in na ilaihi rajiuun.” Kata-kata itu di ucapkan oleh Sarah pula. “Macam mana boleh…?” Sarah tidak tahu apa yang ingin dia katakan.
                Dia memandang Mizi.  
                “Accident, sayang. Balik dari hospital tadi, dia keluar simpang tanpa berhenti. Lori tak dapat nak elak. Terus langgar. Meninggal di tempat kejadian.” Mizi menerangkan.
                “Kesian dia. Cinta dia tak kesampaian.” Ucap Sarah, perlahan.
                “Kenapa sayang cakap macam tu. Jodoh, ajal dan maut semua pada tangan Tuhan, sayang. Tu yang selalu sayang sebut, kan?” Mizi cuba mengingatkan.
                Sarah diam. “maafkan sayang.” Kata Sarah perlahan.
                Mizi tersenyum, lantas mencium ubun-ubun isterinya.               
                “Sayang jangan merancang tau. Next baby, abang nak tengok perut sayang besar. Kalau boleh, nak tengok sayang pregnant twins.” Usik Mizi sambil mengusap perut isterinya.
                “Abang ni!” Sarah malu. Lantas dia mencubit paha Mizi.             
                Mereka kini bahagia. Memiliki semula cinta mereka.







p/s: cinta bukan perlu di paksa-paksa. redha dengan jodoh, maka kau akan dapat cinta. cinta tak pernah ajar kau untuk lemah. bahkan ia mengajar kau erti kekuatan. bahkan saling menjadi tunjang semasa kau dan si dia rebah tak berdaya.