Wednesday, December 28, 2011

kekasih:Devotees


Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerana takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahagia bersamamu



  ***************

aku suka sangat dengar lagu ni,,,banyak makna yang tersirat dan tersurat dalam setiap bait lirik lagu ni..rasa dihargai sangat....andai menjadi seorang isteri yang disayangi apatah lagi, suami sedar akan kehadiran kita disisinya bukan sekadar untuk menjadi teman buat sementara waktu...tapi untuk selamanya dan insyallah,sampai ke syurga...aminnnnn......


p/s: tetiba hari ni rasa nak menjiwai watak sebagai seorang wanita.....:p

Sunday, December 25, 2011

kita semua ada impian...

salam satu planet...
hari ni aku nak bercerita kat korang pasal sebuah impian yang sedang aku usahakan untuk mendapatkannya....sekarang ni,aku rasa aku ni macam dah bersedia untuk pikul tugas sebagai seorang ibu...bukan apa...sejak 2,3 hari ni aku perasan yang aku lebih komited dengan tugas aku...
kalau dekat kampus, balik je dari kelas,terus ambik baju kotor, basuh..(basuh tangan)..pastu,lepas sidai baju apa serba, ambik penyapu,sapu bilik pulak...roomate aku:? biasalah,,,dia suka bermanja dengan aku...keh keh keh...balik rumah pulak,tak sempat letak beg,terus capai penyapu and sapu rumah pulak..aku memang jenis yang tak boleh tengok rumah bersepah....tak boleh kalau nampak ada habuk..apatah lagi kalau nampak sampah berselerak...mahu tak tidur aku kerjakan rumah....
 aku ada impian yang tersendiri...pernah encik sayang tanya aku sama ada aku memilih untuk memiliki kereta ataupun rumah..?aku pilih untuk miliki rumah...sebabnya? sebab kalau korang ada rumah,korang still boleh naik bus untuk berulang alik daripada tempat kerja ke rumah...tapi,kalau korang ada kereta,korang still tak tahu nak tinggal kat mana kan?tapi,tak semua orang dapat apa yang di inginkan dalam sekelip mata...tu semua memerlukan azam dan usaha yang gigih untuk mencapainya....:)
****************************************************


aku berkenan sangat dengan rumah yang macam kat atas tu...tapi rumah sebesar tu,isinya memerlukan seorang isteri dan seorang ibu yang boleh mendidik dan mengingatkan isi rumah tentang tanggungjawab mereka...bukan sekadar untuk menjadi perhiasan semata-mata...rumah sebesar ni memerlukan penjaga yang boleh membersihkan rumah dari atas sampai bawah supaya bersih setiap hari....aku rasa, aku akan memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa,kalau aku dapat rumah macam ni....mana taknya? kalau rumah besar,tapi tuan rumah sibuk kat luar,memang tak jadi ceritalah,dalam rumah....kalau boleh,aku nak,suami aku balik kerja tengok aku,senang hati...tengok rumah senang hati....kepala yang semak pun jadi tak semak...

okey..jom kita ke bahagian kawasan rumah pulak...


ruang luar rumah....hihi..kalau boleh,aku nak ada satu buaian untuk aku dengan suami bersantai bila kami balik kerja....tu pun kalau aku ni kerja...sebab macam yang aku cakap tadi,aku lebih memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa,bila kewangan dah stabil...kalau tak stabil,takkan nak biarkan laki aku kerja sesekor dia...tak ke mati dia nak kena kejar itu ini,dengan setiap hari nak pakai duit..kalau duduk berdua,tak apalah..kalau ada anak? tak ke naya?:p


untuk ruang keluarga pulak, aku rasa aku lebih memilih untuk buat ruang ni menghadap ke luar rumah..means, sambil-sambil berehat,boleh lah tengok flora dan fauna yang ada kat luar rumah... contohnya, hari jumaat,...lepas je makan,terus ke ruang keluarga..heaven kot....dongak ke langit,sambil tengok burung-burung yang berterbangan di angkasa....tak pun,tengok pokok-pokok yang ada dekat depan tu...maybe,boleh letak ruang keluarga tu berhadapan dengan taman....

kita ke ruang makan pulak....
tengok daripada gambar kat ats ni...aku jugak nakkan ruang makan aku berhadapan dengan floran dan fauna...tapi bukanlah maknanya kena ada 4 kerusi macam yang kat ats tu jugak...maksud aku,kedudukan meja makan tu,yang membolehkan aku dan keluarga aku nanti dapat tengok suasana yang damai, masa kami tengah makan....tapi bimbang jugak kan...tengah-tengah duduk makan, nampak mende pelik-pelik...tak jadi nak makan kot,aku,....


