Ramadhan is Leaving Us!


Allahu Allah.
Entah apa yang aku rasa saat ini apabila emikirkan bahawa ini adalah malam ke 29 Ramadhan. Malam di mana memaknakan bahawa tinggal lagi  dua hari ummat Islam akan berpuasa.

Rasa sedih. Kecewa. Masih belum banyak amalan aku untuk menjadi bekalan ke 'sana' nanti. Masih belum upaya aku menarik orang-orang yang aku sayang untuk menjauhi neraka.

"Syurga itu milik Tuhan, usaha untuk memasukinya. Walau dari pintu mana, pasti ada nikmatNya yang tersendiri dan tersedia."

Benar, Syurga itu milik Tuhan. Tetapi juga harus di ingat bahawa neraka juga milik Tuhan. Harus usaha untuk menjauhi, harus sedaya untuk menghindari.

Tuhan,
Ampunkanlah kami. Rahmatkanlah kami.
Dengan keberkatan Ramadhan Mu yang mulia, walau dia(Ramadhan) bakal pergi jua, cukupkanlah setiap daripada kami.
Kami tahu, Tuhan.
Melihat kepada amalan kami, kami belum layak untuk meminta apa-apa daripada Mu.
Namun, Tuhan.
Tetap kami masih ingin memohon.
Kerana tiada tempat lain yang mampu kami memohon.

"iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin"

Jelaslah bahawa Engkau sahajalah yang layak kami mohon setiap perkara, setiap bantuan dan pertolongan. Hanya pada Engkau, Tuhan.



Tak Apa. Allah Tahu.


Pernah kau rasa macam kau hilang?
Pernah kau rasa macam kau kosong?
Pernah kau rasa macam kau seorang?
Pernah kau rasa macam kau bolong?

Itulah nama dia kehidupan.
Dalam hidup ni, kita kena tempuh semua fasa.

Fasa untuk berkawan, pilih kawan, bersahabat. Fasa untuk ambik masa bersendiri, fasa untuk bersendiri dan berkurung sendiri, dan fasa memang untuk ditinggalkan sendiri.

Sebab apa kita semua harus lalui semua fasa ni?

Mungkin.
Suatu waktu Allah yang pilih untuk kau menyendiri, fasa untuk hanya kau dan Tuhan. Fasa untuk kau lebih memilih Tuhan berbanding memilih sahabat dan kawan.

Pernah suatu waktu, dalam kecoh dunia, tapi kau tetap rasa sunyi?
Itu biasa.
Kerana apa?
Kerana Allah sedang  rindukan kau.
Allah sedang panggil engkau untuk balik pada Dia.
Dia tak pernah paksa.
Tapi dia sedang menunjukkan rasa dalam jiwa.
Dia sedang menjentik hati kau yang kosong tu,
Untuk balik pada Dia, merendah dan menunduk pada Dia.
Tuhan sedang beritahu bahawa dunia yang kau berpijak sekarang,
bukan segala.

Andai suatu waktu,
Kau berjalan di khalayak pun, kau rasa kosong,
Itu sudah petanda bahawa Tuhan sedang menjentik hati kau.
Bersyukurlah.
Tuhan masih sudi memandang kita.

Andai.
Suatu waktu, bila kau pulang ke jalan Tuhan,
Ada saja manusia yang mengejek, ada saja manusia yang jelek.
Jangan dirisau.
Masih ada Khaliq yang sudi memandang.
Masih ada Rabb yang sudi mengusap jiwa halus kita.
Masih ada Rahman yang sudi mengasihi kita.
Masih ada Latif yang sudi melembutkan hati kita.

Allah tahu isi hati kita.
Manusia tidak pernah.
Allah tahu kau mahu berubah.
Menjadi terisi dengan Kalam Tuhan, Sunnah Utusan.
Tidak lagi bolong dan lohong tanpa rasa.

Namun.
Rigidnya begitu.
Kalau kau pernah menjadi pendosa,
Di mata manusia, kau tak pernah layak memilih syurga.
Ya. Itu kiraan manusia.
Tapi, kawan.
Tuhan itu lebih tahu hati kita.
Kenapa kita pulang kepada Nya juga, Dia tahu.
Kita yang tak pernah tahu apa,
Sekurangnya, kita tahu jalan mana yang perlu untuk pulang.
Itu sudah memadai.

Jika punya peluang,
Tariklah juga mereka yang songsang
Menganggap esok masih siang.
Jangan lupa.
Malam ini, belum tentu kita di redhakan.

Kalau tak mampu dengan tangan,
Tetaplah dengan doa dan perasaan.
Moga Allah jentik pula hati mereka.
Dapat sama-sama pulang.

Kerana kita semua layak memilih syurga,
Bahkan diberi pilihan untuk menolak An-Nar Tuhan!

Mencari Sempurna

"Kalaulah hati kita ini benar-benar suci, kita tidak akan pernah kenyang (rasa sempurna) dalam menghayati kalam Allah, dan aku sangat benci untuk berlalunya satu hari sedangkan aku langsung tidak membuka mushaf(Al-Quran)"
Saidina Uthman Bin Affan ra.
-Riwayat Al-Baihaqi-


Dalam hidup ni, apa yang kita kejar sebenarnya? Hidup sempurna? Ada pangkat tinggi-tinggi? Ada duit berjuta-juta? Ada orang gaji, nak bersuap bersua itu ini?

Betul dan benar sekali bila menyatakan suara hati bahawa yang tersebut di atas adalah pelengkap kepada kehidupan hari ini.

Tapi sebenarnya, kita juga harus tanya pada suara hati. Apakah cukup dengan semuanya itu? Sebenarnya, kalau masih digali, takkan habis rasa untuk memiliki semua perkara. Takkan terasa cukup dengan semua benda yang kita ada.

Kita harus faham, yang setiap apa yang kita ada hari ini adalah apa yang telah Tuhan pinjamkan buat kita yang serba kurang, serba naif, serba daif ini.

Entah.
Akhir-akhir ini, semua perkara aku rasa kosong. Terasa sesuatu yang kurang pada diri.

Yup!

Aku tahu jawap nya.
Aku kurang memberi kasih pada Tuhan. Aku kurang bercakap dengan Tuhan. Aku kurang bermonolog dengan Tuhan. Masa aku lebih banyak terhabis dengan kerja-kerja kosong. Skroll instagram(facebook dah tak bukak. uninstall terus! haha). Fikir soal masa depan, padahal akhirat pun masa depan jugak. Punyalah bodoh manusia ini.

Moga Tuhan masih sudi menerima aku, menjadi cinta Dia. Moga Tuhan masih sudi membentang ampun dan maafNya untuk aku.

Pesan untuk diri, moga semuanya baik-baik sahaja. Moga Tuhan sudi menerima semua perkara baik yang kita perbuat.


Permulaan Baru. Untuk Kau Aku dan Kita

Bismillah.

Akhirnya, dapat jugak peluang untuk aku menulis semula di blog ni.

Last aku menaip di blog ni setahun yang lepas. Tak busy pun. Cuma aku sedang mencari rentak hidup aku sebenarnya. Kadangnya, baru je berniat nak menulis, terus teringat yang aku belum siapkan "lesson plan" untuk esok.

 Lesson plan?

Yes! Lesson plan. Untuk pengetahuan korang, aku memulakan kerjaya aku sebagai seorang guru pada 1 Januari 2017. Guru biasa. Banyak perkara kena belajar. Terutamanya belajar untuk kawal baran dan sabar, memandangkan aku ni mengajar sekolah rendah.

Alhamdulillah. Allah mudahkan sampai hari ini. Tak ada lain dah yang nak aku mintak selain daripada Allah sudi untuk memudahkan setiap urusan hidup aku, tiap-tiap hari. Aku rasa korang pun harap benda yang sama, kan?


Aku saja nak menulis, hari ini. Saja-saja. Sebagai mukaddimah untuk permulaan semula penulisan di blog ni, mungkin?

Permulaan baru hidup, memerlukan mukaddimah baru jugaklah, kan? haha.

