Monday, April 09, 2012

|Biarkan Dia Bahagia| part 3

                “Sayang, maafkan abang. Abang tak dapat temankan sayang. Abang kena keluar dulu. Mungkin abang balik lambat. Sayang jangan tunggu abang, nak makan nanti.” Pesan Mizi pada Sarah.
            Sarah tersenyum. “Kenapa mesti abang tipu sayang. Tak perlu tipu-tipu, bang. Lepas ni, sayang takkan ganggu abang dah.” Hatinya mengomel sendirian.
            Dia tahu, sebenarnya Mizi ingin berjumpa dengan Hana. Dia mendengar segala perbualan di telefon antara Mizi dan Hana sebentar tadi.
            Sarah bersiap.
            Selepas siap memakai tudung, dia terus mencapai beg pakaiannya untuk di bawa ke kereta. Dia harus cepat meninggalkan rumah mertuanya ini.  Dia tidak mampu lagi bertahan untuk melihat Hana derita. Biarlah hatinya sendiri derita.
            Cinta Mizi tidak pernah untuk Sarah Humaira’, tapi untuk Nur Hana. Maka untuk apa dia menghalang cinta mereka lagi? Jadi dia harus pergi dan berundur. Dia tidak layak untuk Mizi.
            “Sarah. Bukan ke, Sarah nak keluar dengan Mizi tadi? Mana Mizi?” Fairuz tiba-tiba datang dan bertanya.
            “Er..Abang Mizi tak dapat keluar dengan Sarah. Dia ada hal.” Tergagap-gagap Sarah menjawab.
            “Sarah jangan tipu along. Sebenarnya Sarah nak balik kampung, kan? Sebenarnya Mizi keluar jumpa Hana, kan? Kenapa Sarah tak halang? Sarah kan, isteri Mizi?” Fairuz memandang tepat ke dalam mata adik iparnya itu.
            “Tak apalah, long. Sarah tak ada kuasa nak halang Abang Mizi. Tak apalah. Along cubalah selamatkan hubungan Abang Mizi dengan Hana. Mereka dah cukup lama derita sebab Sarah. Sekarang ni, biarlah Sarah berundur.” Sarah senyum.
            “Sarah…”
            “Tak apa. Sarah nak balik dah ni.” Ujar Sarah kepada Fairuz.
            Dia lantas pergi dan memeluk Mak Nab. Wanita separuh abad itu menangis teresak-esak. Dia bakal kehilangan seorang menantu yang cukup baik dan sangat dia sayangi.
            Sarah cuba untuk tidak menangis dan menunjukkan yang dia tabah dengan dugaan yang telah Tuhan turunkan ke atasnya.
 Tapi akhirnya dia kalah dengan emosinya.
            “Mak, jaga diri baik-baik ya. Mak jangan lupa makan ubat. Sarah mohon, mak halalkan segala makan minum Sarah selama Sarah di sini. Sarah terhutang budi dengan mak. Mak dan ayah, jaga diri baik-baik ya.” Pesan Sarah kepada kedua ibu bapanya.
            Mereka mengangguk. Mereka tahu, walau macam manapun, Sarah tetap dengan keputusannya. Dia tidak akan beralih dan berundur lagi dengan keputusan yang telah dia buat.
            Sarah berjalan ke keretanya.
            Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia terasa seperti ada sesuatu yang pecah dari dalam perutnya. Serentak dengan itu, serasa ada air yang mengalir keluar dari celah pahanya. Habis basah sarung kakinya.
            “Mak…” Sarah berpaling semula ke arah Mak Nab.
            Seketika kemudian, dia merasakan sakit yang amat pada perutnya.
            “Ya, kenapa Sarah?” Mak Nab berjalan untuk mendapatkan Sarah.
            “Sakit, mak!” menitis juga air matanya menahan kesakitan.
            Ya! Air yang mengalir sebentar tadi adalah kerana air ketubannya telah pecah. Sarah bakal melahirkan anaknya tidak lama lagi.
            Suasana kelam kabut.
            Fairuz lantas mencapai kunci kereta di tangan Sarah. Manakala Mak Nab dan Sheila pula, membantu Sarah masuk ke kereta.
            “Sabar, Sarah. Kejap lagi kita sampai ke hospital.     