seterusnya kita ke bahagian dapur....
untuk bahagian dapur,aku memilih untuk ada dapur yang lebih luas...kenapa? kerana aku memang suka kepada dapur yang luas..senang aku nak bergerak ke sana, ke mari...tapi sebenarnya aku bukan jenis yang suka meja makan ada dekat dapur..aku lebih suka kalau meja makan ada kat ruang makan je...tapi nak kena jugak ada satu meja untuk aku buat kerja masa nak memasak....keh keh keh...aku ni bukannya kecik...tambah pulak,kalau aku dapat laki yang besar jugak..takkan nak buat dapur kecik je...silap haribulan, asyik *accident je aku dengan laki aku nanti....
 seterusnya kita ke bahagian bilik tidur pulak....kalau dapat bilik tidur yang ada katil macam yang dekat atas tu, heaven dowh....lepas penat seharian bekerja, malam pulak,letak je kepala,terus krohhhh....krohhhhh...krohh...malu kot kat laki aku....harap-harap dia boleh terima....keh keh keh...tapi kalau tak dapat macam yang kat atas tu, macam yang kat bawah ni pun dah ok kan...heaven jugak...yang penting,bila mata mengantuk, ada tempat untuk aku tidur.....
cantik gak kalau ada bilik tidur macam ni kan...?



untuk bilik tidur anak-anak pulak...kalau anak perempuan,aku lebih suka hias bilik diorang dengan warna pink...cute sangat aku rasa....biar sifat keperempuanan diorang ada..yang wajib ada bagi setiap bilik anak-anak ialah meja study....diorang kena ingat yang diorang kena belajar..ingat senang ke,aku nak beranakkan diorang,sekolahkan diorang...dengan bapak diorang sibuk cari duit untuk sara hidup diorang dan sekolahkan diorang.....
kalau anak lelaki pulak,aku prefer untuk bilik tidur diorang warna biru...bukan apa..untuk tenangkan diorang kalau diorang tu stress..takkan nak letak warna pink jugak kan...jadik perempuan kan,anak laki aku...keh keh keh..contoh dalam gambar tu kalau anak laki aku sorang dan tak berkongsi bilik...tapi kalau dah ada ramai anak laki,suasana dan susunannya akan bertukar wajah....

ha! dia akan jadi macam ni.....diorang kena berkongsi bilik lah maknanya...keh keh keh.....yang pasti,diorang tak boleh berkongsi katil,sebab aku tahu, anak-anak aku nanti takkan jadi  macam upin dan ipin....diorang mungkin akan bergaduh...so,lagi baik kalau aku asingkan tempat tidur diorang......

salah satu elemen terpenting yang perlu ada kat dalam rumah pulak aku rasa, mende yang dekat atas tu...perpustakaan...means, bukanlah perpustakaan yang ada kaunter pertanyaan dan kaunter peminjaman tu...tapi,cukup sekadar sebagai ruang bacaan untuk kami sekeluarga....ilmu tu tak kira,kat sekolah atau dekat rumah..yang penting,kita yang kena pupuk anak-anak untuk jadi seorang yang minat membaca dan menambah ilmu pengetahuan....kan?
ni pulak, taman untuk minum petang ataupun untuk bersantai anak beranak...boleh jugak jadi tempat rehat untuk aku dengan laki aku nanti...keh keh keh


ni pulak,special untuk korang yang akan datang ke rumah aku...ruang tamu...aku bagi tempat yang romantik lagi...ingat nak letak kerusi kayu je....mana tau,bila korang datang, duduk kejap je...tak leh lama sebab sakit bontot,duduk atas kerusi kayu...:p...tapi aku tak sekejam tu....lagipun kerusi kayu lebih mahal...so,aku bagi korang duduk atas kerusi macam ni lah....

tu semua susun atur rumah aku kalau aku dapat rumah macam yang mula-mula tu...tapi kalau dapat rumah yang macam ni,
aku terima je...sebab aku rasa,kita boleh je adjust struktur rumah kalau kita nak..yang penting, jadikan rumah tu sebagai rumahku syurgaku bagi suami,anak-anak dan kita sendiri..yang mana,bila kita masuk ke rumah tu nanti,kita akan rasa senang hati....kita kena paham konsep BAITI JANNATI tu.....
**********************************



okeylah,korang...aku nak cau dulu...aku nak pergi makan nasi kejap...lapor....



p/s:semua gambar di atas adalah dari mr,carian


Monday, December 12, 2011

...tak semestinya dia perlukan kita....