Untuk waktu sekarang, aku masih macam dulu. Atau mungkin ada sedikit perubahan. Macam dalam entry aku setahu yang lepas.*emoji monyet tutup mulut*

Aku masih macam dulu. Perangai gila aku masih tetap sama macam dulu. Cuma sekarang, bila dah tua sikit ni, rasanya makin bertenanglah daripada dulu. Maksud aku bertenang tu, ada waktu-waktu yang aku tak bercakap dengan orang, dan aku lebih suka berkurung di dalam bilik, menghadap buku. Serius, aku pun tak perasan dengan perangai aku yang semakin suka berkurung ni, sampailah mak dan kawan-kawan tegur aku. Kenapa aku dah banyak berubah.

Sebenarnya, bukan berubah pun, cuma mungkin ada sehari dalam seminggu tu, aku penat. Sebabtu aku kurang bercakap. Tu je.


Okeylah.
Sampai dekat sini dulu, aku menulis kali ni. Inshallah, ada masa, aku sambung lagi dalam entry seterusnya, dengan share-share yang lebih bermanfaat untuk korang.


Thank you, masih sudi baca.

Perubahan.




Baru-baru ni, aku dapat satu massage daripada seorang sahabat lama yang memang mengikuti perkembangan aku melalui blog ni dan pesbuk sahaja.-- kata beliaulah.

Tapi memang kami dah lama tak contact sebenarnya.

Last aku keep in touch dengan dia tiga tahun lepas sebelum arwah along meninggal. Dia tahu pasal arwah along meninggal pun, bila masuk hari ke tiga along meninggal sebab dia baru perasan status aku. Dia ada send ucapan takziah pada aku, cuma masa tu(sampailah sekarang) aku tak reply message tu sebab aku sedih setiap kali bukak. Rasa macam baru lagi peristiwa tu.

Okey, balik pada message dia baru-baru ni.

"Nisa, kenapa aku perhatikan dekat pesbuk sekarang, kau dah banyak berubah? Kau dah tak macam dulu. Ada something wrong ke yang kau nak share dengan aku? Kau tahu kan, aku ada setiap kali kau perlukan kawan untuk dengar masalah kau, rasa hati kau?"

 Aku simpan message dia tu. Aku tak reply. Sebab aku tahu dia akan bukak blog ni setiap kali dia free, dan aku harap dia akan baca entry kali ni. Memang khas aku tujukan untuk sahabat sebaik dia.

Aku tak berubah banyak pun, kawan.

Dan aku jugak tahu kenapa dia tanya aku soalan tu.
Sebab dulu aku pernah kata pada dia yang sebenarnya aku kurang minat untuk tengok pada perempuan tudung labuh, even pada waktu tu(diploma) aku bertudung labuh(bukan tudung bulat). Aku ingat lagi perasaan aku bila pakai tudung labuh dulu, hodoh. Sebab aku gemuk.

Sebab bila dekat luar, aku tak pakai tudung labuh pun sebenarnya. Aku cuma biasa-biasa. Kalau dekat rumah, main selamba monyet saja nak keluar tanpa tudung. Bodohnya masa tu. Hukum Tuhan aku buat main-main. Sedangkan, aku tahu yang tutup aurat tu wajib. Tak semestinya dengan bertudung labuh.


Bila dah masuk degree, aku pakai tudung bawal biasa saja.

  • Yang jarang, aku biarkan nampak leher aku yang tak jinjang ni. 
  • Yang labuh, aku singkatkan. 
  • Yang lengan panjang, aku naikkan ke paras siku atau lengan.
  •  Yang sepatutnya pakai di dalam baju jarang(inner) aku pakai dengan tshirt lengan pendek. Kononnya kalau pakai begitu, dah tutup aurat aku. Padahal, Allah tengah murka sebab aku tahu, tapi aku tinggalkan apa yang dia suruh tu.
  • Sandal dan bersarung kaki, aku tanggalkan dan gantikan dengan selipar jepun yang kononnya nampak hipster sikit. Padahal jakun macam babun!
Bila aku dah berubah macam tu masa masuk degree, bukan takde yang tegur aku. Cuma aku yang tak endahkan.
Salah seorang yang memang perasan dan tegur aku masa tu-- Shamir.

"Kenapa kau dah tak pakai tudung labuh kau? Kenapa sekarang kau pilih untuk pakai t-shirt singkat paras punggung, tu pun ngam-ngam aje dengan punggung. Kenapa sekarang inner yang kau selalu pakai dalam baju kurung putih, kau pakai dengan tshirt lengan pendek. Kau tahu yang Allah tak suka bila kita buka aurat kan?"

Kau tahu apa jawapan aku masa tu?

"Macam ni, Shamir. Kalau kau nak terus kawan dengan aku, terima baik buruk aku. Terima macam mana aku yang sekarang, yang tengah berdiri depan kau sekarang. Terima aku macam ni. Kalau kau tak suka, kau boleh tinggalkan aku."

Dia diam. Cuma pandang aku.

Waktu tu pun, aku memang dah tak macam dulu--masa sekolah. Hati aku jadi keras. Bila mak tegur, kadang-kadang aku membentak dalam diam. Aku menganjing belakang dia. Aku tak boleh terima nasihat orang pada aku. Aku bosan bila orang 'bersyarah' pasal tudung, aurat etc.

Sampailah Allah sentap hati aku dengan ambik orang yang paling aku sayang lepas mak ayah aku-- along.

Suatu waktu, aku terfikir.
"Sampai bila aku nak macam ni? Sampai bila aurat aku, aku nak tayang pada orang yang bukan selayaknya melihat dan memandang? Sampai bila aku nak hidup dalam dosa yang aku sedar.?"

Lalu, aku ambik inisiatif. Aku yang kena berubah. Bukan orang lain yang harus mengubah aku.

Aku mulakan semula apa yang dah aku tinggalkan bertahun dulu.
Tapi, waktu tu, aku students lagi. Mana nak dapat duit untuk cover beli semua tudung dalam masa serentak kan?

So, aku mulakan dengan tudung bawal bidang 45 aku yang banyak-banyak dalam almari aku tu.

Aku tak lagi silangkan ke bahu, buat gaya rama-rama ke, apa ke, tudung tu. Aku just jatuhkan je. Biarlah nampak macam selekeh pun. Takpe. Allah tahu kenapa aku buat macam tu.

Next, shawl.
Shawl singkat aku, ada 2 helai. memang kecik gile. Macam manalah aku boleh beli tudung tu dulu? Astaghfirullah.
Jadi, aku taknak saham aku masih berjalan dengan tudung tu. Kalau aku sedekahkan dekat orang, saham aku yang tak elok, masih akan berjalan. Selagi ada yang pakai dan tak menepati syarat menutup aurat, selagi tulah saham aku akan berjalan.
So,

Aku jahit shawl tu, jadi inner. Done. Aku pakai kat dalam tudung bawal yang jarang. Tutup leher aku yang tak jinjang tu.
Lebihan daripada buat inner tu, aku buat handsocks. Bi iznillah. Dapat dua benda atas satu shawl yang singkat tu.

Sekarang ni, aku slow-slow cuba labuhkan tudung aku. Taknak dah macam dulu. Bukan berlagak bagus atau berlagak baik. Tak pernah sesekali aku ni baik. Cuma aku nak berubah.
Saham-saham ni aku nak kumpul. Untuk aku sedekah pada arwah along. Untuk aku sedekah pada arwah ayah.
Aku yang salah.
Mak tak salah. Along tak salah. Diorang didik aku dengan didikan agama yang cukup. Cuma aku yang selalu je langgar peraturan yang Allah dah tetapkan ni.

Astaghfirullah.
Moga Allah ampunkan aku.

Kalian, doakan aku istiqamah.


Promosi Cuti Sekolah! Handmade Notebook.

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak update blog kan? So, memang dua, tiga hari ni memang akan update entry dekat blog ajelah. Korang tak kisah, kan? Haha.


Okey. Dah lama tinggal bussiness ni. Sejak pat, lima bulan lepas memang aku langsung tak sentuh bisnes ni. Memang busy gile. Busy dengan tesis, pastu dengan test, dengan presentation pulak, final exam yang datang lepas tu. And lastly, dengan urusan jilid tesis tu. Memang busy sangat. So, memang takde masa.

