Wednesday, April 25, 2012

|Biarkan Dia Bahagia| part 5


                Sarah ralit memerhatikan anaknya yang sedang menyusu badan.
                Begitu juga dengan Mak Nab.
                Dia ralit melihat Sarah yang asyik dengan bayinya. Dan tidak dinafikan, Sarah kelihatan semakin cantik dan ayu setelah melahirkan anak.
                Setelah anaknya selesai menyusu, Sarah menyerahkan bayinya kepada Mak Nab. Mereka sedang menunggu Mizi yang keluar bertemu dengan doctor, untuk menanyakan tentang bila Sarah boleh balik dan berpantang di rumah.
                “Dia dah kenyang agaknya, mak. Dah tolak dah ni.” Beritahu Sarah pada Mak Nab.
                “Hmm.. Dah kenyanglah tu.” Mak Nab mengiyakan kata-kata menantunya, lantas mencium ubun-ubun bayi itu.
                Mereka saling berbalas senyuman.
**********************************************
                “Macam mana, doctor? Bila saya boleh bawak balik isteri saya?” Tanya Mizi pada doctor yang member isyarat, mempersilakan Mizi duduk.
                “Macam ni, Encik Tarmizi. Puan Sarah perlu kami tahan di wad dalam sehari dua lagi. Sebab, sebenarnya untuk pengetahuan Encik Tarmizi, ini adalah kali kedua Puan Sarah tumpah darah. Kami bimbang bakal terjadi komplikasi yang kita tidak mahu, kalau kami tak lakukan pemantauan yang berterusan dalam sehari dua ini. Kami harap Encik Tarmizi faham.” Berat untuk doctor itu memberitahu tentang perkara itu. Tapi, demi keselamatan Sarah, dia sebagai doctor panel kepada Sarah terpaksa memberitahu juga perkara itu kepada Mizi.
                Mizi terperanjat.
                “Sarah pernah tumpah darah sebelum ni? Maknanya, Sarah pernah mengandunglah, sebelum ni, doctor?” Tanya Mizi bertalu-talu.
                Kedengaran doctor tersebut mengeluh panjang.
                “Ya, Encik Tarmizi. Sebenarnya ni kali kedua Puan Sarah mengandung. Tapi Puan Sarah keguguran masa kandungan pertamanya. Saya tak tahu kenapa dia keguguran. Kalau nak cakap rahim dia tak kuat, dia sangat sihat. Mungkin ada sebab lain, yang Puan Sarah tak bagitahu kepada saya, sebagai doctor panel keluarga Encik Tarmizi.” Terang doctor tersebut.
                Mizi menarik nafas dalam-dalam. ‘Sarah. Kenapa buat macam ni?’
                “Kalau macam tu, tak apalah, doctor. Saya keluar dulu. Saya nak pergi tengok isteri saya.” Mizi menghulurkan tangan dan bersalaman dengan doctor itu.
                “Terima kasih banyak-banyak, doctor.”

