Itulah ayat yang selalu aku dengar kalau kawan-kawan atau lebih umumnya, kalau orang-orang perempuan sekeliling aku datang bulan. Aku pulak masa tu mesti menggelabah tak tentu pasal.
Kenapa?
Sebab aku tak tahu macam mana nak tolong mereka-mereka yang sakit tu, untuk hilangkan kesakitan diorang tu. Alhamdulillah. Setakat ni aku tak pernah rasa macam mana rasa sakit senggugut, sakit pinggang masa datang bulan and what so ever. Setakat ni, setelah bertahun-tahun aku datang bulan, aku tak pernah rasa sakit sampai berguling-guling macam kawan-kawan aku.
Aku pernah menghadapi kawan-kawan yang mengalami senggugut yang tahap kronik dah aku rasa. Contoh terdekat, Si Cantik Manis Wan Nur Farhanah tu. Beliau tu, nampak aje happy go lucky, tapi bila part Allah bagi cuti, dah takde happy-happy dia tu. Terus hilang. Bad mood. Sampai aku ni, jadi macam hape dah. Tak tentu arah. Nak buat apa pun, aku tak tahu bila tengok dia terguling-guling atas katil asrama dengan muka berkerut-kerut.
Aku, kalau si budak tu cuti, aku dah boleh detect bila dia buat muka macam aku ni pesalah besar, bila aku buat lawak. Diam terus aku. Malas nak berbasa-basi dah bila dia dalam keadaan macam tu. Sebab aku tahu, masa ni perempuan selalu ikut emosi diorang. Sakitlah katakan.
Masa duduk kem dulu, kalau kawan aku datang bulan, mesti dia mintak aku urutkan. Cilake ape! Aku ni dahlah geli tahap Ya Rabbi! Nak bagi orang sentuh aku pun, dah tahap boleh bagi penyepak, apatah lagi aku nak sentuh orang. Tapi disebabkan kesian, aku urutkan jugak, Sebab terpikir, "kang kalau mati budak ni, nanti aku pulak yang kena jawab. Kalau hakim tanya, Kenapa dia mati? Sebab tak tahan sakit senggugut. Dia dah mintak saya urutkan, tapi saya geli" Gila hape!
Selalu jugak aku ni jadik tukang urut yang tak bertauliah. Selalu jugak jadi tukang tuam perut wanita-wanita beruntung tu. Dah rasa macam suami mithali pulak masa tu.
Biasanya, sekarang ni, kalau saing-saing aku datang bulan and sakit senggugut tu, aku just jerang air, buat air suam-suam panas, pastu lapik dengan tuala, then tuam dekat perut diorang. Aku ikhlas. Ceh! Tapi dah takde dah nak urut-urutkan perut. Geli. Tak tahu kenapa aku macam tu. Padahal bukan tak biasa. Pompuan sama pompuan pulak tu.
Okeylah. Aku kena cau dulu. Kena wat kerja kejap.
No comments:
Post a Comment