Kembali Meraban.

Assalamualaikum.
Setelah dua bulan lebih menyepikan diri, kini tora kembali lagi dengan gaya yang tersendiri.haha.

Tak tahu nak mula daripada mana sebab banyak sangat benda yang nak diceritakan kat korang semua. Sekarang ni, aku tengah cuti midterm untuk sem tiga degree ni. Oh ya! Untuk pengetahuan korang, sekarang ni aku dah tak duduk asrama dah. Sekarang ni, aku dah duduk rumah sewa. Sama-sama dengan Ain Dan Raisah. Selain daripada tu, ada empat orang lagi yang duduk sekali dengan kitorang. Budak-budak RIMtac Unisza. (aku tak tahu betul ke tak aku eja RIMTEK tu)haha.

Setakat ni, selama dua bulan lebih duduk kat rumah tu, takde ada masalah lagilah. Setakat ni, nak cakap belanja banyak pun tak sebenarnya. Bagi pendapat aku, rasanya lebih jimat duduk kat rumah sewa berbanding dengan duduk dekat asrama. Biasanya, kalau duduk rumah asrama, untuk makan seminggu aje dah rm50. Tapi, berbanding dengan duduk di rumah sewa, seminggu kadang-kadang baru rm10 yang keluar. Tu pun kalau keluar. Tapi, kadang-kadang sampai tak sedar dan tak ingat yang dekat dalam wallet aku ada duit rm50. Punyalah jimat, kan?

Macam mana tak jimat? Kalau kelas pukul sepuloh atas sebelas dan ke atas, kitorang lebih suka masak dulu, makan siap-siap, baru pergi kelas. Kadang-kadang sarapan saje pun dah cukup untuk jaga perut kitorang daripada lapar masa kat "sekolah".

Baru ni pun, aku puasa aje bila takde kelas petang. Sebab malas nak pikir nak makan apa. Senang citer. Entahlah. Mungkin masa tu aku pikir, kadang-kadang perut kita ni memerlukan rehat jugak sebenarnya. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan berpuasa. Pahala dapat, sihat pun ya!

Tamat pasal duduk rumah sewa.

Masuk bab study pulak. Sekarang ni, aku dah sem tiga degree. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Tapi jangan ingat aku akan habis belajar dalam masa terdekat ni, ok! Sebab aku masih ada lima semester untuk ditempuhi! Yes! Course aku ni memerlukan untuk aku sambung belajar selama empat tahun, Ok!

Itu hari ada cakap dengan Puan Emak. "Mak, rasa macam dah tua aje. Sekarang ni orang dah dua puloh dua. Nanti habis belajar dalam umor dua puloh lima. Aduh!"Aku mengeluh berat.

Senangnya Puan Emak jawab;

"Kau rasa tualah sebab kawan-kawan sekolah, kawan-kawan yang lain semua dah nikah, dah tunang. Kau aje yang belum. Tapi kau pikirlah baik-baik. Tak ada sebab untuk kau mengeluh pun sebenarnya. Cuba kau pikir balik. Kau sekarang ni, masih tengah "menari" dengan buku, dengan assignment, dengan exam. Cuba pikir di pihak orang yang dah kawen tu. Mungkin suatu hari nanti, kau boleh  berbangga dengan ilmu yang kau ada, diorang pulak bangga dengan anak-anak diorang. Bukan kau tak boleh kawen. Tapi bagi mak, kalau kau habis belajar masa umor dua puloh lima, masa tu umor standard-standard aje. Masa tu, kalau kau nak kawen, mak tak adelah larang dah. Cuma sekarang aje, mak nak tengok kau orang semua berjaya. Baru mak puas hati. Takdir perkahwinan masih belum ada untuk kau buat masa ni. So, tak payah nak pikir sangat. Belajar sungguh-sungguh. Kawen tu, bila-bila masa boleh kalau kau dah kerja sedap, dah ada pendapatan sendiri.

Ni, kalau kerja ntah apa-apa, belajar pun tak tinggi mana, cuba kau pikir, nanti kawen, nak ada anak. Dah ada anak, nak beli susu, pampers. Kalau laki kerja sedap, takpelah. Kalau laki kau setakat SPM aje, macam mana.? Mak bukan nak menghina. Tapi, cuba tengok keadaan sekarang. Mak tak kisah kalau kau nak kawen dengan orang lepasan SPM ke, apa ke, asalkan yang ada agama. Tapi kena pikir jugak.Takkan kau tak nak tolong laki kau kalau dia tengah susah. Pikirlah baik-baik. Kau ada diploma. Dan bakal ada degree. Kalau mak yang setakat SPM ni pun boleh pikir pasal tu semua, takkan kau yang lebih pandai tak boleh pikir.?"

Lepas mak cakap macam tu terus aku insaf. Ya! Betul. Sekarang ni, takdir perkahwinan belum tertulis untuk aku. Lagi pun, aku lebih suka dengan cara hidup aku sekarang ni. Terus berkejar ke sana ke mari demi mencari ilmu. Walaupun tak macam orang lain berhujan emas di negeri orang, tak mengapa. Sebab aku tahu, hujan batu di negeri sendiri, tetap masih di tulis malaikat sebagai "pencari ilmu."

Adam.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba malam ni ter 'rajin' nak update entry baru. Bukan sebab apa sebenarnya. Sebab nak berkongsi apa yang aku rasa bila baca pasal Adik Adam ni.


Ya. Akhbar minggu lepas sebenarnya ni. Tapi aku tetap nak update pasal adik ni. Tersentuh hati keibuan aku bila tengok muka dia. Bila baca cerita pasal dia. Sebenarnya aku terbaca pasal adik adam ni dekat blog Abang Ben Ashari itu hari. Tersentuh sangat bila baca, apatah lagi bila tengok gambar. Ya Allah! Sungguh, aku tak tipu. Menangis teresak-esak bila aku baca pasal adik adam ni.

Ya, dik. Kak Niesaa' tahu sakit sangat bila kita kehilangan, dik. Kehilangan yang kita tak akan dapat balik. Akak tahu adik rindu mama adik. Tapi adik kena kuat. Ini demi masa depanmu sayang. Allah menduga mu supaya kau kuat, sayang. Semoga terus bahagia ibu ayahmu di sana yang tak putus menerima hadiah AlFatihah daripadamu.

Ya Allah! Kau jagalah adik adam ini dengan sebaik-baik jagaan. Kau lindungilah dia dengan sebaik-baik perlindungan. Kerana hanya engkaulah sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik pelindung di dunia dan di akhirat.

Tahniah buat arwah ibu dan ayah adik adam kerana melahirkan anak yang soleh untuk adik adam yang akan terus merindumu.