****************************
                “Sarah, kalau abang tanya, Sarah jawab dengan jujur, boleh?” Mizi duduk dikerusi di sebelah katil Sarah.
                “Ada apa, bang?” Sarah senyum sambil membelai pipi Mizi.
                Mizi memegang tangan isterinya. Dia akui, dia asyik dengan kelakuan isterinya itu yang sangat suka memanjakannya.
                Mizi mengeluh panjang.
                “Sarah pernah gugur sebelum ni?” Mizi straight to the point, bertanya.
                Mak Nab tersentak.
                Semua yang ada di bilik itu, Fairuz, Mak Nab, Pak Ahmad dan Sheila, buntang mata mereka memandang Sarah. Yang mereka mereka ingin dengar sekarang adalah jawapan daripada Sarah.
                Sarah tunduk.
                “Jadi, doctor dah bagitahu abang pasal semua tu? Baguslah. Lepas ni, Sarah boleh pergi dari hidup abang dengan aman. Tak akan ada lagi rahsia antara Sarah dengan abang. Sarah harap, abang ampunkan Sarah.” Tenang Sarah menarik nafasnya. Lega.
                “Sarah! Abang nak Sarah jujur! Bukan pergi dari hidup abang! Abang takkan lepaskan sayang! Abang dah cakap, abang mintak maaf sebab abaikan sayang selama ni. Berilah peluang kedua pada abang untuk buktikan cinta abang pada Sarah.” Mizi mengenggam tangan Sarah.           
                Sarah tunduk. Ada mutiara pada tubir matanya. Ya! Hari ni, dia terpaksa menceritakan segalanya kepada suaminya tentang siapa sebenarnya Hana. Bukan ingin mengaibkan. Jika boleh, dia tidak ingin siapapun tahu tentang rahsianya itu. Tapi kini, dia tersepit. Dia terpaksa menceritakan segalanya.
***************************
                “Kau bahagia dengan Mizi?” Hana bertanya kepada Sarah dengan sinis.
                “Dia suami aku yang sah, Hana. Segala kelebihan dan kekurangan dia, aku terima dengan redha. Moga Allah berikan kami kekuatan.” Jawab Sarah sambil tersenyum.
                Dulu Hana temannya. Tapi dek kerana Mizi, Hana menganggapnya sebagai musuh.
                Sebenarnya dia ingin mengelakkan  diri daripada bertemu Hana pada waktu itu. Dia ingin cepat sampai ke rumah. Ingin memberitahu pada Mizi bahawa di dalam rahimnya, ada segumpal darah daripada benih Mizi.
                “Kau tak pernah rasa bersalah, kan? Kau tak sedar ke, dah lama Mizi tu hak aku?” Hana meninggikan suaranya. Mujurlah meja yang mereka duduki agak tersorok daripada pandangan orang lain.
                “Kau masih tak boleh terima kenyataan yang Mizi dengan kau dah tak ditakdirkan untuk hidup bersama?” Tanya Sarah.
                “Sebab kau yang menghalang, Sarah. Kau penghalang kepada hubungan cinta kami. Aku tak sangka, kau sanggup rampas Mizi daripada aku!” Tengking Hana.
                Sarah diam.
                “Dahlah, Hana. Aku tak nak gaduh dengan kau.” Sarah bangun untuk ke kereta. Dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah.
                Sedang Sarah berjalan ke kereta, dia tidak sedar, Hana datang dari belakang.
                “Aku belum habis dengan kau!” Hana menengking.
                Semua mata yang ada di dalam restoran itu memandang mereka.
                Sarah berhenti. Dia berpaling ke arah Hana.
                “Hana, aku datang sebab kau cakap nak bincang sesuatu. Tapi, aku tak sangka, kau suruh aku datang sini semata-mata sebab nak bergaduh macam budak kecik. Be professional, Hana. Kita dah dewasa. Bukan budak-budak. Zaman kampus, dah habis. Sekarang, kau sepatutnya terima kenyataan yang kau tak ada jodoh dengan Mizi. Kau anak orang kuat agama, bukan macam aku. Kau sepatutnya pikir dan jadi matang. Kau kena terima, semua ni qadha dan qadar Tuhan untuk aku, kau dan Mizi. Kau kena terima yang jodoh, ajal dan maut semua di tangan Tuhan. Aku, kau dan Mizi tak ada hak nak halang qadha dan qadar Tuhan tu.” Ada nada kekesalan pada suara wanita itu.
                “Kau memang dah melampau!”
                Hana menengking, lantas menolak Sarah ke dinding. Sarah tidak dapat mengimbangi tubuhnya. Dia tercampak ke dinding dah rebah.
                Hana tersenyum, dan ada senyuman sinis pada bibirnya. Seketika kemudian, senyuman sinisnya bertukar kepada muram.
                Hana berlari dan pergi dari situ.
                Sarah cuba untuk bangun. Terasa sakit pada ari-arinya. Dia memegang perutnya yang terasa sengal dan sakit.
                Seorang pelayan restoran bergegas mendapatkannya dan membantunya untuk bangun.
                “Akak tak apa-apa?” Tanya pelayan restoran itu. Noni namanya. Sarah dapat melihat pada tag nama yang di pakai oleh gadis itu.
                Sarah mengangguk. Dan cuba untuk bangun.
                “Kak…” Kata Noni. Matanya buntang ke arah kain yang di pakai oleh Sarah.
                Sarah memandang ke bawah. Sakit pada ari-arinya semakin menjadi-jadi.
                Orang ramai yang ada di dalam restoran cuba menghulurkan bantuan padanya.
                “Puan, jangan tidur. Dengar saya cakap. Saya seorang doctor. Puan jangan tidur. Paksa mata puan untuk tak tidur. Sekarang puan tumpah darah. Kami akan bawak puan ke hospital. Puan kuatkan semangat ya!” seorang lelaki datang kepadanya dan cuba membantu.
                Air mata Sarah tidak berhenti. Dia ikut apa yang doctor katakan padanya. Dia akan kuat demi Mizi.
                Doctor itu mencepung tubuh Sarah yang berlumuran darah pada bahagian kainnya.
*******************************************
                Semua yang ada di situ mengalirkan air mata mendengar Sarah menceritakan tentang keguguran kandungan pertamanya.
                Mizi gamam mendengar cerita daripada Sarah. Tidak dia sangka, rupanya Hana bukanlah sebaik yang di sangka.
