Along Pergi, Tinggalkan aku.



Assalamualaikum wbt.
Biarlah kalau orang cakap entry ni panjang berjela. Takpe kalau takde orang nak baca. Biar jadi kenangan. Biar jadi iktibar. Andai satu hari nanti anak cucu aku baca, aku nak diorang tahu, diorang pernah ada “pak long”. Dan aku nak diorang tahu yang ‘pak long’ diorang tu adalah orang pertama yang aku cinta, kekasih pertama yang aku simpan dalam jiwa. Kesayangan halal aku yang pertama sebelum ayah diorang.

                Mari, aku ceritakan tentang malam keramat itu.
28.8.2014
Along balik dari kerja lebih kurang pukul 10. Macam biasa, mulutnya becok bertanya pada mak tentang adik-adik. Aku pula, dia mungkin tengok bilik aku still cerah, terus dia selak langsir bilik aku. “woi! Buat apa?” Aku gelak je. Terkejut sebenarnya. Haha. Then, dia cakap kat mak, “mok, esok kita nak pergi Kuala Terengganu.” Mak cakap, ‘balik bila?’ Arwah cakap, “Tak tahu lagi. Kalu tak esok terus, mungkin lusa.” Aku senyum je dalam bilik. Aku memang tahu, dia ada event lumba kereta. Oh ya! Untuk pengetahuan korang, arwah abang aku seorang mekanik kereta lumba. Dia tak berlumba, Cuma buat kereta.
29.8.2014
Kebiasaannya aku bangun pukul 4.30 pagi aku akan tidur balik lepas pergi hantar kuih dengan mak aku pukul 6.30 tu. Tapi hari tu, aku betul-betul tak mengantuk. Dalam pukul 8 pagi, aku tolong mak aku buat bihun goreng. Disebabkan abang aku tidur dekat luar, depan tibi, aku tahu abang aku dah bangun dari tidur masa tu, sebab tengok kaki dia bergerak-gerak. Then, dia bangun. Tapia da keganjilan. Wajahnya terlalu berseri. Sangat berseri. Aku tak boleh nak describe guna kata-kata. Memang sangat handsome! Lepas dia mandi, dan siap-siap, mak aku tanya. “Along, nak makan bihun tak?” Arwah jawab, “Tak nak.” Mak aku cari arwah, tapi tak Nampak. Sedangkan arwah masa tu ada dekat almari dia aje. Memang akan Nampak kalau kita duduk dekat dapur rumah. Bila dia turun ke dapur, aku cakap, “smart abang aku arini”. Dia senyum dan main Tarik-tarik rambut aku. Allah! Allah gerakkan hati aku untuk balas apa yang dia buat tu dengan memeluk dia, mencium pipinya buat kali terakhir.
Untuk pengetahuan korang, kebiasaannya arwah, kalau nak ke mana-mana dia akan salam dan cium mak aku. Tapi hari tu tak. Dia cakap dia nak pergi dah, masa dia dah sampai kat tangga. Aku, mak dan adik-adik aku dua orang lagi berlari turun. Tengok dia pandu kereta. Kami lambai, tapi dia langsung tak pandang kami. Langsung tak! Seperti dia tahu yang dia memang akan tinggalkan kami haritu.

Allah! Percayalah. Aku tulis entry ni dengan air mata. Luka sangat.
Entah kenapa, aku dan mak haritu langsung tak buat apa-apa. Aku dengan mak tak larat sangat. Duduk kat situ, tak kena. Duduk kat sini tak kena. Baring tak kena. Mungkin Allah dah berikan petanda pada kami.