Ya Allah. Buanglah air mata dari wajah comel adik adam ini. Kau lengkapkan senyuman di wajahnya. Ya Allah, Kau kurniakan dia bahagia. Jadikan ibu ayah mereka bahagia di alam sana.

 Ya Allah. Andai nanti aku juga bisa mengandung dan melahirkan, maka Kau kurniakanlah kepada kami anak yang soleh dan solehah sebagaimana adik adam ini.  Ya Allah. Kaulah Maha Perancang di dunia apatah lagi di akhirat kelak.


Buat adik adam yang comel.
Semoga kau terus tabah, sayang. Tak nak nangis lagi ya. Allah menduga supaya adik lebih kuat daripada mereka yang hidup senang sekarang. Moga cintamu pada ibu ayah tak pernah padam, sayang.

Antara "A", "lulus" dan "ilmu"



Dua minggu lepas, dengan jayanya, keluarlah result kami, budak-budak degree UniSZA. Dan aku masa tu sangat berdebar-debar. Debar sebab apa pulak? Sebab takut ada yang tak lulus. Haha. Dan alhamdulillah. Inilah hasilnya setelah berpenat lelah selama satu sem. Bukan senang nak habiskan satu sem tu selama dekat lima bulan lebih kurang. Hebat tak hebat aku, degree sem dua ambik tujuh subjek. Mujur tak ambik sepuloh aje. Cukupkan macam ambik exam masa SPM itu hari. Memang kaw-kaw la aku study punya. Entah-entah blog ni pun tak kenal aku, apatah lagi aku. Banyak sangat ilmu, mungkin sampai tak ingat dah password blog ni. Rosak-rosak.


Dan inilah hasilnya bila dah bertungkus lumus nak menyiapkan assignment, nak menghafal mana yang perlu, nak pahamkan mana yang tak paham. Dengan keadaan lapar nya masa jawab exam. Kalau nak tau pasal lapar tu, try pergi sini.

Oh ya! Sekarang ni aku tak nak cakap pasal result aku ke, apa ke. Pendek katanya, aku tak nak cakap pasal diri aku. Tapi aku nak cakap pasal antara A, ilmu dan lulus.

Yang pertama, kita bercakap tentang si "A" ni. Kebanyakan orang sekarang umumnya, dan khasnya bagi student-student, bila study mesti pikir nak dapatkan A dalam setiap subjek. Yes! Setiap subjek sangat memerlukan A untuk kita sambung belajar, ataupun nak meningkatkan pointer. 
 Tapi sedar tak sedar, dalam kita mengejar A tu, hilang berkat dalam kita mencari ilmu. Sebab apa hilang berkat pulak!? Bukan ke mencari ilmu dan mencari kepandaian itu adalah satu sunnah Nabi? Yes! Itu sangat betul, kawan-kawan. Tapi sedar tak, bila kita terlalu mengejar A tu, kita lupa untuk mintak dengan Tuhan. Dan jujurnya, ada sesetengah daripada kita ni, kebarangkalian terkadang-kadang terlajak Subuh atau, terus tinggal adalah selalu terjadi! Tak payah nak tipu. Aku pun student! Dan berpuluh tahun dah jadi student, sama macam korang! Marah ni! marah ni! Haha.

Okey, gelak, gelak jugak. 

Cuba bayangkan, korang semua study punyalah stress, macam dalam gambar dekat atas tu, dengan tak bangun solat subuhnya, dengan pen, notes, segala macam bagai korang tidur bersama, dalam kepala otak tu asyik duk pikir nak dapat A, nak dapat A. At last, tiba-tiba bila result keluar, korang tak dapat A. Okey. Nampak tak permainannya di situ? Sesetengah kawan aku, bila terjadi macam ni mulalah nak salahkan Tuhan. 
Okey, sekarang mari kita sama-sama berpikir. 
Korang usaha, tapi tanpa doa, tanpa tawakal. Serius, kalau korang lulus pun, mungkin Allah nak uji aje tu. Ingat. Dalam hidup ni, setiap yang terjadi adalah ujian. Ingat tu. Jadi, setiap kali lepas berusaha, maka berdoa dan bertawakkallah.

Masuk bab dua, lulus. Bagi aku, kalau aku dapat lulus dalam setiap subjek tu pun, means tak repeat paper pun dah kira okey dah.Alhamdulillah dah. Kan semua tu rezeki dari Tuhan? Tapi sebenarnya tak pernahlah sampai dapat setakat lulus aje. Okey.Actually, aku tak nak cerita panjang pasal ni. Sebab,kalau dapat A, confirm lah dah lulus kan? Kalau tak lulus tu, maknanya tak de A. hihi

Bercakap pulak pasal Ilmu.
Yes! ILMU BUKAN PADA POINTER letaknya. 

Bagi aku, mereka-mereka yang mendapat pointer tinggi ke, 4.0 ke, dekan ke, apa ke, kalau ilmu tu tak dapat nak di manfaatkan pun tak ada guna jugak sebenarnya. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab, setiap ilmu tu mesti ada kegunaannya, bukan? 

Contohnya, kau dapat result dekan or 4.0. Orang akan harap yang kau akan dapat sebarkan ilmu tu pada orang lain jugak. Ilmu ni, tak akan dapat sebenarnya kalau kau asyik menghafal tanpa memahami. Even Quran tu pun, kau kena paham kalau kau nak cepat ingat. Which means, kau sepatutnya pahamkan terlebih dahulu setiap sesuatu.  Kalau kau tak paham, automatically, akan susah nak pahamkan sesuatu pelajaran apatah lagi Quran. Yes! Ini berdasarkan pengalaman.

Kata pujangga Arab: " Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah".

Jadi kalau kau tak amalkan ilmu, ibaratnya sia-sia saja pengorbanan kau study selama bertahun-tahun. Kau jugak kena ingat, setiap ilmu tu, pasti akan ada generasi seterusnya yang akan memerlukan ilmu yang kau dah belajar sekarang ni. Jadi, sebab tu kau kena pahamkan semua tu.  

Sebenarnya aku tak respect dan tak boleh nak respect pun pada orang yang jenis menghafal semata-mata untuk exam. Kalau diorang dapat dekan ke, result 4.0 ke, aku tetap tak boleh nak respect pun kalau diorang tak boleh nak terangkan balik ilmu tu bila diperlukan satu hari nanti.
Aku lebih respect pada mereka yang setakat dapat lulus aje, tapi bila di tanya balik pasal ilmu tu, dia boleh terangkan dengan senang hati. Itu baru ilmu!


Satu lagi, pasal ilmu ni, jangan selalu kata susah. Anggaplah susah tu sebagai satu cabaran. Susah dan ujian itukan buah kepada kemanisan akan datang?


Sekian karangan saya hari ini.

p/s: Entry yang terperap selama seminggu.