                “Abang mintak maaf, sayang. Abang tak sangka, sebab abang, sayang lalui macam-macam dugaan. Sebab abang, sayang terpaksa harung pahit getir hidup sorang-sorang. Ya Allah, ampunkan aku! Aku dah abaikan seorang isteri sebaik dia.”
                Basah tangan Sarah dengan air mata Mizi. Dia cuba memujuk Mizi.
                “Abang, dahlah tu. Janganlah macam ni. Sayang tak ada apa-apa pun ni. Sayang dah sihat. Abang janganlah risau sangat.” Pujuk Sarah sambil mengusap pipi Mizi.
                “Maafkan abang, sayang. Abang dah abaikan sayang terlalu lama.” Pinta Mizi.
                Semua yang ada turut menitiskan air mata.
                Baru mereka tahu, selama ini bukan satu pengorbanan yang telah Sarah berikan terhadap Mizi. Bahkan, terlalu banyak. Sehinggakan nyawanya di hujung tanduk, dia masih kuat untuk mempertahankan cintanya pada Mizi.
**********************
                “Sayang janji satu perkara dengan abang.” Pinta Mizi secara tiba-tiba setelah dia memanggung kepalanya.
                “Apa dia, bang?” Tanya Sarah, masih mengusap pipi Mizi.
                “Sayang janji yang sayang tak akan tinggalkan abang untuk hari ni, esok dan selamanya. Biar nyawa saja yang pisahkan kita. Abang janji, abang tak akan aniaya sayang lagi.” Janji Mizi dengan linangan air mata.
                “Ya, bang. Sarah janji.” Sarah menggenggam tangan Mizi lantas di kucup bertalu-talu. Air matanya, usah dikira. Mengalir seperti air sungai.
                Diam.
                “Abang, sayang tanya sesuatu, boleh?” Tanya Sarah.
                “Boleh sayang.”
                “Macam mana dengan Hana? Bukan ke, abang dah janji dengan dia yang abang akan kahwin dengan dia?” Tanya Sarah, tulus.
                “Abang kena tipu, sayang. Selama ni,dia tak pernah putus dengan bekas tunang dia dulu. Diorang masih kekal bersama. Entahlah, abang tak faham dengan perempuan tu. Sayang yang pernah jadi kawan baik dia sendiri pun, susah nak faham pasal dia, ni kan pulak abang.”
                Sarah mengeluh.
                ‘Hana masih belum berubah.’ Detak hatinya.
*********************************
                “Abang, Hana nak jumpa abang kejap.” Hana yang masuk secara tiba-tiba ketika Sarah sedang bersiap-siap untuk pulang berkata.
                Mizi yang sedang memangku bayi mereka berpaling.
                “Ada apa, Hana? Aku ingatkan kau ada di Bali lagi. Kau cakap, kau ke Bali sebulan. Dahlah, Hana. Pergi balik.” Suruh Mizi, tanpa memandang wajah Hana. Dia asyik dengan bayinya.
                Sarah pula, hanya mampu memandang. Dia tahu suaminya. Mizi tidak akan pergi, jika dia kata dia tak nak pergi.
                “Hana nak bincang pasal kita.” Kata Hana.
                “Kat sini saje.” Tegas nada suara Mizi.
                “Abang tetap akan bersama dengan perempuan yang pernah rampas abang dari Hana ni?” Tiba-tiba Hana meninggikan suaranya.               
                Sarah mengangkat mukanya. Sampai hati Hana berkata begitu. Dia terluka dengan kata-kata Hana.
                “Ya. Dia seorang isteri yang sangat setia tunggu aku. Dia seorang wanita yang tak pernah berhenti mencintai aku sejak dulu. Kau? Kau hanya permainkan aku. Aku pulak bodoh. Entah syaitan apa yang hasut aku, sampai sanggup tinggalkan isteri sebaik Sarah Humaira’ semata-mata sebab betina tak sedar diri macam kau!” Tengking Mizi.
                “Abang! Sampai hati abang cakap macam tu!” Hana mula semakin meninggikan suara.
                “Dahlah tu, bang. Hana. Tak elok gaduh-gaduh dekat sini. Malu, kalau orang dengar.” Sarah merapati Mizi. Dia mengusap belakang Mizi, cuba menenangkan Mizi.
                Hana cuba mendapatkan Sarah. Dia semakin hilang sabar apabila melihat kelakuan Sarah itu. Dia tidak boleh terima jika Sarah dan Mizi kembali bersatu.
                “Kau memang dah melampau!”
                Mizi menyerahkan bayi mereka pada Sarah. Dia perlu melindungi Sarah. Sarah berundur ke belakang dan rapat ke dinding. Dia tiba-tiba rasa gerun. Bimbang Hana akan mengapa-apakan anak mereka. Bimbang jika Sarah sekali lagi akan  mencederakannya.
                Wajahnya pucat.
                “Hana! Kau jangan sentuh isteri aku! Kau sepatutnya terima semua ni sebagai qadha dan qadar Tuhan. Bukan melepaskan amarah pada orang yang tak bersalah. Sepatutnya kau sedar. Bukan Sarah yang rampas aku daripada kau. Tapi kau yang rampas aku dari dia. Masa aku kahwin dengan dia, kita tak pernah ada apa-apa ikatan. Bahkan kau sendiri bertunang dengan orang lain masa tu. Kau mainkan aku. Dia tak rampas aku dari kau. Tapi kau. Kau yang rampas aku dari dia. Aku suami dia. Kau datang pada aku selepas kami punya ikatan yang sah. Kalau dia nak buat macam apa yang kau buat pada dia dulu sampai hari ni, boleh. Sebab dia punya hak atas aku. Tapi dia sanggup berundur, sebab dia anggap kau sebagai kawan dia.
                Tapi hari ni, aku dah sedar. Siapa intan, siapa pulak kacanya. Maaf, Hana. Dah berkali-kali kau mainkan aku. Kau baliklah. Baliklah pada tunang kau. Aku dah serik, berkali-kali kena tipu. Kali ni, aku tak akan sia-siakan isteri aku yang sah lagi.” Mizi berpaling.
                Seketika kemudian, terdengar hempasan pintu wad. Mereka tahu, Hana sudah pergi.
                Sarah teresak-esak. Ketakutan. Takut anaknya akan diapa-apakan.
                Mizi terus memeluk isterinya.
                “Shhhhh…. Dah, jangan nangis lagi, sayang. Abang dah cakap, yang abang takkan tinggalkan sayang. Jadi, abang takkan tinggalkan sayang untuk selamanya.