Malam tu, semua yang tak larat nak tidur awal. Aku yang baru nak tidur, tiba-tiba terdengar orang matikan motor dekat laman rumah. Aku nak buka pintu, mak aku cakap buka tingkap saja. Aku ikut.
Kawan arwah!
“Mak cik, amir accident.”
Dada aku berombak. Aku langsung tak dengar apa lagi yang mak aku cakap. Tapi yang aku tahu masa tu aku pikir arwah dalam keadaan teruk. Sebab kebiasaannya kalau dia accident, dia akan call bagitahu sendiri pada kami. Tapi ini tidak. Aku bimbangkan nyawanya.
Kami bersiap untuk ke hospital Sultanah Nur Zahirah. Tapi, sebelum tu, kitorang kena tunggu adik aku yang study dekat Pahang tu sampai. Aku call dia, dia cakap dia ada dekat Paka dah masa tu. Kitorang tunggu. Masa tengah tunggu, aku tengok mak aku dalam kereta menangis. Aku bukak pintu kereta, akak aku cakap “along tenat.”
Allah! DugaanMu terlalu besar, Ya Allah!
Adik aku sampai, kitorang terus bertolak. Doctor call.
Dia cakap nadi dah takde. Dah cuba buat CPR, tapi takde respon. Sedang aku ralit membaca Yaasin, mak aku menangis, then cakap, “Adik-adik along, along dah tak ada!”
Aku berhenti baca Yaasin. Semua yang ada dalam kereta, menangis. Aku pulak tak mampu. Tak mampu nak menangis. Sebab hati aku masih belum boleh terima yang along dah takde.








Maaflah. Aku kena out dulu. Ada masa nanti, aku taip lagi entry sambungan…………….

Selamat Jalan, Along Sayang.

Assalamualaikum wbt.
Mohon maaf sebab lama tak update blog. Memang bersawang. Aku langsung tak nafikan memang bersawang. Maafkan aku.
29/8/2014.

Jadi tarikh keramat buat aku, akan aku terus ingat seumur hidup aku.Abang yang aku sayang, wali yang aku cinta, pahlawan dalam hidup aku, cinta hati aku, arjuna di hati aku telah kembali ke rahmatullah.

Along pergi dengan penuh senyuman. Tak ada lagi urusannya dengan dunia. Kini tinggal kami. Tinggal aku yang terus sendiri, memandang kosong pada dunia, memendam rasa, menjeruk jiwa sendiri. Tak langsung aku cuba untuk kembali kepada dunia yang dulu. Sebab dunia aku sekarang dah tak berseri, tak ada langsung gelak tawa. Hati aku kosong.

Okey. Nanti, ada masa, ada kekuatan, aku akan ceritakan kronologi kejadian hari tu. Bukan sekarang. Kekuatan masih belum ada. Meskipun nampak aku tersenyum, tapi hati aku hanya Tuhan yang tahu.

Anak Soleh

Harap korang semua baca sampai habis entry ni untuk kita sama-sama ambik iktibar.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Assalamualaikum wbt.

Tak adalah aku nak bersyarah atau apa pasal title entry tu. Tapi aku cuma nak bercerita.

 Pada 21Ogos2014,
 Bapak sedara aku yang aku panggil ayah teh, dimasukkan ke wad sebab mengalami lelah yang agak teruk. Warded. Dia warded pagi, petang tu aku dengan mak aku pergi tengok dia kat hospital.

Sabtu, 23Ogos 2014.
Macam biasa, aku bangun pada pukul pat setengah pagi untuk tolong Puan Emak buat kuih untuk dihantar ke kedai. Hantarnya dalam pukul enam lebih-lebih macam tulah.
Terdengar pintu pagar akak sepupu aku yang tinggal belakang rumah tu dibukak. Aku menjeling jam. Pukul lima. "Kak Mar nak ke mana pagi-pagi ni? Baru pukul lima kot." Detik hati aku.
Tapi aku diamkan aje. Sebab aku, Puan Emak dan angah tengah sibuk duk membungkus kuih.

Lepas dah siap bungkus kuih, solat subuh, baru pergi hantar kuih tu kat kedai.
On the way balik, kitorang lalu ikut rumah Ayah Teh.
Nampak Kak Mar tadi tengah melangkah naik ke atas rumah Ayah Teh.

