Sarah ralit memerhatikan anaknya
yang sedang menyusu badan.
Begitu juga dengan Mak Nab.
Dia ralit melihat Sarah yang
asyik dengan bayinya. Dan tidak dinafikan, Sarah kelihatan semakin cantik dan
ayu setelah melahirkan anak.
Setelah anaknya selesai menyusu,
Sarah menyerahkan bayinya kepada Mak Nab. Mereka sedang menunggu Mizi yang
keluar bertemu dengan doctor, untuk menanyakan tentang bila Sarah boleh balik
dan berpantang di rumah.
“Dia dah kenyang agaknya, mak.
Dah tolak dah ni.” Beritahu Sarah pada Mak Nab.
“Hmm.. Dah kenyanglah tu.” Mak
Nab mengiyakan kata-kata menantunya, lantas mencium ubun-ubun bayi itu.
Mereka saling berbalas senyuman.
**********************************************
“Macam mana, doctor? Bila saya
boleh bawak balik isteri saya?” Tanya Mizi pada doctor yang member isyarat,
mempersilakan Mizi duduk.
“Macam ni, Encik Tarmizi. Puan
Sarah perlu kami tahan di wad dalam sehari dua lagi. Sebab, sebenarnya untuk
pengetahuan Encik Tarmizi, ini adalah kali kedua Puan Sarah tumpah darah. Kami bimbang
bakal terjadi komplikasi yang kita tidak mahu, kalau kami tak lakukan
pemantauan yang berterusan dalam sehari dua ini. Kami harap Encik Tarmizi
faham.” Berat untuk doctor itu memberitahu tentang perkara itu. Tapi, demi
keselamatan Sarah, dia sebagai doctor panel kepada Sarah terpaksa memberitahu
juga perkara itu kepada Mizi.
Mizi terperanjat.
“Sarah pernah tumpah darah
sebelum ni? Maknanya, Sarah pernah mengandunglah, sebelum ni, doctor?” Tanya
Mizi bertalu-talu.
Kedengaran doctor tersebut
mengeluh panjang.
“Ya, Encik Tarmizi. Sebenarnya
ni kali kedua Puan Sarah mengandung. Tapi Puan Sarah keguguran masa kandungan
pertamanya. Saya tak tahu kenapa dia keguguran. Kalau nak cakap rahim dia tak
kuat, dia sangat sihat. Mungkin ada sebab lain, yang Puan Sarah tak bagitahu
kepada saya, sebagai doctor panel keluarga Encik Tarmizi.” Terang doctor
tersebut.
Mizi menarik nafas dalam-dalam.
‘Sarah. Kenapa buat macam ni?’
“Kalau macam tu, tak apalah,
doctor. Saya keluar dulu. Saya nak pergi tengok isteri saya.” Mizi menghulurkan
tangan dan bersalaman dengan doctor itu.
“Terima kasih banyak-banyak, doctor.”
****************************
“Sarah, kalau abang tanya, Sarah
jawab dengan jujur, boleh?” Mizi duduk dikerusi di sebelah katil Sarah.
“Ada apa, bang?” Sarah senyum
sambil membelai pipi Mizi.
Mizi memegang tangan isterinya. Dia
akui, dia asyik dengan kelakuan isterinya itu yang sangat suka memanjakannya.
Mizi mengeluh panjang.
“Sarah pernah gugur sebelum ni?”
Mizi straight to the point, bertanya.
Mak Nab tersentak.
Semua yang ada di bilik itu,
Fairuz, Mak Nab, Pak Ahmad dan Sheila, buntang mata mereka memandang Sarah.
Yang mereka mereka ingin dengar sekarang adalah jawapan daripada Sarah.
Sarah tunduk.
“Jadi, doctor dah bagitahu abang
pasal semua tu? Baguslah. Lepas ni, Sarah boleh pergi dari hidup abang dengan
aman. Tak akan ada lagi rahsia antara Sarah dengan abang. Sarah harap, abang
ampunkan Sarah.” Tenang Sarah menarik nafasnya. Lega.
“Sarah! Abang nak Sarah jujur!
Bukan pergi dari hidup abang! Abang takkan lepaskan sayang! Abang dah cakap,
abang mintak maaf sebab abaikan sayang selama ni. Berilah peluang kedua pada
abang untuk buktikan cinta abang pada Sarah.” Mizi mengenggam tangan Sarah.
Sarah tunduk. Ada mutiara pada
tubir matanya. Ya! Hari ni, dia terpaksa menceritakan segalanya kepada suaminya
tentang siapa sebenarnya Hana. Bukan ingin mengaibkan. Jika boleh, dia tidak
ingin siapapun tahu tentang rahsianya itu. Tapi kini, dia tersepit. Dia
terpaksa menceritakan segalanya.