Haritu pun, ada yang whatsapp aku tanya pasal nak tempah khat notebook, tapi aku terpaksa tolak. Sebab masa tu dah dekat dengan deadline tesis. Aku takut tak mampu sebab customer tu nak 80 bijik khat notebook. Kalau buku tu just untuk lakar khat, mungkin aku boleh terima. Tapi sebab buku tu kan handmade, aku jahit (binding) sendiri. Maknanya fully handmade. Start daripada potong kertas untuk buat kulit, jahit untuk binding sampailah kepada lakar khat kat atas dia, memang semuanya aku buat dengan tangan aku yang dua batang ni. So, waktu tu memang aku kesian dekat customer tu. Tapi aku lebih kesian pada dia kalau aku tak sempat nak siapkan semua tu dalam waktu yang dah ditetapkan.


Sekarang ni, memang aku dah diiktiraf sebagai penganggur terhormat. Jadi, aku pun mulakan balik bisnes aku ni. ORDER OPENED! Aku dah terima tempahan. Tak kiralah handmade notebook ke, frame art ataupun khat wedding guest book.

Yang kat atas ni frame khat. Korang boleh tempah untuk bagi hadiah anniversary ke, hadiah birthday ke, hadiah untuk cenderahati ke, hadiah untuk orang kawen ke. 



Yang dua dekat atas ni pulak handmade khat notebook. Korang boleh tempah untuk dijadikan hadiah hari lahir ke, untuk diri sendiri ke, untuk guru-guru ke sebagai penghargaan. Okey, gambar yang kedua tu, pada batang tu aku tulis nama si penerima. Then dekat daun tu pulak aku tulis "sanah helwah". See? Korang memang boleh buat hadiah birthday lah untuk hadmade khat notebook ni. Selain daripada design ni, korang jugak boleh design sendiri macam mana design yang korang nak, lepas tu boleh bagi kat aku. Aku cuba buat. Kalau nak mintak aku lukis doodle ringkas-ringkas pun boleh dekat depan tu. Inshallah tak mengecewakan.

Yang ni pulak ready made handmade notebook. Sekarang ni yang dua ni still available. Yang warna gold tu, ada tiga buah. Kalau korang beli tiga terus, korang akan dapat diskaun 5% untuk setiap satu buku.  Kan, promosi cuti sekolah ni. So, cecepat order okey. Takut terlepas ke tangan orang lain nanti. 

*********************************************
Kedua-dua jenis notebook ni, (khat notebook dan readymade notebook) detailsnya macam dekat bawah:

~ 100 blank pages
~Handmade Stitching (binding)
~Hardcover
~A5 size

Yang dekat atas ni pulak kulit guestbook. Customer mintak untuk buat warna gold pada tulisan khat tu. So, aku try buat. FYI, yang warna hitam tu, kulitnya. Yang tulisan hitam tu, akan diletak di page pertama wedding guestbook. Border kat tepi tu pun aku lukis sendiri. Sama jugak dengan notebook lain, yang ni pun aku jahit tangan untuk binding. 
Details untuk Wedding Guest Book ni macam dekat bawah:
~30 blank pages
~Handmade Stitching (Binding)
~Hardcover
~A4 size

So, kalau korang nak order, korang boleh terus pm aku kat FB ataupun DM aku instagram.(Klik je button kat tepi tu) --> :)

Okeylah. Aku rasa sampai kat sini je dulu. Hope korang boleh sokong bisnes aku ni tau. Sokong dengan doa pun takpe.



Planner Addict Dan Thesis

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya banyak sangat benda yang aku nak share dengan korang. Tapi kita pergi satu-satu okey. Sebab dah lama tak update entry dekat blog ni, janggal pulak rasanya nak menaip harini.

Sebagai permulaan untuk first entry setelah lama menyepikan diri ni, aku just nak share dengan korang pasal planner addict dan untungnya pada orang yang tengah nak buat tesis. Ni aku just share pengalaman aku je sebenarnya. Sebab lain orang lain caranya. Jadi, kalau korang nak praktikkan apa yang aku share dekat korang ni, dipersilakan. Memang tujuan aku share dengan korang ni, untuk korang try buat jugak. Mana tahu menyenangkan korang nanti.

Sebenarnya, planner ni membantu memudahkan kerja-kerja kita kalau kita jenis rajin menulislah. Sebab kadang-kadang kalau sempat, memang setiap hari korang akan kena update dekat dalam planner tu, apa benda yang korang kena buat harini, apebende yang korang kena tulis, ada sapa-sapa yang korang kena jumpa ke. Sejujurnya, bila kita ada planner ni secara tak langsung ianya akan bantu kita untuk melaksanakan urusan seharian. Macam aku sendiri, aku bangun solat subuh, first thing yang aku buat lepas selesai waktu subuh tu adalah tulis planner untuk hari tu. Ape benda yang aku buat hari tu. Kalau macam laundry, memang akan masuk ke planner untuk personel stuff.

Macam aku, setakat ni aku ada 3 bijik planner.
1. Untuk Personal Stuff
2. Untuk Penulisan Tesis
3. Travel Journal



Tapi, sekarang ni, aku just nak share dengan korang pasal planner untuk penulisan tesis aku.
Ini second entry untuk second meeting dengan supervisor aku. Masa ni untuk bab 1, proposal tesis aku ada lompong sana sini lagi. Actually, aku tak tahu nak tulis apa. Bahannya ada, cuma aku tak tahu nak mula macam mana. Aku ingat lagi, lepas je meeting dan kena tegur dengan supervisor untuk bab 1 ni, aku terus terang je dengan beliau (guna beliau lebih elok kot. Sebab Profesor Madya) yang aku tak tahu nak mulakan macam mana. Sebab Tesis diploma dulu bukan format macam tesis degree ni. Terus beliau bagi kami (berlima) setiap seorang contoh-contoh tesis yang lama dulu. "Tengok macam mana senior kamu menulis tesis." Kata beliau.


Sepanjang buat tesis ni, acapkali jugak rasa macam nak give up. Rasa penat. Rasa dah nak mengalah. Dan setiap kali tulah aku akan ingat balik. Ni impian aku. Sejak mula aku daftar masuk ke universiti, aku dah nekad, aku takkan putus asa. Sebab tu, kalau korang perasan, ada sesetengah entry dalam planner ni akan ditulis kata-kata motivasi untuk menaikkan semula semangat aku. Bukan sekadar entry dekat atas ni saja, tapi akan ada lagi untuk gambar-gambar seterusnya. Ayat tu reka sendiri ke?Tak adanya aku nak reka sendiri ayat-ayat tu semua. Semuanya aku google. haha.

Untuk menaikkan semangat aku untuk menulis, aku akan pastikan setiap entry planner aku ditampal cantik-cantik dengan washi tapes. Dan jangan pelik okey. Sebab memang aku ikut tema. Kalau hari tu entry aku bunga ros, bunga ros je yang akan aku tampal. Kalau aku guna tema warna pink semua tema warna pink. Sebab aku suka pada something yang kemas. Jadi bila corak sama aje semua, bagi aku ia akan nampak kemas.













Fasobrun, jameelun. 
Maka sabar itu adalah yang paling indah, yang paling cantik dan yang paling baik. Ada sebab kenapa Allah letak kau kat mana kau berdiri sekarang.


Ni pulak (sorry berserabut sikit) check list untuk senarai jadual, senarai rajah dan senarai gambar. Semua ni memang kena ada tau. Untuk menyenangkan korang. Maknanya kalau korang ada nak tambah jadual, korang boleh check balik, jadual tu akan duduk dalam bab mana, jadual berapa and so on. 

Ni adalah check list untuk aku print thesis. Contohnya bila aku dah print out bab 1, so aku akan thick menandakan yang aku dah print out that chapter. Same goes to other chapters termasuklah penghargaan, abstrak and so on.

Okay. Dah ambik tesis dari tempat jilid. Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak tesis aku. Allah bantu aku. Kalau aku buat sendiri memang tak termampu rasanya. 

Susah tak buat tesis?
Bagi aku, kalau kita taknakkan sesuatu tu, kau paksalah macam mana pun, tetap kau takkan dapat buat. Even kau dapat buat pun, kau takkan dapat kepuasan daripada usaha kau tu. Seterusnya kau akan anggap tesis ni adalah satu mimpi ngeri buat kau.

Beza pulak kalau kau dah tetapkan matlamat kau untuk dapatkan sesuatu. Orang buatlah macam mana pun, orang down kan kau macam mana sekalipun, banyak mana pun kau pernah putus asa, but, kau akan pikir once kau dah start, kenapa baru sekarang nak give up? Baik kau tak payah start apa-apa. 

Tak pernah give up ke? 

