It’s done!
Done? Apa yang done? Tetibe je…
Actually exam aku untuk sem last ni, dah habis….tekanan memang tekanan…tapi
nak buat macam mana….satu masa, semua orang akan tempuhi mende ni….Alah. tak
payah nak tipu-tipu… semua orang akan tertekan dengan final exam…lain citerlah
kalau korang budak pandai…tambah lagi kalau korang menghafal sekali round jer….
Okey.
Mintak
maaf sangat-sangat kepada mereka-mereka yang telah datang ke blog aku, tapi
tidak dilayan dengan selayaknya. Terima kasih sebab datang. Tu je aku nak cakap.
Disebabkan
exam aku pun dah habis, maka dengan sukacitanya aku nak cakap yang aku sekarang
ni tak ada kerja sangat nak buat. Sekarang ni, aku still ada dekat kampus. Jumaat
ni baru mak aku datang ambik. Alah. Mak aku tu saja je nak bagi aku tension duk
sini lama-lama. Saja nak mendera mental dan fizikal aku. Sebab kat sini aku tak
boleh nak makan banyak-banyak.
Lepas
ni, aku akan kembali merapu untuk korang yang suka datang ke blog aku yang tak
seberapa ni. Tapi bukannya setiap hari, setiap jam aku kena hadap laptop. Tak adalah
sampai macam tu. Kalau ada cerita, banyaklah yang aku rapukan…
“Rapukan?” Hamende tu? Okey. Aku tak dapat nak terangkan kat korang
pasal tu. Hari ni baru aku dapat perkataan tu. So, jangan cari kat google
translate. Memang tak ada.
********************************
Okey.
Sekarang ni aku nak bincangkan pasal apa ya?
Aku rasa aku nak citerkan kat korang pasal laki yang aku minat tu.
Erm…sekarang ni, aku dah tak berhubung dengan lelaki yang aku suka tu. Sebab
aku rasa, aku perlu jauhkan diri aku daripada dia.
Kenapa?
Memang aku bahagia kenal dia, jadi kawan dia, sempat sayang dan sukakan
dia. Tapi aku rasa, aku perlu undur diri. Memang aku sayangkan dia. Tapi siapa
aku untuk bagitahu satu dunia yang aku nak dia punh sukakan aku.? Siapa aku nak
paksa dia untuk sukakan aku. Aku Cuma mampu berterima kasih pada dia sebab
sempat kenal dia walaupun kami dah tak saling berhubung.
Rasa dalam dada ni, Tuhan saja yang tahu, macam mana nak nya aku call
dia, mesej dia. Tapi macam mana nak cakap ek? Aku dah delete semua maklumat
pasal dia.
Serius aku cakap, dia dah tipu aku.
Dia cakap, dia dah putus dengan kawan aku tu. Tapi last-last, kawan aku
tu cakap, nanti nak pergi jumpa dengan mak ayah laki tu.
Ye, betul. Dia nak bersahabat dengan aku. Tapi perlu ke dia tipu aku
macam tu? Cuba cakap jer terus terang dengan aku. Aku tak adalah sampai nak
marah and nak telan dia hidup-hidup. Aku bukan bini dia, nak marah ke, nak apa
ke.
Bila dia buat macam ni, aku jadi hilang kepercayaan kat dia.aku rasa
macam nak lempang dia, sampai dia sedar yang aku ni bukan bodoh sangat. Cuma malas
nak berfikir je. Eceh.
Baru ni, kawan aku tu pulak tipu kami. Lagi lah buat aku bengang. Cuba cakap
betul-betul. Tak payah nak tipu-tipu. Bukan luak pun kalau kau cakap
betul-betul. Ye dak? Ke, kalau kau cakap betul-betul, badan kau sikit-sikit
hilang kena mamah dengan ikan pirana? Apalah kau orang ni. Lain kali cakap
betul-betul. Tak ada aku marah punya.
Kalau marah pun, bukannya aku telan korang. Keh keh keh…
Bila aku marah dia(laki tu), dia dah start panggil aku mangkuk. Cakap aku
kau. Kalau sebelum ni, saya awak. Lepas gaduh pasal “awek > ex-awek >
awek balik” dia tu, terus dia cakap aku kau.
Salah aku ke, kalau aku marah and
kecik ati sebab ada orang tipu aku.? Salah aku ke, kalau aku bengang gile kat
korang yang buat aku macam orang bodoh? Salah aku ke, kalau last sekali aku
cakap, kau orang dua oranglah yang paling bodoh kat dunia ni?
Hah??????
Tetiba. Angin tak memasal pulak aku ni. Okey. Cover-cover.
Last sekali aku cakap kat laki tu.
“ Saya paling tak suke, benci and pantang kalau ada yang menipu saya.!”
Ahahaha… terkejut beruk dia.
Dia Tanya kenapa?
Aku cakap. “ntah. Saya memang pantang kalau orang tipu saya. Tu je. Kalau
awak rasa awak pernah tipu saya, fine!”
Pastu, dia Tanya, apa yang dia tipu?
Aku tak reply. Ahahahaha..buat-buat tidur.
Sekarang ni, untuk dua tiga hari ni, memang aku dengan dia tak berhubung
dah. Aku pun dah delete semua maklumat pasal dia. So, macam mana nak berhubung,
kalau dia yang tak mulakan conversation tu? Hihihihi….
Okeylah. Aku rasa sampai sini dulu. Aku nak pergi usher awek kat facebook
pulak.
No comments:
Post a Comment