***************************
“Kau bahagia dengan Mizi?” Hana
bertanya kepada Sarah dengan sinis.
“Dia suami aku yang sah, Hana. Segala
kelebihan dan kekurangan dia, aku terima dengan redha. Moga Allah berikan kami
kekuatan.” Jawab Sarah sambil tersenyum.
Dulu Hana temannya. Tapi dek
kerana Mizi, Hana menganggapnya sebagai musuh.
Sebenarnya dia ingin
mengelakkan diri daripada bertemu Hana
pada waktu itu. Dia ingin cepat sampai ke rumah. Ingin memberitahu pada Mizi
bahawa di dalam rahimnya, ada segumpal darah daripada benih Mizi.
“Kau tak pernah rasa bersalah,
kan? Kau tak sedar ke, dah lama Mizi tu hak aku?” Hana meninggikan suaranya.
Mujurlah meja yang mereka duduki agak tersorok daripada pandangan orang lain.
“Kau masih tak boleh terima
kenyataan yang Mizi dengan kau dah tak ditakdirkan untuk hidup bersama?” Tanya
Sarah.
“Sebab kau yang menghalang,
Sarah. Kau penghalang kepada hubungan cinta kami. Aku tak sangka, kau sanggup
rampas Mizi daripada aku!” Tengking Hana.
Sarah diam.
“Dahlah, Hana. Aku tak nak gaduh
dengan kau.” Sarah bangun untuk ke kereta. Dia sudah tidak sabar untuk pulang
ke rumah.
Sedang Sarah berjalan ke kereta,
dia tidak sedar, Hana datang dari belakang.
“Aku belum habis dengan kau!”
Hana menengking.
Semua mata yang ada di dalam
restoran itu memandang mereka.
Sarah berhenti. Dia berpaling ke
arah Hana.
“Hana, aku datang sebab kau
cakap nak bincang sesuatu. Tapi, aku tak sangka, kau suruh aku datang sini
semata-mata sebab nak bergaduh macam budak kecik. Be professional, Hana.
Kita dah dewasa. Bukan budak-budak. Zaman kampus, dah habis. Sekarang, kau
sepatutnya terima kenyataan yang kau tak ada jodoh dengan Mizi. Kau anak orang
kuat agama, bukan macam aku. Kau sepatutnya pikir dan jadi matang. Kau kena
terima, semua ni qadha dan qadar Tuhan untuk aku, kau dan Mizi. Kau kena terima
yang jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Aku, kau dan Mizi tak ada hak
nak halang qadha dan qadar Tuhan tu.” Ada nada kekesalan pada suara wanita itu.
“Kau memang dah melampau!”
Hana menengking, lantas menolak
Sarah ke dinding. Sarah tidak dapat mengimbangi tubuhnya. Dia tercampak ke
dinding dah rebah.
Hana tersenyum, dan ada senyuman
sinis pada bibirnya. Seketika kemudian, senyuman sinisnya bertukar kepada muram.
Hana berlari dan pergi dari
situ.
Sarah cuba untuk bangun. Terasa
sakit pada ari-arinya. Dia memegang perutnya yang terasa sengal dan sakit.
Seorang pelayan restoran
bergegas mendapatkannya dan membantunya untuk bangun.
“Akak tak apa-apa?” Tanya
pelayan restoran itu. Noni namanya. Sarah dapat melihat pada tag nama yang di
pakai oleh gadis itu.
Sarah mengangguk. Dan cuba untuk
bangun.
“Kak…” Kata Noni. Matanya
buntang ke arah kain yang di pakai oleh Sarah.
Sarah memandang ke bawah. Sakit
pada ari-arinya semakin menjadi-jadi.
Orang ramai yang ada di dalam
restoran cuba menghulurkan bantuan padanya.
“Puan, jangan tidur. Dengar saya
cakap. Saya seorang doctor. Puan jangan tidur. Paksa mata puan untuk tak tidur.
Sekarang puan tumpah darah. Kami akan bawak puan ke hospital. Puan kuatkan semangat
ya!” seorang lelaki datang kepadanya dan cuba membantu.
Air mata Sarah tidak berhenti.
Dia ikut apa yang doctor katakan padanya. Dia akan kuat demi Mizi.
Doctor itu mencepung tubuh Sarah
yang berlumuran darah pada bahagian kainnya.
*******************************************
Semua yang ada di situ
mengalirkan air mata mendengar Sarah menceritakan tentang keguguran kandungan
pertamanya.