                Mereka pulang ke rumah ibu Mizi.
                Sampai sahaja di rumah, mereka di sambut dengan gelak tawa daripada adik beradik Mizi yang excited menimang anak saudara baru. Ucapan tahniah terhadap Mizi juga tidak henti-henti sampai.          
                Sarah dan Mizi membiarkan anak mereka tidur di katil.
                Mereka berehat di depan televisyen, sambil Sarah memeluk dada Mizi. Sambil mereka berbual-bual.
                Sedang mereka asyik, handphone Mizi berdering. Lantas Mizi menjawab.
                “Innalillahi wa in na ilaihi rajiuun.” Ucap Mizi sambil menunduk.
                “Kenapa, bang.” Tanya Sarah setelah Mizi mematikan talian.   
                “Hana dah tak ada.”
                “Innalillahi wa in na ilaihi rajiuun.” Kata-kata itu di ucapkan oleh Sarah pula. “Macam mana boleh…?” Sarah tidak tahu apa yang ingin dia katakan.
                Dia memandang Mizi.  
                “Accident, sayang. Balik dari hospital tadi, dia keluar simpang tanpa berhenti. Lori tak dapat nak elak. Terus langgar. Meninggal di tempat kejadian.” Mizi menerangkan.
                “Kesian dia. Cinta dia tak kesampaian.” Ucap Sarah, perlahan.
                “Kenapa sayang cakap macam tu. Jodoh, ajal dan maut semua pada tangan Tuhan, sayang. Tu yang selalu sayang sebut, kan?” Mizi cuba mengingatkan.
                Sarah diam. “maafkan sayang.” Kata Sarah perlahan.
                Mizi tersenyum, lantas mencium ubun-ubun isterinya.               
                “Sayang jangan merancang tau. Next baby, abang nak tengok perut sayang besar. Kalau boleh, nak tengok sayang pregnant twins.” Usik Mizi sambil mengusap perut isterinya.
                “Abang ni!” Sarah malu. Lantas dia mencubit paha Mizi.             
                Mereka kini bahagia. Memiliki semula cinta mereka.







p/s: cinta bukan perlu di paksa-paksa. redha dengan jodoh, maka kau akan dapat cinta. cinta tak pernah ajar kau untuk lemah. bahkan ia mengajar kau erti kekuatan. bahkan saling menjadi tunjang semasa kau dan si dia rebah tak berdaya.