Epilog sebuah kemajuan.

   Tahun ni umur aku bertambah lagi dengan angka satu bermaksud, aku kini sudah berusia dua puloh dua tahun.

    Masa zaman sekolah rendah dulu, aku selalu berangan nak jadik dewasa. Paling tak pun, nak jadi budak sekolah menengah yang aku rasa masa tu memang bijak-bijak belaka. Masa tu aku sangat cemburu dengan akak dan abang aku sebab dah boleh masuk sekolah menengah dan bermakna disitu mereka dah dewasa dan bijak belaka, kot...! Sedangkan semua orang tahu bahawasanya nak masuk sekolah menengah tu, tak semestinya kena bijak-bijak belaka. Yang penting, kalau result UPSR okey, kau akan ke asrama penuh. Kalau tak okey, biasa-biasa aje, kau masih boleh sambung pelajaran ke sekolah menengah.  Satu lagi akal aku yang tak berapa bijak masa tu ialah kalau tak dapat 5A dalam UPSR ni, makanya aku tak boleh sambung belajar dah, pendek katanya gelaplah masa depan aku lepas tu. Oh ya! Masa zaman aku sekolah-sekolah dulu, aku dan adik beradik aku sentiasa di momokkan dengan ugutan oleh Puan Emak, " kalau kau tak dapat 5A dalam UPSR, mak ikat kau kat batang kelapa lepas tu, letak sarang kerengga dekat kaki. Biar kerengga tu gigit-gigit kau."  Okey. Masa tu sangat takut. Dan-dan aje berusaha keras untuk dapatkan lima A tu. Tapi, Tuhan tu lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia. Aku just dapat 2a 3B. Takdelah cerdik mana aku ni. Masa tu sangat cemburu dengan akak aku yang dapat masuk ke asrama penuh. Mulalah dalam hati dan pikiran ni pikir, mak lebih sayangkan angah sebab angah tu cerdik. Tak macam aku ni, nak sekolah pun, dekat kampung aje. Tapi, bila dah up sikit akal aku yang tak berapa cerdik ni, masa tu baru aku pikir, sebenarnya setiap manusia itu dibekali dengan kemampuan dan kelemahan masing-masing. Itu pun, sebuah kemajuan, bukan? Daripada tidak mampu berfikir waras,  tapi akhirnya aku dah mampu berfikir logik. Oh ya. Bukan tak mampu berfikir dengan waras, cuma masa tu akal tak panjang mana lagi.

   Bila duduk sorang-sorang, kadang-kadang tu terfikir jugak, sepanjang aku hidup atas dunia ni selama dua puloh dua tahun, apa yang dah aku buat dan sumbangan aku pada diri aku sendiri, mak ayah aku, bangsa aku, agama aku dan negara aku. Then, pandang orang sekeliling, apa kemajuan yang telah aku lakukan pada mereka-mereka di sekeliling aku. Eh! Muka-muka bodoh macam aku ni pun, mampu berfikir logik jugak tau!

   Dulu, aku selalu pikir orang gemuk ni, tak cantik! Sangat tak cantik! Aku ingat lagi zaman sekolah dulu, aku tak suka snap gambar sebab memang tak cantik dan tak comel. Dahlah ber 'bolok-bolok' dengan tudung yang tak betul pakainya. Sebab tu aku memang takde gambar-gambar kenangan masa zaman sekolah dulu. Eh-eh! Kejap. Aku rasa ada sebijik.
aku pengawas ok.

   Tapi kemajuannya yang aku alami setelah umur dan usia semakin menginjak ke usia yang lebih matang, aku hari ni dah boleh snap-snap gambar bagai dengan kawan-kawan. Negative thinking dah tak ada pasal snap gambar ni. Yang penting, bila snap gambar, kalau dah pikir dan rasa tak cantik, jangan tengok. Nak lagi senang delete! End of the story. Itu pun jugak satu kemajuan, bukan.? Daripada tak boleh nak snap gambar sebab pikir tak cantik, tapi hati ni aku dah boleh main snap-snap gambar sama ada sorang-sorang ataupun dengan kawan-kawan. Sebab apa aku dah boleh snap gambar sekarang? Sebab sekarang ni, aku rasa setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangannya dalam dunia ni yang Tuhan memang bekalkan setiap sorang dengan hak masing-masing; kelebihan dan kekurangan!

   ******
   Dulu, waktu kecik-kecik aku memang tak pandai berenang. Langsung tak. Namanya saje duduk tepi pantai, setiap hari kalau air pantai elok, turun ke pantai then mandi laut. Tapi sebenarnya aku tak pandai berenang. Langsung tak. Tapi, aku belajar. Yang annoyingnya, aku belajar berenang dengan adik aku. Adik okey! Tapi aku tak boleh ego. Kalau tak, memang takkan pandai sampai bila-bila. Mula-mula belajar macam mana nak apung diri. Bagi orang yang guna pelampung, memang anggap mende tu senang aje. Sesenang makan kacang sambil tengok citer omputih. Tapi bagi aku yang duduk dekat kampung ni tak adanya pelampung-pelampung bagai. Sangat susah nak belajar apung diri dalam air. Kadang-kadang menangis-nangis sebab air terlalu masin. Kadang-kadang air masuk dalam telinga. Kadang-kadang perut sampai kembung sebab banyak sangat tertelan air masin. Tapi itu tidak menjadi hal kepada aku kerana aku nak belajar. Nak pandai berenang macam along dan adik aku.

      Lepas dah mahir apung diri, mula belajar cara berenang kuak lentang. Tapi terus terangnya, sampai hari ni aku tak pandai berkuak lentang, apatah lagi berirama berama-rama. Aku lebih memilih untuk berenang di dasar laut. Yang mana, kadang-kadang orang takkan sedar pun kau ada kat bawah air. Sedar-sedar kau terjulur aje kepala kat permukaan air tu. Oh ya! Sebenarnya, tujuan sebenar aku belajar berenang adalah aku tak nak duduk aje dekat tepi laut main pasir. Aku nak ikut abang aku, adik aku main kat tengah laut. Sebab tu aku belajar berenang dengan diorang. Dan hari ni, aku mengecap satu lagi kemajuan dalam hidup aku bila aku dah pandai berenang. Paling manis, bilamana baru-baru ni ada orang hampir lemas, aku dah boleh turun dengan beraninya selamatkan dia. Budak tu gatal sangat nak turun berenang sedangkan dia tahu masa tu air tengah pasang. Tak memasal naik-naik aje ke darat, terus kena ceramah free dek mak dia. Padan muka beliau.