Sampai kat rumah, sebelum turun kereta, akak aku ada cakap kat mak aku, dia nak pergi tengok ayah teh kat hospital. Tengah duk ralit bercakap, sambil berjalan nak naik atas rumah, akak sepupu aku yang aku panggil kak long datang.
"Su, (panggilan untuk Puan Emak), dah tahu ke?"
Kitorang blur. "Tahu apa?"
"Ayah teh dah takde." Lambat-lambat kak long bagitahu.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...." Hampir serentak kami bertiga mengucap.
Aku diam. Berlalu masuk ke  bilik. Tak tahu nak cakap apa. Baru dua hari lepas ayah teh bergurau dengan aku. Tiba-tiba hari ni dapat khabar yang ayah teh dah takde.
Terbayang  wajah dia.

Jenazah sampai dari hospital dalam pukul lapan lebih.
*********************************
Nikmatnya jadi ayah teh.!
Tahu kenapa aku cakap macam tu?
Sebab tak perlu panggil orang masjid untuk bacakan ayat suci alQuran dan Yaasin untuk arwah. Semua kelapan-lapan anak arwah, ditambah dengan tiga orang cucu yang menghafaz Alquran, mereka bacakan sendiri ayat-ayat Allah dekat dengan tempat jenazah.
Sebenarnya, ayah teh dan mak teh aku memang mendidik anak-anak diorang, iaitu sepupu-sepupu aku dengan didikan alQuran.
Mak teh sebenarnya seorang guru alQuran. Aku kenal alif, ba, ta dengan dialah.

Aku cemburu sebenarnya. Cemburu sangat.

Mampu ke aku jadi macam anak-anak ayah teh dan mak teh? Sampai ke doa aku yang hina ni untuk di ijabahkan oleh Allah supaya sampai kepada Arwah ayah? Sampai ke pada malaikat untuk 'dituliskan' dan 'dihantar' kepada Puan Emak dan Incik Ayah?

Dan!
Tahu satu perkara?
Wajah ayah teh berseri-seri sangat sebelum dikafankan.

Mungkin dia sedang berbahagia. Bahagia sebab dia akan berjalan untuk bertemu Tuhan, sang Khaliqnya.

Allah!
Kau ampunkanlah dosa kami. Kau jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan Kau kurniakanlah juga kepada kami anak-anak yang soleh, penyejuk mata di dunia, penyelamat kami di akhirat. Amin Ya Rabbal 'alamin.




..Insan..


#MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum wbt.
22 Ogos 2014.

Hari ni, hari bersejarah buat rakyat negara kita.
36 hari yang lepas, kita telah dikejutkan dengan berita yang menyayat hati apabila sebuah pesawat MAS telah ditembak jatuh di Ukraine.

Hari ini, jenazah mereka tiba di negara kita.
Aku memang ikuti siaran langsung upacara Istiadat Penghormatan ni sejak awal lagi. Seriously, bila pesawat yang bawak jenazah tu sampai, aku still boleh kawal emosi aku. But, bila pasukan tentera yang bertugas sebagai pengusung mula berjalan mengikut kawad hormat, aku mula sebak. Memang sebak menggila. 
Allah! 

Bendera Negara, Jalur Gemilang, berkibar separuh tiang, menandakan Malaysia sedang dilanda kesedihan.




 This picture make me cry, everytime!



 Gambar Baby Abderrahman, anak kepada co-pilot, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi membuatkan air mata aku mengalir laju.
Allah! Allah! Allah!
Semoga kau akan meneruskan Legasi Pilot Ayahandamu, sayang. 




Tolonglah. Bukak sikit pun takpe. Adik nak tengok muka mama, adik nak cium pipi mama.
Semakin kuat hati menangis, semakin laju air mata mengalir bila melihatkan gambar ini. 
Jelas, nada rasa ibu dalam diri ini menebal. Aku simpati. Tapi, siapa aku untuk menandingi rasa rindu anak ini, sedihnya, rajuknya, kecewanya? Allah! Kau kuatkanlah dia. Bertabah, ya sayang?