Thursday, April 12, 2012

|Biarkan Dia Bahagia| part 4

PANGGGGGGGGG!!!!!!!!!!
                Satu penampar hinggap di pipi Mizi. Terasa kebas pipinya.
                “Kau memang dah melampau, Mizi! Sanggup kau tinggalkan isteri kau. Mujur dia sakit nak bersalin sebelum bertolak balik kampung. Macam mana kalau dia sakit masa dalam perjalanan? Kampung dia bukan dekat. Kau memang dah benar-benar melampau!” Fairuz meledakkan berangnya.
                Benar! Dia sudah hilang sabar dengan Mizi. Sanggup Mizi meninggalkan isterinya yang sedang sarat dan sudah dimaklumi bahawa bila-bila masa saja Sarah akan bersalin.
                Mak Nab cuba menenangkan anak sulungnya itu. Dia benar-benar bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku.
                Lagi pula, dia perasan ada mata yang sedang memandang mereka.
                “Aku tak tahu macam mana nak cakap dah kat kau! Kau memang dah melampau. Sanggup kau tinggalkan isteri kau yang tengah sarat semata-mata sebab perempuan murah tu!” Tengking Fairuz.
                “Dahlah tu. Bagi dia pergi tengok Sarah dulu.” Pujuk Pak Ahmad.
                Sejak tadi Pak Ahmad diam. Dia tahu dan cukup kenal dengan anak sulungnya itu. Fairuz seorang yang sangat susah marah. Tapi bila barannya menguasai, dia susah untuk mengawalnya lagi. Tambah lagi, bila orang yang dia sayangi dilukai.
***************
                Mizi berjalan ke bilik khas yang menempatkan isterinya. Dia perlu melihat sendiri keadaan Sarah yang dikhabarkan sangat lemah kerana tumpah darah. Semuanya dia ketahui apabila melihat pakaian Fairuz yang penuh dengan darah.
                Masih terngiang-ngiang segala pertanyaannya kepada mak dan abangnya itu, sebelum dia ditampar oleh Fairuz.
                “Kenapa dengan baju along? Macam mana keadaan Sarah?” Mizi berlari mendapatkan keluarganya.
                Tiada siapa yang menjawab.
                “Mak, jawablah Mizi tanya ni.” Rayu Mizi.
                “Kenapa kau tinggalkan Sarah, walaupun kau tahu yang Sarah dah sarat? Kenapa kau tinggalkan dia untuk betina tu? Kau dah hilang akal ke, Mizi? Mak tak tahu nak cakap apa dah dekat kau. Kau pandai-pandailah fikir sendiri. Banyak sangat isteri kau fikir pasal kau, sampai tumpah darah masa nak bersalin tadi. Mujurlah dia sakit nak bersalin masa baru nak bertolak balik ke kampung dia. Kalau dia sakit masa dalam perjalanan? Mak takkan maafkan kau, kalau jadi apa-apa pada dia, Mizi!Sekarang ni anak kau dah selamat, tapi dia? Dia tengah bertarung dengan nyawa dia sendiri. Moga Allah aje yang selamatkan Sarah!”       
                Mizi terpana. Serentak itu juga, penampar Fairuz hinggap di pipinya.
*******************
                Mizi menggosok pipinya yang masih kebas dek kerana penampar Fairuz tadi.
                Dia tidak terasa ingin marah terhadap Fairuz. Kerana dia tahu, dia yang bersalah dalam hal ini. Jika dia tidak keluar dengan Hana tadi, mungkin perkara ini tidak akan terjadi. Lagi pula, dia bersalah kerana telah mungkir pada janjinya terhadap Sarah untuk keluar bersama.
 Cuma dia hairan, mengapa Sarah dikatakan akan pulang ke kampung? Sedangkan mereka sudah berjanji yang mereka akan pulang bersama-sama ke kampung mak ayah Sarah.
                Dia masuk ke bilik khas yang menempatkan Sarah.
                Melihat saja keadaan Sarah, air matanya laju mencurah. “Sarah, kenapa jadi macam ni, sayang? Maafkan abang. Abang tak sangka akan jadi macam ni. Abang betul-betul mintak maaf. Abang keluar sebab nak putuskan hubungan dengan Hana, sayang. Abang dah tahu, siapa sebenarnya Hana tu, sayang. Betul cakap Sarah, Hana tak pernah putuskan hubungan dia dengan Fikri. Abang mintak maaf, sayang. Abang jadikan Sarah mangsa keadaan.”
                Mizi menggenggam erat tangan Sarah yang kaku di katil.
                “Ya Allah! Kau selamatkanlah isteriku. Dia seorang isteri yang cukup setia, Tuhan. Dia seorang isteri yang sangat cinta kepada suaminya, iaitu aku. Tapi, ampunkan aku kerana tidak menghargai anugerah yang telah Kau berikan kepadaku ini. Kau panjangkanlah usianya, Tuhan. Supaya kami dapat bersama-sama membesarkan zuriat kami.” Doa Mizi di dalam hati tanpa putus.
                Di dalam hatinya kini penuh dengan rasa penyesalan kerana telah mensia-siakan Sarah. Menyesal kerana telah meninggalkan Sarah ketika Sarah sangat memerlukan perhatian seorang suami. Menyesal kerana meninggalkan dan membiarkan Sarah di saat Sarah menanggung beban kesakitan melahirkan zuriatnya.
                Dan dia meninggalkan seorang isteri yang cukup setia demi seorang perempuan yang tidak halal untuknya. Meninggalkan seorang isteri hanya kerana mengikutkan hawa nafsunya.
                “Maafkan abang, sayang!” Hanya itu yang mampu dia ucapkan walaupun dia tahu yang Sarah masih lena dan tidak akan mendengar kata maaf dan penyesalannya itu.

**************************
                Mizi terlena di sisi katil Sarah.
                Sarah tersedar daripada lena.
                Apabila terasa ada sedikit pergerakan pada tangannya, Mizi terjaga. Sememangnya dia menunggu Sarah sedar daripada lena.
                Ingin dikejut, terasa tidak sampai hati. Wajah isterinya kelihatan sangat pucat.
                “Abang, kenapa tidur kat sini? Kenapa tak balik rumah aje? Kenapa tak terurus sangat ni?” Sarah menimbulkan persoalan bertubi-tubi terhadap Mizi.
                Mizi menggenggam erat tangan Sarah.
                “Tak apa. Demi isteri sebaik Sarah, abang rela. Maafkan abang, sayang.” Pinta Mizi.
                “Kenapa ni?” Tanya Sarah, hairan.
                “Abang tinggalkan sayang saat sayang perlukan abang di sisi. Saat sayang melahirkan zuriat abang, abang tak ada untuk temankan sayang.” Beritahu Mizi.
                “Tak ada apalah,bang. Sarah pun tak tahu yang Sarah nak bersalin hari ni. Sarah baru je masuk Sembilan bulan. Ingatkan lagi dua tiga hari.” Beritahu Sarah pula.
                “Kenapa Sarah nak balik kampung?” Tanya Mizi tiba-tiba.
                Sarah diam.
                Tiba-tiba pintu terkuak. “Puan Sarah. Dah sampai masanya, puan susukan anak puan ni.” Seorang jururawat masuk ke wad yang menempatkan Sarah.
                “Ya, nurse.” Sarah tersenyum.
                Mizi terpesona melihat wajah isterinya yang mengukir senyuman. Sudah lama dia tidak melihat senyuman indah isterinya itu. Baru dia tersedar, sudah lama dia terleka dengan yang tidak halal untuknya, sedangkan yang halal untuknya, sudah cukup sifat sebagai seorang wanita yang cantik dan solehah.
                Dia rupanya tidak sedar, dia terlalu merindukan senyuman manis isterinya itu.
                Jururawat menyerahkan bayi itu ke dakapan Sarah. Terus Sarah menyelak bajunya, dan rakus anak itu menghisap susu. ‘Pasti kamu sangat lapar, sayang.’ Sarah mengomel sendirian di hati.
                Sementara itu, Mizi bangun dan membetulkan duduk isterinya yang kelihatan sedikit tidak selesa, agar lebih selesa. Setelah itu, dia menyanggulkan rambut Sarah yang hitam berkilat dan panjang ke kepala. Dia tahu, Sarah pasti tidak selesa dengan keadaan rambutnya yang dilepaskan.
                Sarah mengukir senyuman terhadap Mizi. ‘ Sungguh, kau mengenali siapa isterimu, abang!’ ujarnya di dalam hati sendirian.
                “Muka anak kita, mirip abang. Nanti, bila dah besar, sayang harap akan jadi orang Berjaya macam papa dia.” Ujar Sarah.
                Ada nada sayu pada suara itu.
                Ya! Dia memang terasa sayu. Kerana ini mungkin kali terakhir Mizi akan memanjakannya seperti sebentar tadi. Dan nanti, mereka akan berpisah.
                Mizi akan ada kehidupannya sendiri selepas ini. Begitu juga Sarah dan anak mereka itu.
                Mizi tersenyum. “Dan abang harap, dia akan jadi soleh macam mama dia.” Lantas Mizi mencium pipi dan dahi isterinya itu.
                ‘Abang tak akan tinggalkanmu, sayang!’ Ujarnya di dalam hati.
                “Boleh abang dukung baby kita?” Mizi memandang Sarah.
                Sarah tersenyum, lantas Mizi mendapatkan anak di pangkuan isterinya yang baru selesai menyusu.
                Nampaknya bayi itu cukup selesa bila di pangkuan ayahnya. Bayi itu lena di pangkuan Mizi.
                Mizi terharu dan sekali lagi, air matanya tidak dapat di tahan. Lantas, dia sekali lagi mencium dahi isterinya.
                “Terima kasih, sayang. Sebab sudi mengandungkan anak abang!”
                Sarah juga menitiskan air mata. Dia bahagia dalam derita di hatinya.