   *************
   Satu lagi. Dulu aku selalu di momokkan oleh orang-orang tua sekeliling bahawasanya anak dara yang tak pandai masak ni, tak boleh kawen. Paling tak pun, susah nak kawen. Bila di momokkan macam tu, rasa macam bersungguh-sungguh nak belajar masak. Tapi semangat tu kejap aje sebenarnya. Jap lagi, takdelah balik semangat tu. Punya takut tak boleh kawen. Padahal masa tu, tak tahu pun apa dia definisi kawen tu sendiri.

   Oh masa tu. Memang aku allergic gila kalau kena tolong mak masak. Tambah-tambah lagi kalau kena tolong tu masa aku tengah menonton KFC HOUR yang bersiaran pada pukul sebelas pagi kat tibi tiga. Masa tu, "ah mak ni! Masa orang nak tengok tibilah dia nak masak-masak bagai. Ah! Tutup tibi terus pergi dapur tolong mak masak. Tolong kupas kulit bawang aje pun.

   Tapi hari ni, kemajuan yang aku dah boleh rasa dalam diri aku sendiri ialah, aku sekarang dah boleh masak. Paling tak pun maggi je. Haha. Eh! Masaklah jugak, kan? Takdelah sampai pandai masak maggi aje. Bolehlah kalau nak masak untuk diri sendiri dan adik-adik. Dan sekarang ni, akulah antara orang yang paling rajin ke dapur, masak ataupun tolong mak masak. Eceh!

  Yang penting, momokan seperti 'anak dara kalau tak pandai masak tak boleh kawen' tu sekarang dah tak melekat kat kepala aku. Sebab, sekarang ni, sape-sape aje boleh kawen. Tak kira kau pandai masak ke, tak ke, yang penting kau setia. Tapi, bagi aku, pompuan wajib belajar masak dan pandai masak. Sebab mak aku selalu sebut, orang pompuan, dua perkara dia boleh bahagiakan suami dia. Yang pertama tempat tidur. Yang kedua, masakan dari air tangan isteri itu sendiri. Dan aku peratikan, ramai dari kalangan orang sekeliling aku memang pikat suami dengan masakan daripada air tangan sendiri.  Kalau tak pandai, why not kau cuba dulu, kan?
 ***************
  Sebenarnya banyak lagi kemajuan yang aku dah rasa dalam hidup ni. Contohnya, daripada pelajar sekolah yang dulunya sentiasa ber' negative thinking ' aku sekarang dah boleh ajar mind aku ni supaya ber'positive thinking'. Oh ya, dulu aku tak pandai bawak motor tau.! Takut sebenarnya. Tapi sekarang dah pandai. Siap boleh rempit dah! haha.

   Yang penting, sekarang ni negara Malaysia, tanah tumpah darah kita ni dah merdeka. Dah dekat enamploh tahun dah. Dan dah mencapai kemajuan dah. Kenapa mesti kita carik titik perbalahan dan pergaduhan sesama kita, sesama bangsa dan sesama agama.? Sepatutnya kita yang mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara kita sekarang. Bukankan begitu?

  Kadang-kala datang jugak dalam pikiran, untuk apa kita menangisi dan mencemburui dengan kemajuan orang lain sedangkan dalam diri kita sendiri ada kelebihan yang orang lain tak nampak. Kalau orang nak ke bulan pun, kau nak ke bulan, susahlah begitu. Lebih baik kau berfikir, macam mana nak ke bintang. Paling tidak pun, pikirkan macam mana caranya nak tangkap bintang dan letakkan dalam balang. Biar jadi lampu untuk rumah malam-malam, menggantikan lampu pendaflour yang berlaku sedikit pembaziran apabila menggunakannya. Apadahal dengan orang ke  bulan bila kita pikirkan yang kita akan ke bintang?

R. A. N. D. O. M.

Assalamualaikum w.b.t.
 Salam sya'ban semua. Eh. Actually, salam nisfu sya'ban semua. ^_^

Tak tahu nak mulakan dari mana. Banyak sangat mende yang aku tengah pikir sekarang ni. Mende yang tak masuk akal pun aku tengah pikir sekarang ni. Agak-agaknya, apakah mende yang yang tak masuk akal itu? Ce teka. ce teka.

Hee... Nak cakap tu, cakap ajelah. Tak payah nak teka-teki sangat. Bagi kaki kang! Eh-eh. Ikut suka akulah. Blog aku. Dah tak nak cakap.


Okeylah. Maafkan saya.
 Kita mulakan dengan ucapan SELAMAT MENYAMBUT NISFU SYAA'BAN semua. Semoga segala amalan yang bermula pada malam ini akan Tuhan redhai. Dan semoga setiap doa anda semua akan Tuhan kabulkan. Amin.
**********************************************

Tak tahu nak mulakan balik macam mana. Sebab paraghraph yang sekat atas tu aku dah taip pagi semalam lagi. Tapi disebabkan Puan Emak balik kerja, jadi tak sempat aku nak habiskan ucapan selamat tu. Terus tutup laptop ni dan terus pergi dapur tolong Puan Emak masak untuk makan tengah hari. Banyaknyalah alasan kau, nisa weyh.

Okey. Aku nak mulakan dengan pengalaman aku berfinal exam baru-baru ni.
Setelah berpenat lelah selama hampir pat lima bulan berarak pergi kelas, pergi tutorial, pergi buat kajian untuk ekonomi masyarakat dan sebagainya, maka tibalah masanya untuk aku berfinal exam. Masa study week tu pun aku memang tak setadi mana. Entahlah. Siang-siang sibuk dengan kerja-kerja rumah. Malam barulah nak buka buku. Tu pun dah masuk pukul doblas malam. Takdelah otai mana.

Pengalaman berfinal exam sem dua ni adalah yang paling mencabar yang pernah aku rasa. Rasa macam balik ke zaman SPM dulu aje. Korang tengok schedule aku yang hari senin. DUA SUBJEK BAHASA. It's English and ARABIC. Aku bukan tak boleh dua subjek dalam masa sehari. Cumanya, mende tu subjek bahasa. Sakit kepala ni. Masa bahasa Arab tu, aku okey lagi. Tapi bila dah masuk petang, BI tu, terus kepala aku jammed.! Damn! Tak tahu nak tulis apa masa mula-mula masuk dewan dan tengok question paper tu.  Memang rasa blur sangat.

Tapi, masa dua jam. Selawat ke atas Nabi. Bismillahi tawakkaltu, wa la hau la wala Quwwata illa billahi. Aku mulakan menulis. Setelah cukup masa, aku hantar paper tersebut dengan penuh berserah pada tuhan. Aku dah tak mampu buat apa-apa selain daripada berdoa dan bertawakkal kepada Tuhan.

Pada hari selasa tu pulak paper Bahasa Arab agama. Yang ni pengalaman yang tak pernah aku rasa sepanjang aku menempuh alam belajar dan alam peperiksaan, sejak dari sekolah sampailah sekarang. Sem dua ni baru aku rasa mende ni. Bukan Blur.

