Kembali Meraban.

Assalamualaikum.
Setelah dua bulan lebih menyepikan diri, kini tora kembali lagi dengan gaya yang tersendiri.haha.

Tak tahu nak mula daripada mana sebab banyak sangat benda yang nak diceritakan kat korang semua. Sekarang ni, aku tengah cuti midterm untuk sem tiga degree ni. Oh ya! Untuk pengetahuan korang, sekarang ni aku dah tak duduk asrama dah. Sekarang ni, aku dah duduk rumah sewa. Sama-sama dengan Ain Dan Raisah. Selain daripada tu, ada empat orang lagi yang duduk sekali dengan kitorang. Budak-budak RIMtac Unisza. (aku tak tahu betul ke tak aku eja RIMTEK tu)haha.

Setakat ni, selama dua bulan lebih duduk kat rumah tu, takde ada masalah lagilah. Setakat ni, nak cakap belanja banyak pun tak sebenarnya. Bagi pendapat aku, rasanya lebih jimat duduk kat rumah sewa berbanding dengan duduk dekat asrama. Biasanya, kalau duduk rumah asrama, untuk makan seminggu aje dah rm50. Tapi, berbanding dengan duduk di rumah sewa, seminggu kadang-kadang baru rm10 yang keluar. Tu pun kalau keluar. Tapi, kadang-kadang sampai tak sedar dan tak ingat yang dekat dalam wallet aku ada duit rm50. Punyalah jimat, kan?

Macam mana tak jimat? Kalau kelas pukul sepuloh atas sebelas dan ke atas, kitorang lebih suka masak dulu, makan siap-siap, baru pergi kelas. Kadang-kadang sarapan saje pun dah cukup untuk jaga perut kitorang daripada lapar masa kat "sekolah".

Baru ni pun, aku puasa aje bila takde kelas petang. Sebab malas nak pikir nak makan apa. Senang citer. Entahlah. Mungkin masa tu aku pikir, kadang-kadang perut kita ni memerlukan rehat jugak sebenarnya. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan berpuasa. Pahala dapat, sihat pun ya!

Tamat pasal duduk rumah sewa.

Masuk bab study pulak. Sekarang ni, aku dah sem tiga degree. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Tapi jangan ingat aku akan habis belajar dalam masa terdekat ni, ok! Sebab aku masih ada lima semester untuk ditempuhi! Yes! Course aku ni memerlukan untuk aku sambung belajar selama empat tahun, Ok!

Itu hari ada cakap dengan Puan Emak. "Mak, rasa macam dah tua aje. Sekarang ni orang dah dua puloh dua. Nanti habis belajar dalam umor dua puloh lima. Aduh!"Aku mengeluh berat.

Senangnya Puan Emak jawab;

"Kau rasa tualah sebab kawan-kawan sekolah, kawan-kawan yang lain semua dah nikah, dah tunang. Kau aje yang belum. Tapi kau pikirlah baik-baik. Tak ada sebab untuk kau mengeluh pun sebenarnya. Cuba kau pikir balik. Kau sekarang ni, masih tengah "menari" dengan buku, dengan assignment, dengan exam. Cuba pikir di pihak orang yang dah kawen tu. Mungkin suatu hari nanti, kau boleh  berbangga dengan ilmu yang kau ada, diorang pulak bangga dengan anak-anak diorang. Bukan kau tak boleh kawen. Tapi bagi mak, kalau kau habis belajar masa umor dua puloh lima, masa tu umor standard-standard aje. Masa tu, kalau kau nak kawen, mak tak adelah larang dah. Cuma sekarang aje, mak nak tengok kau orang semua berjaya. Baru mak puas hati. Takdir perkahwinan masih belum ada untuk kau buat masa ni. So, tak payah nak pikir sangat. Belajar sungguh-sungguh. Kawen tu, bila-bila masa boleh kalau kau dah kerja sedap, dah ada pendapatan sendiri.

Ni, kalau kerja ntah apa-apa, belajar pun tak tinggi mana, cuba kau pikir, nanti kawen, nak ada anak. Dah ada anak, nak beli susu, pampers. Kalau laki kerja sedap, takpelah. Kalau laki kau setakat SPM aje, macam mana.? Mak bukan nak menghina. Tapi, cuba tengok keadaan sekarang. Mak tak kisah kalau kau nak kawen dengan orang lepasan SPM ke, apa ke, asalkan yang ada agama. Tapi kena pikir jugak.Takkan kau tak nak tolong laki kau kalau dia tengah susah. Pikirlah baik-baik. Kau ada diploma. Dan bakal ada degree. Kalau mak yang setakat SPM ni pun boleh pikir pasal tu semua, takkan kau yang lebih pandai tak boleh pikir.?"

Lepas mak cakap macam tu terus aku insaf. Ya! Betul. Sekarang ni, takdir perkahwinan belum tertulis untuk aku. Lagi pun, aku lebih suka dengan cara hidup aku sekarang ni. Terus berkejar ke sana ke mari demi mencari ilmu. Walaupun tak macam orang lain berhujan emas di negeri orang, tak mengapa. Sebab aku tahu, hujan batu di negeri sendiri, tetap masih di tulis malaikat sebagai "pencari ilmu."

Adam.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba malam ni ter 'rajin' nak update entry baru. Bukan sebab apa sebenarnya. Sebab nak berkongsi apa yang aku rasa bila baca pasal Adik Adam ni.


Ya. Akhbar minggu lepas sebenarnya ni. Tapi aku tetap nak update pasal adik ni. Tersentuh hati keibuan aku bila tengok muka dia. Bila baca cerita pasal dia. Sebenarnya aku terbaca pasal adik adam ni dekat blog Abang Ben Ashari itu hari. Tersentuh sangat bila baca, apatah lagi bila tengok gambar. Ya Allah! Sungguh, aku tak tipu. Menangis teresak-esak bila aku baca pasal adik adam ni.

Ya, dik. Kak Niesaa' tahu sakit sangat bila kita kehilangan, dik. Kehilangan yang kita tak akan dapat balik. Akak tahu adik rindu mama adik. Tapi adik kena kuat. Ini demi masa depanmu sayang. Allah menduga mu supaya kau kuat, sayang. Semoga terus bahagia ibu ayahmu di sana yang tak putus menerima hadiah AlFatihah daripadamu.

Ya Allah! Kau jagalah adik adam ini dengan sebaik-baik jagaan. Kau lindungilah dia dengan sebaik-baik perlindungan. Kerana hanya engkaulah sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik pelindung di dunia dan di akhirat.

Tahniah buat arwah ibu dan ayah adik adam kerana melahirkan anak yang soleh untuk adik adam yang akan terus merindumu.

Ya Allah. Buanglah air mata dari wajah comel adik adam ini. Kau lengkapkan senyuman di wajahnya. Ya Allah, Kau kurniakan dia bahagia. Jadikan ibu ayah mereka bahagia di alam sana.

 Ya Allah. Andai nanti aku juga bisa mengandung dan melahirkan, maka Kau kurniakanlah kepada kami anak yang soleh dan solehah sebagaimana adik adam ini.  Ya Allah. Kaulah Maha Perancang di dunia apatah lagi di akhirat kelak.


Buat adik adam yang comel.
Semoga kau terus tabah, sayang. Tak nak nangis lagi ya. Allah menduga supaya adik lebih kuat daripada mereka yang hidup senang sekarang. Moga cintamu pada ibu ayah tak pernah padam, sayang.