Monday, April 09, 2012

|Biarkan Dia Bahagia| part 3

                “Sayang, maafkan abang. Abang tak dapat temankan sayang. Abang kena keluar dulu. Mungkin abang balik lambat. Sayang jangan tunggu abang, nak makan nanti.” Pesan Mizi pada Sarah.
            Sarah tersenyum. “Kenapa mesti abang tipu sayang. Tak perlu tipu-tipu, bang. Lepas ni, sayang takkan ganggu abang dah.” Hatinya mengomel sendirian.
            Dia tahu, sebenarnya Mizi ingin berjumpa dengan Hana. Dia mendengar segala perbualan di telefon antara Mizi dan Hana sebentar tadi.
            Sarah bersiap.
            Selepas siap memakai tudung, dia terus mencapai beg pakaiannya untuk di bawa ke kereta. Dia harus cepat meninggalkan rumah mertuanya ini.  Dia tidak mampu lagi bertahan untuk melihat Hana derita. Biarlah hatinya sendiri derita.
            Cinta Mizi tidak pernah untuk Sarah Humaira’, tapi untuk Nur Hana. Maka untuk apa dia menghalang cinta mereka lagi? Jadi dia harus pergi dan berundur. Dia tidak layak untuk Mizi.
            “Sarah. Bukan ke, Sarah nak keluar dengan Mizi tadi? Mana Mizi?” Fairuz tiba-tiba datang dan bertanya.
            “Er..Abang Mizi tak dapat keluar dengan Sarah. Dia ada hal.” Tergagap-gagap Sarah menjawab.
            “Sarah jangan tipu along. Sebenarnya Sarah nak balik kampung, kan? Sebenarnya Mizi keluar jumpa Hana, kan? Kenapa Sarah tak halang? Sarah kan, isteri Mizi?” Fairuz memandang tepat ke dalam mata adik iparnya itu.
            “Tak apalah, long. Sarah tak ada kuasa nak halang Abang Mizi. Tak apalah. Along cubalah selamatkan hubungan Abang Mizi dengan Hana. Mereka dah cukup lama derita sebab Sarah. Sekarang ni, biarlah Sarah berundur.” Sarah senyum.
            “Sarah…”
            “Tak apa. Sarah nak balik dah ni.” Ujar Sarah kepada Fairuz.
            Dia lantas pergi dan memeluk Mak Nab. Wanita separuh abad itu menangis teresak-esak. Dia bakal kehilangan seorang menantu yang cukup baik dan sangat dia sayangi.
            Sarah cuba untuk tidak menangis dan menunjukkan yang dia tabah dengan dugaan yang telah Tuhan turunkan ke atasnya.
 Tapi akhirnya dia kalah dengan emosinya.
            “Mak, jaga diri baik-baik ya. Mak jangan lupa makan ubat. Sarah mohon, mak halalkan segala makan minum Sarah selama Sarah di sini. Sarah terhutang budi dengan mak. Mak dan ayah, jaga diri baik-baik ya.” Pesan Sarah kepada kedua ibu bapanya.
            Mereka mengangguk. Mereka tahu, walau macam manapun, Sarah tetap dengan keputusannya. Dia tidak akan beralih dan berundur lagi dengan keputusan yang telah dia buat.
            Sarah berjalan ke keretanya.
            Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia terasa seperti ada sesuatu yang pecah dari dalam perutnya. Serentak dengan itu, serasa ada air yang mengalir keluar dari celah pahanya. Habis basah sarung kakinya.
            “Mak…” Sarah berpaling semula ke arah Mak Nab.
            Seketika kemudian, dia merasakan sakit yang amat pada perutnya.
            “Ya, kenapa Sarah?” Mak Nab berjalan untuk mendapatkan Sarah.
            “Sakit, mak!” menitis juga air matanya menahan kesakitan.
            Ya! Air yang mengalir sebentar tadi adalah kerana air ketubannya telah pecah. Sarah bakal melahirkan anaknya tidak lama lagi.
            Suasana kelam kabut.
            Fairuz lantas mencapai kunci kereta di tangan Sarah. Manakala Mak Nab dan Sheila pula, membantu Sarah masuk ke kereta.
            “Sabar, Sarah. Kejap lagi kita sampai ke hospital.     
            Mak Nab memandang wajah Sarah seraya memandang kain Sarah yang kuyup. Ada darah!
            “Along, mak mintak kamu cepat sikit. Sarah dah tumpah darah!” Air mata Mak Nab laju mengalir.
            “Ya, mak. Along cuba, mak. Kejap aje lagi, Sarah. Bertahan ya, dik!” Pinta Fairuz pada Sarah.
            Dan ternyata, Sarah wanita yang sangat kuat. Dia masih bertahan. Tetapi, walau sekuat manapun dia bertahan, darahnya sudah banyak yang keluar.
            Mak Nab perasan, tubuh menantunya itu semakin lemah. Air matanya semakin laju mengalir. Dia memeluk kejap tubuh menantunya. “Bertahanlah, nak.”
            Mak Nab berzikir, sambil berdoa  meminta supaya diselamatkan menantunya itu. Juga cucunya.
            “Kita dah sampai, Sarah. Jangan lemah macam ni, dik. Mari. Kita dah ada di hospital.” Fairuz membuka pintu kereta di tempat duduk Sarah.
            Penuh darah pada kusyen kereta Pesona milik Sarah itu.
            Fairuz mencepung tubuh Sarah yang semakin lemah. Dia merasakan yang dia tidak boleh menunggu pembantu hospital untuk datang ke kereta kerana keadaan di hospital sedang sesak.
            Mak Nab mengikut Fairuz dari belakang.
            “Bertahanlah, dik. Along tahu, kamu kuat.” Fairuz memberikan semangat.
            Sarah terus ditolak ke bilik bersalin. Dia semakin lemah.
            “Saya ikut, doctor. Saya abang dia.” Pinta Fairuz.
            Doctor mengangguk.
            Lantas Fairuz mencapai baju hospital dari tangan jururawat yang berada di situ. Dia merasakan yang dia cukup bertanggungjawab ke atas adik iparnya itu.
            Dia berlari masuk ke bilik bersalin.
            “Dik, teran kuat-kuat, dik.” Suruh Fairuz.
            Sarah cuba meneran walaupun dia terasa cukup lemah. Dia tahu, anaknya itu sudah tidak sabar untuk melihat dunia.
            Dengan tiga kali Sarah meneran, akhirnya anaknya keluar juga melihat dunia. dia Berjaya melahirkan seorang anak lelaki. Wajahnya sangat mirip kepada Mizi.
            Mengalir air mata Fairuz melihat ketabahan Sarah.
            Dia terus mengazankan anak saudaranya itu.
            Selepas mengazankan, dia terus mendapatkan Sarah. Dia melihat Sarah semakin lemah.
            “Doktor, kenapa adik saya lemah sangat? Bukan ke, tadi doctor dah tambah darah? Kenapa dengan Sarah?” Fairuz semakin risau.
            Selama pengalamannya, isterinya tidak pernah kelihatan lemah seperti keadaan Sarah itu. Dia semakin risau.
            “Maafkan kami. Kami terpaksa bawa adik encik ke bilik khas. Kami terpaksa menambah lagi darahnya. Terlalu banyak dia kehilangan darah. Boleh saya tahu, di mana suami Puan Sarah?” Tanya doctor.
            “Suami dia terpaksa datang lambat. Ada urusan.” Jawab Fairuz.
            Doctor mengangguk.
            Sarah di bawa pergi dari bilik bersalin.
            Hati Fairuz langsung tidak tenteram.
            Ada marah, benci, meluat dan sedih. Tidak tahu kepada siapa ditujukan semua rasa itu.
            Marah, benci, meluat, mungkin terhadap Mizi dan Hana. Mereka sudah keterlaluan. Sedih melihat nasib Sarah yang tidak tahu apa kesudahannya nanti.
            “Ya Allah! Kau panjangkanlah usia Sarah. Kau kuatkanlah dia. Berikan dia peluang untuk melihat anaknya membesar. Kerana aku tahu, hanya Sarah yang mampu mendidik anaknya untuk menjadi khalifah di bumi Mu. Kau panjangkanlah usianya. Kerana aku tahu, adikku, suaminya tidak mampu mendidik anak mereka lebih baik daripada Sarah.” Doa Fairuz di dalam hati.