salam satu planet...
korang pernah rasa kehilangan tak?
sama ada hilang kawan baik korang?
hilang keluarga terdekat?
pendek kata hilang orang-orang yang kau sayang...panjang katanya? panjang tak nak kata apa-apa..dia cool je...keh keh keh...
ok,,,siyes...maybe masa aku tengah taip entry ni, aku tengah sedih....mungkin jugak kecik hati...tak tahu kenapa....aku rasa macam aku dah hilang orang-orang yang dekat dengan aku...aku rasa hubungan kami dah tak macam dulu...ni bukan pasal encik sayang...aku rasa aku tak perlu nak sebut nama orang tu kat sini...ntahlah...rasa macam tak wujud dah atas muka bumi ni...sebab tak ada orang yang nak layan aku...rasa macam tak wujud dah dalam kamus hidup budak-budak BAHTERA....aku macam hidup sorang-sorang sekarang ni...erm...tak kisahlah...nak buat macam mana...aku tak boleh paksa orang untuk sayang aku...masing-masing ada kehidupan sendiri....aku tak boleh nak paksa orang supaya terus kawan dengan aku...even kawan baik pun akan tinggalkan kita satu hari nanti..sebab masing-masing akan ada kehidupan mereka sendiri nanti...

bila pikir-pikir balik kan, bila masuk tahun akhir,aku dekat UNISZA ni, rasa macam makin banyak dugaan yang datang melanda..kadang-kadang rasa macam aku akan hilang orang yang paling aku rapat selama aku kat sini....:) tak apalah...aku bukan sape-sape untuk pakse orang untuk terus dengan aku..aku tak kisah pun...bila mana dia perlukan aku,kalau dia datang dekat aku,aku terima dengan tangan terbuka...bila mana dia dah tak perlukan aku, dia boleh ke mana saja dia nak pergi...kalau dia nak terbang pun,aku tak ada hak untuk halang...dia adalah dirinya sendiri..dia dah mampu berdiri sendiri...malah dia lebih pandai daripada aku..dia lebih cerdik daripada aku...

tak apalah..kenangan mungkin tetap tersemat dalam hati aku...dia kawan aku...dari dulu, sekarang dan selamanya...tapi, kalau dia mintak aku pergi daripada hidup dia, aku kena pergi..kerana hanya itu tugas seorang teman seperti aku...bila aku diperlukan,aku akan datang...bila tak diperlukan lagi,aku kena pergi..kerana, bersamanya,disisinya, bukan tempat aku....itu aku harus ingat...!:)



p/s: andai awak dah bosan, awak carilah kawan yang lebih baik daripada saya ya...sebab saya tak sempurna,wak....

Wednesday, December 07, 2011

kisah anak PALESTIN di bumi sendiri

Ayah!
Kata merka kau penjahat
padahal sebenarnya engkau bukan penjahat
Ayah!
Kenapa mereka jauhkan engkau dariku?
Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan
Untuk menciumku walaupun sekali
Atau mengusap air mata ibu

Ibu!
aku melihat air mata dikelopak matamu di setiap pagi

Apakah PALESTIN tidak berhak diberi penghormatan??????
Aku bertanya kepada matahari pada setiap hari

Ibu!
Apakah ayah akan kembali pada suatu hari?
Atau dia akan pergi selamanya sampai Qiyamah?
Atau adakah dia akan mengusap airmatamu yang menitis pada setiap pagi?

Wahai ayah!
Dimanakah engkau?

ooooooooooooohhhhhhhhh...
Bayi-bayi yang dijajah
kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu berlalu
dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu
dan para SYUHADA BERGUGURAN setelah gugurnya syahid yang lalu
sedangkan ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi
dalam sel mengerikan yang tidak layak di huni oleh manusia

mana hari kemenangan dan kehancuran penjara?
penjara besi itu!!!!!!!!!!!!!


MALULAH KALIAN!
MALULAH KALIAN!
MALULAH KALIAN!

AKU INGIN AYAH PULANG...................!



ni adalah satu puisi daripada seorang anak kecil daripada Palestin....kalau korang nak tengok,korang boleh bukak you tube and search "rintihan anak palestin"...
aku bukan nak citer pasal puisi tu...tapi aku nak korang perhatikan, apa yang nak budak tu sampaikan...takkan korang tak paham kan? korang sekolah tinggi pada aku kot....aku takat tadika pun tak lepas...keh keh keh...

ok..
ni ada satu kisah....
aku tak ingat sama ada aku terbaca ataupun aku tengok kat tibi...
kisah dia macam ni...

