Tiba-tiba malam ni ter 'rajin' nak update entry baru. Bukan sebab apa sebenarnya. Sebab nak berkongsi apa yang aku rasa bila baca pasal Adik Adam ni.
Ya, dik. Kak Niesaa' tahu sakit sangat bila kita kehilangan, dik. Kehilangan yang kita tak akan dapat balik. Akak tahu adik rindu mama adik. Tapi adik kena kuat. Ini demi masa depanmu sayang. Allah menduga mu supaya kau kuat, sayang. Semoga terus bahagia ibu ayahmu di sana yang tak putus menerima hadiah AlFatihah daripadamu.
Ya Allah! Kau jagalah adik adam ini dengan sebaik-baik jagaan. Kau lindungilah dia dengan sebaik-baik perlindungan. Kerana hanya engkaulah sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik pelindung di dunia dan di akhirat.
Tahniah buat arwah ibu dan ayah adik adam kerana melahirkan anak yang soleh untuk adik adam yang akan terus merindumu.
Ya Allah. Buanglah air mata dari wajah comel adik adam ini. Kau lengkapkan senyuman di wajahnya. Ya Allah, Kau kurniakan dia bahagia. Jadikan ibu ayah mereka bahagia di alam sana.
Ya Allah. Andai nanti aku juga bisa mengandung dan melahirkan, maka Kau kurniakanlah kepada kami anak yang soleh dan solehah sebagaimana adik adam ini. Ya Allah. Kaulah Maha Perancang di dunia apatah lagi di akhirat kelak.
Buat adik adam yang comel.
Semoga kau terus tabah, sayang. Tak nak nangis lagi ya. Allah menduga supaya adik lebih kuat daripada mereka yang hidup senang sekarang. Moga cintamu pada ibu ayah tak pernah padam, sayang.
No comments:
Post a Comment