#MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum wbt.
22 Ogos 2014.

Hari ni, hari bersejarah buat rakyat negara kita.
36 hari yang lepas, kita telah dikejutkan dengan berita yang menyayat hati apabila sebuah pesawat MAS telah ditembak jatuh di Ukraine.

Hari ini, jenazah mereka tiba di negara kita.
Aku memang ikuti siaran langsung upacara Istiadat Penghormatan ni sejak awal lagi. Seriously, bila pesawat yang bawak jenazah tu sampai, aku still boleh kawal emosi aku. But, bila pasukan tentera yang bertugas sebagai pengusung mula berjalan mengikut kawad hormat, aku mula sebak. Memang sebak menggila. 
Allah! 

Bendera Negara, Jalur Gemilang, berkibar separuh tiang, menandakan Malaysia sedang dilanda kesedihan.




 This picture make me cry, everytime!



 Gambar Baby Abderrahman, anak kepada co-pilot, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi membuatkan air mata aku mengalir laju.
Allah! Allah! Allah!
Semoga kau akan meneruskan Legasi Pilot Ayahandamu, sayang. 




Tolonglah. Bukak sikit pun takpe. Adik nak tengok muka mama, adik nak cium pipi mama.
Semakin kuat hati menangis, semakin laju air mata mengalir bila melihatkan gambar ini. 
Jelas, nada rasa ibu dalam diri ini menebal. Aku simpati. Tapi, siapa aku untuk menandingi rasa rindu anak ini, sedihnya, rajuknya, kecewanya? Allah! Kau kuatkanlah dia. Bertabah, ya sayang?


Dan!
Buat semua keluarga mangsa nahas.
Kami semua berdiri bersama anda, bertafakkur sejenak bermula 1054 pagi tadi. Mneyedekahkan AlFatihah lalu berfikir, bila pula giliran kami? Bagaimana pula cara kami pergi?
 Semoga Allah kuatkan hati anda semua. 

AlFatihah.
#rememberingMH17

p/s: Aku menulis sejarah hari ini supaya suatu hari nanti, bila aku dah tua, dah tak ada, anak cucu aku dapat lihat dan dapat ingat bahwa, negara Malaysia pernah di duga Allah sebegini.

4 comments:

  1. mama singgah dan follow sini.. jom singgah blog mama

    www.mamaniza.com

    salam takziah dan alfatihah buat mangsa

    ReplyDelete
  2. Moga Allah balas kedukaan mereka dgn nikmat yang tak ternilai.
    kunjungan hujung minggu & follow
    From FAMF Tower

    ReplyDelete
  3. Allah! Allah!
    Sedih bila baca... Semogaa Allah merahmati kita semua. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. @cik kiera berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan?

      Delete