Pernah. Ya, pernah. Sampai dah berkali-kali. Rasa letih, rasa menyampah. Rasa sakit hati. Benci dengan diri sendiri. Rasa bodoh.

Apa aku buat?

Aku ambik inisiatif sendiri. Aku tinggalkan laman sosial untuk seketika(masa emosi tengah tak stabil). Aku tinggalkan semua yang menyerabutkan kepala. Assignment semua, aku letak tepi. Sebab semua tu perlukan discussion. Tambah pulak, geng satu group kena pergi Indonesia untuk pertukaran pelajar selama seminggu. So, masa tulah aku fokus betul-betul pada tesis aku ni. 
Aku pernah down. Rasa nak berhenti je. Extend semester. Tapi aku fikir balik. Sampai bila aku nak extend? Kalau fikir down, semua orang down. Bukan aku sorang. Kalau extend, nanti kena buat jugak kan? Umur pun dah meningkat ni. So, aku teruskan melangkah. 

Nasihat aku untuk adik-adik yang bakal buat tesis ni:

1. Jangan Stress. 
Semua orang yang sekelas dengan kau sedang mengalami benda yang sama dengan apa yang kau alami sekarang. Cari sorang kawan yang boleh kuatkan kau, pujuk kau bila kau rebah. Aku ada dua orang kawan yang macam tu. Tapi dua-dua sekarang kat Abu Dhabi.

2. Jangan Give Up.
Pelan-pelan kayuh. Kau rasa penat? Lelah? Berhentilah. Rehat sekejap. Nanti kita kayuh balik okey. Kalau kau rasa semua tu, aku ada satu petua untuk korang. Pergi ambik wudhuk. Solatlah walaupun 2 rakaat. Sebab solat tu akan bawak kau keluar sekejap dari dunia realiti kau sekarang. Bagi aku, waktu tengah berserabutlah waktu yang paling aku rasa dekat dengan Tuhan bila aku solat. Masa tulah, aku sikitpun tak malu untuk menangis, mohon yang baik-baik dengan Dia. Tapi first, hinakan diri kau depan Tuhan. Sebab kita hamba. Dia pulak Sang Khaliq. Tak ada siapapun nak kisah kalau kau hina diri depan Tuhan. Sebab orang lain tak boleh nak bagi yang baik-baik.Tapi dengan Tuhan, Dia tahu semua pasal hidup kita. Kalau kau stress. Fikirlah. Allah kan, ada?

3. Mulakan kerja pada waktu pagi.
Jangan tidur lepas Subuh. Even kau tengah period. Waktu Subuh waktu malaikat sedang bahagi-bahagikan rezeki. Jadi, even kau tengah period kau masih boleh mintak dan doa dengan Tuhan. Dia Maha Mendengar. Bila kau still mintak dengan Dia even kau tak boleh solat, kau sebenarnya masih dekat dengan Dia. Sebab Dia tak pernah lupakan kita. Kita yang hamba ni saja yang selalu lupakan Tuhan. Nauzubillah.


Okey. Aku rasa cukup setakat ni dulu entry aku untuk planner dan tesis ni. Aku cuma share je. Yang selebihnya, korang kena usaha sendiri tau. Mulakan. Jangan tunggu orang push diri kau. Kau yang kena push diri kau sendiri.




Thanks for reading this. :)

Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labunya.

Assalamualaikum.

Saja nak menghiburkan hati seketika sebab daripada pagi lagi aku sibuk cari bahan untuk tesis. Rasa sakit badan, rasa sakit jiwa. Penat memikirkan masalah syarat bergraduan ni yang terang-terang memenuhi kehendak duniawi semata. *eceh. Ayat tak nak kalah.

Korang pernah kena tanya soalan yang macam-macam?

Contoh:

Bila nak kawen? 
Orang lain dah kawen dan beranak pinak, kau?
Bila kau nak habis belajar? Jangan tinggi-tinggi sangat, nanti takde orang yang nak.! (ayat ugutan)

Memang sengaja aku merahkan dan bold kan soalan-soalan dekat atas tu. Saja jugak aku up kan entry ni untuk beri kesedaran kepada mulut-mulut selipar yang selalu tanya soalan ni. Sebab aku nak orang yang selalu tanya soalan ni, lepas ni akan berhenti daripada tanya soalan ni.

Apa yang korang rasa bila korang ditanya soalan-soalan macam tu?
Sedih?
 Kecewa?
 Berdoa-- "Ya Allah, sampaikanlah jodohku secepat mungkin"?
Marah?

Korang nak rasa sedih-- sedihlah. Takde orang nak marah pun.
Korang nak rasa kecewa-- Kecewalah. Takde orang marah.
Korang nak berdoa-- doalah. Allah kan, Maha Mengkabulkan hajat dan doa hambaNya.
Korang nak rasa marah-- Marahlah. Itu hak seorang manusia untuk rasa marah. Marah tu pun rasa yang diciptakan oleh Allah jugak. Cuma kita pulak harus mengawal. Sebab Amarah adalah ibarat satu api yang akan makan kayu-kayuan

Untuk Korang atau mak cik-mak cik yang selalu bertanya soalan-soalan killer dekat atas tu, tolongla berhenti tanya soalan-soalan macam tu. 

Tolonglah paham yang orang yang ditanya soalan-soalan macam tu sebenarnya terluka dan terhiris sangat dengan soalan-soalan macam tu.

Mak cik-mak cik ingat diorang nak ke membujang, duduk sorang-sorang sampai tua?

Orang-orang muda yang suka sangat tanya soalan ni.

Korang bila dah kawen, sedap mulut aje kadang-kadang kan, tanya bila diorang nak kawen?

Korang rasa, bila korang dah kawen, korang dah cukup hebat ke?
Korang mungkin macam rasa, korang lebih laku, lebih dipandang berbanding dengan kawan-kawan korang yang belum kawen tu.

Fikir balik.

Korang kawen, korang yakin ke, esok korang masih dengan suami/isteri korang tu?
Korang kawen, korang pasti ke yang suami/isteri  korang tu akan setia dengan korang sorang aje? Sampai bila-bila?
Korang yakin, esok korang hidup lagi?

Jangan.
Jangan terlalu yakin dengan perancangan kita. Sebab Allahlah sebaik-baik perancang. Kadang-kadang, perancangan kita ni, sikit pun tak kena dengan perancangan Allah.
Sebab tu jangan terlalu yakin.
Silap-silap kang, korang mati, terus kawan korang kawen dengan laki korang tu. haha.

Astaghfirullah.

Bukan itu yang aku maksudkan. Bukan melukakan korang yang aku maksudkan dalam penulisan kali ni.

Aku cuma nak korang fikir lagi sekali sebelum tanya soalan bukan-bukan pada kawan korang tu. Kesianlah pada diorang.

Korang ingat dia tak pikir ke soal kawen dan berumahtangga. Cuma Allah masih tak hadirkan pasangan dalam hidup diorang. Adalah hikmahnya tu, kenapa Allah tahankan dulu jodoh dia.



Semua yang Allah tulis tu, cantik. Tak pernah dengan lakaran kotor.

Semua yang kita fikir kadang-kadang tak sama dengan perancangan Allah. Cuma kita ada senjata yang satu, DOA. Yes, doa. Sebab doa kita, Allah dengar. Sebab dia Maha Mendengar.Percayalah. Takdir Allah tu cantik untuk kita. 


Korang yang biasa ditanya tentang soalan-soalan ni, bertabah okey. 

Biarkan diorang nak tanya apa sekalipun. Kalau dah diaorang penat, diorang berhentilah tanya tu.

Kalau korang penat, tak payah dekat dengan diorang okey.


Sekian, terima kasih. 

Haha.


Tahun Akhir, Sem Akhir dan Dugaan




Bismillahirrahmanirrahiim.


Assalamualaikum wbt.

Masih ada yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni?
Kalau masih ada, baguslah. Share sikit ilmu-ilmu korang pada aku, okey? Aku memang tengah moral down sangat-sangat sekarang ni.

Hari ahad (2,3 hari lepas) sepatutnya aku dah start kelas.

Tapi disebabkan ni minggu pertama, kelas pada petang Ahad tu (2-5 petang) batal. Aku just duduk di Masjid Unisza dengan Raisah dari pukul 11.30 sampai pukul 5.30. Sebab petang tu nak pergi tengok rumah sewa untuk kitorang tinggal.

