cerita tentang hati
"Awak. Saya ada masalah. Dia macam nak teruskan hubungan dengan bekas pakwe dia je. saya rasa tak sedap hati." arif meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
Zara tersenyum apabila mendengar Arif meluahkan perasaannya.
"Kenapa awak senyum?" Arif pelik.
"Tak ada apa-apa. Saja."
"Kali ni, masalah apa pulak?"
"Ex-bf dia dah masuk minang dia." Arif terus menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
"So?" Zara terus mengusik.
Dia sengaja mengusik begitu. Dia suka melihat kerutan di wajah Arif.
"Awak ni. Tolonglah saya. Janganlah nak bergurau pulak dengan saya dalam waktu-waktu macam ni!" Tiba-tiba Arif meninggikan suara.
Zara tersentak.
Suasana bertukar sunyi. Zara terasa sedikit kecil hati dengan cara Arif itu.
"Maaf." Zara terus mengucapkan kata maaf. Zara terus berlalu dari situ.
Jujur, dia terluka dengan tengkingan Arif itu.
Dia tahu, mereka baru sahaja kenal. Itupun melalui facebook.
Arif itu kekasih kepada Farina, temannya.
Tapi tanpa siapa pun sedar tentang hatinya, rupanya telah lama Zara menyimpan perasaan cinta terhadap Arif. Cuma Zara tidak ada hak untuk meluahkan perasaannya kepada sesiapa. Apatah lagi kepada Ariff sendiri.
Zara tahu. Ariff tidak pernah punya perasaan padanya. Mereka juga baru sahaja kenal. Baru dua tiga hari mereka saling berhubung. Itupun kerana Ariff punya masalah dengan Farina yang mungkin menduakan dia.
Tapi, dalam masa yang sama juga, Ariff seharunsnya sedar, padahal dia adalah yang terkemudian daripada Aidil.
Dia baru sahaja mula bercinta dengan Farina. Sedangkan Farina telah empat tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Aidil.
Ariff terkejut apabila Zara terus meninggalkan dia di situ.
************************
'Awak tak nak tolong saya ke?'Mesej di skrin telefon di baca berkali-kali.
Zara tidak tahu sama ada dia perlu membalas mesej tersebut atau hanya terus meninggalkan ia begitu sahaja. Cuma, dalam waktu yang sama, hatinya kuat memujuknya untuk membalas mesej tersebut.
Dia diam di situ.
"Kau ni, kenapa? Menung dari tadi lagi." Mira, roomate Zara menegurnya dari belakang. Kebetulan dia lalu di belakang Zara yang sedang asyik bermain dengan pen di tangan, diconteng-conteng sehingga habis dua helai kertas A4 penuh dengan tulisan, tandatangan, kartun bulat-bulat, rama-rama dan banyak lagi. '
Entah apa yang dia menungkan.' Getus hati Mira.
Zara hanya terus mendiamkan diri.
Zara tersentak apabila lagu nyanyian chipmunk pada handphonenya berbunyi.
Dia memandang skrin telefon dan tertera nama Ariff pada skrin itu.
Tanpa banyak perkiraan, dia terus menjawab panggilan tersebut.
Jika dia berkira-kira, maka akan terjadilah soal jawab yang sangat banyak daripada roomate nya itu.
"Awak duk buat apa? Kenapa tak reply mesej saya?" Bertalu-talu soalan datang daripada Ariff terhadap Zara.
"Saya ke bilik air tadi. Ni, baru nak reply mesej awak. Ada apa call saya?" Zara memberi isyarat kepada Mira apabila melihat Mira yang seperti ingin bersuara apabila mendengar dia menipu.
Mira menggelengkan kepala.
"Awak. Saya buntu. Dia macam nak terima je lamaran budak tu." Ariff bersuara.
"Awak betul-betul sayangkan dia?"
"Entahlah. Hati saya macam dah tawar je."
"Hmmm.... Saya rasa, sekarang ni awak tak pasti lagi dengan perasaan awak pada dia. Awak cuma tengah marah." Zara sedikit mengeluh dengan aduan daripada Ariff.
"Entahlah, Zara. Saya tak tahu nak cakap apa."
"Ariff. perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. kita susah nak dapat yang terbaik. tapi berusahalah untuk jadi yang lebih baik. Awak yang kena berusaha."
"Saya dah berusaha untuk dia. tapi dia macam tak nampak pun apa yang saya buat untuk dia." Ariff mengeluh lagi.
"ALLAH tak duga seseorang dengan dugaan yang tak mampu dia lalui. dan awak kena ingat, ALLAH itu Maha Berkuasa. Maha Mengetahui. Awak kena sedar pasal semua tu." Pujuk Zara.
"Hmmm...." Keluh Ariff.
"Okeylah, Ariff. Saya tak solat lagi ni. nanti ada masa, awak mesej jelah. INSYALLAH...ada jawapan, saya reply mesej awak."
"Okeylah kalau macam tu.." Zara mendengar keluhan daripada Ariff, tapi dia pura-pura tidak mengendahkannya.
*************************
YA TUHAN!tolonglah hamba. hamba benar-benar tak kuat dalam menghadapi situasi macam ni..hamba tahu, hamba tak sepatutnya mengharap pada dia, sebab dia dah punya orang lain. tapi hamba tak mampu mengelak daripada semua ini,TUHAN.!
