"Mak. Esok Sarah nak balik kampung dah. Mak jaga diri baik-baik ya." Pesan Sarah Humaira' kepada ibu mertuanya.
Dia mengemas beg pakaiannya.
"Sarah. Kalau Sarah tak pergi, tak boleh ke?"
"Sarah kena pergi, mak. Di sini bukan tempat Sarah lagi. Abang Mizi dah tak perlukan Sarah lagi. Tak apa, nanti mak akan dapat menantu yang lebih baik daripada Sarah."Sarah cuba memujuk hati mertuanya.
"Sarah..." Air mata Mak Nab bergenang.
"Ya, mak." Jawab Sarah.
"Maafkan mak. Mak tak berjaya didik Mizi untuk jadi suami yang baik untuk Sarah. Mak gagal selamatkan rumah tangga kamu berdua."
"Tak apa, mak. Sarah faham. Mungkin jodoh Sarah dengan abang Mizi sampai di sini saja. Mak jangan bimbang. Sarah takkan pisahkan mak dengan cucu mak ni." Ujar Sarah sambil mengusap perutnya yang langsung tidak kelihatan memboyot, sedangkan usia kandungannya sudah menjangkau sembilan bulan.
Dan disebabkan itulah, suaminya, Mizi tidak pernah tahu bahawa dia sedang sarat mengandung. Dia tidak pernah memberitahu kepada Mizi tentang kandungannya.
Tubuhnya yang kecil itu, membuatkan dia tidak kelihatan seperti mengandung.
"Mak bimbanglah, Sarah balik kampung sorang-sorang esok."
"Jangan bimbang, mak. Insyallah, tak ada apa-apa." Pujuk Sarah lagi.
Sarah tahu, Mak Nab risaukan dia yang sudah sampai bulan. Bila-bila masa sahaja Sarah akan melahirkan anaknya.
Ya, benar! Mak Nab benar-benar risau akan keadaan Sarah yang sudah sampai bulan itu. Dia berhasrat untuk memberitahu kepada Mizi tentang kandungan Sarah, mungkin mampu membantu menyelamatkan rumah tangga anak menantunya itu.
"Sarah tak nak beritahu Mizi, yang Sarah mengandung?"Tiba-tiba Mak Nab bertanya.
Sarah tersentak.
"Kalau mak nak bagitahu, mak bagitahulah. Tapi Sarah takkan bagitahu. Bukan nak pisahkan dia dengan anak dia. Tapi, Sarah tak nak porak perandakan hubungan dia dengan Hana. Hana dengan Abang Mizi dah tak lama dah, akan bersatu.Mak tolong selamatkan hubungan diorang. Pasal Sarah, mak jangan bimbang. Sarah akan belajar berdikari tanpa seorang suami untuk besarkan anak ni. Mereka dah lama berimpian nak bersatu, mak. Kabulkanlah hajat mereka."
Sarah tunduk.
Ada mutiara yang bakal jatuh pada pelupuk matanya.
Mak Nab terus memeluk Sarah sambil teresak-esak. Tangisan mereka bersatu. Kini Sarah kalah dengan hatinya sendiri. Egonya sudah habis. Dia menangis semahunya di bahu ibu mertuanya itu. Dia tidak dapat mengawal lagi dalam menahan air matanya.
“Sarah tak marah kan, kalau mak cakap yang Sarah mengandung pada Mizi?” Tanya Mak Nab sambil meleraikan pelukan.
“Bagitahulah, mak. Sarah dah redha. Tapi, macam yang Sarah cakap, Sarah tak akan halang perkahwinan mereka. Mereka dah nak kahwin. Sarah tetap akan pergi dari hidup diorang, mak.” Ujar Sarah lagi. Tegas.
“Sarah tak nak cuba selamatkan perkahwinan Sarah ni? “ Tiba-tiba Mak Nab bertanya.
“Sarah tak nak digelar perampas lagi, mak. Cukuplah. Sarah dah rampas Abang Mizi sekali daripada Hana. Kali ni, biarlah diorang bahagia pulak. Biarlah Sarah yang berundur.” Ujar sarah perlahan sambil asyik mengusap perutnya.
“Dan kalau Sarah pergi sebelum sempat tengok anak ni membesar, mak tolong beritahu pada Abang Mizi, jangan buang anak ni. Tolong berikan anak ni pada mak Sarah. Biar mak Sarah yang jaga.” Pesan Sarah.
Mak Nab mengangguk. Air matanya makin laju.
“Mak, Sarah nak tidur dulu. Sarah rasa mengantuk sangat. Penat.” Beritahu Sarah pada Mak Nab.
“Tidurlah. Esok Sarah nak bawak kereta. Mak pun, nak pergi bancuh teh untuk ayah.” Mak Nab tersenyum.
Setelah Mak Nab keluar dari bilik itu, Sarah terus mencuci kakinya dan berbaring di katil. Kerana dia sudah letih menanggung terlalu banyak beban.