Dan lepas solat Asar hari tu, aku dengan Raisah terus bergegas ke rumah sewa tu, untuk tengok-tengok, dan kalau kitorang rasa rumah tu suitable and affordable, kitorang akan deal teruslah dengan Madam Anna (tuan rumah).
And yes! At last, kitorang deal dengan Madam untuk duduk sewa rumah tu bersama dengan some other students.
Finally, got a rental house!

Korang tahu?
Nak dapatkan rumah ni, banyak betul dugaan yang jadi.

Asalnya memang kitorang dah cari awal-awal rumah sewa. Adalah deal dengan satu rumah sewa ni. Tapi bila mak aku hantar aku, mak aku dengan akak aku tak setuju aku tinggal dekat situ sebab bilik dia hanya muat untuk 2 orang, sedangkan mak cik rumah tu nak sumbat kitorang bertiga dalam bilik yang memang sempit tu. So, mana ruang untuk solat? Mana ruang untuk kitorang duduk-duduk buat kerja? Mana tempat untuk kitorang buat kerja? Takkan semua benda, setiap kalinya nak kena buat atas katil?

Mak aku suruh kitorang cari rumah lain.
Dan bila Raisah datang dan aku tanya pendapat dia, dia terus setuju untuk cari tempat lain untuk menyewa. Tak sanggup nak duduk berhimpit-himpit macam tu sedangkan kami bayar sama saja dengan orang lain.

Kami pergi solat Asar kejap dekat surau Dalam Kolej.
Lepas solat Asar, aku dengan Raisah duduk dulu dalam surau dan try online fb, still cari rumah sewa yang still kosong untuk 3 orang.

Lepas dah Raisah call beberapa orang, terus jumpa satu rumah ni yang nak sewakan bilik untuk 4 orang lagi. Kira okeylah kan?

Pada malamnya aku dengan Raisah pun masuklah rumah tu. Sebelum mandi, kitorang makan dulu.
Aku dah perasan dah, Raisah macam tak lalu makan. Tapi aku diamkan dulu. Aku habiskan dulu nasi lemak aku tu. Lepas aku siap makan, barulah Raisah gumpal nasi dia.

Aku pandang dia.
Aku: Kenapa makan tak habis?
Raisah: Tak lalu makan tengok sinki dapur kejap tadi.

Aku blur.
Then Raisah pun cakaplah dekat aku yang dekat dapur kotor sangat. Atas sinki siap ada ulat sampah yang dah mati.

Fuhh!
Aku memang dah kembang tekak. Tapi aku tahankan je.
Lepas tu, kitorang mandi then solat Isyak.

Lepas solat Isyak, kami start berpakat semula nak keluar dari rumah tu. Memang tak selesa. Sama jugak macam rumah yang pertama. Bilik sempit tapi nak sumbat ramai-ramai.
Esoknya kami keluar.
Kalau nak ikutkan, malam tu jugak kami keluar. Tapi kami pikir, nanti apa pulak orang cakap.

Semua tu disebabkan ketidakselesaan dan kekotoran yang melampau yang dibuat oleh penghuni yang memang dah sedia ada, aku rasa kitorang memang tak boleh nak go on dengan tinggal dalam rumah tu.



Memanglah kalau nak ikutkan kitorang boleh ajak diorang kemas sama-sama.
Tapi, cuba korang fikirkan balik,

Nanti diorang akan fikir-- "dia dahlah baru masuk rumah, tapi pandai-pandai pulak nak kemas rumah ni. Ingat rumah ni bapak dia punya?" *okey yang ayat bapak dia punya tu gurau je.

Lepas keluar dari rumah tu, kitorang pergi makan tengah hari. Lapar.
Lepas makan tengah hari tulah, kitorang terus pergi duduk masjid.

Tunggu kat situ sampai pukul 5.30.
Memang tak selesa. Kalau nak baring pun, rasa tak selesa sebab macam mengganggu orang lain nak solat pulak. So, aku dengan raisah duduk ajelah kat situ.

Lepas je solat Asar, terus bergegas ke rumah sewa yang kitorang nak tengok tu. Alhamdulillah. Deal. Terus deal. Tapi sabtu depan baru boleh masuk.

So, lepas dah deal siap-siap, pergi mydin mall kejap sebab nak beli barang adik Raisah, solat maghrib kat Mydin Mall, dan terus pergi ke rumah Fatin. Sebab sebelum tu aku dah bagitahu Fatin yang kitorang nak tumpang tido untuk semalaman dekat rumah family dia.

Alhamdulillah.
Sampai je dekat rumah Fatin di Losong, terus aku mintak izin nak mandi. Sebab aku memang tak selesa daripada siangnya lagi. Rasa melekit, berpeluh, gatal-gatal-- semua ada.

Lepas siap mandi, fatin masak untuk kitorang. Makan sama-sama.

Fuh! Selepas 2 malam tido tak selesa,malam tu letak je kepala, terus krohhh-krohh.

Punyalah berat beban penanggungan nak cari rumah sewa.



Thanks to Raisah sebab sanggup bawak kereta pergi sana-sini bawak aku, bawak barang-barang kita semata-mata nak pergi cari rumah sewa.

Thanks to Fatin sebab benarkan kitorang tumpang rumah family dia dekat Losong untuk bermalam. Makan nasi malam tu, dengan nasi goreng pagi semalam memang sedap. Kenyang sampai mengantuk.

Terima kasih banyak-banyak, kawan-kawan.

January 2016. Kembali Merapu

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Allah masih beri peluang untuk kita bernafas. Untuk aku bernafas.


Fuhhh! Dah nak habis bulan January 2016, barulah aku terhegeh-hegeh nak tulis blog. Baru nak ucap tahun baru dekat korang. Baru nak rasa insaf dan beringat, yang aku ni ada sebijik blog untuk diberi perhatian. Eceh!

Saja-saja rasa nak menulis malam ni. Rasa nak 'say hi' balik dekat korang. Dah beberapa bulan aku tinggalkan blog ni tanpa sebarang entry yang merapu.

Apa je yang korang dah buat sepanjang masuk tahun 2016 ni?

Aku?

Alhamdulillah. Aku selamat diselia dan diberi markah untuk Latihan Industri aku. Dan baru semalam result akhir keluar. Dan alhamdulillah. Memuaskan.


Okeylah. Takde apa pun sebenarnya nak cakap.

Cuma nak mintak maaf, kalau korang ada terasa sepanjang kenal aku, baca blog aku. Terima kasih untuk segala perkongsian, ilmu korang yang korang share tu, aku hargai dan aku doakan agar Allah balas budi baik korang tu dekat akhirat nanti.

Selamat tahun Baru 2016. Selamat Tahun Baru Hijri jugak 1437 Hijri dah kita.

Semoga segala urusan dipermudahkan. Semoga Allah berikan kita keberkatan sepanjang tahun 2015 yang lalu. Semoga bertambah lagi keberkatanNya pada tahun 2016 ni.

okey, tu je.


p/s: Memang tulis entry ni untuk say hi kat korang je. Esok-esok kalau ada masa, aku taip lagi satu , dua entry.


Praktikal, Rutin dan Husnudzon.

Assalamualaikum wbt.

Terasa lama tak berbicara di sini. Kalau tak silap aku, last aku update; 1 September 2015, hari tu. Itu pun tak banyak sangat menaip. Sekadar berkongsi dengan korang, yang aku akan mulakan praktikal aku pada seminggu kemudiannya.

Fuh!
Pejam celik, pejam celik, dah dekat tiga bulan aku praktikal dekat tempat aku sekarang. Banyak pengalaman yang aku dapat. Banyak perkara yang aku belajar. Dan aku aku jugak harus sedar yang banyak lagi perkara yang aku kena belajar.

Sebab belajar tidak akan sekadar terhenti apabila kita tamat melakukan sesuatu aktiviti, bukan? Belajar tu sebenarnya adalah suatu proses yang akan kita lalui setiap hari dalam kehidupan kita.

Yup! Masih banyak perkara yang aku kena belajar, kena tanya, kena menghadap seseorang untuk terus belajar dan belajar.

Sekarang ni, memang kena banyak fokus pada macam mana untuk stay dalam sesuatu pekerjaan, melayan kerenah birokrasi, organisasi, kerenah-kerenah orang yang berada dalam organisasi. Belajar macam mana untuk saling memberi dan menerima. Saling berkongsi tentang sesuatu perkara.