Korang bayangkan. Aku exam pukul dua setengah petang. Dalam pukul sebelas pagi aku ada makan bubur nasik segera yang kawan aku buatkan. Aku memang rasa dah kenyang lepas makan benda tu. Korang tahu apa jadi masa aku exam? Yes! Aku blur.! Blur sebab lapar. Aku tak tahu tiba-tiba je aku rasa lapar sampai tahap terketar-ketar. Sudah! Aku memang tak boleh nak buat apa-apa pun masa tu. Masa tu pulak, kebetulan untuk subjek bahasa ni petugas tu adalah ustazah yang pure arab punya. PURE ARAB ok! Aku tak tahu macam mana nak cakap kat dia.
Tetengah aku tengok dia buat kerja tu, tiba-tiba dia bangun. Ingatkan dia nak pergi kat tempat kawan-kawan lain. Rupanya dia berhenti betul-betul kat tepi aku.

Dr. Ismat: Haza roqmu al tolibatuki?(ini nombor matrik awak) *sambil tunjuk pada kertas kedatangan

Aku: Na'am. Asif. Kuntu muhmilu. Hazihi roqmul khomsah.(ya. maaf. saya cuai. ini adalah nombor lima)sambil tunjuk pada nombor lima yang aku tulis.

Dr. Ismat senyum tengok aku.
Then, dia tengok aku lagi.

Dr. Ismat: Limaza yadaki? (kenapa dengan tangan kamu?) tengok tangan aku yang ketar.
Aku: ana Jai'atun. La adri limaza. kultu qobla zahabtu ila hazihi al qa'ah. (saya lapar. saya tak tahu kenapa. saya sudah makan sebelum datang ke dewan ini)

Dr. Ismat terus ke depan. Aku mula menulis balik. Tiba-tiba dia datang balik dekat aku, then dia terus hulurkan sebijik gula-gula untuk aku makan.

Dr. Ismat: Akul haza halwa.rubbama kunti taftaqiru assukar fi jismiki. (makan gula-gula ini. Mungkin kamu kekurangan gula dalam tubuh kamu)

Aku senyum dan menyambut gula-gula itu. Dia menepuk belakang aku.

Aku: Syukran, doktor.
Dr. Ismat: La ba'sa bihi. Bittaufiq wa najah ya binti.!( tak mengapa. selamat maju jaya wahai anakku)

Terima kasih doktor Ismat. Lepas jawab semua soalan, disebabkan aku tak mampu dah tahan lapar, kawan aku pulak dah ajak keluar, masa yang ada lagi duapuloh minit terus keluar dan pergi makan.
Masa nak keluar tu, doktor Ismat senyum pada aku dan ucapkan selamat maju jaya sekali lagi untuk paper seterusnya.

Dan...

Akhirnya, dengan berakhirnya semua paper exam yang aku ambik, maka berakhirlah sudah semester dua yang penuh dengan suka duka kehidupan. Moga Tuhan permudahkan segala urusan result kami pulak.

Selamat tinggal blok I4-1/4.




I will miss all of it. Suasana, kawan-kawan yang gila-gila. Oh ya. Pasal katil tu. Nampak aje kemas begitu. Sampai masa aku tidur, aku tidur atas lantai aje. sejuk sikit. Paham-pahamlah. Rumah batu kan panas.!

Pertandingan Video Osem APG '11: Bulatan Gumbira Kami di bumi sonata | ìš°...





Aku share video ni bukan sebab aku minat k-pop ke apa ke. Aku cuma nak kongsikan dengan korang pasal tarbiyah daripada video ni. Tentang sebuah persahabatan dan tentang cinta mereka kepada Ilahi. Entah kenapa, dalm banyak-banyak video yang keluar kat skrin laptop ni, aku berkenan yang ni. Entah kenapa rasa suka bila tengok video ni. Tiba-tiba rasa macam wah! aku Pun nak rasa suasanan macam ni jugak. Tak semestinya hidup pun nak kena hidup dekat korea. Cuma aku nak rasa pengalaman berusrah, berzikir, membaca alQuran bersama dan hidup macam satu keluarga dengan kawan-kawan. Rasa macam nak duduk di antara mereka semua. Biar aku juga ditarbiyah sama oleh murabbi yang bagi aku sudah cukup sempurna untuk menjadi seorang murabbi di hatiku.



Moga Allah membantu kami, hamba-hambaNya.

Salam Sabtu.

Assalamualaikum semua.

Okey. Sila hargai pengorbanan aku yang mengorbankan tidur untuk buat satu entry ni untuk korang. Sebenarnya banyak sangat benda yang aku nak ceritakan kat korang ni. Sampai tak tahu nak start dari mana.

Okeylah, aku mulakan dengan kisah lepas cuti midterm dan cuti pilihan raya baru-baru ni. Kalau korang tanya aku warna apa, jawapan aku, of course pink. Haha. Gurau jer. Takdelah menarik sangat cerita masa lepas cuti tu. Cuma agak menyakitkan sedikit. Kenapa? Sebab kena angkut air. Yang positifnya yang boleh diambil daripada peristiwa tu, secara tak langsung kami semua dah boleh ditauliahkan sebagia pegawai bomba dan penyelamat Malaysia. Kenapa ni? Mesti korang tak nak tahu kan? Eh, biarlah! Blog aku! *Gurau.

Sebenarnya, lepas aje naik cuti itu hari, aku sampai-sampai aje ke kampus, masuk bilik, rehat-rehat kejap sebelum solat asar, terus housemate aku bagitahu; "Nisa, air takde. Macam mana ni?" Argh! Sakitlah pulak rasanya hati ni bila main takde air ni. Takde letrik aku boleh terima, kalau takde kipas, boleh guna kipas manual(tangan). Ni, takde air. Cek air masak, sume aku dah habiskan. Ah sudah!

Baru aje nak melangkah keluar, Sorang lagi housemate aku datang dekat aku; "kak nisa, ayaq takdak ni. Kami tak mandi lagi ni. Dahlah baru balik dari main softball. Argh! Diorang ni, buat aku macam bombalah pulak. Terus aku dengan gaya macam sarjan; "dah. Toksah banyak cakap. Ambik baldi masing-masing. Bawak keluar. Akak nak tarik pili bomba ni." Dengan tekun dan gigih aku tarik mende alah si pili bomba tu sementara diorang pergi keluarkan baldi masing-masing.

