Sunday, December 25, 2011

kita semua ada impian...

salam satu planet...
hari ni aku nak bercerita kat korang pasal sebuah impian yang sedang aku usahakan untuk mendapatkannya....sekarang ni,aku rasa aku ni macam dah bersedia untuk pikul tugas sebagai seorang ibu...bukan apa...sejak 2,3 hari ni aku perasan yang aku lebih komited dengan tugas aku...
kalau dekat kampus, balik je dari kelas,terus ambik baju kotor, basuh..(basuh tangan)..pastu,lepas sidai baju apa serba, ambik penyapu,sapu bilik pulak...roomate aku:? biasalah,,,dia suka bermanja dengan aku...keh keh keh...balik rumah pulak,tak sempat letak beg,terus capai penyapu and sapu rumah pulak..aku memang jenis yang tak boleh tengok rumah bersepah....tak boleh kalau nampak ada habuk..apatah lagi kalau nampak sampah berselerak...mahu tak tidur aku kerjakan rumah....
 aku ada impian yang tersendiri...pernah encik sayang tanya aku sama ada aku memilih untuk memiliki kereta ataupun rumah..?aku pilih untuk miliki rumah...sebabnya? sebab kalau korang ada rumah,korang still boleh naik bus untuk berulang alik daripada tempat kerja ke rumah...tapi,kalau korang ada kereta,korang still tak tahu nak tinggal kat mana kan?tapi,tak semua orang dapat apa yang di inginkan dalam sekelip mata...tu semua memerlukan azam dan usaha yang gigih untuk mencapainya....:)
****************************************************


aku berkenan sangat dengan rumah yang macam kat atas tu...tapi rumah sebesar tu,isinya memerlukan seorang isteri dan seorang ibu yang boleh mendidik dan mengingatkan isi rumah tentang tanggungjawab mereka...bukan sekadar untuk menjadi perhiasan semata-mata...rumah sebesar ni memerlukan penjaga yang boleh membersihkan rumah dari atas sampai bawah supaya bersih setiap hari....aku rasa, aku akan memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa,kalau aku dapat rumah macam ni....mana taknya? kalau rumah besar,tapi tuan rumah sibuk kat luar,memang tak jadi ceritalah,dalam rumah....kalau boleh,aku nak,suami aku balik kerja tengok aku,senang hati...tengok rumah senang hati....kepala yang semak pun jadi tak semak...

okey..jom kita ke bahagian kawasan rumah pulak...


ruang luar rumah....hihi..kalau boleh,aku nak ada satu buaian untuk aku dengan suami bersantai bila kami balik kerja....tu pun kalau aku ni kerja...sebab macam yang aku cakap tadi,aku lebih memilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa,bila kewangan dah stabil...kalau tak stabil,takkan nak biarkan laki aku kerja sesekor dia...tak ke mati dia nak kena kejar itu ini,dengan setiap hari nak pakai duit..kalau duduk berdua,tak apalah..kalau ada anak? tak ke naya?:p


untuk ruang keluarga pulak, aku rasa aku lebih memilih untuk buat ruang ni menghadap ke luar rumah..means, sambil-sambil berehat,boleh lah tengok flora dan fauna yang ada kat luar rumah... contohnya, hari jumaat,...lepas je makan,terus ke ruang keluarga..heaven kot....dongak ke langit,sambil tengok burung-burung yang berterbangan di angkasa....tak pun,tengok pokok-pokok yang ada dekat depan tu...maybe,boleh letak ruang keluarga tu berhadapan dengan taman....

kita ke ruang makan pulak....
tengok daripada gambar kat ats ni...aku jugak nakkan ruang makan aku berhadapan dengan floran dan fauna...tapi bukanlah maknanya kena ada 4 kerusi macam yang kat ats tu jugak...maksud aku,kedudukan meja makan tu,yang membolehkan aku dan keluarga aku nanti dapat tengok suasana yang damai, masa kami tengah makan....tapi bimbang jugak kan...tengah-tengah duduk makan, nampak mende pelik-pelik...tak jadi nak makan kot,aku,....