Rutin aku sekarang ni berubah sikit daripada dulu. Kalau dulu, aku bangun pagi je, dah hadap muka geng-geng senget, pagi-pagi dah bising-bising rumah sewa kitorang dengan gelak tak hengat dunia, dengan masalah berebut bilik air, dengan masalah jerawat berbonjol di muka, sehingga diteriakkan sampai ke hujung airport sana. *okey. tu tipu je.

Sekarang ni, bangun pagi-pagi dah siap-siap nak pergi kerja. Lepas siap-siap semua, kejut adik bongsu aku untuk pergi mengaji dekat rumah mak sedara aku belakang rumah sana. Lepas tu, start motor, pergi kerja.

Balik kerja, makan nasik, borak-borak dengan family sekejap. Then, masuk waktu maghrib tunggu sampai waktu isyak, sambung solat terus. Lepas tu, pukul 9.15 malam, aku dah siap-siap masuk selimut.

Tambah-tambah sekarang ni musim hujan, weh. Aku memang masuk dalam selimut sebelum pukul 10 lah. Aku memang jenis kuat tidur orangnya.

Alhamdulillah.
aku memang bersyukur sangat-sangat sebab selama aku dekat organisasi ni, staf-staf dekat sini semuanya sporting-sporting, start daripada driver, sampailah kepada pegawai-pegawai tinggi. Semuanya baik-baik.

Eeee! Poyo je cakap semuanya baik-baik. Paling tidak pun, pasti akan ada sorang dua yang sombong, berlagak nak mampus!*tu contoh monolog dalaman. haha.

Yes!
Sebenarnya memang ada. Aku tak nak menipu.
Tapi.
Aku jugak tak nak buka aib orang.

Adalah seorang dua, hamba Allah yang jenis yang susah nak senyum, kalau kita tanya pun-- "you pergi tanya orang lain boleh. I busy."

Memang ada.

Tapi takpelah. Husnudzon.

Sebab setiap orang akan ada perangai masing-masing. Itu mungkin untuk melengkapkan kehidupan. Adat kehidupan.

Kalau orang tanya pendapat aku tentang pegawai-pegawai yang sombong ni, jawapan aku senang aje.

Bila orang dah sombong dengan kau, bila kau senyum kat dia pun dia taknak layan, biarkan dia.

Kita husnudzon.
Mungkin dia tengah ada masalah kerja tu.
Mungkin borang dia hilang?
Mungkin dia baru lepas kena bash dengan bos dia.
Mungkin dia tengah cirit?haha.

Kita husnudzon. 
Mungkin dia tengah ada masalah keluarga.?
Mungkin anak dia demam?
Dia tak cukup tidur, mungkin?
Dia ada masalah kewangan mungkin?

Mungkin...?
Mungkin..?
Mungkin...?

Segalanya mungkin 

Kita pikir yang baik-baik sudahlah.
Kita pikir yang senang-senang saja.


Jangan pikir sampai nak pecah kepala.
Dia punya masalah.
Kalau dia perlukan kita untuk luahkan, nanti dia datanglah dekat kita.

Kalau dia tak datang pada sape-sape untuk luahkan masalah, maknanya benda boleh dia settle kan sendiri lah tu.

Kita rilek-rilek sudah.

Husnudzon je.



Welcome, September,2015!

Assalamualaikum wbt.

Hari ni, dah satu haribulan September, 2015. Bersamaan dengan 17 dzulQaedah 1436 Hijri.

*tiba-tiba bila sebut pasal bulan Islam ni, rasa macam nak letak widget Islamik dekat blog ni. Tu pun kalau rajinlah.haha

Sebut pasal bulan September ni, banyak perkara yang aku kena ingat. Banyak perkara yang berlegar-legar dalam kepala otak aku sekarang ni.

Perkara yang paling mengharu-birukan kepala otak aku ialah; Bulan september nilah, aku akan explore lagi satu alam yang tak pernah aku explore sebelum ni. Yeah! Aku akan start praktikal minggu depan; 6/9/2015.

Haish! Berdebar jugak sebenarnya. Tak pernah-pernah nak masuk tempat orang as a praktikal student and as a worker. Sebab tu aku sampai dah rasa haru biru.

Keep Calm and Be A GOOD GIRL



So, mohon kalian doakan aku untuk praktikal. Moga berjalan lancar, sepanjang aku berpraktikal nanti.


Sekian.

p/s: praktikallah perkara yang paling 'membirukan' otak aku sekarang ni.


Buat Apa Nak Sedih-Sedih?

Assalamualaikum wbt.

Korang masih ingat dengan kisah perit, pemergian abang aku ke pangkuan Tuhan, hampir setahun yang lepas?

Aku tak ada niat langsung nak meratap, atau apa sekalipun. Aku cuma nak bercerita. Inshallah. Kalau sampai pada korang apa yang aku nak sampaikan ni, Sampailah hendaknya pahala pada Anah, pada arwah setiap mereka yang pergi dari hidup kita.

Masa arwah along pergi, aku tak tahu macam mana nak bagitahu pada Anah. Sebab masa tu, aku langsung tak dapat nak contact dengan Anah. Waktu tu, aku hanya contact dengan dia melalui Facebook. Takkanlah tiba-tiba aku nak online facebook, tengah-tengah family aku busy untuk uruskan jenazah arwah abang aku tu. Tambah pulak, tak terfikir pulak aku untuk online atau apa-apa waktu tu.
Wassap? Waktu tu, aku hanya pakai handphone C6 yang cabuk aje. Yang dah rosak. Bila orang call, skrin phone bergegar-gegar. Tu pun, Arwah along yang berikan. Kalau tak, memang langsung tak merasa pakai touchscreen phone.

Bila teringatkan Anah, aku sasau sekejap. Diam. Tak bercakap langsung masa dekat hospital tu. Otak aku ligat, macam mana aku nak maklumkan pada dia yang along dah tak ada.

Tiba-tiba aku teringat yang aku still ada simpan nombor phone adik Anah yang study dekat UNiSZA jugak dulu. Selalulah jugak join kitorang buat benda bodoh masa dekat hostel dulu. kehkehkeh.
Aku mesej adik Anah, mintak dia maklumkan pada Anah yang along dah tak ada. Dia cakap, okey. Alhamdulillah, lega. Asalkan aku dah maklumkan. Kalau Anah sibuk, nak buat macam mana. Itu dah tugas dia di Jordan sana. Memang sibuk. Aku maklum.

Lepas dua hari along meninggal, lepas tahlil malam tu baru aku cuba-cuba untuk buka facebook. Itupun, sekadar berharap, Anah online. Untuk scroll screen handphone dan stalk orang, memang tidaklah.

Aku dapat mesej tersebut:

Mesej yang membuatkan aku menagis sorang-sorang malam tu. Aku memang tak tidur. Sepanjang malam aku menangis. Aku terlelap sekejap, tiba-tiba terdengar kereta arwah along park belakang bilik aku. Betapa gilanya aku masa arwah along pergi.

Aku memang perlukan Anah sangat-sangat waktu tu. 

Yup! Malam masa along meninggal. Bagai nak rak aku ceritakan pada Encik Sayang, along accident, tengah tenat. Dia pun ada maklumkan pada aku yang dia ada kat hospital, tolong orang accident. (masa aku on the way nak ke hospital). Tapi aku langsung tak jangka tu along,dan dia pun memang tak jangka yang orang yang dia tolong tu arwah along.

Dia siap boleh pesan dekat aku, apa-apa hal, update terus pada dia pasal along.

Bila aku dah reda sikit seminggu lepas along meninggal, barulah dia mintak aku ceritakan, kejadian malam tu. Bila aku dah habis cerita, terus dia cakap, 

"sayang, maknanya orang yang abang tolong malam tu, alonglah?"

Aku tersentak. Menangis.
Dia menangis. 
Seminggu dia tak contact aku. Dia tak percaya.

Tapi!

Dalam aku sedih-sedih, kemudiannya, aku dapat pulak mesej ni daripada Anah. Allahu Allah! Sepatutnya segala kerisauan sudah hilang. Along sudah kembali kepada Tuhan. Sudah beada di dalam pelukan Tuhan, Sudah sampai disisiNya, sudah aman disamping Tuhan. 