Dan!
Buat semua keluarga mangsa nahas.
Kami semua berdiri bersama anda, bertafakkur sejenak bermula 1054 pagi tadi. Mneyedekahkan AlFatihah lalu berfikir, bila pula giliran kami? Bagaimana pula cara kami pergi?
 Semoga Allah kuatkan hati anda semua. 

AlFatihah.
#rememberingMH17

p/s: Aku menulis sejarah hari ini supaya suatu hari nanti, bila aku dah tua, dah tak ada, anak cucu aku dapat lihat dan dapat ingat bahwa, negara Malaysia pernah di duga Allah sebegini.

Jumu'ah Barakah.

Salam Jumu'ah Barakah, wahai kawan-kawan satu ummat.
Salam Jumu'ah Barakah wahai ummat Muhammad s.a.w.
Yang laki jangan gatal-gatal nak ponteng solat Jumaat.
Yang perempuan, sambil-sambil orang berkhutbah, try habiskan Al Kahfi. Ada masa lagi ni. Sempat lagi nak habiskan. 
Dah! 
Pergi ambik alQuran cepat-cepat.





Mana hilangnya manusia, manusia?

Assalamualaikum.





Baru menulis. Bukan apa, tak sihat sangat. Satu keluarga kena cirit-birit dua hari sebelum puasa baru-baru ni. Lagi pulak, entry ni memang dah lama nak buat, cuma aku tak ada kekuatan nak taip. Setiap kali teringat pasal "anak syurga" ni, aku lemah. Air mata tak henti mengalir.

Okey. Kita teruskan kepada maksud sebenar entry ni.

24/6/2014.

Seluruh negara kita digemparkan dengan satu operasi membanteras PATI yang diadakan oleh pihak berkuasa yang akhirnya menemukan seorang "mayat hidup". Sebenarnya, berita tu, aku dah tahu masa petang 24/6 tu. Tapi, lepas solat maghrib, satu family aku duduk depan tibi, nak tengok berita pasal "anak syurga" ni.

Allah! Allah! Allah!
Hati diruntun hiba. Melihat dia yang memandang pada Tuan Faizal Fazri yang masuk ke bilik tersebut. "Anak syurga" itu terus mengensot keluar tanpa menghiraukan orang sekelilingnya. Hati semakin hiba apabila Tuan Faizal beristighfar dan menahan sebaknya. Aku teresak-esak. Biarlah. Aku tak malu untuk menangis melihat anak ini.
 Kata-kata paling meruntun jiwa aku oleh Tuan Faizal;
"Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga pula meresap hidung."

 
Setelah aku tahu berita penahanan mak dia, aku rasa marah. Sebab aku tahu daripada rakan-rakan fb yang dia pun ada fb. Ada seorang lagi anak. Bila ditanya, dijawab yang dia tidak mampu.

Allah! Kau bekerja, wahai ibu. Takkan kau tak mampu sekalipun setiap hari berikan dia walaupun sekeping roti. Takkan kau tak mampu berikan dia segelas air masak. Takkan kau tak mampu belikan dia sehelai baju dan seluar? Kalau kau benar sayangkan dia, cubalah sedaya upaya untuk sempurnakan keperluan dia. Walaupun tak mampu, usahakan. walaupun sedikit, itu sudah dikira Tuhan?
Mana perginya rasa manusiamu, ibu?
Kau tinggalkan anak ini dalam kesejukan sedangkan yang seorang lagi kau peluk dan cium. Kau sediakan makan pakai yang cukup. Sedangkan "anak syurga" ini kau biarkannya tidur bersama najis. Ini bukan sifat manusia, apatah lagi ibu!!!!!!!!
Apakah kau rasa terbeban dengan adanya anak ini? Kau lupa? Mungkin kau lupa. Kau terlalu mengejar kasih dunia, tapi kau lupa firdaus ini yang akan membawamu ke syurga akhirat. Kau lupa, mungkin.