Sunday, April 08, 2012

|Biarkan Dia Bahagia| part 2

Mizi berhati-hati menutup pintu bilik. Dia tidak mahu Sarah terjaga secara mengejut. Dia lebih tahu, bagaimana cara untuk mengejutkan isterinya.
         Perlahan-lahan dia berjalan dan naik ke katil. Isterinya itu tidur membelakangi tempat tidurnya.
Mizi asyik memerhatikan raut lembut itu. Dia benar-benar asyik.
Dia meraba dan mengusap pipi lembut isterinya dari belakang. Ternyata, ada kesan basah pada pipi itu. Pasti dia baru saja terlena selepas menangis.
Mizi mengucup rambut Sarah. Kemudian beralih ke leher wanita itu.
Sarah bergerak dan tersedar apabila merasakan ada sesuatu pada lehernya. Dia sangat sensitif pada bahagian leher. Dan dia tahu, hanya Mizi yang akan mengejutkannya dengan cara itu.
"Sarah, bangun kejap. Abang nak bincang.'' Ujar Mizi.
"Ada apa, Mizi? Kita dah bincang, kan pasal awak nak kawen. Tak apa. Saya akan balik ke kampung saya esok. Saya dah kemaskan barang-barang saya.Maafkan saya sebab lambat keluar dari sini. Lagi dua minggu awak nak kawen. Saya tak nak ganggu orang yang nak kemaskan dan hiaskan bilik pengantin awak ni." Sarah bangun dari tempat pembaringannya.
Sejak mereka renggang, Sarah tidak lagi memanggil Mizi abang. Dia menjauhkan dan menjarakkan hubungan mereka.
Mizi diam.
Sarah cuba untuk bangun dan turun dari katil.
Namun, lantas Mizi menariknya supaya duduk di sebelahnya di katil.
"Kenapa Sarah tak pernah bagitahu abang, yang Sarah mengandung?" Tanya Mizi.
Sarah tersentak lalu diam.
"Abang tanya ni, jawablah." Mizi mengawal barannya.
"Pada hari saya tahu saya mengandung, saya dapat tahu, dan tengok dengan mata kepala sendiri yang awak dengan Hana tengah bahagia. Saya rasa, saya nak cakap jugak. Tapi, saya tak sampai hati nak cakap, bila awak cakap, awak buat keputusan untuk realisasikan impian lama awak dengan Hana. Saya simpan balik kad yang menunjukkan dalam rahim saya ada benih awak. Saya rasa, saya kena berundur. Cukuplah sekali saya rampas hak Hana. Kali ni, biar saya yang pergi."
"Takkan tak boleh nak bagitahu langsung? Sampai sembilan bulan pun Sarah masih boleh rahsiakan yang Sarah mengandung?"
"Saya nak bagitahu awak, Mizi. Tapi, sejak awak dengan dia, awak dah berubah. Nak pandang saya pun jijik. Apatah lagi nak manjakan saya. Saya cukup hina pada pandangan awak. Awak dah jauh dari saya, isteri awak sendiri. Semua tu buat saya sedar, sebenarnya saya langsung tak layak untuk awak. Mungkin memang salah dan silap saya sebab rampas awak dari Hana. Setiap kali saya tegur awak, awak tengking saya. Jadi, saya rasa, daripada saya cari pasal, dengar jerkahan awak, dedahkan pada baby ni, ayah dia selalu tengking ibu dia, jadi saya memilih untuk diam. Saya tak nak baby ni bencikan ayahnya."
Diam.
Air mata Sarah laju mengalir.
"Awak cuma akan elok dengan saya, bilamana awak nak make love dengan saya. Masa tu, jujur saya cakap, saya harap, waktu tu  boleh bagitahu kat baby yang dekat dalam ni, tu tanda ayah dia sayangkan dia."
Dan akhirnya, menitis juga air mata lelaki Mizi. Lantas dia meraih Sarah ke dalam pelukannya. Kini dia sedar, sudah hampir setahun dia mengabaikan isteri yang cukup setia kepadanya.
"Maafkan abang, sayang!" Mizi mengusap kepala Sarah. Dia mencium ubun-ubun isterinya itu bertalu-talu.
Sarah teresak-esak di bahu Mizi. Dia lega.
Sebelum dia pulang dan berpisah dengan Mizi, dia dah luahkan segala apa yang dia rasa.
"Dahlah. Lepas ni, abang tak nak dengar Sarah panggil awak pada abang. Panggil abang ya. Maafkan abang, sayang."
Sarah diam. 'Macam manapun, Sarah akan pergi, bang.'
"Dahlah. Abang pergi mandi." Sarah mengusap pipi dan air mata yang ada pada pipi suaminya.
selepas lima minit, Mizi keluar dari bilik air, dan naik ke katil.
"Sayang, boleh abang pegang anak abang?" Mizi duduk di katil.
"Ya. peganglah. biasanya, malam-malam macam ni, kalau pegang dia, mesti dia tendang. Lagi-lagi, kalau abang balik, abang pegang perut sayang. Mungkin dia excited, papa dia pegang dia, walaupun papa tak tahu yang dia wujud." Sayu nada suara Sarah.
"Maafkan abang, sayang."Pinta Mizi, seraya mengusap perut isterinya.
Sarah bahagia.
Dan benar katanya, bayi di dalam kandungannya benar-benar menendang perut isterinya itu.
Menitis air mata Mizi apabila merasakan reaksi anak di dalam kandungan isterinya itu.
Dia bahagia!
"Tapi, jujur abang cakap, abang cukup sedih bila sayang tak bagitahu pada abang yang sayang mengandung!" Mizi mengeraskan suaranya.
"Sayang lagi sedih, bang. Siapa yang tak sedih, bila kandungan dah masuk sembilan bulan, suami baru tahu. Lagi sedih, bila sayang ke klinik, nak medical check up, orang lain mengandung, masing-masing ada suami di sisi temankan diorang. Tapi sayang? Sayang macam hidup sorang-sorang. Kadang-kadang, menangis sorang-sorang." Luah Sarah.
"Maafkan abang, sayang."
"Tak apalah,bang. Sayang tak ada apa-apa." Pujuk Sarah.
"Sayang, dah lewat ni. Esok abang cuti, ingat nak bawak sayang jalan-jalan."
"Yelah, bang. Abang pun, tidur tau."
Mizi meraih Sarah ke dalam pelukannya.
        



....bersambung....

Saturday, April 07, 2012

|Biarkan Dia Bahagia| part1



"Mak. Esok Sarah nak balik kampung dah. Mak jaga diri baik-baik ya." Pesan Sarah Humaira' kepada ibu mertuanya.
Dia mengemas beg pakaiannya.
"Sarah. Kalau Sarah tak pergi, tak boleh ke?"
"Sarah kena pergi, mak. Di sini bukan tempat Sarah lagi. Abang Mizi dah tak perlukan Sarah lagi. Tak apa, nanti mak akan dapat menantu yang lebih baik daripada Sarah."Sarah cuba memujuk hati mertuanya.
"Sarah..." Air mata Mak Nab bergenang.
"Ya, mak." Jawab Sarah.
"Maafkan mak. Mak tak berjaya didik Mizi untuk jadi suami yang baik untuk Sarah. Mak gagal selamatkan rumah tangga kamu berdua."
"Tak apa, mak. Sarah faham. Mungkin jodoh Sarah dengan abang Mizi sampai di sini saja. Mak jangan bimbang. Sarah takkan pisahkan mak dengan cucu mak ni." Ujar Sarah sambil mengusap perutnya yang langsung tidak kelihatan memboyot, sedangkan usia kandungannya sudah menjangkau sembilan bulan.
Dan disebabkan itulah, suaminya, Mizi tidak pernah tahu bahawa dia sedang sarat mengandung. Dia tidak pernah memberitahu kepada Mizi tentang kandungannya.
  Tubuhnya yang kecil itu, membuatkan dia tidak kelihatan seperti mengandung.
"Mak bimbanglah, Sarah balik kampung sorang-sorang esok."
"Jangan bimbang, mak. Insyallah, tak ada apa-apa." Pujuk Sarah lagi.
Sarah tahu, Mak Nab risaukan dia yang sudah sampai bulan. Bila-bila masa sahaja Sarah akan melahirkan anaknya.
Ya, benar! Mak Nab benar-benar risau akan keadaan Sarah yang sudah sampai bulan itu. Dia berhasrat untuk memberitahu kepada Mizi tentang kandungan Sarah, mungkin mampu membantu menyelamatkan rumah tangga anak menantunya itu.
"Sarah tak nak beritahu Mizi, yang Sarah mengandung?"Tiba-tiba Mak Nab bertanya.
Sarah tersentak.
"Kalau mak nak bagitahu, mak bagitahulah. Tapi Sarah takkan bagitahu. Bukan nak pisahkan dia dengan anak dia. Tapi, Sarah tak nak porak perandakan hubungan dia dengan Hana. Hana dengan Abang Mizi dah tak lama dah, akan bersatu.Mak tolong selamatkan hubungan diorang. Pasal Sarah, mak jangan bimbang. Sarah akan belajar berdikari tanpa seorang suami untuk besarkan anak ni. Mereka dah lama berimpian nak bersatu, mak. Kabulkanlah hajat mereka."
Sarah tunduk.
Ada mutiara yang bakal jatuh pada pelupuk matanya.
Mak Nab terus memeluk Sarah sambil teresak-esak. Tangisan mereka bersatu. Kini Sarah kalah dengan hatinya sendiri. Egonya sudah habis. Dia menangis semahunya di bahu ibu mertuanya itu. Dia tidak dapat mengawal lagi dalam menahan air matanya.

