Decorate Your Planner

Assalamualaikum wbt.

Hari ni, ada masa sikit. Sempat kot aku nak tunjukkan (bukan show off, okey) pasal macam mana aku manage planner aku.

Aku tak guna banyak bahan pun. Sebab, aku lebih suka mewarna ataupun lukis sendiri (conteng-conteng) dekat planner aku tu.



Antara bahan-bahan yang selalu aku gunakan untuk planner aku, 
  • Ribbon-- Black and white
  • Tape kain-- Yang tiga biji. warna pink, biru polka dot dengan petak-petak tu.


 
Tape tu, aku beli dekat kedai Pustaka Seri Intan, Dungun masa tukar baucar buku tahun lepas. Memang bergunalah. Langsung tak membazir. Sebab, kadang-kadang aku buat notes study pun, aku guna jugak sikit-sikit. Untuk bahagikan bab-bab satu-satu subjek.


Okey, korang nampak tak love kecik-kecik aku buat sebagai border tu.? Actually, aku tak lukis okey. Memang rajin sangatlah kalau aku ni melukis.  Tu, sebenarnya, sticker. Aku beli dekat kedai Rm 2 haritu.


Nilah rupanya sticker tu. Aku beli dengan harga RM2, sebesar size lebih kurang A4. Berbaloi sangat-sangatlah.
Tapi, aku tak tahu sekarang ni still wujud ataupun tak, sticker ni. Kalau kebetulan aku pergi nanti, aku tengok ada, aku boleh tolong belikan untuk korang okey.



Ni pulak, planner mingguan aku untuk minggu lepas. Sorry. Agak messy. Tapi, planner aku ni actually baru start minggu lepas, selepas planner aku yang sebelum ni-- HILANG!!!!!.

 Tragis betul. Aku syak, aku dah bakar planner tu sekali dengan DIARY CINTA TAK KESAMPAIAN akulah. kehkehkeh. Aduhainye pun!
Sakit hati dengan diary lama, dengan planner-planner sekali aku bakar.


Okey. Dah-dah. Malas nak ingat dah. Sobs..


Okeylah, sampai sini dulu. Siapa-siapa yang sukakan planner jugak, dan ada blog, jom follow. tinggalkan link, nanti aku follow balik. Okey?


3 comments:

  1. Cantik..kemas..mst seronok nk tgk hari² kan.

    ReplyDelete
  2. Suhaila Johar: seriously. Tiap2 hari belek. Even yg minggu-minggu sebelumnya pun. Walaupun x cantik, tpi sbb sye rse berbaloi buat. Hidup teratur.

    ReplyDelete