Sedih. Semua orang memang akan sedih bila orang yang kita sayang pergi buat selamanya dari hidup kita. Tapi, dia tidak ke mana sebenarnya. Dia hanya pulang kepada Khaliqnya.

 Aku sebenarnya beruntung bila ada Anah untuk pujuk aku dengan kalamnya. Sungguh! Kalamnya menyejukkan jiwa. Kadangkala menyakitkan hati, adakala boleh buat aku menggila sorang-sorang dalam bilik. haha.

Tapi bila ujian sebegini datang, Allah menghantarkan ramai orang disekeliling aku untuk memujuk.

Amnah.
Waktu hari kematian arwah along, dia satu-satunya sahabat yang datang peluk aku. Beritahu aku, along orang baik-baik. Sebab tu Allah ambik dia dulu. Teruskan berdoa.
Waktu tu, aku hanya bergantung pada diri aku sendiri. 

Aku tidak peluk mak, bukan sebab tak mahu. Tapi aku tahu mak lebih terseksa.

Aku tak peluk kakak aku sebab dia jugak tak kuat. Tapi, dia sudah ada kawan-kawannya yang datang pagi tu untuk ziarah.

Aku pandang adik-adik lelaki aku yang sibuk untuk uruskan urusan memandikan jenazah arwah along.

Aku duduk. Teruskan baca Yaaseen. Terus baca. Sampai aku rasa letih sikit, aku berhenti sekejap.
Bila aku dah letih dan nak berehat sekejap, aku ke dapur. Waktu aku nak ambik handphone, aku dengar satu suara yang sangat sebati dengan hati aku.

"Nisa dekat mana?"

Aku berpaling. Amnah!!

Aku peluk dia puas-puas. Aku menangis di bahunya. Waktu tu baru aku tahu, aku bukan kuat sangat sebenarnya.

Amnah bisikkan: "Allah sayang abang mu, lebih dari kita sayangkan dia."

Tapi hari ni. Aku tekad untuk berhenti menangis.
Tahu kenapa?

Sebab, aku pegang suatu perkara, Allah Maha Mengasihi umatNya. Dia menyayang along lebih dari aku sayang along. Lebih daripada makhluk lain yang ada di langit dan di bumi.

Sedih?
Tipulah kalau aku kata aku langsung tak sedih.

Tapi aku pandang pula sekeliling aku.
Aku pandang diri aku.

Allah masih meminjamkan jasad aku hari ini, roh yang ada di jasad ini, hati yang masih belum Allah matikan, jantung yang masih berdegup normal. 

Tidak ada sebab lain.

Sebab Allah nak aku teruskan ibadah untuk arwah along.

Untuk aku bawak bekal berjumpa dia di sana.

Hari ini, kalau aku sedih, aku akan pegang kata Anah. Along pergi pada penciptanya. Bukan ke mana-mana.

Buat apa nak sedih-sedih kan? Sebab aku sudah pasti, bila along pergi tidak ada lagi salah, khilaf apatah lagi dosa yang akan along lakukan, sebagaimana kita yang hidup perbuat setiap hari.

Terima kasih, Anah. Untuk tiap kata semangat saat aku hilang pertimbangan. Saat aku pernah kufur dari nikmat ujian Tuhan, saat aku tak kuat menghadap apa jua halangan Tuhan.

Terima kasih Amnah, menumpangkan bahu saat aku sangka aku kuat untuk tidak menangis. Terima kasih untuk tiap kata semangat.

Untuk sahabat-sahabat yang lain, terima kasih meniupkan kata semangat untuk aku, walaupun secebis dalam doa kalian. Emas pun takkan terbayar.


Terima kasih semua.

Jadi. Aku pandang sekeliling. Aku kata pada diri aku. "Buat apa nak sedih-sedih, kan? Along tidak ke mana. Along cuma pergi bertemu Tuhan. Kau masih ada orang sekeliling untuk terus sayang kau."




Memulakan semula.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni memang aku rajin tahap yang 'sangat-sangat rajin'. Nak taip novel, aku still tak ada mood nak feeling-feeling jdi heroin, sebab hidung still tersumbat--demam.

So, aku update blog lagi. Saja-saja nak share.

Ingatkan nak buat segmen, tapi belum berkesempatan dan sedang memikirkan apa tajuk yang sesuai, dan apa yang aku nak buat dalam segmen tu.

So, aku saje-saje share dengan korang pasal life aku sekarang.

Aku masih lagi bergelar degree student dekat IPTA kat Terengganu ni. Takde apa yang nak dibanggakan, Sebab sekarang ni, melambak dah student degree kat seluruh negara. Tu, tak campur lagi dengan yang belajar dekat luar negara. So, memang tak ada apa yang nak dibanggakan.

Aku mula berblog masa tahun 2011. Masa tu, aku diploma semester 3 ataupun 4. Aku pun dah lupa dah. Sebenarnya, entry blog ni ada dalam 200++. Tapi, disebabkan aku dah mula nak bina hidup aku yang baru, nak bina semula diri aku dari sisi yang aku tak pernah jangka. So, banyak entry yang terpaksa aku deletekan, supaya aku tak payah kenang dah zaman remaja aku yang lalu.(ecewah).

Pada awal aku berblog, aku sekadar suka-suka (sekarang pun suka-suka jugak). Sebab dulu, aku kenal blog melalui kawan-kawan sekelas aku, masa diploma Bahasa dan Sastera Arab dulu. Tapi, disebabkan jiwa aku ni memang jenis yang suka menaip, suka bercerita, suka mereka cerita(cerpen), suka merapu, so inilah tempat ataupun field untuk aku luahkan, ceritakan, kongsikan.

Walaupun ada di antara kawan-kawan aku yang dah start berhenti daripada dunia blog ni, tapi aku rasa aku tak boleh. Blogging adalah jiwa aku. Walaupun aku jarang update entry, jarang nak menaip sangat, tapi semua tu akibat kekangan masa. Aku busy. Tambah busy bila masuk degree ni, course yang memerlukan kami banyak buat field-work. Kadang-kadang idea tu ada, tapi sebab tubuh penat, tak jadi nak menaip.

Aku 24 tahun. Kalau ikut psikologi yang aku belajar, umur di waktu ini adalah digelar awal dewasa. Yup! Aku sedang menuju kematangan dalam kehidupan. Belum berkahwin dan belum bersedia untuk ke arah itu. Jadi, buat masa ni, memang tak ada entry yang merapu-meraban pasal aku nak kahwin, persiapan perkahwinan, diy pelamin bagai. Sebab aku belum menuju ke arah tu. I'm still struggling on my degree thesis, next year.

"Eh! Dia ni bercerita macam blogger femes! Follower pun, 129 orang je. Tu pun tak tahu active ke tidak."



Tak. Aku tak buat blog ni untuk aku jadi femes. Untuk aku dapat duit etc. Aku buat blog ni sekadar medium untuk aku cari kenalan baru, untuk aku tambah pengalaman. Dunia ni, banyak cara untuk kita explore. Dan salah satu cara yang aku cuba masuk-- blogging. 

Korang nampak kan, pada printscreen kat  atas tu, 'Semua Kawan'. Yep. Semua yang follow blog aku, jadi silent reader, semua kawan aku. Sebab tu dekat blog ni aku guna bahasa "aku, kau, korang". Sebab bahasa-bahasa ni buatkan kita jadi rapat, walaupun dekat alam maya. 

Aku cuma pegang satu aje-- "Banyak tu orang yang suka kita, banyak tu jugaklah atau lebih lagi orang yang tak suka kita." -Dayang Nurfaizah-

Kita berkenalan atas dunia maya, saling mengeratkan tali ukhuwwah. Sampai masa, di alam sana nanti, mungkin Allah akan masukkan kita ke syurgaNya disebabkan tali ukhuwwah yang kita tautkan ni. *seriously macam ustajah pilihan.




Okeylah. Happy reading, kawan-kawan. Setiap kekurangan, semua datang daripada aku. Setiap kelebihan, semua Allah yang aturkan.

Decorate Your Planner

Assalamualaikum wbt.

Hari ni, ada masa sikit. Sempat kot aku nak tunjukkan (bukan show off, okey) pasal macam mana aku manage planner aku.

Aku tak guna banyak bahan pun. Sebab, aku lebih suka mewarna ataupun lukis sendiri (conteng-conteng) dekat planner aku tu.