Setiap hari aku akan bukak fb dan cari berita pasal adik Firdaus. Aku ingin dia kembali seperti sediakala. Dan semalam, aku dapat gambar ni dari seorang rakan fb.


Hati kembali diruntun hiba.Terus aku berlari mendapatkan puan Emak. Aku tak kira, biarlah puan emak lihat aku dengan air mata ini. Rupanya, puan emak turut menangis. Puan Emak merasakan apa yang aku rasa.

Melihat gambar ini, terus terdetik dalam hati, comelnya kau, sayang. Kau dibuang dan dikurung ibu sendiri. Tapi kau dapat sejuta ibu di Malaysia.
Firdaus sayang. Kuatkan semangat. Setiap hari kau mendapat doa orang yang menyayangimu, sayang. Salah seorangnya, kak Niesaa'. Terus membesar, sayang. Kau bakal penghuni syurga, sehebat namamu Firdaus. Kau kuatkan hati sayang. Terus sihat, ya sayang?

Akhir penulisan aku ni, aku cuma nak tanya satu benda aje, mana hilangnya manusia? Soalan ini khas ditujukan kepada ibu kepada Firdaus.

Ramadhan 1435H

Walaupun hari ni dah masuk hari kedua Ramadhan, tapi aku still nak ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. "0-0", kata Astro.

Selamat berpuasa. Mintak maaf kalau selama aku berblogging ni, ada perkataan, gambar-gambar atau perkara yang tak menyenangkan telah aku buat.

Selamat berpuasa.
Selamat Menempuh Pesta Ibadah
Selamat menyambut bulan di mana pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Pintu Syurga dibuka seluas-luasnya
Selamat Menyambut bulan di mana rahmat Allah meluas.
Selamat mneyambut bulan yang terbaik dari 1000 bulan.
Selamat mengejar LailatulQadr.
Selamat Berpesta AlQuran

18 Tahun Sudah Berlalu.

18 tahun sudah berlalu.
Terasa macam baru semalam peristiwa itu berlaku.
Maaf.
Ini cuma sebuah cerita. Cerita cinta seorang anak pada arwah ayahnya.

Ayah...
Adik Sya rindu ayah.
Adik Sya terlalu terasa dengan kehilangan ayah. Bukan kerana apa. Kerana adik Sya yang menyaksikan pemergianmu malam itu, di saat along dan angah masih lena.
Ketika itu adik tidak tahu apa-apa melainkan cuma mengatakan yang "emak dan nenek tipu adik.! Mak tipu adik! Ayah ada lagi! Ayah tak mati! Sehinggakan saat ayah dikafankan, adik tak cium ayah, sebab adik tak dapat terima yang ayah dah pergi."

Tapi adik kena belajar terima hakikat yang ayah memang dah tak ada. Adik kena terima! Kena belajar terima walaupun umor adik masa tu baru lima tahun!


Dulu, masa kami kecik-kecik, along, angah, adik sya dan adik selalu di ejek. "Haha! Ayah dia dah mati! Dia  dah takde ayah! Padan muka dia!"

Dan kami selalu balik dalam keadaan menangis. Kadang-kadang, mak pun menangis sekali.

Tapi sekarang, adik dah letih menangis, ayah.

Adik dah boleh terima yang Tuhan tu lebih sayangkan ayah. Sayangnya adik pada ayah tetap tak mampu menandingi sayangnya Tuhan pada ayah.

Hari ni, walaupun ayah dah tak ada, tak sempat tengok adik naik darjah satu, tak sempat tengok adik graduate, tapi adik bangga. Sebab adik lahir daripada benih ayah!



18 belas tahun berlalu, ayah masih dalam ingatan adik. Tak sedetik pun adik lupakan ayah, tau!

