Thursday, July 24, 2014

Untuk kesekian kalinya.!

Ni yang buat guwa marah ni.
Itu hari kan guwa dah cakap. BLOG GUWA BUKAN BLOG LUCAH.

Astaghfirullahal azim.

Guwa sekarang ni memang marah dah tahap berapi-api dah ni.
Ape benda yang lu orang cari sebenarnya? Sampai nak cari entry-entry lucah, blog-blog lucah ni?!
Kalau guwa bagi ceramah free kang, lu orang cakap guwa macam mak nenek, suka membebel. Kalau guwa tak bebel kang, lu orang naik kepala pulak. Amende ni?!

Wadafak, lu orang cari entry lucah kat blog guwa? Kang guwa dah buat satu entry itu hari, blog guwa ni bukan blog lucah, lu ada paham ke, takde?

Weyh! Lu orang, yang carik entry lucah sekalian. Lu orang sedar tak bulan puasa sekarang ni? Eh! Kalau tak puasa pun, memang tak boleh.

Dahlah. Guwa malas nak bebel panjang-panjang. Lu orang dah besar. Lu patutnya dah boleh pikir sendiri. Kang, kalau guwa maki, lu cakap guwa ni takde adab dengan pembaca pulak.

Lu orang pikirlah sendiri. Jangan letak dekat kepala lutut, otak tu.


p/s: marah sungguh aku dengan traffic blog yang naik mendadak disebabkan ada segelintir manusia yang mencari entry lucah!

Wednesday, July 23, 2014

Jangan pergi.

Awak.
Sekalipun berkali-kali saya sakitkan hati awak, tapi awak tetap masih kat sini.
Tapi, mungkin kali ni awak dah tak mampu bertahan dengan perangai dan tingkah laku saya sehinggakan awak pergi .

Awak.
Jangan pergi.
Rajuk saya, marah saya, cemburu saya.
Bukan kerana apa.
Tapi kerana saya sayangkan awak sangat-sangat.

Jangan pergi awak.
Even marah, saya cakap "i hate you" or whatever, tapi awak tetap
ada dekat sini ----->


HATI saya .



p/s: mood menjiwang datang.heh!

Love. Laugh. Live. |Part 2|

Assalamualaikum wbt.
Dah lama tinggal blog ni. Macam dah bersawang je sikit.
Hari ni saje-saje nak update pasal Love. Laugh. Live yang tergendala itu hari. 

Sebenarnya, ianya cuma sebuah album gambar untuk kenangan masa aku belajar ni.  Korang layanlah gambar-gambar kat bawah ni.

Ni, gambar kelas Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab Semester satu dulu.
Nak tahu apa aku tulis?
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



T_T

Hari yang cukup membahagiakan walaupun dengan tangisan.



p/s: Oh ya! Sape-sape yang nak tempah untuk buat guest book ke, album ke, boleh pm aku. Inshallah aku cuba buat yang terbaik. Terima Kasih

Friday, July 11, 2014

Pemenang 1st Giveaway of This Blog

Maafkan saya. Maafkan saya. Maafkan saya.

Lama sangat aku tinggalkan giveaway ni. Sekarang ni dah ada nama empat orang pemenang tu. Yang tak menang, mintak maaf banyak-banyak sebab mungkin rezeki korang takde kot kali ni..

Dan nama-nama pemenangnya adalah;


|
|

|
|
|
|
|

|
|
|
|
|


|
|
|
|
|
|


Sila inbox page aku ye, kawan-kawan yang terpilih ni.

p/s: maaf sebab lambat update pasal pemenang ni. Aku ada masalah sikit lepas tarikh tutup ga ni. Kalau tak silap, aku ada maklumkan dekat page, itu hari.


Tuesday, July 01, 2014

Mana hilangnya manusia, manusia?

Assalamualaikum.





Baru menulis. Bukan apa, tak sihat sangat. Satu keluarga kena cirit-birit dua hari sebelum puasa baru-baru ni. Lagi pulak, entry ni memang dah lama nak buat, cuma aku tak ada kekuatan nak taip. Setiap kali teringat pasal "anak syurga" ni, aku lemah. Air mata tak henti mengalir.

Okey. Kita teruskan kepada maksud sebenar entry ni.

24/6/2014.

Seluruh negara kita digemparkan dengan satu operasi membanteras PATI yang diadakan oleh pihak berkuasa yang akhirnya menemukan seorang "mayat hidup". Sebenarnya, berita tu, aku dah tahu masa petang 24/6 tu. Tapi, lepas solat maghrib, satu family aku duduk depan tibi, nak tengok berita pasal "anak syurga" ni.

Allah! Allah! Allah!
Hati diruntun hiba. Melihat dia yang memandang pada Tuan Faizal Fazri yang masuk ke bilik tersebut. "Anak syurga" itu terus mengensot keluar tanpa menghiraukan orang sekelilingnya. Hati semakin hiba apabila Tuan Faizal beristighfar dan menahan sebaknya. Aku teresak-esak. Biarlah. Aku tak malu untuk menangis melihat anak ini.
 Kata-kata paling meruntun jiwa aku oleh Tuan Faizal;
"Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga pula meresap hidung."

 
Setelah aku tahu berita penahanan mak dia, aku rasa marah. Sebab aku tahu daripada rakan-rakan fb yang dia pun ada fb. Ada seorang lagi anak. Bila ditanya, dijawab yang dia tidak mampu.

Allah! Kau bekerja, wahai ibu. Takkan kau tak mampu sekalipun setiap hari berikan dia walaupun sekeping roti. Takkan kau tak mampu berikan dia segelas air masak. Takkan kau tak mampu belikan dia sehelai baju dan seluar? Kalau kau benar sayangkan dia, cubalah sedaya upaya untuk sempurnakan keperluan dia. Walaupun tak mampu, usahakan. walaupun sedikit, itu sudah dikira Tuhan?
Mana perginya rasa manusiamu, ibu?
Kau tinggalkan anak ini dalam kesejukan sedangkan yang seorang lagi kau peluk dan cium. Kau sediakan makan pakai yang cukup. Sedangkan "anak syurga" ini kau biarkannya tidur bersama najis. Ini bukan sifat manusia, apatah lagi ibu!!!!!!!!
Apakah kau rasa terbeban dengan adanya anak ini? Kau lupa? Mungkin kau lupa. Kau terlalu mengejar kasih dunia, tapi kau lupa firdaus ini yang akan membawamu ke syurga akhirat. Kau lupa, mungkin.

Setiap hari aku akan bukak fb dan cari berita pasal adik Firdaus. Aku ingin dia kembali seperti sediakala. Dan semalam, aku dapat gambar ni dari seorang rakan fb.


Hati kembali diruntun hiba.Terus aku berlari mendapatkan puan Emak. Aku tak kira, biarlah puan emak lihat aku dengan air mata ini. Rupanya, puan emak turut menangis. Puan Emak merasakan apa yang aku rasa.

Melihat gambar ini, terus terdetik dalam hati, comelnya kau, sayang. Kau dibuang dan dikurung ibu sendiri. Tapi kau dapat sejuta ibu di Malaysia.
Firdaus sayang. Kuatkan semangat. Setiap hari kau mendapat doa orang yang menyayangimu, sayang. Salah seorangnya, kak Niesaa'. Terus membesar, sayang. Kau bakal penghuni syurga, sehebat namamu Firdaus. Kau kuatkan hati sayang. Terus sihat, ya sayang?

Akhir penulisan aku ni, aku cuma nak tanya satu benda aje, mana hilangnya manusia? Soalan ini khas ditujukan kepada ibu kepada Firdaus.