Antara bahan-bahan yang selalu aku gunakan untuk planner aku, 
  • Ribbon-- Black and white
  • Tape kain-- Yang tiga biji. warna pink, biru polka dot dengan petak-petak tu.


 
Tape tu, aku beli dekat kedai Pustaka Seri Intan, Dungun masa tukar baucar buku tahun lepas. Memang bergunalah. Langsung tak membazir. Sebab, kadang-kadang aku buat notes study pun, aku guna jugak sikit-sikit. Untuk bahagikan bab-bab satu-satu subjek.


Okey, korang nampak tak love kecik-kecik aku buat sebagai border tu.? Actually, aku tak lukis okey. Memang rajin sangatlah kalau aku ni melukis.  Tu, sebenarnya, sticker. Aku beli dekat kedai Rm 2 haritu.


Nilah rupanya sticker tu. Aku beli dengan harga RM2, sebesar size lebih kurang A4. Berbaloi sangat-sangatlah.
Tapi, aku tak tahu sekarang ni still wujud ataupun tak, sticker ni. Kalau kebetulan aku pergi nanti, aku tengok ada, aku boleh tolong belikan untuk korang okey.



Ni pulak, planner mingguan aku untuk minggu lepas. Sorry. Agak messy. Tapi, planner aku ni actually baru start minggu lepas, selepas planner aku yang sebelum ni-- HILANG!!!!!.

 Tragis betul. Aku syak, aku dah bakar planner tu sekali dengan DIARY CINTA TAK KESAMPAIAN akulah. kehkehkeh. Aduhainye pun!
Sakit hati dengan diary lama, dengan planner-planner sekali aku bakar.


Okey. Dah-dah. Malas nak ingat dah. Sobs..


Okeylah, sampai sini dulu. Siapa-siapa yang sukakan planner jugak, dan ada blog, jom follow. tinggalkan link, nanti aku follow balik. Okey?


Resepi : Sweet Corn

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni, akak sepupu aku ada bagi jagung dalam 15 bijik macam tulah. Aku pun lupa dah. So, keesokannya, adik aku cakap, dia nak bakar jagung tu. Tapi, biasalah. Jagung. Kalau kita nak bakar pun, still kita kena rebus, kan?

Petang tu, membakarlah adik aku, jagung-jagung yang sudah direbus tu.

Tapi sayang. Tak habis. Sebab akak aku tak makan. Entah. Dia tak ada mood kot nak makan.
Mak aku cakap, "hiris isi jagung tu dan simpankan dalam peti. Esok, kau takde benda nak buat, kau buat jagung manis. Nanti habislah.

So, tadi, aku pergi bukak peti dan buatlah.

Sekarang ni, aku nak share dengan korang resepi simple ni.


Bahan-bahan:
  • Jagung.
*kalau korang guna jagung yang beli paket dekat pasar raya tu, korang kukuslah dulu. Tak pun, nak cepat empuk, kau rebus terus.
  • susu pekat manis
  • marjerin
  • garam *secubit
Cara-cara yang sangat simple tu:

  • Korang rebus jagung korang tu. Tak kiralah, jagung segar atau jagung paket dekat pasar raya tu. *Jangan kau beli jagung kering yang campur dengan dedak ayam tu sudah.
  • Bila dah empuk, korang angkat then tapis. Masa panas-panas tulah, korang campur semua bahan tadi. Rasa jagung ni pulak, ikut korang. Kalau korang sukakan manis, korang banyakkan sikit susu. Kalau korang suka masin-masin sikit,korang lebihkan sikit garam atau marjerin tu. Lepas tu, gaul jagung dan bahan-bahan tadi masa dia tengah panas tu, sampai sebati, then siap!




DIY: Make Your Own Planner


Bismillahhirrahmanirrahim.


Lama menyepikan diri. busy sebenarnya. Busy menaikkan berat badan. hiks T_T.

Harini, aku saja-saja duduk fikir-fikir apa nak buat. Biasalah. Cuti daripada bulan enam itu hari sampai bulan semilan ni. 6/9 barulah aku di isytiharkan sebagai pelajar praktikal dekat tempat (yang akan aku update lain kali) tu.

Okey. Sebenarnya, still tengah sedih sebab aku punya planner untuk 2015 dah hilang sejak dua minggu lepas. Entah dekat mana aku letak, aku pun tak tahu. Entah-entah dah terbakar, sebab minggu lepas, aku sibuk benor mengemas "bilik bak sarang tikus ni"(kata mak aku) ke aku.

Takpelah. Maybe planner yang hilang tu, menjadi asbab untuk aku buat tutorial, macam mana nak buat planner, terutama cover dia. Saja je nak ajar. Sebab aku guna kain untuk buat cover planner aku tu.

Sebenarnya aku sendiri pun, memang jenis yang addict dengan benda-benda cute, benda-benda comel, planner-planner ni. Cuma tak ditunjukkan sangat.



Dah-dah. Aku tak nak membebel banyak-banyak.

Meh, aku tunjuk dekat korang macam mana aku punya planner.

Bahan-bahan yang kita perlukan:-


  • Gunting
  • Note book-- korang belilah macam mana bentuk yang korang suka.
  • Laptop-- sebagai hiburan.
  • pembaris--aku curi mak aku punya. aku punya dah hilang. Cuti lama sangat, semua benda hilang.
  • Kain.--Ikut suka koranglah, korang nak corak macam mana.


Step-stepnya--

  • Ukur kepanjangan dan kelebaran notebook tu. Macam yang aku punya ni -- 21''x16''
  • Pastikan kain yang dipotong tu ada lebih daripada ukuran sebenar. Contohnya, kalau lebar 16'', buatlah lebih sikit dalam 2 cm.

Ni contoh ukuran kain mengikut ukuran notebook aku. Korang nampak, garis putus-putus tu kan? Tu untuk lebihan kain. maknanya, lebihkan sikit ukuran kain daripada ukuran asal notebook. Sebabnya? Sebab nanti kita nak jahit dekat tempat lebihan tu.

Yang kiri tu, ukuran untuk body (Sebelah sahaja. Untuk dapatkan dua belah terus, korang kangkangkan buku tu luas-luas, then ukur. *rasa lain macam pulak ayat kangkang tu.



Ni pulak, gambar untuk bahagian dalam tu.

  • Untuk cantum bahagian dalam dengan bahagian luar cover, temukan bahagian luar setiap kain. Means-- warna yang cantik tu, korang temukan dulu, then jahit. nampak tak garis putus-putus yang hitam tu? Tu, tempat untuk jahit. Dah-- Pergi jahit cepat! haha.

 Jahit dua-dua belah macam ni. Oh ya! Fyi, aku tak buat poket untuk dua-dua belah holder buku ni. *aku panggil holder jelah eh? Sebab aku tak tahu apa orang panggil benda yang garis putus-putus tu. haha.

Lepas dah jahit, siap-siap, korang balikkan dua-dua belah folder tu.

Sekarang, kedudukan holder tu dah macam ni. Dah boleh letak notebook tu dah. tapi!

Korang nampak garis putus-putus atas dengan bawah tu? Okey. Macam ni. Maksud garis putus-putus tu ialah- kain yang akan jadi berserabut sikit, sebab sebelum ni, korang baru je jahit dekat holder tu kan?Tak nak bagi serabut, korang tindih dengan jahitan terus. Tapi hati-hati tau. Takut nanti, korang terlebih eksaited jahit sampai terlebih tarik. Korang just jahit ikut kedudukan lipatan holder tu je. Okey? So, dia akan jadi ngam-ngam aje dengan buku.Sama macam holder tadi.

Lepas dah siap jahit, tindih pulak jahitan atas holder tadi, tapi ikut luar pulak.
 
Jadi macam ni. Nampak tak yang dekat tepi tu. So, dia akan jadi lebih sikit daripada body buku, so,buku korang akan nampak lagi cantiklah.

Lepas dah siap.





Maka, siaplah Planner baru beta! Yes.



Dan, siap jugaklah akhirnya satu tutorial harini, walaupun dengan penuh halangan dan cabaran. Nak tahu? Aku start buat tutorial ni daripada lepas Zohor tadi sampai lepas Maghrib baru boleh post. Punyalah gigih harini.



P/S: Nanti, kalau aku ada masa, INSHAA ALLAH, aku tunjukkan dekat korang macam mana aku manage planner aku.