Mizi gamam mendengar cerita
daripada Sarah. Tidak dia sangka, rupanya Hana bukanlah sebaik yang di sangka.
“Abang mintak maaf, sayang.
Abang tak sangka, sebab abang, sayang lalui macam-macam dugaan. Sebab abang,
sayang terpaksa harung pahit getir hidup sorang-sorang. Ya Allah, ampunkan aku!
Aku dah abaikan seorang isteri sebaik dia.”
Basah tangan Sarah dengan air
mata Mizi. Dia cuba memujuk Mizi.
“Abang, dahlah tu. Janganlah macam
ni. Sayang tak ada apa-apa pun ni. Sayang dah sihat. Abang janganlah risau
sangat.” Pujuk Sarah sambil mengusap pipi Mizi.
“Maafkan abang, sayang. Abang dah
abaikan sayang terlalu lama.” Pinta Mizi.
Semua yang ada turut menitiskan
air mata.
Baru mereka tahu, selama ini
bukan satu pengorbanan yang telah Sarah berikan terhadap Mizi. Bahkan, terlalu
banyak. Sehinggakan nyawanya di hujung tanduk, dia masih kuat untuk
mempertahankan cintanya pada Mizi.
**********************
“Sayang janji satu perkara
dengan abang.” Pinta Mizi secara tiba-tiba setelah dia memanggung kepalanya.
“Apa dia, bang?” Tanya Sarah,
masih mengusap pipi Mizi.
“Sayang janji yang sayang tak
akan tinggalkan abang untuk hari ni, esok dan selamanya. Biar nyawa saja yang
pisahkan kita. Abang janji, abang tak akan aniaya sayang lagi.” Janji Mizi
dengan linangan air mata.
“Ya, bang. Sarah janji.” Sarah menggenggam
tangan Mizi lantas di kucup bertalu-talu. Air matanya, usah dikira. Mengalir seperti
air sungai.
Diam.
“Abang, sayang tanya sesuatu,
boleh?” Tanya Sarah.
“Boleh sayang.”
“Macam mana dengan Hana? Bukan ke,
abang dah janji dengan dia yang abang akan kahwin dengan dia?” Tanya Sarah,
tulus.
“Abang kena tipu, sayang. Selama
ni,dia tak pernah putus dengan bekas tunang dia dulu. Diorang masih kekal
bersama. Entahlah, abang tak faham dengan perempuan tu. Sayang yang pernah jadi
kawan baik dia sendiri pun, susah nak faham pasal dia, ni kan pulak abang.”
Sarah mengeluh.
‘Hana masih belum berubah.’ Detak
hatinya.
*********************************
“Abang, Hana nak jumpa abang
kejap.” Hana yang masuk secara tiba-tiba ketika Sarah sedang bersiap-siap untuk
pulang berkata.
Mizi yang sedang memangku bayi
mereka berpaling.
“Ada apa, Hana? Aku ingatkan kau
ada di Bali lagi. Kau cakap, kau ke Bali sebulan. Dahlah, Hana. Pergi balik.”
Suruh Mizi, tanpa memandang wajah Hana. Dia asyik dengan bayinya.
Sarah pula, hanya mampu
memandang. Dia tahu suaminya. Mizi tidak akan pergi, jika dia kata dia tak nak
pergi.
“Hana nak bincang pasal kita.” Kata
Hana.
“Kat sini saje.” Tegas nada
suara Mizi.
“Abang tetap akan bersama dengan
perempuan yang pernah rampas abang dari Hana ni?” Tiba-tiba Hana meninggikan
suaranya.
Sarah mengangkat mukanya. Sampai
hati Hana berkata begitu. Dia terluka dengan kata-kata Hana.
“Ya. Dia seorang isteri yang
sangat setia tunggu aku. Dia seorang wanita yang tak pernah berhenti mencintai
aku sejak dulu. Kau? Kau hanya permainkan aku. Aku pulak bodoh. Entah syaitan
apa yang hasut aku, sampai sanggup tinggalkan isteri sebaik Sarah Humaira’
semata-mata sebab betina tak sedar diri macam kau!” Tengking Mizi.
“Abang! Sampai hati abang cakap
macam tu!” Hana mula semakin meninggikan suara.
“Dahlah tu, bang. Hana. Tak elok
gaduh-gaduh dekat sini. Malu, kalau orang dengar.” Sarah merapati Mizi. Dia mengusap
belakang Mizi, cuba menenangkan Mizi.
Hana cuba mendapatkan Sarah. Dia
semakin hilang sabar apabila melihat kelakuan Sarah itu. Dia tidak boleh terima
jika Sarah dan Mizi kembali bersatu.