Bila dah bawak baldi keluar, aku terus pulas kepala pili bomba tu. Purrrrrr...........!!!!!! Menyembur air. Habis baju, seluar, dan muka aku basah kena air yang menyembur tadi. Diorang bantai gelakkan aku. Takpe. Aku memang penyabar orangnya. Aku diam aje, Tekun jadi bomba tak bertauliah. Adalah dekat seploh bijik baldilah jugak untuk di isi air. Bila dah siap-siap isi air, masing-masing bekerjasama mengangkut baldi-baldi yang berisi air tersebut ke dalam bilik air. Lepas tu, terus masing-masing pergi ambik towel and mandi. Bila dah siap guna, terus pergi isi lagi sampai air dekat pili bomba tu dah kering. Nak buat macam mana. Terpaksalah guna pili bomba. Aku duduk tingkat empat. Kalau angkut air dari bawah, memang patah pingganglah jawabnya.

Nak dijadikan cerita, kisah takde air ni, dalam seminggu jugaklah berterusan. Puncanya? Sebab pam air pada tangki utama rosak. Memang bukan salah sape-sape pun. Dah mende tu nak rosak. Takkan nak pergi bagitahu kat mende alah tu pulak,"eh, pam air! Ko jangan cuba-cuba nak rosak okey! Kalau tak, aku sekeh!" Gila ke korang nak pergi cakap kat pam air macam tu. Sah-sah orang yang lalu ikut tangki air tu cakap, korang......... (tangan berpusing-pusing menandakan anda gila)


Okeylah. Aku rasa ngantuk pulak ni. Rasanya, esok kalau aku ada masa, aku taip lagi satu dua entry. Puan Emak pun dah bunyik tu. Nanti tak pasal-pasal esok subuh dinasour lagi. Aku ni, dahlah jenis yang tak boleh jumpa katil bilik aku ni. Sah-sah payah bangun pagi. Silap aribulan, dengan kain-kain semayang aku tidur balik esok.

Okey, Selamat Malam Semua.!


Oh ya! Selamat menyambut Keputeraan Yang di Pertuan Agong. Semoga baginda di lindungi dan diberkati di dunia dan di akhirat.

 Daulat Tuanku!
aku suka sangat gambar ni. Nampak megah je. Yes! Negara kita negara berdaulat, berperundangan, dan beraja...


p/s: Aku rasa tak boleh blah sangat dengan tajuk entry tu. Macam melampau aje.

Betul! Teknologi yang membunuh!

Dah lama aku tak bukak blog. Semalam, aku blogwalking and then terjumpa entry Teknologi Yang Membunuh dekat blog Zack Zukhairi. Dan aku memang seratus lima puluh peratus setuju dengan pendapat beliau tu.

Walaupun dalam pendekatan yang berbeza, tapi aku memang rasa teknologi sekarang ni, ada potensi untuk jadi pembunuh upahan yang berjaya. Eh! Apa pulak ni?

Kalau bagi Zack, dia gunakan pendekatan teknologi yang membunuh tu melalui penyampaian dan pengalaman. Jamban yang menyembur-nyembur, alat moden untuk sembelihan masa raya aji, dan sebagainya. Aku pun ada pengalaman dalam bab teknologi yang membunuh ni.

Kisah ni berlaku masa awal semester dua baru-baru ni. Takdelah awal sangat, dalam minggu ketiga untuk semester dua, macam tulah lebih kurang.

Aku punya laptop rosak, so memang aku tak onlinelah. Sekarang ni pun, aku online guna laptop akak aku yang aku pinjam untuk buat assignment. So, masa minggu-minggu awal hari tu memang aku tak online mana. Kalau aku ke library, rasa rajin sikit, aku pergi pinjam laptop dekat kaunter library tu.

Entah macam mana, aku boleh tak tahu yang dah kena hantar slip pengesahan daftar kursus. Aku tanya kawan aku, "mana tahu, kena hantar ni?''Then dia cakap, "budak-budak ni post dekat group Fb".

Okey!
Masa tu aku dah panas hati dah. Tak pernah lagi dalam hidup aku selama bertahun-tahun aku duduk dekat universiti ni, aku boleh terlepas pandang pasal benda penting macam ni. Terus aku pergi jumpa ketua kelas( memang aku tahu, dia yang post dekat FB).

Masa aku tanya dia tu, boleh pulak dia tanya aku, "macam mana akak boleh tak tahu pulak ni? Saya ingatkan semua dah tahu pasal ni."
Hangin lagi aku masa tu.

Terus aku cakap. "Encik Polan, dengar sini baik-baik okey. Bukan semua orang ada laptop, nak bukak pesbuk hari-hari, tiap masa, tiap jam. Dan bukan semua orang yang ada laptop tu, kerjanya hari-hari, setiap saat nak menghadap muka buku tu."

Masa tu aku teringat balik masa zaman aku diploma dulu. Dulu, kalau ada something, takkan diletakkan kat group FB. Kalau letak pun, semua orang pasti dah tahu pasal tu. Which means, setiap orang dalam kelas akan dapat message(SMS) daripada ketua kelas, atau message yang di forward daripada kawan-kawan tentang benda-benda penting tu. Kadang-kadang sampai 4,5 message yang kami dapat. Sebabnya, untuk pastikan yang antara kawan-kawan takde yang tercicir pasal maklumat tu.




Masa diploma dulu, setiap benda yang melibatkan semua orang di dalam kelas, takkan di postkan dekat Fb. Group FB budak-budak BAHTERA '09 hanya diwujudkan untuk main-main. jarang kitorang main post benda-benda penting dekat situ.
Satu lagi, setiap message daripada ketua atau penolong kelas akan wujud perkataan:
Tapi sayang, tradisi forward-forward message dah takde sekarang ni. Semua main Fb aje.

Bab lain pulak.
Bab kawen atau lebih tepat lagi "jemputan ke majlis walimatul urus"
Aku hairan. Sekarang ni, semua benda main ikut FB. Even kawan duduk depan rumah pun, main jemput ikut Fb je. Aduhai!
Sebenarnya, aku tak kisah sangat.
Tapi tradisi menjemput orang tu akan hilang sebenarnya bila di amalkan macam tu. Baik tak payah tempah kad kawen. Mak cik-mak cik tua tu semua, suruh diorang wujudkan account FB satu sorang. Sebab senang, nanti, kalau nak jemput tak payah pakai kad, terus tag ikut FB aje.Dah jimat budget kat situ.

Bila tradisi jemput- menjemput orang dari rumah ke rumah ni hilang, zauq untuk majlis kawen pun dah kurang. Tak rasa sangat meriahnya.

Tapi Alhamdulillah. Sebab keluarga aku, sanak saudara aku masih mengamalkan tradisi lama tu. Masih jemput orang dari rumah ke rumah.

Bukan tak boleh ikut FB, tapi berpada-padalah. Aku takdelah nak bunyi sangat kalau jemput ikut FB ni, untuk kawan-kawan yang jauh ke, apa ke. Tapi kalau dah aku yang duduk depan rumah, tinggal sejengkal je dari rumah dia pun dia jemput ikut Fb, itu sangat tidak profesional untuk hal-hal perkahwinan okey.