Alfatihah untukmu Arwah Ayahku!


p/s: Adik Sya tersebut adalah aku. Sebab aku cuma ada seorang adik aje dulu. Sekarang ni pun, kalau puan emak kejut aku pagi-pagi dia still tersasul panggil adik kat aku!


Bukan Sempurna Semuanya.




Assalamualaikum wbt.

Yes!
Bukan semua manusia tu sempurna. Sebab tu setiap kesalahan tu, kena ada kemaafan.

Tak salah pun kalau saling meminta maaf dan saling memaafkan. Tak salah pun! Tak berat pun! Tak rugi pun. Ingat tu!


Memaafkan dan meminta maaf tu hak Allah. Sedangkan dia pun maha Pengasih dan Maha Pengampun, apatah lagi kita umatnya.

Mari saling meminta maaf.!

Perjuangan Untuk MH370.

Assalamualaikum.

Semalam, ada tengok Buletin Utama kat tibi tiga dak? Kalau takde, aku ada nak share something dengan korang.
 Semalam, Izwan Azir Salleh, yang pembaca berita dekat tibi tiga tulah, ada menemuramah Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein. Apa lagi, kalau bukan pasal MH370.

Dato' Sri ada bercakap dengan mak ayah kepada salah seorang penumpang pesawat tu.Perkara yang paling mengharukan apabila Dato' Seri Hisham berjanji yang dia tidak akan sesekali berputus asa dalam mencari pesawat tu, meskipun nanti hanya akan tinggal negara kita sahaja yang melaksanakannya.

Lepas bercakap dengan family penumpang, tibi tiga ada call Komander Jamsari Tahir, Pegawai Pemerintah KD LEKIU yang sedang bertugas mencari dan menyelamat tersebut.

Dan, apabila Tuan Jamsari ditanya tentang khabar mereka disana oleh Dato' Seri Hisham, beliau dengan gembira dan ceria menjawab:


Yes!
Walaupun suara beliau kedengaran gembira, dan emosi mereka yang berada disana berada di tahap tertinggi, tapi kita juga harus beringat, mereka juga rindu.
Mereka kesana dan berkorban dengan meninggalkan keluarga.
Suami meninggalkan isterinya, anak meninggalkan ibu ayahnya, ayah meninggalkan anaknya. Demi sebuah tujuan. Mencari MH370.

Untuk komander dan anak-anak kapal KD LEKIU. Selamat berjuang. Semoga pengorbanan anda ini akan ditulis oleh malaikat di kanan. Anda semua adalah pasukan terbaik yang pernah kami ada! We proud of you!



Ya Allah!
Jagalah mereka.
Bukan sahaja penumpang dan anak kapal MH370
Tapi juga anak-anak kapal KD LEKIU dan semua yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat ini.
Ya Allah!
Jagalah mereka, kerana hanya Engkaulah Maha Sebaik-baik penjaga!

Aminn...

Allah! Save Us! Save Them!

Assalamualaikum.

"Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa."

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa."

Mula-mula tadi ingat nak post pasal benda yang tak berfaedah sangat. Tapi, tiba-tiba bila ada kawan aku call, tanya pasal pesawat MH370 yang hilang dari radar dan masih belum dikenalpasti, sama ada pesawat tersebut terhempas, berapa orang yang terkorban dan sebagainya, aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang amat-amat mencintai tanah tumpah darah aku ni, rasa terpanggil untuk buat satu entry pasal berita sedih ni.

Actually, awal-awal tadi, aku tak tahu dan tak pasti sangat tentang berita ni. Yelah. Masa aku dengar berita ni kat radio, masa aku on the way nak pergi pasar dengan mak. Masa tu, dengar berita ni dekat radio THR Gegar. Rasa sedih jugak masa tu, tapi disebabkan tak pasti sangat tentang berita tu, pastu tak tahu kat mana, berapa orang yang hilang, bangsa mana, rakyat mana, jadi aku diamkan aje.