“Kau memang dah melampau!”
Mizi menyerahkan bayi mereka
pada Sarah. Dia perlu melindungi Sarah. Sarah berundur ke belakang dan rapat ke
dinding. Dia tiba-tiba rasa gerun. Bimbang Hana akan mengapa-apakan anak
mereka. Bimbang jika Sarah sekali lagi akan
mencederakannya.
Wajahnya pucat.
“Hana! Kau jangan sentuh isteri
aku! Kau sepatutnya terima semua ni sebagai qadha dan qadar Tuhan. Bukan melepaskan
amarah pada orang yang tak bersalah. Sepatutnya kau sedar. Bukan Sarah yang
rampas aku daripada kau. Tapi kau yang rampas aku dari dia. Masa aku kahwin
dengan dia, kita tak pernah ada apa-apa ikatan. Bahkan kau sendiri bertunang
dengan orang lain masa tu. Kau mainkan aku. Dia tak rampas aku dari kau. Tapi kau.
Kau yang rampas aku dari dia. Aku suami dia. Kau datang pada aku selepas kami
punya ikatan yang sah. Kalau dia nak buat macam apa yang kau buat pada dia dulu
sampai hari ni, boleh. Sebab dia punya hak atas aku. Tapi dia sanggup berundur,
sebab dia anggap kau sebagai kawan dia.
Tapi hari ni, aku dah sedar. Siapa
intan, siapa pulak kacanya. Maaf, Hana. Dah berkali-kali kau mainkan aku. Kau baliklah.
Baliklah pada tunang kau. Aku dah serik, berkali-kali kena tipu. Kali ni, aku
tak akan sia-siakan isteri aku yang sah lagi.” Mizi berpaling.
Seketika kemudian, terdengar
hempasan pintu wad. Mereka tahu, Hana sudah pergi.
Sarah teresak-esak. Ketakutan. Takut
anaknya akan diapa-apakan.
Mizi terus memeluk isterinya.
“Shhhhh…. Dah, jangan nangis
lagi, sayang. Abang dah cakap, yang abang takkan tinggalkan sayang. Jadi, abang
takkan tinggalkan sayang untuk selamanya.
Mereka pulang ke rumah ibu Mizi.
Sampai sahaja di rumah, mereka
di sambut dengan gelak tawa daripada adik beradik Mizi yang excited menimang
anak saudara baru. Ucapan tahniah terhadap Mizi juga tidak henti-henti sampai.
Sarah dan Mizi membiarkan anak
mereka tidur di katil.
Mereka berehat di depan
televisyen, sambil Sarah memeluk dada Mizi. Sambil mereka berbual-bual.
Sedang mereka asyik, handphone
Mizi berdering. Lantas Mizi menjawab.
“Innalillahi wa in na ilaihi
rajiuun.” Ucap Mizi sambil menunduk.
“Kenapa, bang.” Tanya Sarah
setelah Mizi mematikan talian.
“Hana dah tak ada.”
“Innalillahi wa in na ilaihi
rajiuun.” Kata-kata itu di ucapkan oleh Sarah pula. “Macam mana boleh…?” Sarah
tidak tahu apa yang ingin dia katakan.
Dia memandang Mizi.
“Accident, sayang. Balik dari hospital
tadi, dia keluar simpang tanpa berhenti. Lori tak dapat nak elak. Terus
langgar. Meninggal di tempat kejadian.” Mizi menerangkan.
“Kesian dia. Cinta dia tak
kesampaian.” Ucap Sarah, perlahan.
“Kenapa sayang cakap macam tu. Jodoh,
ajal dan maut semua pada tangan Tuhan, sayang. Tu yang selalu sayang sebut,
kan?” Mizi cuba mengingatkan.
Sarah diam. “maafkan sayang.” Kata
Sarah perlahan.
Mizi tersenyum, lantas mencium
ubun-ubun isterinya.
“Sayang jangan merancang tau. Next
baby, abang nak tengok perut sayang besar. Kalau boleh, nak tengok sayang
pregnant twins.” Usik Mizi sambil mengusap perut isterinya.
“Abang ni!” Sarah malu. Lantas dia
mencubit paha Mizi.
Mereka kini bahagia. Memiliki semula
cinta mereka.
p/s: cinta bukan perlu di paksa-paksa. redha dengan jodoh, maka kau akan dapat cinta. cinta tak pernah ajar kau untuk lemah. bahkan ia mengajar kau erti kekuatan. bahkan saling menjadi tunjang semasa kau dan si dia rebah tak berdaya.