Assalamualaikum wbt.
Aku nak sambung balik pasal entry pasal pemergian arwah along yang aku tinggalkan sekerat jalan haritu. Maaflah sebab tiba-tiba aku tinggalkan penulisan entry tu, sebab tak tahu kenapa rasa sebak yang menggila bila teringat balik pasal kejadian yang tak pernah kami jangka akan berlaku dalam family kami.
Sekarang, aku rasa macam dah ada kekuatan sikit nak cerita pasal arwah. Tak apalah. kebaikan, tak rugi pun kalau kita bercerita.
Bila kami sampai ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, aku terkejut. Kawan arwah Along ramai gila kat depan unit kecemasan, tunggu kami. Ada dekat dalam dua ratus orang masa tu. Aku diam. Akak aku papah mak aku. Mak aku memang langsung tak boleh jalan dah masa tu. Adik aku yang bawah aku pun papah mak aku. Adik-adik yang kecik terus datang dekat aku. Aku pada awalnya, macam yang aku ceritakan haritulah. Aku tak menangis, sebab aku tak percaya yang Along dah tak ada.
Tapi bila soalan daripada Adik Solehah keluar daripada mulut dia, terus air mata aku laju macam air terjun. "Kak, Along dah pergi tidur dekat Syurga ke?"
Aku angguk. "Ya, sayang. Along dah tidur di syurga. Inshallah, nanti kalau kita doa banyak-banyak dekat along, kita pun akan ikut along pergi syurga. Lepas ni, adik takleh tinggal solat, kena rajin belajar, kena rajin mengaji. Sebab along nak tengok kita berjaya." Aku jawab sambil tahan esakan.
Dalam hati sebenarnya aku sedang memikir, macam mana aku nak teruskan hidup tanpa orang yang paling aku sayang lepas mak dan ayah. Alonglah orang yang sering aku sandarkan bahu, bila aku rasa letih dengan urusan duniawi. Allahu Allah.! Besar sungguh ujian yang Kau berikan kepada aku.
Dalam aku duk memikir, apa sebenarnya yang sedang berlaku, aku ikut aje ke mana orang pergi. Kalau orang kata ke bilik jenazah, aku ikut, kalau orang kata ke tempat forensik, aku ikut. Kaki aku langsung tak rasa letih. Macam yang Anah cakap, "Mungkin Allah dah pindahkan kekuatan Along pada bahu mu!" Aku ikut ke mana saja mereka bawa aku.
Sehinggalah satu ketika bila orang cakap, kita kena ke unit kecemasan dulu untuk tengok jenazah, aku berdebar. Aku harap, bukan jenazah! Tapi siapa aku untuk melawan takdir Tuhan. Jika Allah dah katakan Kun, maka Fayakunlah pasangannya.
Aku masuk ke bilik jenazah ditempatkan dan aku lihat, sekujur tubuh kaku yang dulu sering membelai aku, menumpangkan bahu dan ribanya untuk aku lena walau sebentar cuma aman di pembaringannya. Aku dengar lirih kata-kata yang keluar dari sepasang bibir ibunda yang begitu mencinta anaknya itu;
"Pergilah along. Pergilah. Mak doakan yang baik-baik saja. Mak sudah halalkan segala makan minum, setiap titik susu yang mak berikan dan darah yang mengalir ketika melahirkan along. Mak halalkan segalanya, along."
Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku lihat, wajah along semakin berseri-seri. Wajahnya seperti tidur sahaja. Langsung tak pucat. Masih merah seumpama dia masih hidup. Aku lihat, bibirnya tersenyum. Seperti dia lebih bahagia meninggalkan kami. Tak apalah, Along. Aku tahu, kau lebih bahagia di sisi Tuhan mu.
Setelah mak cium arwah along, aku pula ambik tempat untuk mencium arwah. Aku sentuh pipinya, aku usap dahinya. Dalam lirih aku ucapkan perlahan;
"Tuhanku, inilah orangnya yang menumpangkan bahu kepada kami adik-adiknya setelah arwah ayah pergi menyahut seruanMu 18 tahun lepas. Bahu makhlukMu yang satu inilah yang mengorbankan apa sahaja untuk kami, adik-adiknya setelah arwah ayah pergi. Kau ampunkan segala dosanya, kau berikan kemaafanMu kepadanya, Kau sucikan dia dari sebarang kotoran noda dan dosa. Kau kembalikan dia kepadaMu sepertimana dia dilahirkan dulu. Terus aku kucup dahinya. Lama. Wangi.
Tapi!
Mari aku ceritakan tentang bagaimana lancarnya urusan arwah along.
Dalam pukul 12.30 tengah malam tu, mak aku diarahkan untuk pergi buat report polis dulu. Actually, kawan arwah along dah cuba nak buat report, tapi tak boleh, sebab dia nak waris si mati sahaja yang pergi buat report. Itu prosedur, nak buat macam mana. Lepas dah buat report, MA hospital call doktor, untuk urusan bedah siasat pulak. Awalnya mak aku tak nak buat, tapi terpaksa buat atas nasihat polis dan ayah cik aku. So, mak aku ikut aje.
Kalau nak ikutkan, doktor nak buat pukul 10 pagi esoknya, tapi mak aku mintak dengan doktor untuk buat terus. Betapa terkejutnya MA yang ada kat sebelah mak aku tu bila doktor terus setuju untuk buat terus post-morterm tu. Aku lega. Sementara menunggu urusan seterusnya, aku terus pergi ambik wudhuk dan bacakan YAASIN untuk arwah along. Tak apalah kalau tak boleh baca dekat telinga dia, tapi aku tahu, pahalanya tetap sampai.Inshallah.
Pukul tiga pagi post-morterm bermula, dalam pukul 4 dah siap. Yang ni pun, ramai kawan aku, kawan mak aku cakap, mudahnya urusan dia! Kenapa? Sebab kebiasaannya kalau post-morterm dibuat, akan ambil masa yang lama. Tapi arwah along, sekejap sangat! Itu sudah qadar Tuhan untuknya. Allah memudahkan segala urusan dia. Dalam pukul 4.30, kawan arwah along cakap yang mereka dah sewakan ambulans untuk bawak jenazah balik. Alhamdulillah, pukul 5.45 pagi, 30/8/2014, jenazah along selamat sampai ke rumah. Persinggahan terakhir sebelum dia dikebumikan. Aku mandi, dan terus bersiap lepas solat subuh untuk membacakan YAASIN di telinga arwah. Sempat 15 kali aku habiskan YAASIN untuk dia. Tenanglah along. Kau tetap kami cinta.
Segala urusan jenazah arwah along, daripada dimandikan sehinggalah ke pengebumian, berjalan dengan sangat lancar. Allah berkatimu, Along Sayang.
Okeylah. Sampai kat sini dulu, kawan-kawan. Aku sayang korang. Aku harap korang sabar tunggu part seterusnya, ya!
No comments:
Post a Comment