Zara teresak-esak dalam kegelapan. dia tidak boleh tidur. entah kenapa, terbayang-bayang wajah Ariff di matanya.
dia tidak pernah rasa sebegini sebelum ini. cuma sekarang, dia terasa, ada satu rasa yang dia tidak pernah rasa terhadap lelaki, cuma pada Ariff. dan ini adalah yang pertama dia alami.
dalam linangan air mata, akhirnya dia tidur juga.
******************************
seminggu kemudian....."Zara, Rina dah tolak pinangan Aidil."
mesej daripada Ariff dibiarkan dan dipandang kosong.
tidak tahu apa yang harus di taip untuk dihantar semula kepada Ariff. yang dia tahu, hatinya terluka.
tanpa dia sedar, air matanya laju mencurah-curah.
"Tabahlah, hati. jangan bersedih macam ni. ada orang yang lebih baik daripada dia untuk bertahta di kedudukan teratas dalam dirimu."
Zara masih cuba memujuk hatinya sendiri. semua orang yang ada di dalam bas memandangnya pelik. sesiapa yang biasa melihatnya, pasti pelik. kerana dia dikenali dengan seorang yang ceria. tapi sejak seminggu lalu, dia langsung tidak bersemangat untuk senyum dan ceria seperti dulu.
Zara lemah. rupanya orang lain yang memandang memang akan melihat Zara sebagai gadis yang kuat dan ceria. tapi siapa tahu, di sudut hati kecilnya, dia terluka. dia lemah dalam mengawal rasa hatinya.
*************
"Ariff, berbahagialah dengan Farina. saya takkan ganggu awak berdua lagi. saya tahu awak bahagia dengan dia. tambah bahagia bila saya tak ganggu awak lagi. saya tahu dan saya sedar, saya tak mampu jadi kekasih awak. saya cuma boleh bantu awak setakat tu saje. saya pergi dulu. dengan Farina pun, saya takkan ganggu dia dah...saya doakan awak berdua bahagia...awak bahagia dengan dia tau! selamat tinggal..."mesej Zara di facebook di baca berkali-kali oleh Ariff.
telah lebih dua bulan mesej itu berada di inbox facebook nya. mesej daripada Zara. setiap hari, setiap kali dia login facebooknya, pasti dia tidak lupa untuk membaca mesej tersebut..terkadang mengharap kepada keajaiban untuk melihat, ada mesej baru..tapi harapannya sia-sia.
"mungkin inilah yang Zara rasa masa aku buat dia macam tu dulu..." getus hatinya.
kini, dia hidup sendiri. hubungan cinta dia dan Farina sudah putus. bukan kerana apa...farina rupanya tidak pernah putuskan hubungan dengan aidil. Ariff terasa dikhianati.
"Zara. tolonglah online. saya tahu awak rindukan saya. saya pun rindukan awak...walaupun baru kenal, saya tahu, awak adalah cinta saya. saya tak sedar selama ni, saya buta, saya tak tengok rasa cinta awak dari mata suci itu." Ariff merintih sendiri di dalam hatinya.
dalam dia bermenung, dia ternampak Mira, roomate Zara yang sedang online.
terus dia mula menaip mesej.
Ariff muzakir: salam.
miera syada: wsalam. ada apa?
Ariff muzakir: maaf ganggu. saya nak tanya, mana kawan awak Zara tu? dah lama dia tak online..
miera syada: la...awak tak tahu ke? dia memang dah deactivate account fb dia sebab dia tak nak ganggu awak dengan Rina lagi. lepas dia mesej awak hari tu, dia terus tutup account dia.
ariff muzakir: sekarang dia kat mana?
miera syada: sekarang ni study week. dia balik kampung.. dia cakap dia nak tenangkan fikiran.
diam...
miera syada: ariff,kenapa awak buat Zara macam tu?
ariff muzakkir: buat apa?
miera syada: kenapa, bila awak terluka, baru awak cri Zara? selama ni, awak tak nampak ke yang dia simpan perasaan pada awak? knp bila awak susah baru awak nak cri dia?
ariff muzakir: saya tahu...saya salah...saya cari dia pun, sebab nak mintak maaf dengan dia... saya tak sangka dia ada perasaan pada saya..
miera syada: kalau awk dapat dia, awak jagalah dia.jangan hancurkan hati dia.
************************
lima bulan kemudian.....
"Kenapa sayang tak pernah cakap pada abang yang sayang ada hati pada abang dulu?" tiba-tiba ariff bertanya.
"sebab sayang tahu, hati abang bukan pada sayang, tapi pada dia...." ringkas Zara menjawab.
"dan abang janji, abang takkan buat sayang macam tu lagi..." lantas ariff merangkul tubuh isterinya...dikucup dahi si isteri penuh syahdu...
p/s: kadang-kadang kita tak sedar, orang yang kita cari bila kita ada masalah, itulah cinta kita...kadang, kita tak pernah hargai orang yang sentiasa ada masa kita susah..tapi bila dia dah tak ada dan pergi dari hidup kita, baru kita sedar, betapa dia berharga dalam hidup kita...
No comments:
Post a Comment