seterusnya kita ke bahagian dapur....
untuk bahagian dapur,aku memilih untuk ada dapur yang lebih luas...kenapa? kerana aku memang suka kepada dapur yang luas..senang aku nak bergerak ke sana, ke mari...tapi sebenarnya aku bukan jenis yang suka meja makan ada dekat dapur..aku lebih suka kalau meja makan ada kat ruang makan je...tapi nak kena jugak ada satu meja untuk aku buat kerja masa nak memasak....keh keh keh...aku ni bukannya kecik...tambah pulak,kalau aku dapat laki yang besar jugak..takkan nak buat dapur kecik je...silap haribulan, asyik *accident je aku dengan laki aku nanti....
 seterusnya kita ke bahagian bilik tidur pulak....kalau dapat bilik tidur yang ada katil macam yang dekat atas tu, heaven dowh....lepas penat seharian bekerja, malam pulak,letak je kepala,terus krohhhh....krohhhhh...krohh...malu kot kat laki aku....harap-harap dia boleh terima....keh keh keh...tapi kalau tak dapat macam yang kat atas tu, macam yang kat bawah ni pun dah ok kan...heaven jugak...yang penting,bila mata mengantuk, ada tempat untuk aku tidur.....
cantik gak kalau ada bilik tidur macam ni kan...?



untuk bilik tidur anak-anak pulak...kalau anak perempuan,aku lebih suka hias bilik diorang dengan warna pink...cute sangat aku rasa....biar sifat keperempuanan diorang ada..yang wajib ada bagi setiap bilik anak-anak ialah meja study....diorang kena ingat yang diorang kena belajar..ingat senang ke,aku nak beranakkan diorang,sekolahkan diorang...dengan bapak diorang sibuk cari duit untuk sara hidup diorang dan sekolahkan diorang.....
kalau anak lelaki pulak,aku prefer untuk bilik tidur diorang warna biru...bukan apa..untuk tenangkan diorang kalau diorang tu stress..takkan nak letak warna pink jugak kan...jadik perempuan kan,anak laki aku...keh keh keh..contoh dalam gambar tu kalau anak laki aku sorang dan tak berkongsi bilik...tapi kalau dah ada ramai anak laki,suasana dan susunannya akan bertukar wajah....

ha! dia akan jadi macam ni.....diorang kena berkongsi bilik lah maknanya...keh keh keh.....yang pasti,diorang tak boleh berkongsi katil,sebab aku tahu, anak-anak aku nanti takkan jadi  macam upin dan ipin....diorang mungkin akan bergaduh...so,lagi baik kalau aku asingkan tempat tidur diorang......

salah satu elemen terpenting yang perlu ada kat dalam rumah pulak aku rasa, mende yang dekat atas tu...perpustakaan...means, bukanlah perpustakaan yang ada kaunter pertanyaan dan kaunter peminjaman tu...tapi,cukup sekadar sebagai ruang bacaan untuk kami sekeluarga....ilmu tu tak kira,kat sekolah atau dekat rumah..yang penting,kita yang kena pupuk anak-anak untuk jadi seorang yang minat membaca dan menambah ilmu pengetahuan....kan?
ni pulak, taman untuk minum petang ataupun untuk bersantai anak beranak...boleh jugak jadi tempat rehat untuk aku dengan laki aku nanti...keh keh keh


ni pulak,special untuk korang yang akan datang ke rumah aku...ruang tamu...aku bagi tempat yang romantik lagi...ingat nak letak kerusi kayu je....mana tau,bila korang datang, duduk kejap je...tak leh lama sebab sakit bontot,duduk atas kerusi kayu...:p...tapi aku tak sekejam tu....lagipun kerusi kayu lebih mahal...so,aku bagi korang duduk atas kerusi macam ni lah....

tu semua susun atur rumah aku kalau aku dapat rumah macam yang mula-mula tu...tapi kalau dapat rumah yang macam ni,
aku terima je...sebab aku rasa,kita boleh je adjust struktur rumah kalau kita nak..yang penting, jadikan rumah tu sebagai rumahku syurgaku bagi suami,anak-anak dan kita sendiri..yang mana,bila kita masuk ke rumah tu nanti,kita akan rasa senang hati....kita kena paham konsep BAITI JANNATI tu.....
**********************************



okeylah,korang...aku nak cau dulu...aku nak pergi makan nasi kejap...lapor....



p/s:semua gambar di atas adalah dari mr,carian


No comments:

Post a Comment