Senang citer, tak payahlah kita hire Facebook ni untuk jadi salah satu penjenayah teknologi Yang membunuh.

Sesungut? Eh! Senggugut.



" Ya Allah! Sakitnya perut. Pinggang pon sakit jugak!"

Itulah ayat yang selalu aku dengar kalau kawan-kawan atau lebih umumnya, kalau orang-orang perempuan sekeliling aku datang bulan. Aku pulak masa tu mesti menggelabah tak tentu pasal.

Kenapa?

Sebab aku tak tahu macam mana nak tolong mereka-mereka yang sakit tu, untuk hilangkan kesakitan diorang tu. Alhamdulillah. Setakat ni aku tak pernah rasa macam mana rasa sakit senggugut, sakit pinggang masa datang bulan and what so ever. Setakat ni, setelah bertahun-tahun aku datang bulan, aku tak pernah rasa sakit sampai berguling-guling macam kawan-kawan aku.

Aku pernah menghadapi kawan-kawan yang mengalami senggugut yang tahap kronik dah aku rasa. Contoh terdekat, Si Cantik Manis Wan Nur Farhanah tu. Beliau tu, nampak aje happy go lucky, tapi bila part Allah bagi cuti, dah takde happy-happy dia tu. Terus hilang. Bad mood. Sampai aku ni, jadi macam hape dah. Tak tentu arah. Nak buat apa pun, aku tak tahu bila tengok dia terguling-guling atas katil asrama dengan muka berkerut-kerut.

Aku, kalau si budak tu cuti, aku dah boleh detect bila dia buat muka macam aku ni pesalah besar, bila aku buat lawak. Diam terus aku. Malas nak berbasa-basi dah bila dia dalam keadaan macam tu. Sebab aku tahu, masa ni perempuan selalu ikut emosi diorang. Sakitlah katakan.

Masa duduk kem dulu, kalau kawan aku datang bulan, mesti dia mintak aku urutkan. Cilake ape! Aku ni dahlah geli tahap Ya Rabbi! Nak bagi orang sentuh aku pun, dah tahap boleh bagi penyepak, apatah lagi aku nak sentuh orang. Tapi disebabkan kesian, aku urutkan jugak, Sebab terpikir, "kang kalau mati budak ni, nanti aku pulak yang kena jawab. Kalau hakim tanya,  Kenapa dia mati? Sebab tak tahan sakit senggugut. Dia dah mintak saya urutkan, tapi saya geli" Gila hape!

Selalu jugak aku ni jadik tukang urut yang tak bertauliah. Selalu jugak jadi tukang tuam perut wanita-wanita beruntung tu. Dah rasa macam suami mithali pulak masa tu.

Biasanya, sekarang ni, kalau saing-saing aku datang bulan and sakit senggugut tu, aku just jerang air, buat air suam-suam panas, pastu lapik dengan tuala, then tuam dekat perut diorang. Aku ikhlas. Ceh! Tapi dah takde dah nak urut-urutkan perut. Geli. Tak tahu kenapa aku macam tu. Padahal bukan tak biasa. Pompuan sama pompuan pulak tu.

Okeylah. Aku kena cau dulu. Kena wat kerja kejap.

Exceed Diploma Show Of UNISZA

Bismillahirrahmanirrahim...
Minggu ni, kat perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin ada buat show untuk pelajar tahun akhir Fakulti Reka Bentuk. Student yang terlibat tu terdiri daripada budak-budak manufacturing Technology dan Industrial Design. 
Jom-jom kita pi tengok gambar...






Semua yang dekat atas ni, speaker, kata mereka-mereka.



Ni rak buku okey. hihi. Nak satu!

tengok, siap ada lambang Terengganu! Na na na na na! Ganu kite!=D



ni sangkar ikan.

ni kalau tak silap aku, just lampu hiasan. (kalau silap, tolong betulkan)

ni pulak Recycle Bin.hihi. bagus budak yang buat ni. Nak menyelamatkan alam sekitar.


ni pulak tempat jemur baju. Hadiah untuk sape2 yang suka jemur baju tu.

mainan budak-budak je ni.

ni untuk awak, Wan Nur Farhanah. Adik awak punya design. Rekaan adik awak. Sangt kreatif.
Penerangan: benda alah ni, membantu kita memusingkan lemang-lemang yang dibakar secara sekali gus. Berbanding yang tradisional yang mana kita kena cari kain buruk, then pegang lemang yang panas tu.

basikal untuk mak cik cleaner!

ni aku tak tau apa dia.





Sesi menyemak!



Wan Nur farhanah. Awak patut bangga ada adik yang akalnya bergeliga. hihi.


..Lau Kana Bainana...

Bismillahirrahmanirrahim.
 Berbicara soal hati dan perasaan. Bukan terhadap cinta dan cita pada dunia semata. Tapi kali ini melibatkan seorang pemimpin agung manusia di dunia, pemberi syafaat di hari akhirat dan seterusnya penunggu umat yang setia di syurga.

Aku tiba-tiba sebak berbicara soal ini dengan kalian semua. Seolah-olah aku kali ini di awangan dan paling memberi impak pada hati dan jiwaku bila mana masih terdapat umat manusia yang telah mengaku Islam namun masih menghina Rasulullah. Hinakah aku andai aku masih tetap mencintai Rasul ku? Hinakah aku andai aku terus menjalankan kewajipanku terhadap baginda? Aku tahu, aku tidak sesekali kolot kerana berselawat ke atas junjungan besar itu.

Lau Kana Bainana Ya Rasulallah.
Tidak kami tersesat sehingga begini jadinya. 
Tidak kami hambar dalam menuju redha Tuhan kita.
Tidak kami tersungkur dalam langkah perjalanan ini.

Lau Kana Bainana Ya Rasulallah.
Kami tidak sesekali akan rapuh
membiarkan maruah agama kami terus di permainkan oleh mereka yang durjana
Tidak kami biarkan itu berlaku kerana Engkau yang membimbing kami.
Engkaulah pemimpin agung kami.

Namun,
Kami tahu..
Engkau tidak lagi bersama dengan kami. 
Tidak ada lagi pimpinan secara langsung olehmu.
Kini, kami cuma berpegang pada indahnya tinggalan ajaranmu.
ALQURAN DAN SUNNAHMU.