            Mak Nab memandang wajah Sarah seraya memandang kain Sarah yang kuyup. Ada darah!
            “Along, mak mintak kamu cepat sikit. Sarah dah tumpah darah!” Air mata Mak Nab laju mengalir.
            “Ya, mak. Along cuba, mak. Kejap aje lagi, Sarah. Bertahan ya, dik!” Pinta Fairuz pada Sarah.
            Dan ternyata, Sarah wanita yang sangat kuat. Dia masih bertahan. Tetapi, walau sekuat manapun dia bertahan, darahnya sudah banyak yang keluar.
            Mak Nab perasan, tubuh menantunya itu semakin lemah. Air matanya semakin laju mengalir. Dia memeluk kejap tubuh menantunya. “Bertahanlah, nak.”
            Mak Nab berzikir, sambil berdoa  meminta supaya diselamatkan menantunya itu. Juga cucunya.
            “Kita dah sampai, Sarah. Jangan lemah macam ni, dik. Mari. Kita dah ada di hospital.” Fairuz membuka pintu kereta di tempat duduk Sarah.
            Penuh darah pada kusyen kereta Pesona milik Sarah itu.
            Fairuz mencepung tubuh Sarah yang semakin lemah. Dia merasakan yang dia tidak boleh menunggu pembantu hospital untuk datang ke kereta kerana keadaan di hospital sedang sesak.
            Mak Nab mengikut Fairuz dari belakang.
            “Bertahanlah, dik. Along tahu, kamu kuat.” Fairuz memberikan semangat.
            Sarah terus ditolak ke bilik bersalin. Dia semakin lemah.
            “Saya ikut, doctor. Saya abang dia.” Pinta Fairuz.
            Doctor mengangguk.
            Lantas Fairuz mencapai baju hospital dari tangan jururawat yang berada di situ. Dia merasakan yang dia cukup bertanggungjawab ke atas adik iparnya itu.
            Dia berlari masuk ke bilik bersalin.
            “Dik, teran kuat-kuat, dik.” Suruh Fairuz.
            Sarah cuba meneran walaupun dia terasa cukup lemah. Dia tahu, anaknya itu sudah tidak sabar untuk melihat dunia.
            Dengan tiga kali Sarah meneran, akhirnya anaknya keluar juga melihat dunia. dia Berjaya melahirkan seorang anak lelaki. Wajahnya sangat mirip kepada Mizi.
            Mengalir air mata Fairuz melihat ketabahan Sarah.
            Dia terus mengazankan anak saudaranya itu.
            Selepas mengazankan, dia terus mendapatkan Sarah. Dia melihat Sarah semakin lemah.
            “Doktor, kenapa adik saya lemah sangat? Bukan ke, tadi doctor dah tambah darah? Kenapa dengan Sarah?” Fairuz semakin risau.
            Selama pengalamannya, isterinya tidak pernah kelihatan lemah seperti keadaan Sarah itu. Dia semakin risau.
            “Maafkan kami. Kami terpaksa bawa adik encik ke bilik khas. Kami terpaksa menambah lagi darahnya. Terlalu banyak dia kehilangan darah. Boleh saya tahu, di mana suami Puan Sarah?” Tanya doctor.
            “Suami dia terpaksa datang lambat. Ada urusan.” Jawab Fairuz.
            Doctor mengangguk.
            Sarah di bawa pergi dari bilik bersalin.
            Hati Fairuz langsung tidak tenteram.
            Ada marah, benci, meluat dan sedih. Tidak tahu kepada siapa ditujukan semua rasa itu.
            Marah, benci, meluat, mungkin terhadap Mizi dan Hana. Mereka sudah keterlaluan. Sedih melihat nasib Sarah yang tidak tahu apa kesudahannya nanti.
            “Ya Allah! Kau panjangkanlah usia Sarah. Kau kuatkanlah dia. Berikan dia peluang untuk melihat anaknya membesar. Kerana aku tahu, hanya Sarah yang mampu mendidik anaknya untuk menjadi khalifah di bumi Mu. Kau panjangkanlah usianya. Kerana aku tahu, adikku, suaminya tidak mampu mendidik anak mereka lebih baik daripada Sarah.” Doa Fairuz di dalam hati.

No comments:

Post a Comment