seorang ayah dan anak ni, dia dah kehilangan orang yang diorang sayang depan mata kepala diorang...means, mak budak tu lah...isteri kepada laki tu...
lepas tu,diorang berjalan balik ke rumah...korang pon sedia maklum kan...di palestin,lahanat israel sebenarnya kat mana-mana tempat pun....
masa dalam perjalanan balik ke rumah,mereka diserang...si anak telah ditemabak...kalau tak silap aku,umur anak tu baru 6 tahun....kanak-kanak tu meninggal dunia kat situ jugak....
si ayah terus naik naik darah bila tengok anak dia meninggal dunia kat pangkuan dia masa tu jugak..dahlah baru hilang isteri..ni plak hilang anak pulak...
"demi ALLAH!
 ayah akan bunuh mereka yang telah membinasakan keluarga kita...ayah ingin melihat kau bahagia...jadi ayah akan bunuh mereka yang berani menyentuhmu!apalagi membunuhmu" si ayah memekik...

jadi,dia serang hendap(tanpa senjata) pada seorang tentera israel..kemudian,dia rampas senjata yang ada pada israel tu....dia lepaskan tembakan pada tentera israel yang kejam tu....
masa dia tembak menembak tu, si ayah langsung tak tinggalkan jenazah anaknya....
dia berjaya bunuh si lahanat lebih kurang sepuluh orang...and then last sekali,dia pun ditembak oleh tentera lahanat tu...dia meninggal disisi jenazah anaknya....

p/s:semoga mereka diletakkan dalam golongan para syuhada'...amin,,,

Tuesday, December 06, 2011

bila kelas batal...

salam satu planet....
hmmm....(mengeluh) rasa macam tension je sikit....pagi tadi aku memang bangun awal giler sebab nak ke kelaslah kononnya...sampai je kat kelas,aku tengok baru ada 2 orang budak kelasd aku yang datang waktu tu...tengok jam kat henset...erm,,tak apalah..baru pukul 7.58...aku terus masuk ke kelas dalam keadaan lemah...sebab hari ni memang aku malas sangat...sebab apa aku malas? sebab semalam aku dah bercuti sehari...semalam kalau nak ikut jadual kelas,memang kosong...so,memang aku duduk kat bilik je memanjang....tapi ada jugaklah keluarnya....aku keluar sekejap semalam sebab nak pergi jumpa musyrif kat bangunan lama...nak bincang pasal tesis....(musyrif means penyelia)

ok,berbalik pada citer asal,tengah-tengah aku duduk mengelamun sekor-sekor tadi, budak laki kelas aku dapat call...aku dah agak apa yang pemaggil tu bagitau....pastu,lepas budak tu bercakap,dia still boleh senyum-senyum pulak...aku dah start cuak dengan dia...apa...? dia ingat dia handsome sangat ke? last-last dia bagitau yang kelas tak ada....aku mengeluh sekor-sekor...nak je aku hempuk kepala budak tu...tapi aku masih waras lagi....aku batalkan niat aku nak bunuh budak tu dengan cara hempuk kepala dia berkali-kali dan laju-laju...keh keh keh...

lepas tu,aku balik.....
sampai-sampai kat bilik terus salin baju....lepas salin semua dah,aku terus pergi bilik kawan aku kat sebelah...dia siap ajak aku tidur lagi sebab kelas dia pun batal jugak....memang aku tidur dengan bersungguh-sungguh lah masa tu...kul 10.30 bangun balik..aku nak pergi kelas balaghah pulak...tapi masa tu memang berat sangat nak bangun,nak pergi basuh muka, nak bersiap nak gi kelas...memang teramat yang sangat malas aku masa tu....tapi aku gagahkan diri(ayat sastera) and then turun jugak nak pergi kelas dengan hati berkobar-kobar....last-last, korang tau apa yang jadi? aku dapat mesej daripada anah,cakap yang kelas batal...ustazah dah bersalin...

hampeh betul....terus balik,bukak laptop and then bukak blog....and then terhasillah entry ni...nak tidur memang malas dah nak pejam mata....keh keh keh....

p/s: apasallah tak terus cuti seminggu? hahahaha

Monday, December 05, 2011

reality

all you got to do is see
my hijab makes me free
you just don't see
this is reality

no man oppresses me
i'm free to be
i respect myself
this is reality.

no strange man can see my beauty
propaganda makes muslim women seem like dummies
we want to be seen for what is in our minds
this is reality.

hijab is nothing new
we cover ourselves like nuns do
but are labelled as outcosts.
why is this reality????????

we refuse to be victims of the male
pleasing fashion industry
i don't judge others then why do they judge me?
why is this reality???????

for those people who stare just become aware
i don't mind i will give you a smile in return
i am free
this is reality....




p/s:poem credit to NABEELAH NAEEM