Sungguh!
Sebenarnya aku cemburu dengan para sahabat yang terdahulu. Kenapa?
Kerana aku tahu, mereka benar-benar dipimpin oleh Rasulullah. Aku cemburu kerana mereka dapat mencium Rasulullah. Aku cemburu kerana mereka semua dapat menatap wajah Rasulullah yang indah, mendengar suara Rasulullah dalam mengalunkan AlQuran.
Cemburunya aku pada mereka apabila benar-benar dapat berjihad pada jalan Allah dengan diberi kata-kata semangat oleh Rasulullah sendiri. Aku benar-benar cemburu dengan para sahabat baginda yang diredhai oleh Allah.

...kembali senyum...

Bismillahirrahmanirrahim.



Hari ni aku nak nyanyi lagu kembali senyum. Alfatihah untuk penyanyi asal lagu ni Arwah Izwan Pilus. Terasa  rindu nak dengar suara beliau yang tak ada pada penyanyi lain tu. Takpelah. Kita sayangkan dia, tapi Allah lebih sayangkan dia.

Okey, stop bercerita tentang arwah, takot ada yang menitik-nitik air mata nanti. Aku nak sambung cerita dah ni.

******************************

Semalam aku dapat satu mimpi yang bagi aku memberi satu petanda bahawa aku kena kembali menulis untuk puaskan nafsu kegilaan aku pada penulisan novel. Aku sebenarnya tengah sedih sekarang ni sebab novel pertama aku yang aku tulis itu hari dah hampir siap. Tapi sayangnya, tak sempat nak copy and save dekat memory lain, laptop aku rosak terus. Bukan rosak yang biasa-biasa rosak tu, tapi terus rosak motherboard! Haiya!
Korang paham jelah kalau motherboard dah rosak, memang tak payah gatal-gatal nak baikilah. Kalau baiki, tetap sama harga dengan sebutir laptop yang baru. So, daripada baiki, baik aku beli yang baru je.

Sadis sangat aku rasa. Semua gambar, semua novel, semua lagu, semua video, dah habis "dikerjakan" oleh motherboard yang rosak tu. 
So, aku rasa, mulai sekarang ni, aku nak menulis ikut blog pulak. Aku ada je blog satu lagi tu, tapi dah lama sangat aku tak update kan. Takde masa. Ada masa sikit tu, aku spent kan untuk buat assignment, basuh baju, keluar joging, latihan budak-budak askar. Kadang-kadang sibuk sangat sampai tak ada masa nak makan. Sumpah aku tipu, kalau bab tak makan tu.!

Mimpi semalam agak sedih sebenarnya. Tak tahu macam mana aku boleh dapat mimpi tu. Mungkin sebab masa tidur pun otak aku masih lagi aktif berfikir macam mana aku nak cover balik novel-novel yang aku dah tulis tu. Sedih sangat-sangat aku rasa. Dahlah laptop rosak, segala macam karya aku yang ada dalam laptop tu pun habis di ''mamah'' oleh bakteria motherboard tu.

Sekarang ni pun aku online guna laptop kakak aku. Nasib baiklah dia bermurah hati nak pinjamkan dia punya laptop. Takdelah aku ni gila sangat duduk rumah ni sorang-sorang. Nak harapkan abang aku temankan aku kat rumah sementara akak dengan mak aku ke tempat kerja, memang taklah dia nak temankan aku. Banyak sangat benda yang kena settle. Geramnye!

Kalau aku start menulis balik, agak-agak korang nak baca tak? Tapi bukan kat blog nilah. Kat blog satu lagi.   Aku suka kalau korang bagi respon yang positif.Tapi kalau nak bagi respon yang egatif pun, aku terima sebab teguran yang negatif kan akan membangkitkan semangat orang untuk melakukan sesuatu perkara.? 

Sekarang ni pun, aku tengah cari satu idea untuk mukaddimah pada novel aku tu. Yelah. Korang kan tau aku ni kalau bab mukaddimah memang failed! So, kena cari idea yang betul-betul okeylah untuk hasilkan mukaddimah yang menarik. Satu je aku nak korang tahu, kalau bab novel atau drama dalam blog ni, biasanya aku tak buat panjang-panjang. Mneyusahkan dan membosankan korang untuk baca.
Okeylah. Aku nak cau dulu. Asar pun aku tak solat lagi. Aku kena pergi solat dulu.





p/s: Kalau korang baca, korang tolonglah bagi respon yer. sama ada negatif atau positif, terpulang pada korang untuk komen. Aku terima dengan terbuka hati.=)

Tak Salah Kalau Mencuba.



Bismillahirrahmanirrahim.
Dah dekat seminggu lebih aku cuti sem. Tapi langsung tak sentuh laptop, apatah lagi update entry bagai. So, hari ni, aku ambik masa sekejap untuk update entry. Just nk kongsikan aku punya hasil buatan tangan sendiri. So, lepas ni, kalau ada sape-sape yang rasa nak tempah ke, ape ke, bagitaulah yer. Harga nanti kita bincang. Tapi, tak sampai 20 hengget pun benda-benda ni semua. Aku mungkin just ambik untuk modal je. Bergantung pada modallah yer. Tu pun kalau korang berminat. Harap-harap macam tulah.Haha

Sebenarnya dah dua tiga hari aku cari idea nak update entry untuk blog ni. Rasa macam dah mula tumbuh sesawang yang tidak diingini kat blog aku ni. So, hari ni ada masa sikit, aku updatelah.

Tiga benda yang aku usaha buat sejak daripada dua, tiga hari lepas akhirnya siap jugak. Tak sangka pulak boleh siap dalam jangka masa yang sangat singkat. 

ni adalah diari. hihi. Tertunjuk kat korang. Sebenarnya nak tunjuk pattern je. Tapi terpaksalah aku tunjuk sekali. Malu ni sebenarnya.

ni pulak bunga tisu. Terfikir nak buat benda ni sebab aku terpandang yang pasu mak aku kosong je kat hujung dinding rumah tu. Kebetulan takde kerja. Menjadi jugak sebenarnya. Maksud aku, pasu tu jadi tak kosong sangat. Boleh jugak berkawan dengan bunga tu.




Ni pulak album gambar. Aku saje-saje je buat benda ni sebab malas nak pergi beli album kat kedai. Tapi tak sangka pulak menjadi. Lagi satu, kalau aku beli pun, gambar tak dapat nak letak jugak dekat dalam album  yang dibeli tu. Sebabnya, gambar-gambar yang aku semuanya bersaiz besar. Jadi terpaksalah buat sendiri.



Aku tebuk lubang dan gunakan rings je untuk album ni. Sebab Encik Malas ada, dia tak bagi aku pergi bindingkan mende ni. haha. Lagipun ni kan baru percubaan.



Okeylah. Kalau korang rasa berminat, korang bolehlah tempah. Pattern ke, warna ke, apa saja ke, korang yang akan design dan bagi kat aku. Aku cuma akan buat je untuk korang. Dan semua yang aku buat akan ikut korang punya design.