Tuesday, July 01, 2014

Mana hilangnya manusia, manusia?

Assalamualaikum.





Baru menulis. Bukan apa, tak sihat sangat. Satu keluarga kena cirit-birit dua hari sebelum puasa baru-baru ni. Lagi pulak, entry ni memang dah lama nak buat, cuma aku tak ada kekuatan nak taip. Setiap kali teringat pasal "anak syurga" ni, aku lemah. Air mata tak henti mengalir.

Okey. Kita teruskan kepada maksud sebenar entry ni.

24/6/2014.

Seluruh negara kita digemparkan dengan satu operasi membanteras PATI yang diadakan oleh pihak berkuasa yang akhirnya menemukan seorang "mayat hidup". Sebenarnya, berita tu, aku dah tahu masa petang 24/6 tu. Tapi, lepas solat maghrib, satu family aku duduk depan tibi, nak tengok berita pasal "anak syurga" ni.

Allah! Allah! Allah!
Hati diruntun hiba. Melihat dia yang memandang pada Tuan Faizal Fazri yang masuk ke bilik tersebut. "Anak syurga" itu terus mengensot keluar tanpa menghiraukan orang sekelilingnya. Hati semakin hiba apabila Tuan Faizal beristighfar dan menahan sebaknya. Aku teresak-esak. Biarlah. Aku tak malu untuk menangis melihat anak ini.
 Kata-kata paling meruntun jiwa aku oleh Tuan Faizal;
"Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga pula meresap hidung."

 
Setelah aku tahu berita penahanan mak dia, aku rasa marah. Sebab aku tahu daripada rakan-rakan fb yang dia pun ada fb. Ada seorang lagi anak. Bila ditanya, dijawab yang dia tidak mampu.

Allah! Kau bekerja, wahai ibu. Takkan kau tak mampu sekalipun setiap hari berikan dia walaupun sekeping roti. Takkan kau tak mampu berikan dia segelas air masak. Takkan kau tak mampu belikan dia sehelai baju dan seluar? Kalau kau benar sayangkan dia, cubalah sedaya upaya untuk sempurnakan keperluan dia. Walaupun tak mampu, usahakan. walaupun sedikit, itu sudah dikira Tuhan?
Mana perginya rasa manusiamu, ibu?
Kau tinggalkan anak ini dalam kesejukan sedangkan yang seorang lagi kau peluk dan cium. Kau sediakan makan pakai yang cukup. Sedangkan "anak syurga" ini kau biarkannya tidur bersama najis. Ini bukan sifat manusia, apatah lagi ibu!!!!!!!!
Apakah kau rasa terbeban dengan adanya anak ini? Kau lupa? Mungkin kau lupa. Kau terlalu mengejar kasih dunia, tapi kau lupa firdaus ini yang akan membawamu ke syurga akhirat. Kau lupa, mungkin.

Setiap hari aku akan bukak fb dan cari berita pasal adik Firdaus. Aku ingin dia kembali seperti sediakala. Dan semalam, aku dapat gambar ni dari seorang rakan fb.


Hati kembali diruntun hiba.Terus aku berlari mendapatkan puan Emak. Aku tak kira, biarlah puan emak lihat aku dengan air mata ini. Rupanya, puan emak turut menangis. Puan Emak merasakan apa yang aku rasa.

Melihat gambar ini, terus terdetik dalam hati, comelnya kau, sayang. Kau dibuang dan dikurung ibu sendiri. Tapi kau dapat sejuta ibu di Malaysia.
Firdaus sayang. Kuatkan semangat. Setiap hari kau mendapat doa orang yang menyayangimu, sayang. Salah seorangnya, kak Niesaa'. Terus membesar, sayang. Kau bakal penghuni syurga, sehebat namamu Firdaus. Kau kuatkan hati sayang. Terus sihat, ya sayang?

Akhir penulisan aku ni, aku cuma nak tanya satu benda aje, mana hilangnya manusia? Soalan ini khas ditujukan kepada ibu kepada Firdaus.

No comments:

Post a Comment