Balik tengah hari, sebab letih, terus lupa nak tengok berita, nak on pc untuk log in fb. Bukan apa. Sebenarnya untuk cari kepastian dan berita sahih pasal kejadian ngeri tu. At last, bila petang barulah bukak fb. Tu pun aku guna handphone tu je.

Bila baca info-info pasal kejadian, terus hati tersentak. Jiwa berdebar. Jantung berdegup kencang.
Hanya doa yang mampu aku hantar supaya kesemua penumpang dan anak kapal terselamat.

Dalam duk kalut-kalut tentang berita sedih, ada pulak orang-orang yang boleh aku katakan sebagai "tidak berperikemanusiaan" menganggap benda ni sebagai sebahagian daripada agenda politik sesetengah parti politik.

Aiseh!

Benda-benda macam ni, janganlah kita campur adukkan dengan parti politik. Apa salahnya kita berganding bahu, bersama-sama menadah tangan dan berdoa sejenak, minta supaya semua yang terlibat selamat daripada segala marabahaya. Tak kira kau di pihak parti politik mana, negeri mana, bangsa apa.
Yang Islam, tadahlah tangan ke langit, bersama-sama bermunajat dan mendoakan mereka. Yang non-muslim pulak, apa salahnya bertafakur sejenak dan juga mendoakan mereka.

Pihak berkuasa sedang berusaha mencari dan menyelamat. Kita tahu yang kita tidak mampu untuk membantu mencari dan menyelamat. Jadi, bantulah dengan mengirim doa pada mereka.

Dan...



Tengah-tengah duk belek fb kejap tadi, tertengok gambar kat bawah ni. Subhanallah.Allahuakbar.!
Dalam pada ramai duk bercerita itu ini, duk membuat spekulasi dan menyebar berita yang kurang tepat, adik-adik di MRSM Taiping sudah mendahului kita untuk sujud kepada Tuhan dan memohon dipermudahkan segala urusan mencari dan menyelamat. Allah. Makbulkanlah doa kami. Selamatkanlah mereka. Aaminn Ya Rabbal Alamin.

#PrayFor MH370



Dia Perencana Terbaik.


Sebagaimana yang telah aku beritahu, awal bulan dua baru-baru ni, aku telah pun melangkah ke alam semester empat dalam pengajian ijazah sarjana muda aku. Memang tak tahu nak cakap macam mana. Sekarang ni baru rasa yang masa berlalu sangat pantas. Aku sekarang dah masuk ke fasa ke dua untuk tahu dua degree ni. Rasa macam baru dua bulan lepas aku merasa orientasi, merasa buat water confident masa dekat kem Merang itu hari. 
Tapi, pejam celik-pejam celik, masa berlalu dengan sangat pantas (ayat novel).

Sekarang ni, bermulalah dunia baru buat aku yang sedang menjalani semester empat dan sedang mencuba untuk terus menjayakan semester ini dan semester-semester seterusnya.

 Untuk semester empat ni, aku ambik lima subjek. Sepatutnya enam subjek. Tapi disebabkan masa diploma dulu aku dah ambik koko dua jam kredit, jadinya aku tak payah ambik dah subjek koko untuk sem ni dan akan datang. Sem lepas, aku dah ambik koko. Equestrian! hihi.


See! My schedule is not very pack! But the assignment sangat-sangat memeningkan kepala pemikir-pemikir muda macam aku ni! 
Kat gambar tu korang boleh tengok yang hari ahad dengan khamis tak ada kelas. Boleh balik kampung! Tapi malangnya, setiap kali hari rabu, kitorang akan dapat assignment! haha. Encik Hafiz , Lecturer subjek Evaluasi dan pemantauan sosial kitorang tu saja taknak bagi kitorang rehat. haha.

Apa-apa pun....

Semoga Allah mempermudahkan segala jalan aku untuk sem ni.