Sarah lena di katil bertemankan bantal.
Dia tidak menunggu suaminya pulang. Kerana dia tahu, dia sudah dibenci. Esok dia akan pergi dari hidup suaminya sendiri dan menyerahkan suaminya kepada orang dia cintai dan mencintainya, Hana.
*********************************
Mizi keluar dari kereta dengan senyuman yang lebar. Dia akan berkahwin dengan Hana tidak lama lagi.
Dia berjalan masuk ke rumah dengan hati yang berbunga.
“Mizi, mak dengan ayah nak cakap sikit. Mari, duduk sini dulu.” Pinta Pak Ahmad, lembut.
“Ada apa, mak, ayah?” Tanya Mizi.
“Mizi tetap nak teruskan hubungan dengan Hana?” Terus Mak Nab bertanya.
Mizi lantas mengangguk.
“Sampai hati kamu, Mizi.” Suara Mak Nab kendur.
“Kenapa pulak ni, mak? Kan, Sarah sendiri dah setuju nak berundur? Sarah sendiri yang mintak Mizi kawen dengan Hana. Sebab dia dah rampas Mizi daripada Hana.” Tegas Mizi menjawab.
“Kau tahu kenapa dia nak kau kawen dengan Hana? Sebab dia sayangkan kau. Nak tengok kau bahagia. Sebab dia rasa kau tak pernah bahagia dengan dia. Sampai sanggup rahsiakan kandungan dia daripada kau! Laki jenis apa kau ni?” Tengking Fairuz, abang Mizi.
Mizi terpegun. ‘Sarah mengandung?’
“Sarah mengandung? Kenapa saya tak tahu pun?” Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
“Macam mana kau nak tahu? Kau sibuk dengan orang yang bukan bini kau! Bini kau yang sah, kau biarkan macam tu je. Tiap malam dia tidur dengan air mata, Mizi! Tiap malam! Dia tunggu kau! Kak Ngah kau, tiap-tiap malam temankan dia. Tapi dia perempuan yang sangat kuat. Kuat dalam pertahankan cinta dia pada kau, walaupun kau dah lukakan dia. Walaupun kau tak pernah hargai cinta yang dia bagi kat kau!” Tinggi nada suara Fairuz.
Mizi diam membatu.
“Dah berapa bulan Sarah mengandung, mak?” Mizi tiba-tiba menyoal. “Kenapa dia tak pernah bagitau saya?”
Mak Nab diam.
Mizi memandang Fairuz apabila dia sedar ibunya tidak mahu menjawab.
“Dah Sembilan bulan. Macam mana dia nak bagitau? Kau tak pernah tanya. Bukan mak tak pernah tengok, kau asyik sangat bercinta dengan yang tak halal. Bini kau masak untuk kau pun, kau tak endahkan!” Mak Nab menangis semahunya di bahu Pak Ahmad.
Pak Ahmad cuba memujuk.
Dia membiarkan Mizi dimarahi. Mizi harus diberi pengajaran tentang sikapnya yang telah mengabaikan isteri sebaik Sarah.
Dia sangat berdukacita apabila terkenangkan nasib Sarah yang bakal dibuang suami sendiri kerana seorang wanita yang tidak halal untuknya. ‘Kau sangat kuat, nak!’ Desis hati Mak Nab.
“Kau pikirlah baik-baik, Zi. Kau dah besar. Kau sendiri tahu mana halal dan haram. Kau sendiri tahu dan kenal, siapa Sarah, siapa pulak Hana tu. Kau buatlah pilihan. Satu je along nak cakap, kalau Hana tu orang baik-baik, dia takkan cari kau lagi, lepas dia tahu kau dah kawen. Tapi, dia datang cari kau, semai cinta bodoh pada kau, porak –perandakan rumah tangga kau dengan Sarah. Siap suruh kau ceraikan Sarah sebab nak kawen dengan kau. Kau tu pulak, bodoh!”
Semua yang ada diam mendengar kemarahan Fairuz yang meledak malam itu. Semuanya gara-gara Sarah yang sanggup berkorban untuk melihat Hana dan Mizi bahagia.
“Ya! Sarah serahkan kau pada Hana. Tapi, pernah tak, kau balik malam-malam, lepas jumpa dengan Hana, kau tengok dan renung wajah Sarah? Pernah tak kau tengok dia menangis? Untuk pengetahuan kau, tiap-tiap malam Sarah menangis. Dia berusaha padamkan kau daripada lipatan memori dia. Dia nak pergi dari hidup kau! Macam mana Hana bencikan dia, macam tulah, dia nak bencikan kau! Semuanya sebab nak tengok kau bahagia!” Tengking Fairuz lagi.
Mizi bangun dan masuk ke bilik. Dia tak sanggup lagi mendengar leteran daripada Fairuz. Dia Cuma ingin berbincang dengan Sarah.
Mizi masuk ke bilik.
….bersambung……
No comments:
Post a Comment