“Sarah tak marah kan, kalau mak cakap yang Sarah mengandung pada Mizi?” Tanya Mak Nab sambil meleraikan pelukan.
         “Bagitahulah, mak. Sarah dah redha. Tapi, macam yang Sarah cakap, Sarah tak akan halang perkahwinan mereka. Mereka dah nak kahwin. Sarah tetap akan pergi dari hidup diorang, mak.” Ujar Sarah lagi. Tegas.
         “Sarah tak nak cuba selamatkan perkahwinan Sarah ni? “ Tiba-tiba Mak Nab bertanya.
         “Sarah tak nak digelar perampas lagi, mak. Cukuplah. Sarah dah rampas Abang Mizi sekali daripada Hana. Kali ni, biarlah diorang bahagia pulak. Biarlah Sarah yang berundur.” Ujar sarah perlahan sambil asyik mengusap perutnya.
         “Dan kalau Sarah pergi sebelum sempat tengok anak ni membesar, mak tolong beritahu pada Abang Mizi, jangan buang anak ni. Tolong berikan anak ni pada mak Sarah. Biar mak Sarah yang jaga.” Pesan Sarah.
         Mak Nab mengangguk. Air matanya makin laju.
         “Mak, Sarah nak tidur dulu. Sarah rasa mengantuk sangat. Penat.” Beritahu Sarah pada Mak Nab.
         “Tidurlah. Esok Sarah nak bawak kereta. Mak pun, nak pergi bancuh teh untuk ayah.” Mak Nab tersenyum.
         Setelah Mak Nab keluar dari bilik itu, Sarah terus mencuci kakinya dan berbaring di katil. Kerana dia sudah letih menanggung terlalu banyak beban.
         Sarah lena di katil bertemankan bantal.
         Dia tidak menunggu suaminya pulang. Kerana dia tahu, dia sudah dibenci. Esok dia akan pergi dari hidup suaminya sendiri dan menyerahkan suaminya kepada orang dia cintai dan mencintainya, Hana.
*********************************
         Mizi keluar dari kereta dengan senyuman yang lebar. Dia akan berkahwin dengan Hana tidak lama lagi.
         Dia berjalan masuk ke rumah dengan hati yang berbunga.
         “Mizi, mak dengan ayah nak cakap sikit. Mari, duduk sini dulu.” Pinta Pak Ahmad, lembut.
         “Ada apa, mak, ayah?” Tanya Mizi.
         “Mizi tetap nak teruskan hubungan dengan Hana?” Terus Mak Nab bertanya.
         Mizi lantas mengangguk.
         “Sampai hati kamu, Mizi.” Suara Mak Nab kendur.
         “Kenapa pulak ni, mak? Kan, Sarah sendiri dah setuju nak berundur? Sarah sendiri yang mintak Mizi kawen dengan Hana. Sebab dia dah rampas Mizi daripada Hana.” Tegas Mizi menjawab.
         “Kau tahu kenapa dia nak kau kawen dengan Hana? Sebab dia sayangkan kau. Nak tengok kau bahagia. Sebab dia rasa kau tak pernah bahagia dengan dia. Sampai sanggup rahsiakan kandungan dia daripada kau! Laki jenis apa kau ni?” Tengking Fairuz, abang Mizi.
         Mizi terpegun. ‘Sarah mengandung?’
         “Sarah mengandung? Kenapa saya tak tahu pun?” Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
         “Macam mana kau nak tahu? Kau sibuk dengan orang yang bukan bini kau! Bini kau yang sah, kau biarkan macam tu je. Tiap malam dia tidur dengan air mata, Mizi! Tiap malam! Dia tunggu kau! Kak Ngah kau, tiap-tiap malam temankan dia. Tapi dia perempuan yang sangat kuat. Kuat dalam pertahankan cinta dia pada kau, walaupun kau dah lukakan dia. Walaupun kau tak pernah hargai cinta yang dia bagi kat kau!” Tinggi nada suara Fairuz.
         Mizi diam membatu.
         “Dah berapa bulan Sarah mengandung, mak?” Mizi tiba-tiba menyoal. “Kenapa dia tak pernah bagitau saya?”
         Mak Nab diam.
         Mizi memandang Fairuz apabila dia sedar ibunya tidak mahu menjawab.
         “Dah Sembilan bulan. Macam mana dia nak bagitau? Kau tak pernah tanya. Bukan mak tak pernah tengok, kau asyik sangat bercinta dengan yang tak halal. Bini kau masak untuk kau pun, kau tak endahkan!” Mak Nab menangis semahunya di bahu Pak Ahmad.
         Pak Ahmad cuba memujuk.
 Dia membiarkan Mizi dimarahi. Mizi harus diberi pengajaran tentang sikapnya yang telah mengabaikan isteri sebaik Sarah.
         Dia sangat berdukacita apabila terkenangkan nasib Sarah yang bakal dibuang suami sendiri kerana seorang wanita yang tidak halal untuknya. ‘Kau sangat kuat, nak!’ Desis hati Mak Nab.
         “Kau pikirlah baik-baik, Zi. Kau dah besar. Kau sendiri tahu mana halal dan haram. Kau sendiri tahu dan kenal, siapa Sarah, siapa pulak Hana tu. Kau buatlah pilihan. Satu je along nak cakap, kalau Hana tu orang baik-baik, dia takkan cari kau lagi, lepas dia tahu kau dah kawen. Tapi, dia datang cari kau, semai cinta bodoh pada kau, porak –perandakan rumah tangga kau dengan Sarah. Siap suruh kau ceraikan Sarah sebab nak kawen dengan kau. Kau tu pulak, bodoh!”
         Semua yang ada diam mendengar kemarahan Fairuz yang meledak malam itu. Semuanya gara-gara Sarah yang sanggup berkorban untuk melihat Hana dan Mizi bahagia.
         “Ya! Sarah serahkan kau pada Hana. Tapi, pernah tak, kau balik malam-malam, lepas jumpa dengan Hana, kau tengok dan renung wajah Sarah? Pernah tak kau tengok dia menangis? Untuk pengetahuan kau, tiap-tiap malam Sarah menangis. Dia berusaha padamkan kau daripada lipatan memori dia. Dia nak pergi dari hidup kau! Macam mana Hana bencikan dia, macam tulah, dia nak bencikan kau! Semuanya sebab nak tengok kau bahagia!” Tengking Fairuz lagi.
         Mizi bangun dan masuk ke bilik. Dia tak sanggup lagi mendengar leteran daripada Fairuz. Dia Cuma ingin berbincang dengan Sarah.
         Mizi masuk ke bilik.





         ….bersambung……